Berkongsi Cerita: 25 Menu Pilihan Untuk Ibu Berpantang

Saturday, October 10, 2015

25 Menu Pilihan Untuk Ibu Berpantang

menu resepi ibu berpantang

Menu Berpantang #1 : Turi Masak Asam Rebus

(Bagus Untuk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.


Menu Berpantang #2 : Sup Lobak Putih

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris

bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.


Menu Berpantang #3 : Daging Goreng Kunyit

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.


Menu Berpantang #4 : Daging Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


Menu Berpantang #5 : Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


Menu Berpantang #6 : Ikan Haruan Goreng Rempah

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
30gm halia
2 biji bawang besar

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.

Info
Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu.Tidak digalakkan minum air terlalu banyak.


Menu Berpantang #7 : Ayam Panggang (Selera Pantang)


menu resepi ibu berpantang
Gambar Hiasan

BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN-BAHAN DIKISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak.
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.


Menu Berpantang #8 : Ayam Masak Bijan

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.


Menu Berpantang #9: Pais Ikan Tenggiri 

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.


Menu Berpantang #10: Ikan Tenggiri Goreng Halia

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.


Menu Berpantang #11 : Ikan Masak Pindang


menu resepi ibu berpantang

BAHAN-BAHAN
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

Info
Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin.Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.


Menu Berpantang #12 : Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan


Menu Berpantang #13 : Singgang Daging Ala Kelantan

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar)
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.


Menu Berpantang #14 : Ikan Tenggiri Masak Asam

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.


Menu Berpantang #15 : Ikan Panggang Halia Muda

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN B (DIHIRIS)
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARAPENYEDIAAN
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

Info
Halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,baik untuk hati,menguatkan tenaga batin,menambahkan air mani,membuang angin,menghilangkan bau mulut,memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.


Menu Berpantang #16 : Ikan Tenggiri Bakar

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.
2) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
3) Satukan air asam jawa bersama halia,bawang merah,serbuk lada hitam,garam dan gula.
4) Hidangkan bersama ikan.

Info
Ikan tenggiri membekalkan selenium pada tubuh.Ia mengelakkan tubuh dihidapi kanser dan penyakit jantung.


Menu Berpantang #17 : Sup Ikan Haruan

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DITUMBUK
30gm halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan air.
3) Apabila mendidih,masukkan asam keping,ikan dan garam.
4) Masak lagi hingga mendidih.
5) Taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi.Membantu penyembuhan luka dengan cepat.


Menu Berpantang #18 :Ikan Siakap Bakar

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.


Menu Berpantang #19 : Sup Daging


menu resepi ibu berpantang


BAHAN-BAHAN
Setengah kilo daging batang pinang
5 ulas bwg putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati daging lembu
Air 900ml
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit minyak masak untuk menumis
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan daging.
2.Potong daging kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,daging dan kiub pati daging lembu.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.


Menu Berpantang #20 : Ikan Gelama Masak Asam

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 ketul halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 mangkuk air asam

CARA PENYEDIAAN
1. Gorengkan ikan yang telah disapu garam dan kunyit.Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan cili merah.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Menu Berpantang #21: Ikan Bilis Berkunyit

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


Menu Berpantang #22: Ikan Bilis Lemak Lada Hitam

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Didihkan santan,air dan bahan tumbuk di atas dengan api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam.Gaul sekata.


Menu Berpantang #13 : Ikan Bilis Daun Kari

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula daun kari dan ikan bilis.
3. Goreng seketika dan angkat.


Menu Berpantang #23: Ikan Bawal Kukus Halia

menu resepi ibu berpantang
Ihsan Google

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia (potong nipis)
1 inci kunyit (potong nipis)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 batang lobak
Beberapa bunga kubis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dalam bekas dan boleh alas dengan daun pisang/aluminium foil.
4. Siram baki perapan kicap atas ikan.
5. Tabur bahan yang dipotong atas ikan.Susun lobak dan bunga kubis di sekeliling ikan.
6. Kukus dalam anggaran 10-12 minit atau sehingga masak.


Menu Berpantang #24 : Ikan Panggang Berkari

BAHAN-BAHAN
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Daun pisang
Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
2. Lumurkan di atas ikan dan balutkan dengan daun pisang.
3. Panggang boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


Menu Berpantang #25 : Ikan Haruan Lada Hitam

Bahan-bahan: 

1 ekor ikan haruan 
1 cawan santan 
1 biji bawang besar – dihiris 
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk 
1 ½ sudu makan minyak masak 
Garam secukup rasa 

Bahan hiris halus: 
4 ulas bawang putih 
1 ½ cm kunyit hidup 
1 ½ cm halia 

Cara menyediakan: 
a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam. 

b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.

c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard