Berkongsi Cerita: Cara Menyediakan Makanan Sejuk Beku Anak Anda

Saturday, September 5, 2015

Cara Menyediakan Makanan Sejuk Beku Anak Anda

Assalamualaikum. Semalam saya baca Majalah PaMa tentang makanan sejuk beku untuk anak. Info yang sangat bermanfaat terutamanya bagi ibu yang bekerjaya. Ibu bekerja, tapi masih mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak. Cool kan!

Tau tak... Makanan sejuk beku adalah makanan kedua terbaik selepas makanan segar! Sebabnya makanan sejuk beku masih mampu mengekalkan nutrien yang terkandung didalamnya. Jadi lebih baik makanan sejuk beku berbanding makanan segera seperti bijirin bayi di pasaran.

Info Makanan Segera
Menurut Pemakanan Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor, lebih 60% makanan bayi yang terdapat dipasaran mengandungi kandungan gula atau garam yang tinggi.

Makanan segera bayi adalah boleh diterima jika kandungan sodium dan natriumnya kurang dari 130mg per hidangan.
.
Jadi, sebelum membeli makanan segera, better semak dulu kandungannya ya!

PENTING: Solid Food hanya diberikan kepada anak berumur 6 bulan ke atas. Sebelum 6 bulan, sebaiknya hanya berikan susu ibu.


Makanan Sejuk Beku

Berbalik kepada tajuk asal.. Walaupun terdapat lambakan produk makanan segera di pasaran, ibu-ibu sangat digalakkan menyediakan makanan sejuk beku sendiri untuk anak. Tau tak, best sangat tau kalau sediakan makanan sendiri untuk anak. Kepuasannya tiada tandingan! Hehe.. Nak pulak tengok kiub-kiub makanan yang comel dan berwarna warni tu. Teruja sangat! Haha. (ibu yang lebih kan)

Apa Yang Perlu Anda Tahu
Ada 3 perkara yang anda perlu tahu sebelum menyediakan makanan sejuk beku iaitu:
  1. Cara penyedian sesuatu makanan
  2. Cara menyimpan makanan sejuk beku
  3. Cara memanaskan makanan
Insyaallah saya terangkan satu persatu ya..

Cara Penyediaan Makanan Sejuk Beku Anak

Sayur-sayuran
  • Cuci sehingga bersih, buang kulitnya jika ada.
  • Sayuran hendaklah dipotong kecil terlebih dahulu
  • Kukus / rebus sayuran sehingga lembut. Kalau sayur yang lembut macam brokoli tu cukuplah hanya seminit direbus/kukus.
  • Toskan dan biarkan sejuk seketika.
  • Kisar bersama air.
  • Masukkan dalam bekas kiub ais bertutup
  • Masukkan dalam peti sejuk untuk dibekukan

Mudah kan!

(ihsan google)

(kredit buat pemilik gambar)

Buah-buahan
Buah-buahan yang hendak disejuk bekukan tidak digalakkan dikisar menjadi puri bagi mengekalkan khasiatnya.
  • Bersihkan buah-buahan yang ingin disejuk beku
  • Potong kecil
  • Masukkan dalam pek-pek atau beberapa bekas kecil mengikut hidangan.
  • Apabila ingin digunakan, keluarkan satu bekas, biarkan pada suhu bilik dan purikan.

Cara Menyimpan Makanan Sejuk Beku Anak
  • Masukkan kedalam bekas kecil atau bekas kiub ais dan masukkan ke tempat beku.
  • Pastikan guna bekas yang bertutup
  • Beg plastik sejuk beku juga boleh digunakan
  • Jika disediakan dengan cara yang betul, makanan sejuk beku boleh bertahan sehingga 3 bulan (maksima)
  • PERINGATAN : Pastikan suhu pada bahagian sejuk beku adalah 0 darjah celcius.
  • Walau bagaimanapun, ibu-ibu disarankan menghabiskan makanan tersebut dalam tempoh 1 bulan.
Cara Memanaskan Makanan Sejuk Beku Anak

Ambil makanan mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja, letakkan di bahagian peti sejuk biasa, biarkan semalaman. Esoknya boleh la panaskan makanan tu.

Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku anak anda;

1. Menggunakan ketuhar gelombang mikro 
Letakkan makanan dalam mangkuk kaca, masukkan dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Keluarkan, kacau dan panaskan lagi sehigga mencapai suhu yang dikehendaki.

2. Menggunakan kaedah Double Boil
Panaskan makanan secara double boil.

PENTING: Makanan yang sudah dipanaskan tidak boleh dipanaskan buat kali kedua bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.
.
Diharap entry saya kali ni mampu memberi manfaat kepada ibu-ibu prihatin semua ya..

Anda mungkin berminat membaca artikel;



2 comments:

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard