Berkongsi Cerita: Tips Ibu Bekerja Dirumah

Friday, November 14, 2014

Tips Ibu Bekerja Dirumah

Assalam semua. Berapa ramai kat sini ibu yang bekerja dari rumah, sila angkat tangan? Hehe. Mesti ramai kan.. Zaman sekarang dah tak macam dulu, ramai ibu yang selesa bekerja dirumah, membesarkan anak sendiri walaupun ada degree, master malah PHD!

Saya juga dah bekerja dari rumah sepenuhnya bermula bulan April 2014. Kira dah 8 bulan la. Sebelum ni saya bekerja sebagai Jurutera Awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia, berstatus kontrak. Mula bekerja pada Februari 2009 di Ibu Pejabat JKR KL, berpindah ke JKR KEDAH pada April 2013. Bila nampak peluang yang lebih baik dalam bisnes, saya istikharah dan Allah lorongkan saya untuk resign pada Mac 2014. Sempat la bekerja di JKR 5 tahun. Itulah secara ringkasnya jalan hidup saya sebelum bergelar WAHM. Work-at-home-mom.

Sebelum bergelar WAHM
Bumbung Stadium Bukit Jalil pun kupanjat ok..hehe

Sekarang...

Saya bergelumang la dengan bisnes dirumah ni. Kadang-kadang ke branch, kadang-kadang keluar COD barang customer, kadang-kadang ke pejabat pos. Sibuk jugak, update blog, update status FB, coaching anak cucu bisnes.. Tapi saya happy. Sebab anak sentiasa disisi. Boleh jaga anak sendiri depan mata. Hehe.

Tips...

Saje nak share tips sikit, sebagai WAHM kita mesti jadi BUTA, PEKAK dan BISU. Hahaha...

Kena jadi BUTA.. Kalau tak, asyik nak mengamuk aje bila tengok anak sepah-sepahkan barang. Maksudnya kalau time kita kerja tu, butakanla mata sekejap.. Bila dah siap kerja tu baru amik masa kemas balik.

Kena jadi PEKAK sebab, kadang-kadang memekak je la budak ni. Huhu. Kalau tak sabar dan pekakkan telinga memang rasa nak jadi singa jadian je. Tapi sekali sekala stop la kerja, layan dia kejap. Peluk-peluk, puji sikit, pastu explain la.. Ummi nak buat kerja jap, nanti kita main k. Selalunya kalau dipujuk dia ok ja. Tapi kalau dimarah-marah maka spoil la mood kita sepanjang hari tu. Huhu

Kena jadi BISU supaya dapat kawal diri. Istighfar je la banyak-banyak. Jangan marah-marah kalau anak buat hal.

Kalau boleh, jangan benarkan anak masuk ke 'workstation' kita. Itu lagi bagus. Tapi anak saya kalau nampak ja pintu tu tutup meraung² la dia. Siap warning... "Ummi jangan tutup tau, jangan tutup tau"

Sabo je lah..


Tengok la atas meja saya, macam-macam ada.. Mainan, tongkol kayu, cebisan roti, kadang-kadang batu pun ada. Semua nak dilonggoknya atas meja ummi. Huhu..

Layan je la. Dah siap kerja baru saya kemas dan layan la dia main, bercakap dengan dia.. Camtu la..

Nasib baik family shaklee saya ni banyak menerapkan amalan-amalan rohani seperti sentiasa beristighfar, zikir, selawat. Sedikit sebanyak membantu saya menjaga emosi. Saya juga join group MAK TAK MARAH ANAK kat FB sebagai pedoman dan panduan. Hehe..

Membantu tak tips ni..

Hehe.. Harap² membantu la ye.

Bye..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard