Berkongsi Cerita: Doa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki

Saturday, September 26, 2015

Doa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki

Assalamualaikum. Selamat petang semua, semoga sihat-sihat hendaknya. Antara doa yang sering kita cari adalah doa murah rezeki, betul? Bila tiba hari lahir saudara mara / rakan kita akan ucap selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki, betul?

Persoalannya apakah maksud rezeki?
Pada pandangan saya, maksud rezeki sangat luas, bukan wang ringgit semata.

Kesihatan yang baik adalah rezeki.
Kebahagiaan rumah tangga adalah rezeki.
Anak yang soleh adalah rezeki.
Rumah yang selesa adalah rezeki.
Kawan yang baik adalah rezeki.

Pendek kata semua yang baik-baik yang kita terima adalah rezeki. Malahan ujian juga adalah rezeki kerana dengan ujian Allah meninggikan darjat kita, mengampunkan dosa-dosa kita. InsyaAllah. Sebab tu kita kena sentiasa berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki.

Antara doa murah rezeki yang paling famous adalah doa dhuha;

Doa Murah Rezeki

Teringat masa awal-awal bekecimpung dalam dunia perniagaan, mentor saya amat tekankan doa ini. Walaupun tak sempat nak solat dhuha, doa ni jangan tinggal! Begitu lah nasihat beliau yang saya masih ingat hingga kini. hehe.


Doa Murah Rezeki Paling Ringkas

Ini pula doa yang agak pendek dan mudah diamalkan.

Doa Murah Rezeki

Saya pernah baca, jika inginkan rezeki yang tak putus-putus, amalkan doa ini setiap kali kita keluarkan atau simpan duit dalam dompet. Juga digalakkan amal selepas solat sebanyak 33kali. Kita hanya berusaha dan mesti yakin dengan Allah.


Amalan Murah Rezeki Yang Lain

Antara amalan lain yang selalu disebutkan adalah;
  • Istighfar
  • Laa Hau La Wa La Quwwata Illa Billah
  • Selawat
  • Al-Waqiah
  • Solat Taubat
  • Solat Istikharah
  • Solat Hajat
  • Solat Tahajud


Asmaul Husna Sebagai Doa Murah Rezeki

Ada juga yang mengamalkan zikir nama-nama Allah untuk mempermudahkan urusan rezeki.
Antara zikir Asmaul Husna yang selalu digunakan adalah


  • Ya Wahhab - Yang Maha Memberi
  • Ya Razzaq - Yang Maha Memberi Rezeki
  • Ya Ghani - Yang Maha Kaya
  • Ya Mughni - Yang Memberi Kekayaan


Pantang Larang Yang Menyekat Rezeki

Dalam pada kita mengamalkan doa murah rezeki, jangan lupa amalan-amalan lain yang selalu kita terlepas pandang. Kadangkala rezeki kita tersekat kerana perbuatan kita sendiri. Pernah tak rasa, dah banyak berdoa pada Allah, dah berusaha sehabis baik, tapi rezeki masih malu-malu nak datang. Hidup terasa sempit.

Mohon semak semula perkara-perkara ini;

Adakah kita pernah menyakiti hati orang tua?
Adakah kita pernah berhutang, tapi tiada niat dan usaha untuk membayarnya?
Adakah kita pernah tinggalkan solat 5 waktu?
Kita solat tepat waktu atau hujung waktu?
Selalu mengumpat?
Ada dosa sesama manusia, belum minta maaf?
Pernah tak lakukan solat taubat atas dosa pada Allah?




Sebenarnya baaaanyak lagi, perkara yang kita ambil ringan, tak tahu pun benda tu akan memberi kesan pada kehidupan, pada rezeki kita. Saya pun banyak belajar lepas menghadiri program IMKK Dr.  Azizan Osman.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkara ni, ada dikupas dengan panjang lebar dalam
Pakej E-Book 111 Formula Rezeki

Ada 5 buah E-Book dalam pakej ini iaitu;

1. Punca Rezeki Sempit Yang Tidak Disedari
2. Teknik Menarik Rezeki Yang Berkesan
3. Tips Rezeki Pantas
4. 7 Bonus Rezeki
5. Pelengkap Rezeki

Klik 111 Formula Rezeki untuk dapatkan pakej ebook yang sangat bermanfaat ini. Inilah peluang terbaik untuk anda fahami dengan jelas tentang formula rezeki.


.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard