Assalamualaikum dan selamat petang semua. Mesti semua tengah sibuk beraya ni kan. Menu wajib saya setiap kali raya adalah ketupat daun palaih. Sedap oo..
Harini nak share pasal berkasih sayang. Entry ringkas ja raya-raya ni.. Hehe. Sebelum ni saya pernah dengar pasal sayangi anak. Niat sayang anak ni bukan sahaja sebab anak tu anak kita, tapi kena sayang anak sebab ia satu tuntutan agama. Allah suruh kita sayangi anak.
Kalau nak sayang hanya disebabkan itu adalah anak, binatang yang tak berakal pun sayang anak. Manusia yang berakal pulak tak sayang anak sendiri. Dibuang sesuka hati. Bila kita berpegang pada Allah, InsyaAllah rasa SAYANG tu lebih bermakna. Betul? Betul?
Jadi seminggu dua ni saya cuba apply, saya ajar Muhammad. Saya cakap, ummi sayang Muhammad kerana Allah. Dia pun akan cakap, Mamad sayang ummi kerana Allah. Lama-lama dia terbiasa, bila ditanya.. Sayang ummi dak? Dia akan jawab sayang ummi kerana Allah.
Kadang-kadang, ummi tengah sibuk buat kerja pun dia akan datang peluk dan bisik.. "Mamad sayang ummi kerana Allah" Tau tak bila sebutan tu bersandarkan Allah, energi dalam kata-kata tu lain macam rasanya. Sebelum-sebelum ni dia selalu ja cakap sayang-sayang tu. Tapi bila gunakan "sayang kerana Allah" rasa tu lain sangat. Kalau tak caya, cuba la try test tengok. Hehe
Boleh diaplikasikan untuk suami/isteri, mak/ ayah, adik beradik atau sahabat. Kalau couple-couple tak menikah lagi tu toksah duk gatai la nak sayang kerana Allah kan.. Dush sekali baru tau.
Thursday, September 24, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment