Berkongsi Cerita: Rokok : Minda Kita Sedang Dijajah!

Friday, September 11, 2015

Rokok : Minda Kita Sedang Dijajah!

Assalamualaikum. Salam Jumaat yang penuh barakah. Lepas subuh tadi minda saya berlegar-legar mengingati intipati Forum Perdana Ehwal Islam semalam. Ni yang terus tulis ni. Hehe. Topik semalam agak catchy sampai saya tak berapa ingat pulak.. Haha.. Cinta Aku & Dia camtula lebih kurang tajuknya.

Mula-mula ingatkan cinta apa la ustaz  ni nak bagitau kan, rupa-rupanya bercinta dengan rokok. Rokok yang dianggap perkara biasa-biasa, rupanya lebih dari yang kita sangka. Ia satu agenda yang telah dirancang lama bagi merosakkan kita atau umat islam khususnya.


Ketagihan Rokok

Saya tak berniat nak bercerita panjang bab bahaya rokok. Rasanya semua orang dah tahu dan sedia maklum akan bahaya rokok. Sudahla bahaya untuk kesihatan, difatwakan haram pula! Hujah atau dalil apa lagi kita nak untuk berhenti merokok? Sebagai umat islam, kalimah haram tu sendiri sepatutnya dah jadi perkataan yang kuat untuk berhenti merokok.

Salah seorang panel forum perdana semalam adalah Dr. Hj Salehuddin dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Katanya, hanya berapa % orang yang berjaya berhenti merokok (Maaf saya tak ingat secara tepat, tapi memang SIKIT la). Selebihnya seolah-olah dah ada penjanjian taat setia sehingga mati bersama rokok. Itulah perumpaan yang diberi semalam.

Dari peratusan yang sedikit yang berjaya berhenti rokok tu pulak, 70% akan kembali merokok! Nampak tak? Betapa susahnya nak berhenti merokok. Hatta pak imam pun ada yang merokok, orang yang menonton forum semalam pun pasti ada yang merokok, entah-entah sambil menonton depan TV, kat tangan ada rokok. Huhu. (Ustaz moderator tu cakap)

Penjajahan Minda

Kenapa dikatakan penjajahan minda? Rupa-rupanya ini adalah salah satu agenda kuasa besar iaitu musuh kita, umat islam. Tau kan siapa. Cuba kaji, siapa taukey besar industri rokok dunia. Sekian lama kita telah dijajah, bukan secara fizikal, tapi secara mental.

Saya tertarik dengan penjelasan Dr. Hj. Salehuddin mengenaik formula yang digunakan untuk menguasai dunia iaitu 5S-3F. 5S yang dimaksudkan adalah Smoke, Sex, Song, Screen & Sports. 3F pula adalah Fashion, Food, Fun. Nak dihuraikan semua ni nanti panjang pula bebelan pagi jumaat ni. Hehe. Kita fokus pada penjajahan S yang pertama iaitu SMOKE.

Penjajahan Minda Yang Bagaimana?

Menurut Dr. Hj. Salehuddin, sejak sekian lama (sebelum diharamkan iklan rokok) TV-TV dirumah kita ditayangkan dengan iklan rokok. Yang hisap rokok tu pulak semuanya hero-hero handsome dengan pakaian yang hebat dan berprestij. Beliau sebut contoh iklan Marlboro sekitar 70-an.
Nampak tak, secara halus iklan ini menanam dalam minda kita atau generasi kita terdahulu, rokok tu melambangkan kehebatan, kehenseman, kekuatan, kelelakian. Tak jantan la kalau tak merokok. perh.. Depa tak tau rokok tu la yang bakal meragut kejantanan depa. Huhu. Dr. tu yang cakap, bukan saya cakap na. Rokok ni bila dah amik lama-lama dah serasi, susah nak berenti.

Tak cukup dengan itu, filem-filem di Malaysia pun mengambil alih tugas penjajahan tu. Bagaimana? Korang takkan tak pernah tengok filem-filem melayu kan.. Tipulah tak tengok. Pernah tengok adegan si hero handsome, sebelum berlawan, campak rokok ke bawah, tenyeh dengan tapak kasut. Pastu dush..dush..dush bertumbuk. Nampak hebat, kuat dan handsome kan.


Kanak-kanak pun suka tengok ni. Buktinya, anak buah saya semua suka, anak saya pun suka kalau tengok cerita ni. Dah la ada unsur-unsur ganas, diterapkan pula secara halusss dalam minda anak-anak. Secara kasar kita tak nampak, sebab kita tak pernah ambil tahu pun bagaimana minda kita beroperasi. Secara tak sedar, minda diprogramkan..rokok tu perkara biasa, nampak cool dan hebat.

Saya dah faham perkara ni lepas join satu kelas berbayar melalui Telegram tentang kuasa minda baru-baru ni (memang minat topik ni dari dulu). Pastu saya beli pulak satu pakej ebook ni, semata-mata nak dalami ilmu kuasa minda. Hebatnya kuasa minda bawah sedar. Nanti ada masa saya tulis bab tu pulak. Tau tak orang barat dah kuasai ilmu kuasa minda bawah sedar ni dah lama. Mereka dah maju dalam ilmu ni 10 tahun kehadapan berbanding kita. Kalau korang rasa nak dalami ilmu bawah sedar ni boleh belajar dari ebook ni Magis Sebuah Fikiran. Tulisan Master Rey, saya belajar melalui Telegram pun dengan beliau la.

Saya rasa semua orang patut belajar ilmu ni supaya minda kita mampu menepis anasir-anasir negatif yang disuntik ke minda kita saban hari. Banyakk. Iklan, filem, drama, radio, surat khabar, majalah, STATUS FB! Manipulasi minda akan buat perkara tak logik jadi logik, perkara tak betul jadi betul. Serius...

Cara Atasi Ketagihan Rokok

Ok, berbalik pada tajuk asal. Mengikut peratusan kat atas tadi, nampak kan betapa sukarnya nak berhenti merokok. Masa dalam kelas IMKK Dr. Azizan ramai juga yang buang rokok lepas kena basuh dengan Dr Azizan, tapi tak pasti la berhenti terus atau kembali merokok kan. (Merokok juga antara sebab rezeki jadi sempit)

Saya tak pasti kalau ada cara lain, tapi menurut ilmu kuasa minda separa sedar ni, ketagihan terhadap sesuatu boleh diatasi dengan kita re-program balik minda kita ni. Gunakan khidmat pakar hipnotis. Nak buat sendiri memang agak sukar kalau kita pun tak mendalami ilmu ni. Yang penting mesti ada kemahuan. Tapi dunia hipnosis ni mungkin agak asing bagi sesetengah kita, tambahan pulak ada yang cakap ni ilmu pukau. Huhu.. Sebenarnya ia cara pantas dan mudah untuk reset balik minda separa sedar kita yang telah di program sejak sekian lama. Minda ibarat komputer, kita boleh format balik, keluarkan virus dan masukkan data yang baik-baik jer. Untuk lebih faham, cuba baca blog Master Rey ni www.hipnotis.my atau cari FB beliau.


Tau tak, ada lagi satu cara. Ramai juga yang dah cuba mengambil vivix dalam usaha berhenti merokok. Satu maklumbalas dari customer saya sendiri, si isteri bagitau saya suaminya dah kurang merokok lepas amalkan vivix sebab setiap kali merokok rasa pahit. Huhu. Mungkin ini boleh dijadikan salah satu cara dalam usaha berhenti merokok kan. Selain itu, vivix juga mampu membaiki kerosakan dalam tubuh badan akibat rokok.

Perokok tegar.. boleh la cuba. Tapi yang penting kemahuan untuk berhenti tu mesti ada. Cukup-cukup lah merokok tu, bukan je membahayakan diri sendiri, tapi membahayakan keluarga dan orang sekeliling.

Kalau nak cuba vivix boleh whatsapp saya 013-3353751, kalau nak tau cara hipnosis boleh baca link yang saya beri kat atas tu.

Rokok Punca Rezeki Sempit

Korang tau tak, rokok jugak antara salah satu penyebab rezeki jadi sempit tau. Bayangkan kita hari-hari berdoa moga Allah murahkan rezeki. Pendek kata semua jenis doa murah rezeki kita dah hafal. Tapi mulut kita sedap-sedap duk hisap rokok yang terang-terang Allah tak suka. Macam mana tu..?


Ini juga antara sebab ramai yang buang rokok masa saya hadiri IMKK Dr. Azizan Osman pada tahun 2014. DAO siap buat demo lagi, bila rokok ada kat badan seseorang, auranya jadi lemah.

Harap-harap perokok tegar boleh mula fikirkan cara nak buang rokok dari hidup anda ya!
Moga entry ini bermanfaat untuk anda. 

2 comments:

  1. teringat kat iklan rakok apa ntah slogannya 'gaya,mutu, keunggulan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu.. Nampak sangat diorang nak terapkan bergaya sangat la kalo isap rokok.

      Delete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard