Assalamualaikum semua. Kabare?
Semalam saya tak dapat tidur, puas ke kiri ke kanan tak jugak lena. Saya teringat satu teori, kalau tak boleh tidur, bangun baca buku. Confirm mengantuk. hehe
Saya pilih buku yang paling kecil dan nipis. Wah ternyata teori tu benar sama sekali, tak sempat baca habis satu muka surat dah menguap-nguap. Haha.. Tapi disebabkan buku tu terlalu menarik, saya teruskan pembacaan.
Buku ni tentang bagaimana mengetuk pintu hati untuk jadi lebih baik. Yang menariknya ada disediakan skrip saranan pada diri sendiri untuk mengetuk hati supaya berubah. Tapi yang penting, niat tu mesti la ada, bukan paksaan. Dalam ni ada 30 latihan ketukan. Kalini saya pilih ketukan ke-30 iaitu MENGECAS IMAN. Paling last, tapi saya rasa paling penting.
Suara Hati
Percaya tak, sehari-hari, kita lebih banyak bercakap dengan diri sendiri berbanding cakap dengan orang lain? Siapa pernah belajar dengan Dr. Azizan Osman, ia dipanggil small little voice atau ada yang panggil suara budak kecik. Ngeri pulak rasa dalam diri kita ada suara budak kecik yang selalu mempengaruhi kita. Hehe. Budak kecik tu sebenarnya kita la.
Budak kecik ni lebih cenderung untuk beri saranan-saranan negatif kat kita. Sebab dia tak suka kita berusaha jadi baik, dia nak duduk dalam zon selesa. Dia akan menghasut kita supaya bermalas-malasan. Buat apa nak solat, tido lagi best, tengok TV lagi best. Kejap-kejap lagi la... (tangguh-tangguh nak buat baik) Memang macam tu sifat dia. Kalau dilayan makin menjadi-jadi. Melampau betul budak kecik tu. Huh! Korang perasan tak sebelum ni?
Ketukan Hati
Sebab ni la kita perlu ketukan-ketukan pada hati kita, supaya dapat counter attack (macam main bola pulak) balik budak kecik tu. Kita mesti lawan dia. Kali ni saya kongsikan ketukan ke-30 dalam buku ni, Mengecas Iman. Caranya camni.
1. Niat
Nak buat apa pun mesti ada niat la kan. Niat nak sentiasa tingkatkan iman. Mudah-mudahan kita lebih tenang, damai dan bahagia.
2. Skrip Suara Hati
Gunakan skrip ni, sebut berulangkali sehingga ia berjaya menjadi suara hati kita. Sebut dengan penuh penghayatan. Ia bertindak sebagai suara hati kita yang baru, sekaligus tak beri peluang kepada suara halus yang negatif.
Saya sedar bahawa iman boleh naik dan boleh turun.
Apabila iman saya turun, maka saya bertanggungjawab mengecasnya supaya naik kembali.
3. Imej Diri
Ini pulak skrip untuk kita merasai seolah-olah skrip suara hati kita diatas telah menjadi kenyataan. Kita membayangkan, merasai dan percaya perkara yang dalam skrip diatas sudah berlaku.
Saya yakin dan saya percaya Allah SWT mendorong hati saya bagi menjaga hak-hakNYa.
Iaitu melakukan perkara yang Dia suruh & berjuang meninggalkan perkara yang Dia larang.
Semakin kuat saya digoda hawa nafsu & bisikan syaitan, semakin kuat saya melakukan perkara yang Allah suka.
Dengan izin Allah, iman saya semakin meningkat.
Saya ada kesedaran bahawa pertaruhan hidup ini bukan perkara kecil, iaitu SYURGA & NERAKA.
Kesimpulan
Setiap kata-kata kita ada energi tersendiri, terutamanya kata-kata dalam hati & minda.
Kita kena berhati-hati dengan apa yang kita Fikir, Cakap, Buat, Dengar & Lihat sebab semua tu akan beri kesan pada diri kita.
Tuesday, September 1, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment