Berkongsi Cerita: 7 Tips Untuk Cepat Dan Mudah Bersalin

Friday, September 11, 2015

7 Tips Untuk Cepat Dan Mudah Bersalin

Assalamualaikum. Pekabar semua? Harap semuanya sihat-sihat ajer.
Petang-petang camni duk belek majalah PaMa kejap. Jumpa satu artikel yang amat berguna dan patut dikongsi dengan ibu-ibu yang bakal melahirkan anak. Ada 7 tips semulajadi untuk cepat dan mudah bersalin. Tak pakai ubat-ubatan pun tau.

cepat dan mudah bersalin


Tip 1 : Bangun & Berjalan
Pergerakan yang banyak mungkin akan menguatkan kontraksi dan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Pegi jer borak-borak beramah mesra dengan rakan-rakan di wad tu. Hehe.

Tip 2 : Buang Air Kecil
Pundi kecil yang penuh boleh melambatkan kelahiran, sebab ia menghalang penurunan kepala bayi. Jadi, cuba buang air kecil dengan kerap ya.

Tip 3 : Mandi Air Suam
Mandi menggunakan air suam atau masuk ke kolam bersalin bagi yang menggunakan kaedah water birth. Ini dapat mengurangkan keperluan anda mengambil ubat bagi mempercepatkan kelahiran.

Tip 4 : Teknik Pernafasan
Gunakan teknik pernafasan yang telah diajar di dalam kelas antenatal bagi mengelakkan rasa cemas. Sebaiknya anda dah selalu praktis sebelum sampai waktu kelahiran tu supaya tak kekok dan gementar untuk lakukannya dengan tenang. Jangan lupa set kan dalam minda, anda akan cepat dan mudah bersalin.

Tip 5 : Urut Belakang
Minta suami tolong urutkan belakang anda dengan lembut.


Tip 6 : Tukar Posisi
Jika anda hanya mampu berbaring dan tak mampu untuk berjalan-jalan, tukar posisi baringan anda supaya berlaku sedikit pergerakan. Mudah-mudahan ianya membantu mempercepatkan kontraksi.

Tip 7 : Hayunkan Punggung
Hayunkan pungguh dengan perlahan sambil membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku. Ini dapat membantu rahim menolak bayi masuk ke saluran yang betul.

Macam mana? Boleh ke nak amalkan semua tu? kalau tak dapat amal semua, cubalah sebahagian daripadanya ya. Mudah-mudahan ibu-ibu sekalian akan lebih cepat dan mudah bersalin.

Saya doakan ibu-ibu yang membaca entry ni dipermudahkan segala urusan, selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. Amin..


Anda mungkin berminat membaca:




2 comments:

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard