Berkongsi Cerita: Al-Quran : Baca Sorang Atau Berjemaah?

Tuesday, September 22, 2015

Al-Quran : Baca Sorang Atau Berjemaah?

Baca sorang atau berjemaah? Mana lebih baik?
Baca apa? Hehe.. Sebenarnya saya nak kongsi pendapat tentang baca Al-Quran secara berjemaah atau lebih tepat baca secara berkumpulan.

Dalam tahun lepas (kalau tak silap saya) seorang rakan SMKAB saya Nhur Adibah, ada perkenalkan program yang diasaskan oleh tokoh dari Indonesia iaitu program ODOJ (One Day One Juz). Saya pernah dengar pasal program ni dalam ceramah Ustaz Yusuf Mansur dari Indonesia.

Program ini dibuat secara berkumpulan, bahagikan tugasan untuk lengkapkan bacaan 1 juz setiap hari. Kan sekarang mudah, semua ada whatsapp kan, jadi kami bahagikan tugasan melalui whatsapp group. Manfaatkan teknologi sebaiknya gituu.

Lepas tu saya kembangkan program ni pada rakan-rakan dari keluarga shaklee dibawah bimbingan 'mak' shaklee saya Suhaili Yaacob. Group dengan rakan-rakan SMKAB masih berlangsung, tapi saya mengundur diri dulu sebab nak tumpukan pada  program ODOJ bersama famili Shaklee dengan ditokok tambah menjadi beberapa aktiviti sihat selari dengan niat berbisnes. hehe. Panjang pulak intro.

Ok, berbalik pada tajuk asal.
Baca Sorang Atau Berjemaah?

Mungkin ada yang cakap, buat apa group-group bagai. Baca je la sorang. Konsisten 2 page sehari, sama jer. Leceh la nak tunggu habiskan bacaan, kalau ada yang lewat baca, kena tunggu pulak sebelum masuk ke juz seterusnya. Tak dinafikan, bila dah baca ramai-ramai ni ada je yang lambat baca, ada yang minta excuse, ada yang terpaksa minta talian hayat.

Kelebihan Baca Berjemaah

Ini berdasarkan pandangan saya la. Anda berhak untuk setuju atau tidak. Tulisan ini berdasarkan sudut pemerhatian saya. Mungkin ada yang melihat dari sudut berbeza. Takpa.

1. Bagi yang tak konsisten membaca Al-Quran 
Membaca secara berkumpulan akan buat kita lebih berdisiplin. Ye la, kalau kita tak baca, kawan-kawan lain terpaksa menunggu. Takkan nak biar rakan lain tertunggu-tunggu kan. Jadi 'terpaksa' baca. Jangan lupa, apa pun amalan kita, mula-mula memang akan rasa terpaksa, tapi bila dah rasa kemanisannya tu, haaa mula sayang nak tinggal.

2. Bagi yang dah konsisten membaca Al-Quran setiap hari.
Ni kira golongan yang.. Alhamdulillah, memang tak tinggal Al-Quran. Ada yang mampu konsisten baca sekali dengan terjemahan. Tapi masih join ODOJ dengan niat membantu meraikan rakan-rakan yang masih dalam kedudukan 'tak konsisten' tadi. Lagi banyak baca Quran kan lagi bagus. Kan best sama-sama meramaikan kumpulan membaca Al-Quran. 2 mukasurat ja sehari.

3. Semangat Berpasukan
Dah macam main bola pulak semangat berpasukan bagai ni kan. hehe. Secara tak langsung baca secara berkumpulan jugak mampu memupuk semangat berpasukan. Kadang-kadang atas hal-hal tertentu, ada rakan yang tak dapat baca, jadi rakan lain akan tolong cover, bacakan part rakan yang tak boleh baca tadi.

4. Aktiviti Sampingan
Bila ramai kan banyak idea boleh buat. Selain kumpulan yang membaca Al-Quran satu juz sehari, kita boleh juga buat aktiviti kebajikan lain seperti sedekah. Alhamdulillah, kami dah cuba terapkan aktiviti sedekah ni setiap bulan. Setiap bulan akan ada seorang yang akan buat kutipan selepas tarikh bonus Shaklee. Hasil kutipan tu, ikut la orang yang kutip tu nak sedekah ke mana. Ada yang bagi kat rumah anak yatim, pusat tahfiz, mangsa banjir dll. Alhamdulillah setiap bulan kutipan mencecah Rm500-Rm600.

5. Penambahbaikan
InsyaAllah selain aktiviti membaca Al-Quran dan sedekah,, kita boleh upgrade lagi amalan. Contoh, dari sekadar membaca Al-Quran setiap hari, kita upgarade pula bangun bertahajud setiap hari. Memang agak sukar, tapi usaha kearah tu mesti ada. Bila bergerak dalam kumpulan, insyaAllah masing-masing akan cuba memberi semangat sesama sendiri. Ada yang bangun awal, boleh miss call kawan lain. Atau just tulis dalam group... "Bangun...bangun..tahajud". hehe.. Esoknya yang tak bangun mesti rasa frust.. "ala... si AA dapat bangun semalam, kenapa aku tak boleh bangun.." Kalau tak banyak pun, sikit penyesalan tu mesti ada..


Sengaja dinamakan group ni Cabaran Tahajud 40 Hari, walaupun motif utamanya adalah ODOJ. Tak salah rasanya meletakkan sasaran yang tinggi kan. Hehe.. Walaupun saya sendiri belum mencapai target tu, insyaAllah sama-sama usahakan ye. Dari segi bacaan Al-Quran, alhamdulillah dah masuk pusingan ke-20, maknanya dah 19 kali khatam.

P/S: Bila dah ada group ni, tak semestinya kita tak boleh baca selain dari yang ditetapkan. Masing-masing perlu ada jugak target bacaan sendiri-sendiri. Group ni hanya membantu kita istiqamah dengan Al-Quran.


Contoh Target Peribadi

- Baca sekali terjemahan
- 1 Hari 4 muka surat
- 2 muka surat setiap kali solat
- Yasin selepas subuh
- Al Mulk sebelum tidur
- Al Waqiah selepas maghrib

Buat la ikut kesesuaian dan upgrade selalu. InsyaAllah.



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard