Berkongsi Cerita: March 2014

Thursday, March 27, 2014

Keguguran Rambut Ibu Bersalin

Bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:
  1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.
  2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.
  3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein
  4. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?

  • Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.
    • Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

      • Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein. (ini dia vitamin2 dan set syampoo yg bagus utk kesihatan rambut)

       

    • Minum air secukupnya
    • Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress
Sumber: mamafaiz.com

Jika anda perlukan info2 lanjut mengenai supplemen dan set penjagaan rambut shaklee boleh hubungi saya k. Saya akan terangkan fungsi2 setiap vitamin dan set penjagaan tersebut.

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013 3353751 sms.whatsapp
baca lagi

Pujuklah hatimu..

Assalamualaikum wbt..
Selamat Pagi semua..

Bila Allah datangkan ujian
Pujuklah hati, pujuklah iman
Tanpa kecewa, putus harapan
Tiap kesabaran ada ganjaran
Setiap pengorbanan ada keberhasilan.

baca lagi

Wednesday, March 26, 2014

Osteoporosis Dikalangan Wanita

oleh Dr Mohd Nasiruddin Johari
PENDAHULUAN
clip_image001Kesan osteoporosis pada wanita menyebabkan tulang belakang menjadi bongkok ketika usia semangkin lanjut
Osteoporosis merupakan penyakit tulang reput yang berisiko besar mengakibatkan patah tulang. Ini adalah kerana tulang tersebut telah hilang ketumpatannya dan kurang kualiti dari segi kalsium atau yang dikatakan kurang “bone mass density “(BMD). BMD biasanya paling maksima pada umur 30an dan berkurangan dengan bertambahnya umur terutama selepas putus haid (menopos).
Patah tulang boleh berlaku di mana-mana tulang tetapi kebiasaannya berlaku pada tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan. Patah tulang biasanya memerlukan pembedahan, kemasukan ke hospital dengan kadar lama, serta boleh mengakibatkan kecacatan yang kekal, kesakitan yang teruk, terlantar di katil dengan agak lama dan kemungkinan kematian.
Di Malaysia, sekurang-kurangnya 1 dalam 3 orang rakyat berisiko tinggi mendapat osteoporosis. Juga didapati bahawa sekurang-kurangnya separuh atau 50% daripada wanita berumur 50 tahun ke atas mengalami patah tulang disebabkan osteoporosis di mana kaum Cina yang paling tinggi diikuti kaum Melayu dan India.
Oleh itu, kita perlu tahu apa faktor-faktor penyebab dan bagaimana hendak mengelak dari mendapat penyakit ini.
PATOLOGI OSTEOPOROSIS
Osteoblast versus osteoclast aktiviti
clip_image002
Daripada gambarajah di atas, didapati bahawa osteoblast, iaitu sel tulang bertugas untuk membina tulang dengan memasukkan kalsium ke dalam tulang sementara osteoclast juga sel tulang bertugas sebagai memakan tisu tulang dengan menarik keluar kalsium dari tulang. Kedua-dua sel ini adalah penting untuk menjaga keseimbangan kalsium dalam darah serta menjaga kedinamikan dan kesihatan tulang Aktiviti osteoblast dikawal oleh hormone calcitonin dan osteoclast dikawal oleh hormone parathyroid. Ketidakseimbangan yang berlaku di antara kedua-dua hormone dalam beberapa penyakit ini menyebabkan salah satu sel bertugas dengan lebih aktif dari yang lain. Kalau osteoclast lebih aktif, maka BMD rendah dan osteoporosis boleh berlaku.
Klasifikasi Osteoporosis
Terdapat 2 jenis iaitu Primer (Primary) dan Sekunder (Secondary) :
1. Osteoporosis Primer
Antara sebab-sebabnya ialah:-
1.Selepas menopos atau putus haid – kurang estrogen sebabkan BMD rendah
2. Berkaitan dengan umur – umur yang meningkat, semakin tinggi risiko dapat osteoporosis
3.Tidak diketahui- jarang berlaku
2. Osteoporosis Sekunder
Antara penyebabnya ialah:-
1.Penyakit endocrine seperti Cushing’s Syndrome, hypogonadism, thyrotoxicosis dan hyperparathyroidism.
2.Ubat-ubatan seperti Glucocorticoids atau steroids ( 5 mg sehari untuk lebih dari 3 bulan), Heparin yang digunakan untuk waktu lama dan ubat sawan seperti Phenytoin
3.Penyakit-penyakit kronik seperti kerosakan ginjal atau buah pinggang, penyakit hati seperti liver cirrhosis, penyakit malabsorption iaitu selepas pembedahan buang perut dan penyakit sendi kronik spt Rheumatoid arthritis
4.Lain-lain seperti nutritional iaitu kurang pengambilan zat kalsium dan juga penyakit barah.
FAKTOR-FAKTOR RISIKO (RISK FACTORS)
Faktor-faktor berikut di bawah boleh menyumbang kepada osteoporosis iaitu:-
Faktor-faktor Non-modifiable / yang tidak boleh diubah
    1. Umur yang meningkat
    2. Kumpulan ethnik- orang berketurunan Cina dan “orang putih”
    3. Menopos sebelum masanya iaitu umur kurang dari 45 tahun termasuk menopos disebabkan pembedahan rahim dan ovary
    4. Saiz badan yang sediakala kecil
    5. Keturunan- Sejarah ahli keluarga spt ibu, ayah dan adik beradik yang pernah mengalami osteoporosis
Faktor-faktor modifiable/ yang boleh diubah
    1. Pengambilan kalsium dan Vit D yang rendah- masyarakat di Malaysia kurang minum susu
    2. Tahap aktiviti – kurang senaman boleh reputkan tulang
    3. Merokok berlebihan
    4. Mengambil minuman berakohol
    5. Mengambil caffeine berlebihan
    6. BMI yang rendah iaitu kurang dari 19 kg/m2 ( BMI= Berat (kg) / tinggi(m) x tinggi (m)
    7. Kekurangan hormone estrogen
    8. Makanan yang terlalu asidik – darah perlu pada ph neutral, maka, hormone parathyroid akan rangsang osteoclast ambil kalsium dari tulang
DIAGNOSA
Osteoporosis dikatakan “silent disease”, di mana biasanya tiada tanda apa-apa. Hanya setelah mengalami patah tulang baru diagnosa dibuat.
Walaubagaimanapun, antara tanda-tanda yang biasa dilihat ialah bongkok yang keterlaluan (dorsal kyphosis) macam dalam gambar awal, patah tulang ketika kecederaan yang minima, kurang ketinggian disebabkan tulang belakang dihimpitkan, dan sakit tulang belakang.
Osteoporosis Primer hanya dibuat setelah di kecualikan sebab-sebab Osteoporosis Sekunder yang telah disebutkan tadi.
Antara penyiastan yang boleh dilakukan ialah:-
  • Bone mineral density test (BMD) – guna mesin X-Ray spt DXA, SXA, juga menggunakan Ultrasound tulang tumit mudah didapati di hospital swasta
  • X-Ray tulang belakang, pinggul
  • Ujian darah/ air kencing – tahap kalsium, fungsi ginjal dan penyakit2 lain
  • Tahap hormone dalam darah – hormone T4, TSH, FSH, LH, testosterone
clip_image004Contoh x-Ray tulang pinggul seorang pesakit yang mengidap sakit di pinggul kiri menunjukkan tanda osteoporosis tulang pinggul sebelah kiri
clip_image005Contoh x-Ray tulang peha menunjukkan osteoporosis tulang femur (peha) yang ditunjukkan dalam segi tiga.
clip_image006
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
a)Pengambilan kalsium dan Vit D yang mencukupi
Rakyat Malaysia dikatakan mengambil hanya 300-500 mg susu sehari sedangkan,
Bagi wanita 19-49 tahun – 800 mg sehari diperlukan
Bagi wanita lebih dari 50 tahun – 1000 mg sehari diperlukan
Antara makanan yang mengandungi kalsium termasuk:-
1.Yogurt biasa 2% 1 cawan – 415 mg
2.Susu tinggi kalsium 1 cawan – 500 mg, susu biasa cuma 300 mg
3.Susu skim 1 cawan – 300 mg
4.Keju 1 cawan – 217 mg
5.Kacang soya ½ cawan – 88 mg
6.Broccoli ½ cawan – 89 mg
7. Buah oren – 52 mg
8. Ikan salmon 3-4 oz – 225 mg
Dicadangkan agar di samping minum susu, diambil juga tambahan pil kalsium karbonat atau kalsium sitrat.
Vitamin D pula, kalau kita terdedah pada matahari selama lebih dari 15 minit sehari, maka sudah mencukupi untuk kita. Bagi, wanita yang berumur, terlantar di katil atau yang kuran membuat aktiviti di luar, maka diperlukan 800 IU sehari yang boleh didapati dalam pil multivitamin atau kalsium. Vit D juga boleh didapati dalam telur, daging dan ikan salmon dan sardin.
b) Tingkatkan berat badan bagi wanita yang BMI kurang dari 19 kg/m2
c) Tingkatkan senaman “weight bearing” atau aktiviti fizikal tetapi jangan keterlaluan
Seeloknya 3-4 kali seminggu untuk 20-30 minit setiap kali untuk mengekalkan
keseimbangan hormone.
Contohnya, lebih baik jalan kaki daripada naik kereta apabila ke kedai berdekatan,
naik tangga daripada naik lif bila ke pasaraya dan berdiri daripada duduk
d) Kepentingan postur atau cara yang betul untuk duduk, jalan dan berdiri, juga untuk angkat
barang, di mana pamphlet boleh didapati di klinik dan hospital.
e) Elakkan minuman berakohol
f) Kurangan pengambilan kopi, teh dan coklat
g) Elakkan merokok
h) Bagi wanita berumur, elakkan daripada mudah jatuh dan tercedera

RAWATAN
Osteoposorosis Primer
1.Rawatan hormone untuk tingkatkan BMD
- Progestin dan oestrogen untuk wanita yang masih ada rahim
- Ostrogen untuk wanita yang tiada rahim
* Kaedah ini hanya untuk merawat dan mengelakkan osteoporosis dalam wanita yang
sudah menopos
2.Biphosphonates. Tablet allendronate 10 mg sehari selama 3 tahun
3. Suntikan hormone parathyroid (FORTEO) – agak mahal, RM 1800 sebulan selama 18 bulan
Osteoporosis Sekunder
1.Pesakit yang mengunakan ubat steroids contohnya asthma, boleh mengurangkan risiko dengan  mengambil steroid secara sedutan. Pesakit yang mengunakan ubat yang menyebabkan osteoporosis perlu mengamalkan senaman secara berkala seperti di atas, elakkan aktiviti yang boleh memberi risiko kemalangan yang boleh menyebabkan tulang patah.
2. Bagi pesakit ginjal/ buah pinggang, perlu rawat komplikasi yang timbul dan kalau perlu pesakit perlu rawatan dialysis
3. Mengambil Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi setiap hari, dengan dos seperti diberikan di atas untuk mengekalkan BMD dan mengelakkan patah tulang.
4. Mengambil Calcitonin melalui sedutan
5. Amalkan senaman “weight bearing” seperti brisk walking( jalan cepat) sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu bersama keluarga
Kesimpulannya, bagi wanita yang belum menopos dan tiada faktor-faktor risiko yang telah disebutkan tadi, kesedaran tentang penyakit perlu ada dan eloklah diambil langkah-langkah pencegahan yang telah dinyatakan seperti  meminum susu dengan secukupnya. Sementara itu, bagi wanita yang ada factor-faktor risiko, tumpukan usaha untuk merawat penyakit-penyakit berkaitan seperti dalam osteoporosis sekunder sebaik-baiknya.
Bagi wanita yahg sudah menopos, jangan bertangguh untuk membuat ujian BMD, jaga kesihatan anda, amalkan senaman “weight bearing”, elakkan dari aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan dan patah tulang. Puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pakar tentang  pengambilan hormon yang boleh mengelak dari osteoporosis.
Akhir kata, sekiranya puan sedang mengalami osteoporosis dan mengalami patah tulang serta kesakitan yang teruk, jangan berputus asa, teruskan rawatan dan sentiasalah berdoa dan bertawakkal dengan Allah.
Artikel telah disunting oleh:
Dr Mohd Nasiruddin Johari, Pakar Otopedik
Kuantan Medical Centre, Kuantan, Pahang.

Sumber: iMedik
baca lagi

Monday, March 24, 2014

Vitamin C untuk menangani STRESS

STRESS

Terbukti buah Vitamin C yg terdapat dalam buah limau mampu melegakan stress. Vitamin C juga baik utk daya ketahanan badan.

Ps: Saya ambil vitamin c setiap hari sebab jarang beli limau. Vitamin C pilihan saya tentunya Sustained Release Vita C dari Shaklee..

Kenapa?

1. Ia Sustained Release, pelepasan vitamin mengikut keperluan badan. 100mg setiap jam.

2. Ia vitamin SEMULAJADI.

3. Hanya 1 biji sehari. Sebotol tahan 6 BULAN! Jimat sungguh!

Best kan.. Inila antara sebab saya jatuh hati dengan vitamin Shaklee. Harga yg sangat berpatutan, tapi manfaatnya sangat banyakk..

Nak dapatkan Vitamin Shaklee dengan harga special, FREE consultation dan cara pemakanan. Hubungi saya

Shaklee Independent Distributor anda

Syakirah Kapli
013 3353751 sms/whatsapp

baca lagi

Jerawat?? Jom cegah dengan vitamin shaklee

Jerawat??

Gerammm je kalo muka naik jerawat kan.
Rasa nak ghunaih2 jerawat tu, oghang kedah kata..  Hehe.. Bila ghunaih makin membiak pulak dia..

Jangan risau!!
Shaklee ada penyelesaiannya.. Jerawat boleh diatasi dgn GLA complex. Tambah ESP untuk kulit cerah, hilangkan parut dan jadikan kulit muka licin berseri.. InsyaAllah..

Nak info lanjut & cara pengambilan yg betul? Pm/sms/whatsapp k.

Syakirah Kapli
013 3353751

baca lagi

Sunday, March 23, 2014

Darah tinggi dan Shaklee

API DALAM SEKAM...

Perumpamaan untuk Penyakit DARAH TINGGI.

Ia boleh memudaratkan pesakit dalam diam. Penyakit JANTUNG, STROK & kegagalan BUAH PINGGANG adalah antara bahaya yg menanti jika tidak dirawat.
......

Sebelum terlambat, anda boleh mengambil langkah berjaga2 dgn pengambilan Omega Guard.

Untuk info lanjut mengenai omega guard boleh hubungi saya;

Syakirah Kapli
Shaklee Ind Distributor
013 3353751 ms.whatsapp

baca lagi

Stress Boleh Menyebabkan Sakit Kronik : Jom Kawal Stress



Assalamualaikum.. Selamat berhujung minggu yer.. Lepas subuh tadi saya sempat study sikit pasal stress untuk dikongsikan dengan rakan2..


Kita semua tak dapat lari dari stress dalam kehidupan harian yang serba mencabar ni. Stress juga akan membawa kepada penyakit-penyakit kronik lain seperti darah tinggi, mengganggu sistem pencernaan, sistem imuniti dan juga salah satu penyebab obesiti.

Nak atau taknak kita kena cuba mengawal stress tu..

Dalam mengawal stress.. anda perlukan vitamin B Complex. Disini saya nak berkongsi bagaimana B Complex membantu. Mari lihatahli keluarga Vitamin B Complex- Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan anda...

  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram
B Complex pilihan saya semestinya B COMPLEX SHAKLEE.. Kenapa???



Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin

Semoga info-info ni berguna untuk rakan2 semua..

Jika nak info lanjut tentang produk Shaklee boleh hubungi saya k..

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013 3353751 sms/whatsapp

baca lagi

Saturday, March 22, 2014

Kurang kalsium: Risiko kehilangan gigi di usia muda

# Kalsium & Ibu Hamil #

Ibu hamil perlukan 1200mg - 1300mg kalsium sehari atau bersamaan 1 liter susu segar.

Kalsium penting utk tumbesaran bayi terutamanya semasa pembentukan tulang, bayi akan menyerap kalsium sedia ada yg dimiliki ibu. Kegagalan si ibu menggantikan kalsium itu akan memberi kesan yg serius terhadap kekuatan tulang si ibu sendiri.

Inilah antara penyebab ibu2 KEHILANGAN GIGI pada usia muda!
......

Kalau rasa tak cukup kalsium dan risau kehilangan gigi, tapi tak berapa suka susu, ambil la ostematrix shaklee. ;)

Syakirah Kapli
013 3353751

baca lagi

Bahaya Osteoporosis dan langkah pencegahannya


Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.


Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.


Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan.Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.

----------------
Risau pulak bila baca artikel ni. Dah la memang tak suka minum susu. Huhu.. Kita hanya ada 2 pilihan, nak terus biarkan tulang kita melalui proses kerapuhan atau buat sesuatu! Bagi saya yang tak gemarkan susu ni saya amik omega dan ostematrix dalam pemakanan harian saya.

Untuk set kesihatan tulang dan sendi anda disarankan memgambil Ostematrix, Omega dan AJHT bagi yg ada masalah pada sendi..



Nak dapatkan set ni atau info lanjut mengenai produk ini ??
Jom hubungi saya:

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013 3353751 sms/whatsapp


baca lagi

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. 

Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk,kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan.Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada merekakhususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu,kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya

Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian. Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
________________

Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … SebijiOsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrixsetiap hari..

Dipetik dari: mamafaiz.com

Jika anda perlukan suplemen ini boleh hubungi saya k.

Syakirah Kapli
Shaklee Independent Distributor
013 3353751 sms/whatsapp
baca lagi

Penawar migrain semulajadi

# Penawar MIGRAIN #

Sape yg selalu diserang migrain boleh ambil bayam yg kaya dgn magnesium..

……
Kalo payah sangat nak masak n makan bayam (migrain kan, xde mood nak masak..huhu) boleh cuba OSTEMATRIX + B COMPLEX..

~ Setiap kapsul Ostematrix ada 100mg mgnesium..

~ Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) dlm telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Juga mengurangkan depresi, stress dan sebagainya..

Gandingan mantap kan!!

Info lanjut hubungi
Syakirah Kapli
013 3353751 sms.whatsapp

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard