Berkongsi Cerita: Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur

Saturday, November 15, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu. Harini nak bebel sikit bab syukur. Sebenarnya sangat mudah menjemput rezeki dengan bersyukur. Buktinya?

Dan ingatlah ketika Tuhan mu memaklumkan, sesungguhya jika kamu bersyukur, NESCAYA aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka azabku sangat berat.
Surah Ibrahim 14:7

Allah dah janji kan. Nescaya akan ditambah nikmat bagi hambanya yang bersyukur. Orang yang bersyukur akan sentiasa redha dan sabar dengan ujian, mereka yakin Allah pasti sedang mengaturkan yang lebih baik.

Walaupun nama saya Syakirah, bermaksud 'Yang Bersyukur' saya juga kadang-kadang lupa nak bersyukur. Bila di uji mula merungut, bila diberi nikmat, alpa! Astaghfirullah.

Tapi saya bernasib baik bila dipertemukan dengan keluarga besar Shaklee yang mementingkan bab syukur ni. Master Zura, moyang Shaklee saya melancarkan cabaran 40 hari Jurnal Kesyukuran. Sekurang-kurangnya tulissss 5 perkara yang disyukuri setiap hari.

Tadaaa... Inila jurnal kesyukuran saya. Comel tak? Nampak super tak? Hehe

'S' for Syakirah, Super, SYUKUR... Wahh...gitteww..


Rupa-rupanya bila bersyukur kita akan sentiasa fokus yang baik-baik sahaja. Walaupun ada saja rintangan pada hari tu, PASTI masih ada nikmat yang boleh disyukuri. Nikmat masih bernyawa, masih ada rumah selesa, kesihatan yang baik, nikmat boleh makan, tidur, saudara, keluarga, anak...hoiii banyak lagi nak syukur oii.. Tak payah la nak sedih² gi main biola tepi sawah. (Ok..ok..ni betul-betul bebel ni)

Dr Azizan pun cakap hal yang sama, bila bersyukur, minda kita akan fokus benda yang baik-baik. Tulis yang baik-baik, baca yang baik-baik. Bukankah fikir, tulis, baca itu adalah doa. Kita akan menarik perkara yang lebih baik bila fikir, tulis dan baca yang baik-baik ni. Faham ke faham?



Pengalaman saya

Saya hanya konsisten dan komited dengan cabaran syukur ni selepas kelas IMKK Dr Azizan Osman Oktober lalu. Saya mula tulis setiap malam perkara yang saya syukuri. Tapi ada juga yang tertinggal.

Saya masih leka sebenarnya, sehinggalah saya 'termengadu' sesuatu dengan mak Shaklee saya. Mengadu tentang kekecewaan saya. (Ketuk kepala sendiri)

Mak Shaklee saya cakap...
"Ya Allah... SYUKUR la kirahhh.. Ada jugak, itu petanda baik!"

Saya terkedu... Betul jugak, ok la tu...aku patut bersyukur sebenarnya!! Allah hantar mak shaklee saya untuk sedarkan saya malam tu, rasa ada satu ketukan di kepala. Haha.. Terus tulis dan tampal dua kata-kata keramat mak shaklee saya dan tampal kat work station.

Jangan tunggu buah yang tak masak..faham?
Sejak tu saya mula tulis benda yang saya mengadu tadi tu tapi dari sudut yang positif. Saya sedar, saya perlu bersyukur walaupun atas sekecil-kecil nikmat. Disusuli juga doa selepas solat mengharapkan yang lebih baik.

Cuba teka apa yang terjadi?

Ya Allah... Syukur alhamdulillah saya rasa banyak yang berubah lepas seminggu. Segan pulak nak cerita detail kat sini. Haha.. Tapi, perkara yang saya 'kecewa' tadi tu dah berubah menjadi seperti yang saya harapkan.

Rasa macam... Magiknya..

Lepas tu banyak lagi nikmat-nikmat yang tak disangka-sangka muncul. Mungkin saya akan ceritakan di lain entry.

Air mata saya sentiasa bergenang bila fikirkan nikmat yang Allah beri sekarang ni. Sayangnya Allah pada saya. Kenapa la saya tak sedar dari awal.

Syukur pada Allah...

Terima kasih yang tak terhingga buat mak Shaklee saya, Suhaili Yaacob. Tak lupa nenek, moyang-moyang Shaklee saya yang sentiasa mendidik hati ini walaupun bertemu hanya di alam maya.

InsyaAllah saya akan duplicate perkara yang sama untuk anak cucu Shaklee saya pula.

Love you all!

3 comments:

  1. Baru dan nak baca my friend punya tulisan ni.. Betui kirah,,aku pernah melaluinya..bila pikiaq balik, dalam duk buat salah ni pun Allah bg jgk nikmat..mcm2 bentuk nikmat yg Allah tak pernah dari balik.. Betui la ayat Allah, "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

    Bangkit untuk kemajuan diri sendiri, insyaAllah..bahagia datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Allah sayang hamba²Nya.. Siap suruh mintak..mintak..mintak.. Kita ja sombong. Bila dia bagi, lupa pulak bersyukur. Hmm.. Merungut je tau. Hehe.. Moga ditingkatkan kesedaran dari hari ke hari. Alhamdulillah kita dikelilingi mentor yg sentiasa duk peringat benda ni. Manusia kan mudah lupa.

      Delete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard