Berkongsi Cerita: September 2015

Wednesday, September 30, 2015

Diskaun sehingga 90%.. Buku RM1 & RM3 sebuah pun ada.


Sekarang ni tengah ada jualan MyCyberSALE secara besar-besaran di Bookcafe.com.my.
Ulat-ulat buku mesti takkan lepaskan peluang ni. Giler banyak kot diskaunnya.

Saya memang suka beli buku dekat bookcafe ni. Selain banyak diskaun, kadang-kadang dapat buku FREE. Hehe. Pernah sekali tu diorang buat jualan pindah gudang, saya beli buku dengan harga tak sampai RM50 pun dapat 7 buah. Huh. Jimat sungguh.

MyCyberSALE ni berlangsung 28-2 Oktober ni je tau. Baik cepat-cepat beli, sebab kalau lambat memang kena rembat la buku yang kita nak tu.


Bila tengok buku-buku yang ada kat bookcafe tu mesti rambang mata, rasa nak klik je beli semua. Kikiki.. Saya dari dulu memang suka beli buku. Ada jugak yang tak terhabis baca, tapi gian nak beli lagi. Takpa, slow-slow baca. InsyaAllah lama-lama habis la baca. Hajat di hati nak bina sebuah kutub khanah kat rumah. hehe..



Antara karya agung yang boleh didapati di Bookcafe.com.my

Kalau korang peminat novel sejarah islam, hah ni peluang keemasan, boleh dapatkan terus pakej kombo ni. Klik pada gambar.


Jom kita jadi orang yang rajin membaca. Banyak membaca, luas ilmu pengetahuan. Saya pernah dengar orang cakap, dengan membaca kita boleh pegi ke mana sahaja yang kita nak, sebab tu saya suka baca buku berunsurkan travelog dan novel sejarah islam, boleh jugak menelusuri zaman kehebatan islam dulu-dulu.




Ni antara buku-buku yang saya beli di Bookcafe.com.my
Best.. ada yang berharga RM3 je, tapi sarat dengan pengajaran. Yang lagi best siap dapat pulak buku free, CD dan kupon diskaun. Hehe. Memang berbaloi lah.




baca lagi

7 Perkara Tentang Dyslexia - Dr Rozanizam Zakaria

Saya terjumpa satu artikel di FB tentang Dyslexia. Info sangat menarik untuk dikongsi memandangkan ada di antara kita yang masih agak kurang pendedahan tentang dyslexia.
Kredit kepada : Dr Rozanizam Zakaria - Dr Nizam's TIPS   (Klik untuk ke FB page beliau)

NAMA SAYA AINA, SAYA BUKAN BUDAK TAK PANDAI..SAYA CUMA ADA DYSLEXIA: 7 perkara tentang dyslexia.
Nama saya Aina, saya lapan tahun. Dulu saya minat sekolah, saya suka cikgu ajar melukis, buat aktiviti di padang dan belajar mengira. Tapi saya tak pandai membaca. Semua orang boleh baca dengan laju, tapi saya selalu susah nak baca. Kawan-kawan selalu gelakkan saya. Cikgu selalu tegur sebab saya tulis terbalik. Saya rasa saya tulis betul, tapi asyik dapat pangkah.
Saya tak boleh beri tumpuan sebab banyak sangat yang cikgu tulis di papan hitam saya tak dapat ikut. Saya tak sempat salin, jadi saya tak tahu apa kerja sekolah. Ada budak kata saya bodoh, sebab tu saya duduk kelas belakang. Bila kena baca di depan kelas, saya jadi takut. Saya rasa nak muntah, nak pitam atau mungkin rasa nak pengsan. Saya tak tahu apa yang saya rasa.
Saya takut dan tak mahu pergi sekolah. Saya menangis dalam bilik dan tutup pintu. Mula-mula mak pujuk, lepas tu mak marah. Ayah pun paksa tapi saya tak mahu pergi sebab saya takut. Cikgu datang sekolah pujuk, tapi saya takut dan saya malu. Kawan-kawan mesti kata saya budak malas sekolah.
Sebulan lepas tu, mak bawa saya jumpa doktor. Doktor buat ujian IQ, dia minta saya main puzzle, lukis-lukis, tiru bentuk dan jawab soalan. Doktor beritahu mak IQ saya ‘normal’. Doktor suruh saya tulis dan baca. Masa tu baru saya tahu, saya ada DYSLEXIA. Baru saya tahu, saya bukan budak tak pandai....saya cuma ada DYSLEXIA
___________________________________________________
1. Dyslexia bukan bermakna anak tersebut tidak pandai, malas, payah diajar atau lembab. Kanak-kanak dyslexia mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca, mengenal huruf, mengeja, menyebut suku kata, mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata.
2.Ia disebabkan gangguan pada saraf otak yang secara khusus berfungsi dalam penguasaan kemahiran tersebut. Berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami intellectual disability, kanak-kanak dyslexia biasanya mempunyai IQ yang normal, bahkan mempunyai kecenderungan dan bakat semulajadi yang istimewa dalam bidang lain seperti seni, kemahiran dan sebagainya. 10% kanak-kanak sekolah mempunyai gejala dyslexia.
3. Bukan semua kanak-kanak dyslexia mempunyai gejala yang sama. Antara gejala awal yang biasa dikesan adalah menulis huruf terbalik, tertukar suku kata, tertinggal huruf, tertinggal perkataan, tidak minat dalam tugasan memerlukan membaca dan menulis, sukar mengenal waktu dan tertukar maksud perkataan.
4. Pengesanan awal penting bagi membolehkan penilaian dibuat dan penyesuaian dibuat terhadap kaedah mengajar dan belajar bagi kanak-kanak ini.
5. Bagi yang mengalami kesukaran mengikuti pembelajaran arus perdana, mereka perlu dirujuk ke kelas khas dysleksia yang termasuk dalam program pendidikan khas integrasi yang disediakan kementerian.
6. Mengajar kanak-kanak dyslexia memerlukan kreativiti. Mereka mudah hilang fokus. Maka pengajaran perlu menggunakan pendekatan pelbagai pendekatan - seni, aktiviti, warna, bentuk, games, puzzle dan sebagainya.
7. Dyslexia tidak sepatutnya menghalang mereka berjaya seperti kanak-kanak lain. Dengan pengajaran yang bersesuaian, apabila mereka dapat menguasai konsep asas membaca dan menulis, mereka biasanya boleh mengikuti proses pembelajaran seperti kanak-kanak lain.
baca lagi

Tuesday, September 29, 2015

Makan 8 Benda Ni Untuk Jadi Kurus!

Korang tau tak, kalau nak kurus... Selain dari senaman, korang kena MAKAN!
Haa..kontroversi tak statement dia atas. Makan bukan la sebarang makan, tapi ada makanan tertentu yang boleh bantu korang jadi lebih kurus tau. Nak tau tak? Meh saya senaraikan 8 makanan yang boleh bantu korang jadi kurus.

1. Epal
Korang tau tak, semua buah dan sayuran yang mengandungi banyak air dan serat mampu bantu badan korang menghasilkan signal kenyang. Epal adalah salah satu daripadanya. Penyelidikan juga mengakui epal sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Anda digalakkan memakan sebiji epal bersaiz sederhana 15 minit sebelum makan. Bila dah rasa kenyang idak la bernafsu sangat nak makan banyak kan. Hehe..


2. Cili Merah
Ada bran? Kajian menunjukkan setengah sudu kecil cili merah cincang yang dimasukkan dalam makanan dapat mengurangkan nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati, capsaicin iaitu sebatian yang berperanan memberikan rasa panas dan pedas dapat mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

3. Rumpai Laut
Pakar mendapati rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang mampu menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang. Mana mau cari rumpai laut hari-hari? Hehe

4. Teh Hijau
Menurut American Journal Of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin, iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak. Ia juga mengandungi antioksidan yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin, iaitu hormon yang mengendalikan nafsu makan.

Amalkan minum teh hijau antara 3-6 cawan setiap hari bagi mempercepat tubuh membakar tenaga sel sehingga 40%, disamping meningkatkan kadar pembakaran lemak.

5. Telur
Berdasarkan laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk waktu makan berikutnya. 
(Fuh, nasib baik saya memang suka masak telur dadar je pepagi. hehe)

6. Limau Nipis Atau Lemon
Ha.. kalau keluar beli barang dapur tu jangan lupa lemon atau limau nips tau! Lemon mengandungi pektin, iaitu serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan. Jadi korang akan rasa kenyang lebih lama.

7. Air Kosong
Satu kajian yang dubuat pada 2010 membuktikan bahawa meminum air kosong sebelum makan dapat membantu menurunkan berat badan.



8. Bawang Putih
Para penyelidik  mendapati bahawa kandungan allicin yang terdapat dalam bawang putih bertindak memberi bau yang menyengat dapat merangsang pusat kenyang di otak. Ia juga akan mengurangkan rasa lapar.

Bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon adrenalin yang akan mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak.


Siapa tak suka makan bawang putih, korang boleh makan garlic complex ni. Kan senang, telan jer 2 biji sehari. Hehe.

Kalau korang nak cuba boleh whatsapp nombor ni 013-3353751
baca lagi

Monday, September 28, 2015

Pesta Buku : Jualan #MyCyberSale Bookcafe

Perhatian ulat² buku sekalian.
Moh shopping buku kat bookcafe, tengah ada tawaran meleleh tu.
.
.
.
TAWARAN MELELEH #MYCYBERSALE



Diskaun Sehingga 90%, Harga Menjunam RM1

(28 September - 2 Oktober 2015)

================
MAKIN DITUNGGU, MAKIN HABIS DISAMBAR ORANG
================

Dapatkannya sekarang juga, stok terhad.

1. Diskaun naik mencanak setinggi 90%.
2. Harga buku jatuh menjunam serendah RM1.
3. Ratusan tajuk buku-buku murah pada harga RM1, RM3,
RM5 dan RM10 ke bawah.
4. Lebih 500 tajuk diberi diskaun 50% - 80%.
5. Semua buku & DVD dapat diskaun 10%.

HARGA PROMOSI: 28 - 2 OKTOBER 2015 SAHAJA

Dapatkannya sekarang juga. Klik di sini: https://goo.gl/QK4Hle
baca lagi

Sunday, September 27, 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg telah mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah utk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.


Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

"Kalaulah org yg bersedekah itu mengetahui dgn sebenarnya dan dpt menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa & dpt menggandakan kebaikan.

7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) orang yg bersedekah adalah org yg terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.


Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap org yg "copy paste" msj ini, pahalanya adalah utkmu juga, in sha Allah..
baca lagi

Saturday, September 26, 2015

Doa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki

Assalamualaikum. Selamat petang semua, semoga sihat-sihat hendaknya. Antara doa yang sering kita cari adalah doa murah rezeki, betul? Bila tiba hari lahir saudara mara / rakan kita akan ucap selamat hari lahir, semoga panjang umur dan murah rezeki, betul?

Persoalannya apakah maksud rezeki?
Pada pandangan saya, maksud rezeki sangat luas, bukan wang ringgit semata.

Kesihatan yang baik adalah rezeki.
Kebahagiaan rumah tangga adalah rezeki.
Anak yang soleh adalah rezeki.
Rumah yang selesa adalah rezeki.
Kawan yang baik adalah rezeki.

Pendek kata semua yang baik-baik yang kita terima adalah rezeki. Malahan ujian juga adalah rezeki kerana dengan ujian Allah meninggikan darjat kita, mengampunkan dosa-dosa kita. InsyaAllah. Sebab tu kita kena sentiasa berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki.

Antara doa murah rezeki yang paling famous adalah doa dhuha;

Doa Murah Rezeki

Teringat masa awal-awal bekecimpung dalam dunia perniagaan, mentor saya amat tekankan doa ini. Walaupun tak sempat nak solat dhuha, doa ni jangan tinggal! Begitu lah nasihat beliau yang saya masih ingat hingga kini. hehe.


Doa Murah Rezeki Paling Ringkas

Ini pula doa yang agak pendek dan mudah diamalkan.

Doa Murah Rezeki

Saya pernah baca, jika inginkan rezeki yang tak putus-putus, amalkan doa ini setiap kali kita keluarkan atau simpan duit dalam dompet. Juga digalakkan amal selepas solat sebanyak 33kali. Kita hanya berusaha dan mesti yakin dengan Allah.


Amalan Murah Rezeki Yang Lain

Antara amalan lain yang selalu disebutkan adalah;
  • Istighfar
  • Laa Hau La Wa La Quwwata Illa Billah
  • Selawat
  • Al-Waqiah
  • Solat Taubat
  • Solat Istikharah
  • Solat Hajat
  • Solat Tahajud


Asmaul Husna Sebagai Doa Murah Rezeki

Ada juga yang mengamalkan zikir nama-nama Allah untuk mempermudahkan urusan rezeki.
Antara zikir Asmaul Husna yang selalu digunakan adalah


  • Ya Wahhab - Yang Maha Memberi
  • Ya Razzaq - Yang Maha Memberi Rezeki
  • Ya Ghani - Yang Maha Kaya
  • Ya Mughni - Yang Memberi Kekayaan


Pantang Larang Yang Menyekat Rezeki

Dalam pada kita mengamalkan doa murah rezeki, jangan lupa amalan-amalan lain yang selalu kita terlepas pandang. Kadangkala rezeki kita tersekat kerana perbuatan kita sendiri. Pernah tak rasa, dah banyak berdoa pada Allah, dah berusaha sehabis baik, tapi rezeki masih malu-malu nak datang. Hidup terasa sempit.

Mohon semak semula perkara-perkara ini;

Adakah kita pernah menyakiti hati orang tua?
Adakah kita pernah berhutang, tapi tiada niat dan usaha untuk membayarnya?
Adakah kita pernah tinggalkan solat 5 waktu?
Kita solat tepat waktu atau hujung waktu?
Selalu mengumpat?
Ada dosa sesama manusia, belum minta maaf?
Pernah tak lakukan solat taubat atas dosa pada Allah?




Sebenarnya baaaanyak lagi, perkara yang kita ambil ringan, tak tahu pun benda tu akan memberi kesan pada kehidupan, pada rezeki kita. Saya pun banyak belajar lepas menghadiri program IMKK Dr.  Azizan Osman.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang perkara ni, ada dikupas dengan panjang lebar dalam
Pakej E-Book 111 Formula Rezeki

Ada 5 buah E-Book dalam pakej ini iaitu;

1. Punca Rezeki Sempit Yang Tidak Disedari
2. Teknik Menarik Rezeki Yang Berkesan
3. Tips Rezeki Pantas
4. 7 Bonus Rezeki
5. Pelengkap Rezeki

Klik 111 Formula Rezeki untuk dapatkan pakej ebook yang sangat bermanfaat ini. Inilah peluang terbaik untuk anda fahami dengan jelas tentang formula rezeki.


.

baca lagi

Friday, September 25, 2015

Tips Anak Genius : 8 Cara Merangsang Minda Anak Sejak Dalam Kandungan

Semua orang mesti nak anak yang genius dan pintar kan. Tapi jarang kita nak berusaha dapatkan anak pintar sejak dalam kandungan. Anak dah lahir, baru kita mencari-cari bahan seperti flash card, soft book, busy book dan sebagainya.

Kalini saya nak share 8 cara mudah untuk kita merangsang minda anak sejak bayi dalam kandungan lagi. Saya dapat tips ni melalui sebuah majalah keibubapaan yang terkemuka di alam maya. :)

1. Pemakanan Sihat
Pastikan makanan harian mengandungi cukup karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Digalakkan mengambil minyak ikan omega yang baik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

Info minyak ikan omega berkualiti tinggi ada disini.

merangsang anak dalam kandungan

2. Banyakkan Ibadat
Genius bukan sahaja dari segi akademik tapi genius juga adab dan akhlaknya. Dalam hal ini ibu dan bapa seharusnya sentiasa memohon ampun, membuat amal kebajikan dan meninggalkan laranganNya.
Perbanyakkan solat sunat dan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Banyakkan membaca Al-Quran. Antara yang digalakkan adalah surah Al-Fatihah, Yasin, At-Taubah, Luqman, An-Nahl (ayat 78), Al-A'raf (ayat 189) dan banyak lagi.

merangsang anak dalam kandungan


3. Doa
Doa adalah senjata mukmin. Antara doa yang terbaik adalah doa dari al-Quran.
Ibu atau ayahnya digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Al-Insyirah dan ayat kursi dan dihembuskan pada perut.
Surah Al-Fatihah, ibu Al-Quran, Al-Insyirah untuk melapangkan hati dan fikiran dan Ayat kursi untuk menghalau segala gangguan.
InsyaAllah anak dalam kandungan terhindar dari gangguan dan mudah belajar.

merangsang anak dalam kandungan


4. Sentuhan Kasih
Berbual-bual dengan anak dalam kandungan sambil mengusap lembut akan merangsang sikap positif anak.
Kajian mendapati anak yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan kelihatan lebih baik dan tidak meragam.
Ada pendapat mengatakan sentuhan ini amat berkesan kepada kandungan 6 bulan keatas kerana jaringan otak bayi mula berfungsi dengan baik.

merangsang anak dalam kandungan

5. Kawal emosi
Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa tenang, elakkan stress, dan bersikap positif.
Ini akan membantu perkembangan minda sihat serta anak yang bakal lahir lebih periang dan tidak meragam.

6. Muzik Klasik
Perdengarkan bayi dengan muzik klasik yang mempunyai pelbagai nada yang harmoni.
Ini akan membantu bayi anda lebih tenang dan berada dalam gelombang alpha.
Keadaan ini akan membantu bayi anda fokus pada sesuatu perkara sekaligus membantu dalam perkembangan mindanya.

Nota: Ada juga yang memperdengarkan bacaan Al-Quran pada bayi dalam kandungan.

merangsang anak dalam kandungan

7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan kepada anak anda beberapa pengetahuan asas seperti ABC & 123, ucapan Assalamualaikum, Perkenalkan suara Ayah, Ibu dan lain-lain.
Ini akan membuatkan bayi lebih cepat mengenali ahli keluarganya.
Lakukan isyarat mudah seperti menepuk, menggosok dan mengusap lembut bagi menenangkannya.
Perkenalkan juga suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu suluh.
Lakukan rangsangan ini 5-10 minit setiap kali.

8. Latihan Matematik
Orang yahudi dikatakan terkenal dengan daya intelektual yang tinggi. Ini dikatakan mempunyai kaitan dengan ibu-ibu hamil mereka yang gemar membuat latihan matematik semasa proses kehamilan.
Ternyata amalan ini mampu merangsang otak bayi dalam kandungan. Tak salah kita contohi perkara yang baik kan. :)

merangsang anak dalam kandungan

Boleh la pinjam kejap buku latihan adik atau anak buah anda. Hehe

Ok, dah cukup 8 Cara Merangsang Minda Anak Dalam Kandungan. Saya harap entry kali ni bakal memberi manfaat kepada ibu-ibu semua.. :)
baca lagi

Thursday, September 24, 2015

Diary Of MRA : Sayang Ummi Kerana Allah

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Mesti semua tengah sibuk beraya ni kan. Menu wajib saya setiap kali raya adalah ketupat daun palaih. Sedap oo..

Harini nak share pasal berkasih sayang. Entry ringkas ja raya-raya ni.. Hehe. Sebelum ni saya pernah dengar pasal sayangi anak. Niat sayang anak ni bukan sahaja sebab anak tu anak kita, tapi kena sayang anak sebab ia satu tuntutan agama. Allah suruh kita sayangi anak.

Kalau nak sayang hanya disebabkan itu adalah anak, binatang yang tak berakal pun sayang anak. Manusia yang berakal pulak tak sayang anak sendiri. Dibuang sesuka hati. Bila kita berpegang pada Allah, InsyaAllah rasa SAYANG tu lebih bermakna. Betul? Betul?

Jadi seminggu dua ni saya cuba apply, saya ajar Muhammad. Saya cakap, ummi sayang Muhammad kerana Allah. Dia pun akan cakap, Mamad sayang ummi kerana Allah. Lama-lama dia terbiasa, bila ditanya.. Sayang ummi dak? Dia akan jawab sayang ummi kerana Allah.


Kadang-kadang, ummi tengah sibuk buat kerja  pun dia akan datang peluk dan bisik.. "Mamad sayang ummi kerana Allah" Tau tak bila sebutan tu bersandarkan Allah, energi dalam kata-kata tu lain macam rasanya. Sebelum-sebelum ni dia selalu ja cakap sayang-sayang tu. Tapi bila gunakan "sayang kerana Allah" rasa tu lain sangat. Kalau tak caya, cuba la try test tengok. Hehe

Boleh diaplikasikan untuk suami/isteri, mak/ ayah, adik beradik atau sahabat. Kalau couple-couple tak menikah lagi tu toksah duk gatai la nak sayang kerana Allah kan.. Dush sekali baru tau.
baca lagi

Wednesday, September 23, 2015

5 Cara Mengatasi Sembelit Secara Semulajadi

Assalamualaikum. Siapa kat sini pernah kena sembelit? Aduh, tau la camna seksanya kan. Saya pernah kena sembelit, paling tak boleh lupa selepas melahirkan MRA. Seksanya tu rasa macam nak terberanak sekali lagi. Huhu. Masa tu memang tak amalkan apa-apa suplemen. Sebenarnya ada cara untuk mengatasi sembelit ni.

cara mengatasi sembelit


Sebenarnya ada ja cara yang mudah dan selamat untuk mengatasi masalah ni. Jangan risau ya. Kalini saya akan kongsikan 5 cara mengatasi sembelit secara semulajadi.

1. Minum Air Suam
Jika mengalami sembelit, anda digalakkan mengambil air suam lebih dari biasa terutamanya pada waktu pagi. Kurangkan mengambil air manis.

cara mengatasi sembelit

2. Makan buah-buahan / sayuran / makanan tinggi serat
Banyakkan mengambil makanan yang tinggi serat adalah salah satu cara mengatasi sembelit. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat setiap hari. Kekurangan serat boleh menjadi punca utama masalah sembelit.

Serat tidak boleh dihadam oleh enzime dalam tubuh, jadi ia tidak diserap dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, menyerap air dan melembutkan najis.

cara mengatasi sembelit

3. Buah Prun
Anda digalakkan juga memakan buah prun atau meminum dua gelas jus prun. ia tinggi serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan semulajadi yang mampu mengatasi sembelit.

cara mengatasi sembelit

4. Bersenam
Elakkan duduk terlalu lama, pastikan tubuh anda sentiasa aktif bergerak. Anda digalakkan melakukan senaman berat. 30 minit berjalan kaki juga membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

cara mengatasi sembelit


5. Mencangkung
Untuk memudahkan perkumuhan digalakkan duduk dalam keadaan mencangkung.
Tau kan duduk macam mana.. Macam duduk semasa menggunakan tandas cangkung tu. Sebaiknya gunakan tandas cangkung terus.

TAMBAHAN

Nak tau tak lagi satu "cara mudah untuk mengatasi sembelit"?
Cara yang terbukti berkesan, terutamanya pada ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

cara mengatasi sembelit
Credit Gambar: www.vitamin4u.com.my
Caranya adalah dengan mengambil 4 biji ostematrix setiap hari. Ostematrix ni selalu digelar pil Kalsium, sebab ia lengkap dengan kalsium yang diperlukan tubuh. Tapi jangan dilupa, ia juga mengandungi Magnesium & Vitamin D.

Nota: Apabila membeli suplemen Kalsium, pastikan ia mengandungi Magnesium dan Vitamin D yang akan membantu penyerapan Kalsium secara maksima.
Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa supaya berlakunya peristalsis iaitu gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus.

Proses ini berlaku dengan 2 mekanisme iaitu;

- Magnesium merehatkan otot dalam usus. Ini membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

- Magnesium 'menarik' air. Ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.


Review Ostematrix

Ostematrix ni bukan je terbaik untuk sembelit, tapi masalah buasir pun insyaAllah ostematrix boleh membantu.

Dalam bulan lepas saya di sapa di FB oleh junior masa kat SMKA Baling dulu. Dia dah lama kenal Shaklee, tapi langsung tak yakin dengan Shaklee pada awalnya. hehe.. Sabo je lah!

Saya pun tak pasti, sejak bila dia mula amalkan Shaklee, tapi masa dia tegur di FB tu saya tau dia dah hamil dan mula amik set untuk ibu hamil termasuk ostematrix. Rupa-rupanya dia memang ada masalah sembelit yang teruk. Jom tengok apa kata junior saya ni.

cara mengatasi sembelit

cara mengatasi sembelit


"Suggested untuk orang buasir...sembelit.." katanyaaa...

Hah! Korang ada masalah sembelit / buasir? Nak tak cuba ostematrix, jangan sampai menyesal macam cik adik kita ni. Hehehe..

Ok, kalau nak cuba atau nakkan info lanjut pasal ostematrix, korang boleh je whatsapp saya. Nak PM kat FB pun boleh.

FB : Syakirah Kapli
Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Tuesday, September 22, 2015

Al-Quran : Baca Sorang Atau Berjemaah?

Baca sorang atau berjemaah? Mana lebih baik?
Baca apa? Hehe.. Sebenarnya saya nak kongsi pendapat tentang baca Al-Quran secara berjemaah atau lebih tepat baca secara berkumpulan.

Dalam tahun lepas (kalau tak silap saya) seorang rakan SMKAB saya Nhur Adibah, ada perkenalkan program yang diasaskan oleh tokoh dari Indonesia iaitu program ODOJ (One Day One Juz). Saya pernah dengar pasal program ni dalam ceramah Ustaz Yusuf Mansur dari Indonesia.

Program ini dibuat secara berkumpulan, bahagikan tugasan untuk lengkapkan bacaan 1 juz setiap hari. Kan sekarang mudah, semua ada whatsapp kan, jadi kami bahagikan tugasan melalui whatsapp group. Manfaatkan teknologi sebaiknya gituu.

Lepas tu saya kembangkan program ni pada rakan-rakan dari keluarga shaklee dibawah bimbingan 'mak' shaklee saya Suhaili Yaacob. Group dengan rakan-rakan SMKAB masih berlangsung, tapi saya mengundur diri dulu sebab nak tumpukan pada  program ODOJ bersama famili Shaklee dengan ditokok tambah menjadi beberapa aktiviti sihat selari dengan niat berbisnes. hehe. Panjang pulak intro.

Ok, berbalik pada tajuk asal.
Baca Sorang Atau Berjemaah?

Mungkin ada yang cakap, buat apa group-group bagai. Baca je la sorang. Konsisten 2 page sehari, sama jer. Leceh la nak tunggu habiskan bacaan, kalau ada yang lewat baca, kena tunggu pulak sebelum masuk ke juz seterusnya. Tak dinafikan, bila dah baca ramai-ramai ni ada je yang lambat baca, ada yang minta excuse, ada yang terpaksa minta talian hayat.

Kelebihan Baca Berjemaah

Ini berdasarkan pandangan saya la. Anda berhak untuk setuju atau tidak. Tulisan ini berdasarkan sudut pemerhatian saya. Mungkin ada yang melihat dari sudut berbeza. Takpa.

1. Bagi yang tak konsisten membaca Al-Quran 
Membaca secara berkumpulan akan buat kita lebih berdisiplin. Ye la, kalau kita tak baca, kawan-kawan lain terpaksa menunggu. Takkan nak biar rakan lain tertunggu-tunggu kan. Jadi 'terpaksa' baca. Jangan lupa, apa pun amalan kita, mula-mula memang akan rasa terpaksa, tapi bila dah rasa kemanisannya tu, haaa mula sayang nak tinggal.

2. Bagi yang dah konsisten membaca Al-Quran setiap hari.
Ni kira golongan yang.. Alhamdulillah, memang tak tinggal Al-Quran. Ada yang mampu konsisten baca sekali dengan terjemahan. Tapi masih join ODOJ dengan niat membantu meraikan rakan-rakan yang masih dalam kedudukan 'tak konsisten' tadi. Lagi banyak baca Quran kan lagi bagus. Kan best sama-sama meramaikan kumpulan membaca Al-Quran. 2 mukasurat ja sehari.

3. Semangat Berpasukan
Dah macam main bola pulak semangat berpasukan bagai ni kan. hehe. Secara tak langsung baca secara berkumpulan jugak mampu memupuk semangat berpasukan. Kadang-kadang atas hal-hal tertentu, ada rakan yang tak dapat baca, jadi rakan lain akan tolong cover, bacakan part rakan yang tak boleh baca tadi.

4. Aktiviti Sampingan
Bila ramai kan banyak idea boleh buat. Selain kumpulan yang membaca Al-Quran satu juz sehari, kita boleh juga buat aktiviti kebajikan lain seperti sedekah. Alhamdulillah, kami dah cuba terapkan aktiviti sedekah ni setiap bulan. Setiap bulan akan ada seorang yang akan buat kutipan selepas tarikh bonus Shaklee. Hasil kutipan tu, ikut la orang yang kutip tu nak sedekah ke mana. Ada yang bagi kat rumah anak yatim, pusat tahfiz, mangsa banjir dll. Alhamdulillah setiap bulan kutipan mencecah Rm500-Rm600.

5. Penambahbaikan
InsyaAllah selain aktiviti membaca Al-Quran dan sedekah,, kita boleh upgrade lagi amalan. Contoh, dari sekadar membaca Al-Quran setiap hari, kita upgarade pula bangun bertahajud setiap hari. Memang agak sukar, tapi usaha kearah tu mesti ada. Bila bergerak dalam kumpulan, insyaAllah masing-masing akan cuba memberi semangat sesama sendiri. Ada yang bangun awal, boleh miss call kawan lain. Atau just tulis dalam group... "Bangun...bangun..tahajud". hehe.. Esoknya yang tak bangun mesti rasa frust.. "ala... si AA dapat bangun semalam, kenapa aku tak boleh bangun.." Kalau tak banyak pun, sikit penyesalan tu mesti ada..


Sengaja dinamakan group ni Cabaran Tahajud 40 Hari, walaupun motif utamanya adalah ODOJ. Tak salah rasanya meletakkan sasaran yang tinggi kan. Hehe.. Walaupun saya sendiri belum mencapai target tu, insyaAllah sama-sama usahakan ye. Dari segi bacaan Al-Quran, alhamdulillah dah masuk pusingan ke-20, maknanya dah 19 kali khatam.

P/S: Bila dah ada group ni, tak semestinya kita tak boleh baca selain dari yang ditetapkan. Masing-masing perlu ada jugak target bacaan sendiri-sendiri. Group ni hanya membantu kita istiqamah dengan Al-Quran.


Contoh Target Peribadi

- Baca sekali terjemahan
- 1 Hari 4 muka surat
- 2 muka surat setiap kali solat
- Yasin selepas subuh
- Al Mulk sebelum tidur
- Al Waqiah selepas maghrib

Buat la ikut kesesuaian dan upgrade selalu. InsyaAllah.



baca lagi

Monday, September 21, 2015

Catatan Perjalanan : Ekspedisi Gunung Kinabalu 2010

Assalamualaikum semua. Pe kabar?

Tadi baca whatsapp group Ronggeng.Com (since 2009), Wani ada share satu gambar ni.


Waduh-waduh, rindu sangat saat ini. Saat berada di atas awan nan biru. hehe. Dengan cuaca sejuk yang menggigit tulang. (haih tak payah nak buat ayat puitis sangat)..

Bila tengok gambar ni, terus saya cari balik catatan perjalanan ke Kota Kinabalu pada tahun 2010. Nak baca? Saya godek balik blog peribadi yang lama. Dah bersawang pun. Hehe. Saya share link kat sini, siapa nak rasai pengalaman mendaki Gunung Kinabalu dan Water Rafting, cer baca sini.

Ada 5 episod semuanya. Mana tau boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak cuba pi mendaki Gunung Kinabalu nanti kan..

Kota Kinabalu (Siri 1 - KK, Kami Datang)
Kota Kinabalu (Siri 2 - XPDC Bermula!)
Kota Kinabalu (Siri 3 - Menuju Puncak!)
Kota Kinabalu (Siri 4 - Water Rafting)
Kota Kinabalu (Siri 5 - Last Day In KK)

Selamat membaca!


baca lagi

Sunday, September 20, 2015

Diary of MRA : Nasi Goreng Carrot Bentuk Kereta

Saya pernah cerita kot sebelum ni, Muhammad tak gemar makan sayur. Dah ummi asyik masak sayur kegemaran ummi ja, memang la dia tak suka kot. Haha.

Lepas beberapa kali cuba, rupa-rupanya dia suka carrot dan brokoli. Kerlas kau nak.. Nak sayur yang best-best ajer. Tak layan sayoq sawi kegemaran ummi. Hehe

Tapi.. Ada tapi lagi tu. Nak carrot yang bentuk macam-macam. Aritu dia tengok ummi buat bentuk bunga kemain lagi dia suka. Pastu ummi mula risau takot jadi mat bunga pulak kan. So ummi tukar buat bentuk kereta. (Gigih tak ummi dia?)

Masa mula-mula buat bentuk kereta tu, dia happy sangat sampai senyum meleret dengan mata yang bersinar-sinar. Dia sempat memuji ummi. Pandai la ummi ni.. (Kembang kejap)

Sejak aritu, asyik mintak carrot kereta dia tu. Pastu demand pulak tu. Mana pintu dia ummi? Mana tayar dia ummi? Rasa macam nak amik kereta mainan dia letak dalam pinggan nasi. Muahahah..


Beginila rupa nasik goreng gst carrot kereta dia tu. Walaupun tak la cun sangat, asalkan bentuk ala-ala kereta pun dia suka sangat aih. Hehe..
baca lagi

Saturday, September 19, 2015

Basic Set : Set Berpantang Shaklee Serta Fungsinya

Assalamualaikum semua. Apa khabar, harap sihat-sihat semuanya. Moga tak terjejas kesihatan akibat jerebu yang sedang melanda Malaysia.

Ramai rakan-rakan saya tengah hamil. Jadi saya teringat nak share pasal SET BASIC BERPANTANG SHAKLEE. Orang hamil ni biasanya sibuk survey set berpantang paling best kan.

Ramai jugak stail tak suka nak makan banyak-banyak, nak yamg sempoi sempoi je katanya. Ok, kali ni saya kongsikan info set basic berpantang shaklee. Jemput baca.


VITALEA

* Multivitamin terbaik yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh
* Membantu ibu-ibu yang berpantang makan mendapat zat nutrisi sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang
* Mengandungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa bersalin
* Membantu mengekalkan zat besi di dalam susu ibu pada paras yang selamat (untuk keperluan bayi di bawah 6 bulan)
* Memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi


B COMPLEX

* Kumpulan Vitamin B yang sangat penting dalam menjaga kesihatan saraf
* Memberi tenaga kepada ibu berpantang berjaga malam untuk menjaga bayi
* Membantu mengelakkan ibu dari tekanan / meroyan
* Meningkatkan tahap metabolisma ibu


VITAMIN C

* Bersifat “Sustained Release” iaitu 100mg Vitamin C dilepaskan setiap jam bagi memenuhi keperluan Vitamin C secara berterusan
* Membina antibodi tubuh ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan susu ibu
* Membantu penyembuhan luka bersalin dengan cepat
* Meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh


ZINC

* Sangat penting untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran
* Terdapat banyak kandungan zinc di dalam ikan haruan, antara petua orang-orang tua yang membantu penyembuhan luka bersalin
* Mengurangkan masalah rambut gugur.

Set basic berpantang shaklee
Ni la set berpantang basic Shaklee

 Kat bawah ni pulak ada review dari kawan saya yang gunakan set basic berpantang shaklee ni. Luka bersalin pun cepat sembuh katanya.

Set basic berpantang shaklee

Kalau korang pun jenis tak suka nak makan banyak-banyak atau rasa nak cuba je dulu, boleh la amik set basic berpantang ni.

Boleh hubungi saya kalau perlukan info lanjut ya.

Whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Friday, September 18, 2015

Info Sihat : Simptom masalah atau penyakit dalam badan

INFO BERGUNA
••••••••••••••••••••••

..Sakit di bahagian bahu.
Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

.. KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

.. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
 Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

..KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

.. SAKIT TAPAK KAKI :
●Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

.. SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

.. RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

.. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

..TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

.. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

.. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :
●Menandakan penyakit migrain.

.. BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

.. RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

..MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

.. MUNTAH DARAH
● Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

..LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

..KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

..KENCING

.. KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

.. AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
.. AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

.. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

..AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

..BUANG AIR BESAR

.. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

..SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

..NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

.. NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

.. BADAN :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

..Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

..Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

..Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

.. Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

.. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

..BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

.. BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

.. RASA TAKUT MENGEJUT: .
.Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

.. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

.. RASA BIMBANG DAN TAKUT :
..Sistem paru-paru yang lemah.

.. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.

# Tips yg Bagus- Sampai2kan
baca lagi

Thursday, September 17, 2015

Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

Assalamualaikum semua. Harini nak share tentang faktor-faktor kejayaan yang boleh kita ambil iktibar. Maaf, saya tak dapat pastikan siapa penulis asal. Saya ambil tips ni dari nota dalam tab, kemungkinan di forward oleh mentor-mentor saya. :)

Mari sama-sama mengambil pengajaran ya.

Mengapa Orang Berjaya Itu Berjaya??

1. Sikap mereka berbeza
Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Org gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mrka sentiasa tidak berpuas hati. Mrka tak sabar, byk tunggu dan nanti.
Org berjaya sentiasa bertindak, mrka tidak menunggu sesiapa. Mrka tidak pernah duduk saja.

2. Mereka sentiasa pantas
Pantas buat keputusan.
Pantas buat tindakan
Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yg penting mereka bertindak.

3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka

Invest ilmu
Invest wang
Invest tenaga
Invest masa
Invest pengorbanan

4. Mereka membina networking yg bagus
Apa maksud networking...anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya. Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita.
Jangan sembarangan memilih kawan.

5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya
Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.

6. Mereka berkawan dgn orang yg betul.
Mereka belajar cara org berjaya lakukan.

7. Mereka tidak bertangguh.
Mereka tidak memberi alasan. Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.

8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeiling.
Jgn melayan cakap orang.
Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.
Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang

9. Fokus
Fokus pd satu bizz sahaja
Fokus pd satu bidang sahaja
Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.

10. Mereka konsisten dan persisten. Tak mudah putus asa.
Tak mudah mengalah.
Mereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik utk diri mereka...😀😀😀💪💪💪💪

Buktikan pd mereka yg di luar sana krn kita adalah yg terbaek dikalangan yg terbaekk..!!!

ANDA ADALAH INSAN YG SANGAT2 HEBAT!!👈👑👑👑
baca lagi

Wednesday, September 16, 2015

Tanda Anda Mengalami Penyakit Batu Karang

Assalamualaikum.
Harini nak kongsi pasal batu karang. Pernah kan dengar orang tua cakap, jangan tahan kencing nanti jadi batu karang. Ada betulnya tau. Kajian menunjukkan sikap suka tahan kencing adalah faktor penyumbang kepada penyakit batu karang.

Air kencing mengandungi pelbagai bahan dan garam galian, apabila terlalu pekat, garam berlebihan yang sepatutnya disalur keluar akan mengeras dan membentuk batu. Tambahan pula kalau seseorang tu kurang minum air, memang akan meningkatkan lagi risiko batu karang.

2 Jenis Batu Karang

Ada 2 jenis penyakit batu karang sebenarnya.

1. Batu karang dalam ginjal / buah pinggang

Tanda penyakit batu karang

Terbentuk melalui pemendapan oxalat, kalsium pospat, asid urik, oksalat, sistein dan beberapa bahan lain.

Ia berbentuk kristal pelbagai saiz dan bentuk ini akan bergerak dalam saluran kencing dan membesar sehingga mengganggu saluran kencing.

2. Batu karang dalam hempedu
Tanda penyakit batu karang

Dikenali sebagai kolelitiasis dan ia berlaku di pundi / duktus hempedu.

Peratusan tinggi berpunca dari tabiat pemakanan yang berkolesterol tinggi.

Kesakitan terjadi apabila batu-batu itu bergerak memasuki duktus hempedu sehingga menyebabkannya tersumbat.

Tanda-tanda Batu Karang Dalam Ginjal

1. Rasa pedih ketika buang air kecil
2. Darah dalam air kencing
3. Loya dan muntah
4. Air kencing berbau busuk
5. Sentiasa terasa hendak kencing
6. Rasa sakit dibahagian belakang atau bawah pinggang ke bahagian depan perut.

Tanda -tanda Batu Karang Dalam Hempedu

1. Demam
2. Kembung dan rasa sakit dibahagian kanan perut sehingga menjalar ke sekitar tulang rusuk dan bahu kanan.
3. Rasa loya dan muntah tanpa sebab
4. Rasa tidak bermaya
5. Perpeluhan berlebihan
6. Rasa sakit apabila tekan pada tepi ulu hati.
7. Kurang selera makan
8. Rasa sakit di hempedu apabila menarik nafas

Adakah anda ada mengalami tanda-tanda seperti di atas? Saya harap kita semua dihindari dari penyakit batu karang ni. Amalkan minum air kosong yang cukup, jaga pemakanan, insyaAllah.

Nak tau tau, rakan saya..suaminya ada masalah batu karang. Apa yang mengejutkan sekitar tahun lepas, batu-batu kecil telah keluar ketika suami kawan saya tu buang air kecil.

Tanda penyakit batu karang

Inilah gambar yang dikongsi dengan kami melalui whatsapp. Menurutnya, ni kali kedua keluar. Yang kali pertama lagi besar, tapi tak sempat nak amik gambar.

Tau tak, suami kawan saya ni amalkan vivix secara konsisten setiap hari. Bukan satu kes ni jer, ramai lagi yang mengalami pengalaman sama, batu karang keluar lepas amakan vivix, pastinya dengan izin Allah jua. Kita hanya berusaha.

Kalau ada yang berminat dengan vivix ni, boleh dapatkan melalui saya. Whatsapp 013-3353751.

Vivix ni all in one tau sesuai untuk semua penyakit. Masalah jantung, tinggi kokesterol, kanser, gout, diabetes dan banyak lagi. Hubungi saya untuk tau info lenhkap ya.

Terima kasih

Syakirah Kapli
013-3353751
baca lagi

Tuesday, September 15, 2015

Diari of MRA: Ummi garang ajar mengaji :)

Assalamualaikum semua. Pe kabar?
Saya baru lepas makan cucur udang yang dah janji dengan MRA semalam. Kemain dia makan cucur sampai taknak makan nasi.

Saya ada satu kisah nak share dengan kawan-kawan. Kisah yang memberi pengajaran pada saya dua tiga hari ni. Tiga hari lepas, macam biasa saya ajar Muhammad baca Al-Furqan ni.


Biasa la, ummi kadang-kadang garang jugak. Hehe. Saya termarah dia, sampai menangis. Huhu. Bila dah kena marah tu dia mula tak fokus, yang ummi baru sebut pun dia tak mampu nak ulang.

Lepas tu, dua malam berturut-turut bila saya suruh dia ambil Al-Furqan dia untuk ummi ajar, dia akan cakap.

"Tapi mamad tak reti ummi.. Mamad tak pandai baca"

Semalam pun dia cakap yang sama. "Mamad tak reti baca.."
Dengan wajah muram. Siap hulur lidi penunjuk tu kat ummi sambil cakap.. "Mamad takmau baca, nah ummi baca sendiri.." Huhu

Saya rasa bersalah. Sebelum ni dia tak pernah pun macam tu. Saya percaya inila akibatnya bila saya mengajar sambil marah.

Walaupun saya langsung tak sebut pun perkataan "tak reti.." & "tak pandai" pada dia.. Tapi minda dia dah diprogramkan begitu akibat kemarahan saya. Mungkin itu lah anggapan dia masa saya marah tempoh hari.

Jadi, semalam saya re-program semula fikiran dia tu. Saya cakap..

"Apa pulak tak reti, Muhammad pandai la. Cerdik.. Semua orang cakap Muhammad cerdik."

Mula-mula dia tetap nafikan.. "Tak..Muhammad tak pandai"

Pastu saya ajak dia baca doa penerang hati. Saya cakap.. "Lepas Muhammad baca doa ni Muhammad pandai baca, cerdik, bijak"

Lepas baca doa, saya ajar dia baca Al-Furqan tu macam biasa, diselang seli dengan pujian.. "Pandainya, bagus, cerdik sangat anak ummi ni." Part yang dia tak ingat tu, just ajar je, biar dia ikut. Yang penting sabar, jangan marah. Hehe.

Lepas habis baca tu.. Dengan ceria dia cakap.
"Mamad pandai kan ummi.. Mamad cerdik, pandai baca.."

Alhamdulillah.. Dia dah tak sebut tak reti, tak pandai semua tu.


Pengajaran

Hati-hati dalam mengajar anak-anak yang masih kecil, jangan marah-marah.

Walaupun kita tak sebut perkataan yang tak baik, minda mereka boleh terjemahkan kan perbuatan kita dengan perkara tak baik. Contoh dalam kisah ni, bila marah masa mengajar, dia anggap dia tak pandai.

Kita boleh re-program semula minda anak dengan kata-kata atau saranan-saranan positif.


Mendidik Anak Cara Rasulullah

Nah saya belanja satu gambar cara sunnah dalam mendidik anak. Saya pun masih belajar cara menjadi ummi mithali, bukan ummi yang dikesali. Hehe


Moga bermanfaat ya.
Assalamualaikum.
------------------


Anda mungkin berminat membaca artikel;

baca lagi

Monday, September 14, 2015

Kisah Dialog Dengan Allah : Parking

Kisah Dialog Dengan Allah #2

Siaran ulangan. Hehe. Saya copy semula post yang pernah saya tulis dalam Fb saya pada 27 Mei 2015. Ajaibnya bila kita minta pada Allah, bukan pandai-pandai sendiri.

Kisah ini mengajar saya, nak apa saja.. Minta pada Dia.
Sebelum buat sesuatu, bagitau Dia. Mohon Dia permudahkan.

Jom baca kisahnya..

Siang tadi, saya ke branch. Siap beli barang semua, rasa lapar pulak.
Muhammad pun dah mintak nak makan.

Singgah makan jap. Parking pulak punya la susah.
Dua kali round pun masih tak jumpa parking.

Akhirnya parking kat satu tempat, agak jauh dari tempat makan.
Menapak la nak masuk kedai tu.

...
Allah nak 'tegur' saya,
Sampai ja depan kedai, tetiba ja ada 1 parking kosong,
Dan ada kereta baru datang masuk parking tu dengan gembira...depan mata saya!

Rasa macam diketuk²,
"Tula.. Tak nak mintak kat AKU dulu, kalau tak parking tu mesti milik hang"
Hehe..
.
.
Lepas makan, saya nak ke pejabat pos. (Yang susah nak dapat parking tu..)
Terus mintak kat Allah sungguh2.

Ya Allah aku nak pi pejabat pos ni, tolong bagi aku parking baik punya depan pejabat pos tu, tak mau la parking tepi2 jalan..payah.. Barang customer banyak nak pos ni Ya Allah. (Hehe.. Mengada mintak depan2 pejabat pos..)

Sampai ja dipejabat pos, terus tengok parking yang diidam2kan tu.
Wahh!! Betul² kosong 1 parking depan pejabat pos!!

Terus masuk parking dengan girang!

Dalam pejabat pos, mula2 ramai orang..lepas saya siap isi borang, aik tinggal saya sorang ja dalam tu. Huhu.. Terima kasih Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini.

P/s: Kadang2 kita suka ikut kepala sendiri, padahal kalau mintak kat Allah mudah2 ja DIA boleh bagi. Terima kasih penulis buku BAD yang telah menyedarkan saya yang alpa ni.

#KisahSuksesBAD

***** Untuk faham lebih lanjut mengenai teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu) cari lah buku tulisan Cik Insyirah Azhar bertajuk Bertanya Allah Dulu.
baca lagi

Sunday, September 13, 2015

11 Sebab Buah Pinggang Rosak

Assalamualaikum semua. Harini saya sempat mengulangkaji nota-nota kesihatan yang saya save dalam tab ni. Sebagai seorang SID, mesti sentiasa tambah ilmu-ilmu berkaitan kesihatan kan. Hehe..

Saya terjumpa satu nota berkaitan buah pinggang tulisan Dr. malinda. Penting untuk kita ambil tahu kerana Dr. Malinda cakap, doktor yang terlatih dalam bidang dialisis dah macam pisang goreng panass! Betapa ramainya yang sakit buah pinggang sekarang ni. Jom baca..


11 SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK |

Recently terima beberapa call yang mencari doktor untuk jaga dialysis centre.

Excitedly, mereka kata sekarang ni doktor yang terlatih dalam dialysis ni macam goreng pisang panas.
High demand!!!

True Enough... Tapi apa maksudnya? Terlalu ramai pesakit yang perlu menjalani dialysis! Kes penyakit buah pinggang semakin meningkat, betul??

Cukuplah 13 tahun saya melihat arwah ayahanda tersayang menderita penyakit buah pinggang. Di tebuk perut untuk 'Peritoneal dialysis'. Di operation utk AV Fistula. Menahan sakit di cucuk setiap 2 hari sekali utk mencari urat darah menyambung ke mesin dialysis. Kurang darah. Susah bernafas akibat air banyak yang berkumpul dalam badan dan pelbagai komplikasi lain..

Being as a doctor is different. Tapi bila perkara itu berlaku pada anggota keluarga sendiri -
Then, baru kita betul-betul tahu, how they suffer!

Saya tidak mahu itu kesudahan hidup saya. Saya tidak mahu ia berlaku lagi pada ibu, suami, anak-anak dan keluarga saya. Saya juga tidak mahu anda semua mengalami nasib yang sama. It's really PAINFUL! Jaga diri kerana jika kita perlu menjalani dialysis setiap 2-3 hari sekali, semua anggota keluarga akan merasa kesulitannnya..

Take Care Of Our Own Kidney!

11 Faktor yang merosakkan Buah Pinggang:

1• Kerap tahan kencing

2• Kurang minum air

3• Suka makan makanan masin

4• Suka minum minuman bergas.

5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6• Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)

7• Kerap makan Pil Tahan Sakit

8• Merokok

9• Obesiti

10• Alkohol

11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang Kita. Amanah Allah.. jgn jadikn ia  sebahagian dari statistik Pesakit Buah Pinggang Kronik!

- Dr. Malinda.

Meh saya kongsikan pula langkah-langkah menjaga buah pinggang anda.


Moga artikel ini bermanfaat untuk semua ya. Terima kasih kerana sudi membaca.
baca lagi

Saturday, September 12, 2015

5 Makanan Untuk Badan Langsing

Harini saya duk belek-belek majalah lama. Ada satu artikel mengenai makanan yang boleh diambil untuk badan langsing. Rupa-rupanya, kalau nak kurus tak semestinya mengelakkan karbohidrat. Sebab ada makanan karbohidrat mengandungi pati resisten yang boleh membuat badan lebih langsing. Saya kongsikan ya.

1. Pisang
Tau tak buah pisang paling kaya dengan pati resisten dan mampu membakar lebih banyak kalori.
Ia amat kaya dengan serat dan menekan selera makan.
Ia juga mengandungi asid amino triptofan yang akan ditukarkan menjadi serotonin yang berfungsi menenangkan otak dan memperbaiki mood anda.


2. Kekacang
Kekacang kaya serat dan dapat dijadikan snek sihat pada waktu sela makan. Contohnya diantara waktu sarapan & makan tengahari.
Didapati orang yang mengamalkan makan kacang mengalami 23% kurang kenaikan berat badan.

Kajian di Kanada mendapati orang yang makan kacang secara teratur, berat badannya cenderung untuk menurun dan mempunyai saiz pinggang lebih kecil.

3. Kentang
Kentang mengandungi serat dan pati resisten, dan merupakan sumber semulajadi inhibitor proteinase iaitu bahan kimia semulajadi yang meningkatkan hormon kenyang sekaligus mengurangkan nafsu makan.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengelak dari mengambil kentang goreng.


4. Beras merah 
Beras merah akan lambat dicerna oleh badan berbanding beras putih. Ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Kajian mendapati kadar gula dalam darah 24% lebih rendah pada tubuh orang yang mengamalkan beras merah.


5. Barli
Di Malaysia, barli biasanya diambil dalam bentuk air barli, namun barli lebih banyak dimakan oleh orang Eropah.
Ia merupakan sejenis gandunm yang kaya dengan pati resisten dan tinggi serat.
Ia mambantu mengurangkan nafsu makan dan memudahkan sistem pencernaan.


Amacam? Dah plan nak beli apa simpan kat dapur dalam misi melangsingkan badan? Harap artikel ini membantu anda semua ya. Terima kasih kerana sudi membaca.


Artikel berkaitan:
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard