Berkongsi Cerita: Allah Maha Mendengar, Tapi Adakah Allah Nak Dengar?

Tuesday, November 18, 2014

Allah Maha Mendengar, Tapi Adakah Allah Nak Dengar?

Assalamualaikum. Dua tiga harini saya asyik benar mendengar ceramah ustaz Yusuf Mansur di Youtube. Ada bunyi indon sikit tak? Hehe. Walaupun ceramah dalam bahasa indonesia, ku dengar jua sebab isinya sangat menarik.

Rupanya Ustaz Yusuf Mansur ni selalu buat seminar tentang bisnes jugak. Kalau di Malaysia, mungkin macam seminar Dr Azizanla kot, tengok ramai sangat yang ikut seminar ustaz ni. Dalam ceramah-ceramahnya banyak ditekankan tentang sedekah, tentang keyakinan kepada Allah. Memang banyak la membantu saya untuk lebih yakin dan menyerah 200% kepada Allah.

Beliau ada sebut sesuatu yang buat saya berfikir-fikir sampai sekarang. Beliau cakap.

Allah itu MAHA MENDENGAR..
Minta lah apa pun..

Cuma... Takut² Allah TAK MAHU DENGAR..
Maka mintalah ampun banyak-banyak dulu sebelum meminta-minta.

Jelas kan maksudnya..



Apa yang saya pelajari dari situ, kalau rasa doa tak dimakbulkan Allah, atau susah sangat nak dapat sesuatu yang kita nak, bertaubatlah.. Banyakkan istighfar. Mulakan doa dengan memohon ampun atas kealpaan kita dalam mengingatiNya.

Sebab tu mentor saya pesan, sebelum tidur buat solat taubat. Tidur dalam keadaan dah mohon ampun pada Allah. Kadangkala kita lalai dalam hidup sehari-hari.

Allah kan Maha Pengampun, setiap masa dan ketika pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.

 Moga perkongsian ringkas ini memberi manfaat buat teman².

Catatan ini untuk ingatan diri sendiri juga. :)

Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard