Korang tau tak, ramai ibu-ibu berpantang ni tak mendapat zat dan nutrien yang cukup tau. Sebabnya, dah nama pun pantang kan, semua benda dipantangnya. hehe. Itu tak boleh, ini tak boleh. Terutamanya bagi yang berpantang secara tradisional sepenuhnya. Air pun dilarang minum banyak. Huhu.
Kesannya, badan si ibu mula kekurangan nutrien, dah la belum pun capai tahap keseimbangan hormon selepas bersalin kan. Ibu-ibu akan mula keletihan, ditambah dengan tak cukup tidur lagi, susu pulak kurang. Pastu kena sembelit pulak. Hehe. Banyak pulak masalah kan. Tapi sekarang ni dah ramai ibu-ibu yang mengamalkan pantang cara moden, ambil makanan-makanan berkhasiat, tak kurang juga yang mengambil set bersalin / berpantang Shaklee.
Fakta Penting
- Kekurangan zink ketika berpantang boleh menyebabkan post natal depression atau dalam kamus masyarakat melayu disebut sebagai MEROYAN.
- Zat besi dan Vitamin B amat penting ketika berpantang bagi pembentukan sel darah merah. Kan banyak kehilangan darah semasa proses kelahiran. Zat besi dan Vitamin B diperlukan dalam kuantiti yang banyak bagi menghasilkan darah baru.
- Kalsium dan magnesium digunakan dengan banyak ketika proses kelahiran terutamanya bagi ibu-ibu yang mengalami proses kelahiran yang lama. Kalsium dan magnesium membantu dalam mengecutkan rahim semasa proses kelahiran. Kehilangan ini perlu digantikan semasa proses berpantang.
KEBAIKAN SET BERSALIN /BERPANTANG SHAKLEE.
1. Vitalea With Iron
Vitalea adalah satu suplemen yang kaya zat besi. Seperti yang disebutkan di atas, zat besi sangat penting dalam penghasilan sel darah merah.
Wanita yang menyusukan anak memerlukan 25-27mg zat besi sehari.
Jika kekurangan zat besi, si ibu akan mengalami masalah keletihan, sukar bernafas dan mudah dijangkiti kuman.
2. B Complex
Vitamin B Complex mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan tubuh.
Ia sangat penting bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Ini dapat membantu ibu-ibu lebih bertenaga semasa dalam pantang.
Vitamin B akan bertindak secara maksima jika diambil dengan lengkap (kesemua jenis vitamin B sekaligus), malangnya kita jarang mendapatnya dari pemakanan harian. Sebab tu digalakkan mengambil suplemen B complex yang telah lengkap ini.
3. Vitamin C
Vitamin C penting dalam pembentukan sel baru, mempercepatkan penyembuhan luka serta baik untuk kesihatan gigi dan gusi.
Ibu yang kekurangan vitamin C akan mudah penat, luka lambat sembuh, gusi berdarah, mudah mendapat lebam dan sakit sendi.
Seperti Vitamin B, Vitamin C juga tidak disimpan dalam badan dan perlu diambil setiap hari.
4. Kalsium / Ostematrix
Dalam "set bersalin / berpantang Shaklee", terdapat ostematrix yang mampu membekalkan kalsium yang cukup buat ibu yang berpantang.
Kalsium sangat diperlukan bagi pembentukan tulang dan gigi yang sihat kepada bayi yang disusukan.
Ia juga penting bagi mengelakkan pembentukan darah beku pada ibu yang lebih banyak dalam keadaan baring dan kurang bergerak.
Kalsium juga dapat membantu mengurangkan rasa kebas kaki dan tangan, mengecutkan otot rahim kembali ke saiz asal.
Wanita yang menyusukan anak memerlukan 1000-1500mg kalsium sehari. Ibu-ibu digalakkan mengambil 4 biji ostematrix setiap hari.
Ostematrix juga dikatakan mampu mengurangkan masalah sembelit ibu selepas bersalin.
5. Zinc Complex
Wanita yang sedang berpantang memerlukan antara 15-20 mg zink sehari.
Ia membantu ibu-ibu dalam pembentukan sel-sel yang rosak sepanjang kehamilan dan kelahiran bayi.
Zink juga diperlukan dalam meningkatkan daya tahan ibu dan mengelakkan jangkitan pelbagai penyakit.
6. Protein / Energizing Soy Protein
Ibu-ibu yang baru melahirkan anak amat memerlukan protein dalam pemakanan harian mereka. Ia boleh didapati dari telur, daging, ikan dan kacang soya.
Protein dari sumber kacang soya mengandungi semua asid amino yang diperlukan tubuh.
Energizing soy protein (ESP) yang terdapat dalam set bersalin / berpantang Shaklee dihasilkan dari NON-GMO (genetically modified organism) soy dan dijamin selamat dari sebarang bahan cemar yang membahayakan.
ESP juga tidak mengandungi kolesterol dan rendah lemak. Jadi tiada masalah berlebihan pengambilan lemak seperti mengambil sumber protein dari ayam/daging.
=================================================
==================================================
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Bersalin / Berpantang Shaklee
Boleh hubungi saya
FB : Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751
Dah 2 kali bersalin bersama Shaklee, sangat bertenaga dan positif! Ikuti kisah saya
ReplyDeleteBerpantang Bersama Shaklee
Tq atas komen put :)
Delete