Berkongsi Cerita: September 2014

Saturday, September 27, 2014

Rawat luka melecur dengan Herbal Blend

Muhammad ni anak yang aktif, ada saja aktiviti dia nak buat diluar rumah. Banyak benda dia nak explore. Nak dijadikan cerita hari ni dia main tepi motor yang ekzosnya masih panass. Dah panggil masuk rumah berkali-kali, tapi nak main jugak.

Tiba-tiba dengar Muhammad menjerit dengan kuatnyaa. Terkejut ummi dibuatnya. Berlari masuk kerumah sambil cakap " kena motor...kena motor..." Tengok-tengok kakinya Ya Allah...ummi pulak yang panik. Hehe.. Ye la sepanjang hidup ummi, tak pernah pulak kena ekzos motor. Dia yang baru nak masuk 3 tahun jagung boleh terkena ekzos. Huhuhu.. Melecur la jugak sebesar syiling 20 sen.

Petua orang tua-tua letak ubat gigi, ish macam tak sanggup pulak. Mesti pedih. Ummi teringat ada herbal blend dan pernah baca testimoni kesan melecur berkurang dengan herbal blend. Dengan berhati-hati ummi terus sapu herbal blend. Lepas sapu tu terus minta susu dan tidur, harap dia rasa selesa la sebab herbal blend kan sejuk² gitu rasanya..

Selain herbal blend, nanti nak mandikan dengan basic H pulak. Meal Shakes dan vitamin c boleh ambil macam biasa. Meal shakes kaya dengan protein, protein kan bagus untuk memperbaiki sel kulit, begitu juga dengan vitamin C yang baik untuk penyembuhan luka.

Harap-harap bekas melecur tu cepat hilang. Walaupun anak lelaki, mestila jaga jugak kan, kalau boleh nak minimize kan kesan-kesan parut ni. Hehehe..

baca lagi

Thursday, September 25, 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

Banyak cara untuk kita mendapat pahala yang berpanjangan. Dalam bersedekah pun banyak cara kreatif boleh kita amalkan, antaranya seperti dibawah;

1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...

13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah.

baca lagi

Wednesday, September 24, 2014

Fakta Menarik Tentang Anggur Muscadine a.k.a Anggur Muskat

Assalamualaikum..

Siapa pernah dengar tentang anggur muscadine atau anggur muskat angkat tangan... hehe..

Siapa pernah dengar buah anggur? Mesti la semua orang tahu kan. Tapi tahukah anda, dalam banyak-banyak buah kat dunia ni, buah anggur antara buah yang disebutkan dalam Al-Quran. Menurut pembacaan saya, buah anggur ada disebutkan sebanyak 6 kali.

Antaranya:

"Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu."  [Surah Al-Mu'minuun : ayat 19]
"Lalu kami tumbuhkan biji-bijian, anggur, dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma (di bumi itu)." [Surah Abasa : Ayat 27-29]
Anggur pastinya bukan buah biasa, pasti banyak manfaatnya, malah ada sejarahnya tersendiri di zaman Nabi Nuh A.S. Dari segi kesihatan pula sangat banyak manfaatnya. Dari beberapa kajian yang dijalankan, resveratrol dalam anggur dikatakan mampu mengurangkan risiko kanser payudara, kanser hati, kanser usus dan penyakit jantung.

Terdapat pelbagai jenis anggur di dunia. Salah satunya adalah Anggur Muscadine yang dikatakan anggur yang paling banyak khasiatnya dari segi kesihatan. Ianya sebesar bola pingpong, berkulit agak keras berbanding anggur lain dan hidup dikawasan ekstrim.

Kat Malaysia ni memang sukar dijumpai anggur muscadine ni. Walau bagaimanapun, ia dikatakan sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial pada zaman Mesopotamia (Di antara negara Turki & Iran)

FAKTA MENARIK TENTANG ANGGUR MUSCADINE

1. Anggur muscadine tumbuh di kawasan yang panas dan lembab, tidak seperti anggur lain yang memerlukan tempat yang dingin.

2. Ia juga dikenali sebagai Super Grapes kerana saiznya yang sebesar bola pingpong!

3. Kulit anggur muscadine tebal dan keras, berbanding anggur lain.

Anggur Muscadine mempunyai kulit yang teba dan keras


4. Anggur muscadine tidak disembur dengan air dan bahan kimia kerana ia mampu menahan suhu panas dan melindungi diri sendiri dari bakteria dan fungus.

5. Anggur muscadine adalah satu-satunya anggur yang mempunyai 20 pasang kromosom. Anggur lain hanya ada 19 pasang kromosom sahaja.

Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang kromosom

6. Anggur muscadine juga satu-satunya anggur yang tidak memerlukan semburan pelindung dari makhluk perosak.

7. Ia juga mempunyai kandungan ORAC (Oxygen Radical Absorbing Capacity) yang tertinggi yang pernah dikaji. Ianya 6-8 kali ganda lebih tinggi berbanding Blueberries.

Anggur Muscadine mempunyai kandungan ORAC paling tinggi


8. Kaya dengan anti oksidan yang dikenali sebagai Oligomeric Proanthocyanidins (OPC). OPC dikatakan mempunyai kuasa anti oksida yang lebih kuat berbanding Vitamin E dan C.

9. Anggur muscadine mempunyai kadar resveratrol 6 kali lebih tinggi dari anggur biasa.

10. Ia juga merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai Ellagic acid yang anti kanser & radang.

Bila baca kelebihan-kelebihan anggur muscadine ni rasa teringin pulak nak makan. Malangnya bukan senang nak dapatkan buah anggur muscadine kat Malaysia tercinta ni. Walau bagaimanapun, anda masih berpeluang menikmati khasiat anggur muscadine ni dalam Vivix Shaklee memandangkan ianya adalah salah satu bahan utama dalam Vivix! Menarik kan... Hari-hari pun boleh ambil anggur muscadine kalau macam ni.

Bahan-bahan yang terdapat dalam vivix

Lebih menarik lagi, anda boleh dapat khasiat dari gabungan 4 tumbuhan hebat ni dalam hanya satu sudu teh vivix sehari.. Saya ada kupas tentang Khasiat Purple Carrot dalam entry yang lepas, tak kurang hebatnya khasiat purple carrot tu. Kesimpulannya Shaklee hanya memilih ramuan terbaik untuk produk-produknya. Semestinya ada ujian kualiti dan ujian-ujian klinikal bagi menjamin kualiti dan keberkesanannya.



Siapa Patut Ambil Vivix?

Pesakit kanser
Pesakit jantung
Pengidap diabetes
Darah tinggi
Tinggi kolesterol
Mengurangkan risiko penyakit-penyakit diatas
Menjaga kesihatan keseluruhan

Sekiranya anda ingin mencuba Vivix Shaklee, beserta konsultasi percuma dan berterusan boleh hubungi saya ok.



baca lagi

Tuesday, September 23, 2014

7 Fakta Yang Anda Terlepas Pandang Tentang Purple Carrot

Assalamualaikum

Purple Carrot
Semalam saya duk baca tentang purple carrot. Kan salah satu ramuan dalam Vivix tu purple carrot kan, nak juga tahu kenapa mesti purple carrot yang menjadi ramuan suplemen berprestij seperti VIVIX tu. Kenapa saya kata berprestij?

Vivix sememangnya berada di dalam kelasnya yang tersendiri
Betul.. Vivix adalah yang termahal jika dibandingkan dengan suplemen Shaklee yang lain. TETAPI, jika dikira dari sudut khasiat, ramuan yang digunakan, ternyata harga tersebut jauhh lebih murah tau. Setakat ini tiada suplemen anti oksidan yang mampu digandingkan kualitinya dengan Vivix. Bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix juga sukar ditemui.

Bahan aktif dalam Vivix yang sukar ditemui

Purple Carrot
Ok jom kita teruskan penerokaan tentang purple carrot. Purple carrot ni, walaupun nampak macam pelik, (Sebab jarang jumpa kan) banyak sangat khasiatnya yang kita tidak ketahui. Jom kita tengok satu persatu.

1. Anti Oksida
Puple carrot ni lebih bersifat anti oksida berbanding carrot lain yang selalu kita jumpa. Ia berfungsi sel badan kita yang terdedah kepada radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai pelbagai kerosakan terhadap tubuh badan.



2. Anti Radang / Anti Inflammatory
Purple carrot juga bersifat anti radang. Sebab tu ia sangat sesuai diamalkan oleh orang yang mengalami sakit-sakit sendi atau arthritis.

3. Anti Carcinogen
Purple carrot yang bersifat anti carcinogen  ni sangat baik untuk membantu tubuh melawan KANSER bagi pesakit kanser. Ia juga mampu mengurangkan risiko kanser kepada pengamalnya..

4. Antiviral, Antiseptic, Antimicrobial
Ia juga mmapu melawan virus dan bakteria yang mudah tersebar seperti flu, campak dan lain-lain jangkitan dalaman seperti jangkitan saluran kencing, mulut dan perut.

5. Vitamin A
purple carrot mempunya kadar Vitamin A yang tinggi. Ia sangat bagus untuk mengelakkan arteri tersumbat dan secara tidak langsung mampu mencegah STROK. Ia juga kaya dengan Vitamin B, C dan E yang bagus untuk merendahkan kadar kolesterol.

6. Akar
Akar Carrot purple digunakan untuk merawat masalah usus, penghadaman, tonsil dan sembelit.

7. Jus Purple Carrot
Jus purple carrot didapat berkesan untuk merendahkan tekanan darah, menstabilkan bacaan gula bagi pesakit diabetes dan membantu penyakit hati & jantung. Ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland.



Dimana nak dapatkan Purple Carrot ni?
Purple carrot ni sebenarnya agak sukar ditemui disini. Kalau ada pun, anda tak mungkin boleh merasai khasiatnya setiap hari. Tapi jangan risau, anda masih boleh dapatkan purple carrot dalam Vivix Shaklee! Bukan je dapat carrot purple, malah 3 lagi ramuan yang saya sebutkan diatas tadi. Anda hanya perlu ambil 1 sudu kecil sehari. Sebotol boleh ertahan sehingga dua bulan.

Hanya 1 sudu kecil vivix sehari


Jika anda berminat nak dapatkan Vivix boleh hubungi saya ok.



baca lagi

Monday, September 22, 2014

Rahsia Awet Muda Ala Artis

Assalamualaikum

Siapa ada tengok program Rahsia Kak Ton siang tadi. Ala.. Kak Ton yang guna trademark "Commeyy tak Kak Tonn??". Kalini artis jemputan beliau adalah Ifa Raziah.

Saya tak sempat tengok sepenuhnya pun, tapi masa saya terrtengok tu Ifa Raziah ada memberikan sedikit tips kecantikan. Antaranya adalah.. Bangun pagi beliau takkan terus gosok gigi.. (Hah?) Rileks gegirl..rileks.. Bukan la tak gosok sampai ke petang, tapi pagi-pagi tu tanpa gosok gigi dan berkumur, beliau terus minum air suam. Bismillah dan selawat jangan dilupa. Saya pun pernah dengar tips ni. Pagi-pagi kan banyak enzim-enzim dalam mulut kita ni. Baik juga untuk sistem penghadaman, bila sistem penghadaman bagus, kesihatan meningkat, dah tentu lah kecantikan luaran makin terserlah kan..

Satu lagi tips yang saya sempat dengar, suplemen tu jangan tinggal. Antara yang beliau sebut adalah Vitamin C dan E. Wanita ni kena la jaga badan katanya. Betul la tu. Sebagai ibu dan isteri, semestinya banyak tanggungjawab wanita ni. Tambahan pula wanita-wanita bekerjaya, lagi la besar peranan yang perlu dimainkan baik di pejabat mahupun di rumah.

Apa suplemen pilihan anda?

Tak dinafikan memang banyak suplemen di pasaran sekarang. Buat pilihan bijak. Pastikan suplemen itu dibuat dari bahan semulajadi. Ada ujian klinikal dan terbukti keberkesanannya. Saya pilih Shaklee sebab Shaklee dah berinovasi dalam bidang Natural Suplements ni lebih 100 tahun selain ada mengeluarkan jurnal-jurnal kesihatan berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan.


Ciri-ciri lain yang sangat penting, semestinya yang dijamin halal, ada kelulusan KKM dan harga yang berpatutan. Cuba teka harga Vitamin C Shaklee? Tak sampai rm100 pun. (Sendiri tanya sendiri jawab, haha). Dah la harga tak sampai seratus, sebotol tahan 6 bulan! Bayangkan saya yang beli dengan harga ahli ni, jimat sangat aih.

Suplemen cadangan untuk kecantikan?

Untuk kecantikan, saya sarankan anda mengambil set basic ni, Vitamin C, B Complex dan Vitamin E. Anda perlu konsisten mengambil set vitamin Shaklee sebab ia kan natural, bertindak pun secara natural dalm tubuh kita. Jangan la expect makan 2 minggu terus putih melepak pulak. Hihi..


Tapi kalau nak nampak kesan seawal 2 minggu boleh cuba Collagen Powder Shaklee. Ia dibuat dari sisik ikan merah dan saiz molekulnya yang kecil membantu penyerapan yang pantas. Alang-alang Shaklee buat promosi bulan ni (September 2014) boleh la cuba. Walau bagaimanapun, sekiranya ada mempunyai kulit bermasalah seperti jerawat yang teruk, anda digalakkan cuba set basic dahulu.

*update: Lupa pulak nak cerita ni.. Rita Rudaini pun guna Collagen Powder tauu.. Saya tengok kat instagram beliau ha..


Jika anda nak cuba mana-mana produk kesihatan Shaklee boleh hubungi saya ok. Nanti saya suggest produk yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda..


baca lagi

Sunday, September 21, 2014

Pengedar Shaklee Kulim & Baling

Assalamualaikum semua..

Apa habaq semua..? Sihat ka? ( Hehe..tetiba pakai loghat kedah kan)

Sebenarnya tujuan entry kali ni, saya nak bagitau pembaca semua yang anda boleh dapatkan produk shaklee secara by hand atau COD (Cash On Delivery). Perniagaan Shaklee saya beroperasi dari rumah, tidak menggunakan premis perniagaan. Jadi, selaku pengedar shaklee di Kulim & Baling saya berasa berbesar hati nak berikan anda khidmat COD ni. Boleh juga saya jalan-jalan sambil keluar ke pejabat pos untuk pos barangan shaklee, sambil2 COD disepanjang jalan. Hehe..

Apa kelebihan COD ni. Pertama sekali mesti la pantas, tak perlu tunggu 3-5 hari bekerja untuk dapatkan produk shaklee kan. Kedua, dijamin puas hati bila produk di depan mata sebelum jual  beli berlangsung. Ketiga, kan dah jimat kos pos. Best kan.. Jadi sesiapa yang nak dapatkan produk shaklee di kawasan Kulim & Baling boleh la hubungi saya, pengedar Shaklee yang sah. :)

Pengedar Shaklee Kulim & Baling
Untuk makluman semua, Shaklee tiada stokis tau. Kalau nak dapatkan produk Shaklee, anda perlu dapatkan dari pengedar Shaklee sendiri atau walk in ke branch. Sekiranya anda tinggal di Kulim & Baling, branch terdekat adalah di Seberang Jaya. Jauh la jugak perjalanan nak ke sana.

Jangan risau ok, sebab dah ada penyelesaiannya. Lepas ni boleh terus hubungi saya ok.

FB: Syakirah Kapli (boleh add & pm saya)
call/sms/whatsapp : 013-3353751

- Pengedar Shaklee Kulim & Baling

P/s: Saya juga menyediakan khidmat POS bagi pembeli-pembeli yang jauh di mata tapi dekat di hati. Hihi..


baca lagi

Wednesday, September 17, 2014

Hilang gigi di usia muda?

Assalamualaikum semua..

Penah tak dengar kisah ibu hamil kehilangan gigi setiap kali hamil?? Haa..kes kurang kalsium le tu.. Saya dah dengar 2-3 kes macam ni. Bayangkan kalau 7 orang anak, maka akan kehilangan 7 gigi sekurang-kurangnya. Huhu... Tak sanggup rasanya..

Ibu hamil perlukan 1200mg - 1300mg kalsium sehari atau bersamaan 1 liter susu segar.

Kalsium penting utk tumbesaran bayi terutamanya semasa pembentukan tulang, bayi akan menyerap kalsium sedia ada yg dimiliki ibu. Kegagalan si ibu menggantikan kalsium itu akan memberi kesan yg serius terhadap kekuatan tulang si ibu sendiri.

Inilah antara penyebab ibu2 KEHILANGAN GIGI pada usia muda!

Kalau rasa tak cukup kalsium dan risau kehilangan gigi, tapi tak berapa suka susu, ambil la ostematrix shaklee. Saya sendiri pun jenis yang tak suka susu. Bukanla tahap tak boleh minum langsung cuma tak mampu nak minum hari-hari. Hehe.. (Malas bancuh pun ada sikit²)..

P/s: selain masalah pada gigi, kekurangan kalsium juga menyebabkan anda terdedah kepada risiko osteoporosis tau.

Kalau anda perlukan info lanjut tentang ostematrix boleh hubungi saya ok..

baca lagi

Tuesday, September 16, 2014

Tips Potty Training MRA

Assalamualaikum wbt..

Harini rasa nak cerita tentang potty training. Ingat tak saya penah share pasal Potty Training MRA? Alhamdulillah, saya rasakan projek potty training tu dah 70% berhasil. Muhammad Rayyan Aziz bakal genap 3 tahun pada bulan November ni. Saya harap dia akan bebas diapers sebelum menjengah umur 4 tahun. Buat masa sekarang ni, MRA akan pakai pampers semasa tidur atau keluar berjalan sahaja.

Sebenarnya tak susah pun nak train anak buang air kecil dalam bilik air. Asalkan anak dah pandai bercakap dan faham apa yang kita cakap, dah boleh mula ajar dia bagitahu kalau nak buang air kecil atau besar. Air kecil tu tak la bermasalah sangat, cuma bab buang air besar pastinya agak mencabar. Hehe.. Sebenarnya pada hari yang sama saya tulis entry Potty Training MRA tu buat pertama kalinya MRA berjaya membuang di bilik air. Sebelum tu memang susah, dia akan menjerit-jerit sebab tak nak masuk ke tandas. Merah-merah mukanya, sampai la akhirnya rasa nak membuang terbantut begitu sahaja. Selalunya dia akan ambil peluang membuang semasa pakai pampers la, sebelum tidur atau lepas bangun tidur. (Bila tidur kan ummi pakaikan pampers, ambil kesempatan la!). Kadang-kadang siap buat trick lagi.. " Ummi nak pakai pampers, nak tidoq.." Hakikat sebenarnya ialah dia nak poo-poo dalam pampers tu. Haih..

Budak ni sampai sekarang pun nak trick ummi kadang-kadang.
Nak ngelat dari membuang dalam tandas.
Okey.. Ummi dah boleh baca dah trick tu, memang tak bagi pun dia pakai walaupun dia merayu-rayu nak pakai pampers. (Hati kena kering ok..hehe) Akhirnyaaa.. dia terpaksa la akur, masuk tandas jugak, ummi pujuk la bagi semangat! Dah macam nak bersalin pun ada, Siap ummi genggam tangan Muhammad sambil bagi semangat.. " Ok..sikit lagi Muhammad.. sikit ja lagi, nak keluaq dah tuu! Haa dah nampak dah..nampak dah" Haa tak ke macam nak beranak gayanya? Hahhaha..

Alhamdulillah sekali dah berjaya tu, nampaknya keyakinan diri tu dah meningkat la. Tak la takut lagi nak ke tandas. Sebenarnya bukanla sakit pun nak poo-poo. Dia cuma takut, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa suka ajar yang bukan-bukan kat anak. Contohnya..

" Haaa pi la situ, ada hantuuu "
" Eii takutnya... satgi hantu keluaq kot tu..."

Hehehe.. kadang-kadang tak sengaja kan.. Jom kita sama-sama ubah ok. Saya pernah terbaca artikel, masyarakat kita ni lebih suka ajar anak takut hantu dari takut Allah.

Ok, saya  nak kongsikan beberapa tips dari pengalaman saya yang rakan-rakan boleh apply semasa nak buat potty training untuk anak nanti.



1. Jangan sekali-kali melabelkan bilik air sebagai tempat yang menakutkan. (seperti contoh diatas) Hehe

2. Mula dengan tidak memakaikan pampers, sambil pesan kalau nak kencing bagi tau ummi. Siap ajar, kalau nak kencing, cakap camni.. "Ummi, Muhammad nak kencing"..
Pastu tanya pulak.. " Kalau nak kencing cakap macam mana Muhammad?"
Bagitau sampai dia faham.

p/s: Seluar mesti bagi pakai tau. Jangan biarkan anak bertelanjang sebab ia akan mengikis perasaan malu anak tu.

3. Tutup atau kunci bilik yang kita gunakan sebagai tempat solat. Alihkan/lipat tikar atau karpet supaya senang dibersihkan sekiranya anak terkucil. (Mesti akan terkucil punya lah! hehe). Masa mula-mula ajar MRA free diapers ni, habiss.. saya terpaksa cuci cadar, katil, sejadah, telekung, tikar tempat solat. Sebab dia terkucil dari atas katil, sampai turun dari katil berjalan ke tempat solat. Tolong belajar dari kesilapan saya. Hihihi

4. Kalau anak terkucil, jangan marah-marah. Bersihkan tempat dia terkucil dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum. Hehe. Teruskan berpesan, " Muhammad, tak boleh kencing kat sini, nanti kalau rasa nak kencing bagitau ummi tau..."

5. Tanya dengan kerap. 10 minit sekali ke. " Muhammad nak kencing tak?" Kadang-kadang anak ni tak perasan pun dia akan terkencing dan seluar akan basah. Maklumlah biasa kan kencing je dalam pampers tu, kan sentiasa kering gitu.

6. Bila dia berjaya buang air kecil kat tandas, puji la sikit. " Bijaknya anak ummi ni, dah pandai dah kencing dalam tandas..". Baru la dia berbangga dan yakin diri. (Walaupun dia buang kat tandas tu sebab kita yang ingatkan)

7. Sampai satu tahap, dia akan tahu sendiri dan dia yang akan beritahu sendiri bila rasa nak ke tandas. Ha.. puji la lagi.. "Pandainya...dah besar dah.. boleh pegi sekolah dah ni" Selalunya bila cakap dah boleh gi sekolah, memang bangga habis la, sebab rasa dah besar kan. hehe..

8. Mulakan dengan buang air kecil, biasakan diri dia dengan tandas. Pastu tunjuk la "nanti buang air besar kat sini tau.." Ajar dia duduk macam mana. Mula-mula memang la dia takut. Hehe. Percayalah sekali / dua kali dia berjaya buang air besar dalam tandas, diiringi kata-kata perangsang mesti hilang takut tu.

9. Pastikan anak bebas sembelit. Kalau ada sembelit, bukan budak je,  mak budak pun takut kan. hehe. Pastikan anak ambil buah-buahan yang cukup, banyak minum air. Untuk MRA, saya berikan Meal Shakes yang kaya dengan serat, alhamdulillah tak pernah la kena sembelit akhir-akhir ni.



Tapi setiap budak tak sama kan. Ini apa yang saya apply masa potty training MRA. Apupun caranya, pokok pangkalnya adalah SABARRR.. Hehe..

Moga perkongsian saya mengenai potty training ni bermanfaat untuk ibu bapa diluar sana..

Assalamualaikum..
baca lagi

Monday, September 15, 2014

Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum. 

Harini saya jadi baby sitter kepada 4 orang anak saudara (semuanya hero) tambah lagi sorang si genit MRA tu. Hihi. Jadinya agak huru hara jugak la. Hehehe.. Alhamdulillah kakak ipar saya selamat melahirkan baby girl semalam setelah keempat-empat anaknya lelaki.

Ramai juga rakan-rakan yang baru saja melahirkan anak. Sekiranya ada yang mencari-cari set bersalin dan menyusu, saya sarankan anda mengambil set bersalin shaklee. Secara praktikalnya, jika anda ambil set berpantang shaklee, anda dah pun ada SET BASIC MENYUSU sekali. Sebab set basic tu sama sahaja. Jimat kan, boleh ambil sejak berpantang hingga menyusukan bayi.

Harini saya nak fokus pada SET MENYUSU sahaja. Apakah vitamin yang ada dalam set menyusu dan apakah fungsinya  setiap satu. Sebelum tu, anda perlu tahu apa manfaat yang bakal anda dapat dengan set menyusu shaklee:

* Lebih bertenaga
* Susu lebih pekat
* Membanyakkan susu ibu
* Kurang stress/tekanan perasaan
* Mengelakkan meroyan
* Mengurangkan sakit badan (sakit urat)
* Kurang mengantuk (di waktu yang tak sepatutnya mengantuk)
* Perbaiki keintiman suami isteri
* Memiliki wajah berseri-seri
* Mencantikkan kulit dan kuku
* Mengawal berat badan
* Membanyakkan susu ibu

Apa Yang Ada Dalam Set Menyusu Shaklee?
====================================

Ω ESP
ESP memekatkan susu ibu, menjadikan bayi kenyang lebih lama. Protein ESP membantu pertumbuhan sel2 bayi dengan lebih baik di samping membantu ibu mendapatkan berat badan yg ideal. Bonus buat ibu menyusu, kulit akan menjadi gebu, parut2 memudar dan sebarang luka akan lebih cepat sembuh dengan pengambilan ESP. ESP terkenal sebagai ejen yang membantu menambah susu ibu. ESP membekalkan tenaga kepada ibu supaya kekal bertenaga sepanjang hari.

Ω Alfalfa
Alfalfa sememangnya milk booster yang terbaik untuk ibu yang menyusukan anak. Ejen penambah susu ibu yang dikenali ramai. Ia juga membantu ibu menangani masalah dalaman wanita seperti keputihan di samping merapatkan keintiman si ibu. Bukan itu saja, sebagai bonus alfalfa juga bertindak seperti kacip fatimah. Ia berfungsi merapatkan kembali bahagian bawah yang dah longgar kerana melahirkan. Ia juga membantu mengatasi masalah keputihan.

Ω Vita-lea
Ia merupakan multivitamin & multimineral yang membekalkan kesemua mineral yang diperlukan oleh tubuh. Tubuh kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi dari diet seharian kita, jadi pengambilan vitalea dapat mengisi kekurangan nutrien yang dihadapi oleh tubuh. Apabila tubuh mempunyai nutrien yang mencukupi, ia akan berfungsi dengan lebih baik & bersedia untuk penghasilan susu yang banyak.. Ia juga merupakan energy booster supaya ibu kekal bertenaga sepanjang hari.

Ω Vitamin B Complex
B Kompleks merangsang penghasilan Serotonin iaitu hormon yang membuatkan ibu gembira & tidak stress. Untuk menghasilkan susu yang banyak, ibu perlu berada dalam mood gembira & tenang. Tentu anda perasan, kalau kita sedih atau stress susu kita akan merudum.

Ω Vitamin C
Berfungsi meningkatkan imunisisasi tubuh dengan membantu penghasilan antibodi. Kesihatan ibu amat penting. Jika ibu demam atau sakit, susu akan merudum. Di samping itu, khasiat vitamin C ini juga disalurkan menerusi susu ibu kepada anak tersayang menjadikan bayi lebih sihat, jarang dihinggapi penyakit. Ini diakui oleh ramai ibu menyusu yang mengambil vitamin C. Ia juga berfungsi memulihkan sel yang rosak. Apabila sel kita sihat, maka badan akan menghasilkan susu yang banyak.

Ω Ostematrix
Kalsium mangenisum yang amat penting untuk ibu menyusu. Susu ibu mengandungi kalsium. Jika tubuh tidak mendapat sumber kalsium dari sumber makanan, maka tubuh akan menyerap kalsium dari tulang dan gigi ibu untuk menghasilkan susu ibu. Ostematrix juga penting bagi memastikan ibu mendapat kalsium yang mencukupi bagi mengatasi masalah reput gigi & tulang. Ostematrix juga merupakan milk booster.

==========================================
APA TUNGGU LAGI? BUAT KEPUTUSAN SEKARANG! Pilihan di tangan anda sebagai ibu samada mahu mengambil ESP dan Alfalfa sahaja atau mengambil SET LENGKAP penyusuan Shaklee. Walau apapun, ingin saya tekankan lagi, susu hanya akan bertambah jika anda mematuhi konsep asas penyusuan iaItu semakin "demand vs supply" ye.
==========================================
✔ Disahkan HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Sentiasa Selamat, Berkesan & Mesra Alam

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut:


baca lagi

Sunday, September 14, 2014

Kesan Kekurangan Nutrien Dalam Badan

Assalamualaikum semua..Selamat berhujung minggu ya..

Semalam, saya terjumpa satu gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai tanda-tanda kekurangan nutrien dalam badan. So hari ni saya nak tulis pasal tu la, sambil-sambil check jugak, mana lah tahu tanda-tanda tu ada pada diri kita dan orang-orang sekeliling kita kan.

VITAMIN A

Tanda-tanda kekurangan vitamin A adalah;
1. Rabun malam
2. Penyakit mata sehingga menyebabkan mata menjadi buta
3. Kulit menjadi kering dan kasar

Vitamin A adalah sejenis vitamin larut lemak yang hadir dalam dua bentuk iaitu
i) RETINOIDS - berasal dari sumber haiwan
ii) CAROTENOIDS (Pro-Vitamin A) - berasal dari sumber tumbuhan.

Sekiranya anda perlukan suplemen Vitamin A, Shaklee ada penyelesaiannya. Vitamin A Shaklee lebih dikenali dengan nama CAROTOMAX iaitu Vitamin A dari jenis Caretenoids (pro-Vitamin A).
Carotomax Shaklee

VITAMIN C

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C adalah;
1. Penyakit skurvi - lemah, pucat, gusi lembut, gigi mudah goyang, pendarahan bawah sendi.
2. Keletihan dan tidak  bermaya
3. Sesak nafas
4. Kejang otot
5. Sakit sendi & otot
6. Tiada selera makan
7. Gusi berdarah

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda diatas, anda disarankan mengambil vitamin C secukupnya dalam diet harian. Ini kerana Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.



Sekiranya anda sukar mendapatkan Vitamin C secukupnya dalam diet harian, anda boleh cuba Sustained Release Vitamin Cdari Shaklee. Ia bersifat sustained release dimana akan dilepaskan secara berkala mengikut keperluan badan. Satu tablet Vitamin C bersamaan dengan tujuh biji oren. Wow.. Kita pasti tidak mampu untuk makan tujuh biji oren sehari kan.. Dengan SR Vita C Shaklee anda mampu lakukannya!
Sustained Release Vitamin C
ZAT BESI

Tanda-tanda kekurangan zat besi adalah:
1. Anemia
2. Keletihan
3. Malas
4. Lemah
5. Pucat
6. Kelemahan mental dan kognitif
Saya dapat bayangkan betapa sukarnya nak melalui hari-hari dengan masalah diatas tu. Letih, lemah, lesu tidak bermaya, semua kerja pun  tak menjadi. Jangan biarkan berlarutan! Satu masa dulu saya juga pernah alami masalah ni, masa awal-awal bergelar ibu. Letih dengan kerja pejabat, bila dirumah letih lagi dengan kerja di rumah, anak pula sukar tidur malam. Hehe.. Masa tu la saya mula cari suplemen. Masa tu juga saya mula-mula kenal Shaklee. 

Suplemen Shaklee yang boleh membantu anda ialah VITALEA. Vitalea ni adalah multivitamin tertua didunia, kaya dengan zat besi dan mineral yang diperlukan tubuh. Anda hanya perlu ambil sebiji atau dua biji sehari mengikut keperluan. Vitalea ni mempunyai ciri-ciri multivitamin terbaik tau sebab ia mudah larut. Ia tak menunggu lama sehingga sampai ke perut untuk larut, jadi lebih banyak dan mudah penyerapan berlaku dalam sistem tubuh. Boleh baca tentang eksperimen yang dilakukan bagi menguji kadar larutan vitalea di sini Eksperimen Vitalea.
Vitalea Shaklee

KALSIUM

Tanda kekurangan kalsiun adalah, anda akan mengalami pengurangan jisim tulang atau dalam erti kata lain OSTEOPOROSIS. Keadaan osteoporosis ni macam dalam gambar kat bawah. Jisim tulang makin berkurang, tulang akan menjadi semakin lemah, ada juga yang menggunakan istilah tulang reput.


Saya pernah terbaca satu artikel, sekiranya seseorang tu mengalami osteoporosis tahap kritikal, BATUK & BERSIN pun boleh jadi penyebab tulang dia patah. Uish.. ngeri betul. Saya juga pernah dengar kisah seseorang yang mengidap reput tulang ni sedang menyapu sampah, tiba-tiba jatuh dan tulang kakinya patah.


Ternyata masalah kekurangan kalsium ni bukannya perkara yang boleh diambil mudah. Orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari. Cuba check, cukup tak? saya ni lagi la, susu pun tak minum, nak harap cukupkan 1000mg kalsium dari makanan lain, memang tak cukup la. Tapi alhamdulillah, saya dah jumpa altenatif bagi orang yang tak suka minum susu. Anda boleh ambil OSTEMATRIX. 4 biji ostematrix sehari cukup untuk keperluan kalsium harian anda.
Ostematrix Shaklee
ZINK

Tanda-tanda sekiranya anda kekurangan zink adalah;
1. Kurang selera makan
2. Penurunan fungsi daya  tahan badan
3. Kerencatan pertumbuhan dan seks

Antara tanda lain adalah keguguran rambut dan sukar tidur. Sekiranya anda mengalami masalah diatas, anda pelu mengamalkan makanan yang kaya dengan zink setiap hari seperti tiram dan ketam, daging, ayam, kekacang seperti badam dan gajus serta bijirin. Atau lebih mudah sekiranya anda dapatkan Zinc Complex dari Shaklee. Hanya sebiji sehari, sebaiknya sebelum makan.
Saya cuba memberikan cadangan terbaik untuk rakan-rakan pembaca yang ada masalah diatas. Selebihnya terpulang kepada rakan-rakan untuk membuat keputusan. Segala penyembuhan tentunya dari Allah, kita sebagai hambanya hanya berusaha mencari yang terbaik.

Saya pilih Shaklee kerana ianya adalah vitamin dari bahan-bahan semulajadi, lengkap dengan ujian klinikal, ujian kualiti juga dijalankan setiap tahun. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan paling penting sijil HALAL dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Boleh hubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee.


Semoga rakan-rakan pembaca sentiasa sihat dan ceria..
Assalamualaikum..

baca lagi

Saturday, September 13, 2014

6 Persediaan Perjalanan Jauh Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua... Apa khabar..?

Wah.. Wah.. Wah.. Seronok benor tengok kawan-kawan update pakat balik kampung sempena cuti sekolah ye. Kalau tak balik kampung pun mesti bawak anak-anak bercuti kan. Musim cuti sekolah ni la peluang yang ada nak bawak anak cuti-cuti Malaysia.

Selalunya cuti-cuti ni mesti la akan melalui perjalanan yang jauh. Tak kira la sama ada becuti di kampung atau tempat-tempat menarik seluruh negara. Nak tempuhi perjalanan jauh tu mesti la buat persediaan sewajarnya. Semua pun tahu kan kalau musim cuti ni, bilangan kenderaan di jalan raya boleh la tahan banyaknya. Sesak sepanjang jalan termasuk la di lebuh raya. Di bawah ni saya kongsikan antara persediaan - persediaan yang harus kita lakukan.

1. Periksa kenderaan anda

Ini la yang paling penting bagi yang travel menggunakan kenderaan. Anda kena periksa keseluruhan kenderaan terutamanya keadaan tayar, brek, air yang mencukupi. Semak juga adakah sudah sanpai masanya untuk tukar minyak enjin dan lain-lain. Seeloknya bawak la ke pusat servis berdekatan.

Periksa kenderaan - gambar ihsan google ;)

2. Pakaian

Kereta dah ok, boleh la kemas-kemas pakaian diri, suami/isteri dan anak-anak. Pastikan pakaian yang dibawa mencukupi berdasarkan bilangan hari percutian anda. Untuk anak-anak mungkin perlu bawa pakaian lebih dari sepatutnya. Juga pakaian-pakaian yang sesuai dengan aktiviti semasa bercuti nanti. Nak mandi laut ke, nak melawat tempat bersejarah ke. Sebaiknya bawalah pakaian yang mudah serap peluh untuk aktiviti luar.

(Tadi saya terjumpa kat FB cara kemas pakaian paling sempoi dan jimat ruang. Cari-cari balik dah hilang pulak. hehe..)

Jangan tiru cara ini.. hehe

3. Kelengkapan anak

Selaian pakaian, jangan lupa kelengkapan anak yang lain seperti lampin pakai buang bagi anak yang masih kecil, botol susu, termos berisi air panas supaya mudah membancuh susu semasa dalam perjalanan dan makanan secukupnya. Kalau anak ada bantal busuk, selimut busuk dan apa-apa lagi la benda yang bercirikan 'sentimental value' ni jangan ditinggalkan pulak. Nanti terpaksa patah balik kan ke membuang masa tu.. ;)



4. Air kosong

Air kosong ni bukan untuk minum sahaja. Seeloknya bawalah lebih, kadang-kadang kereta tiba-tiba menjadi terlalu panas radiatornya akibat perjalanan yang panjang atau kesesakan sepanjang perjalanan.

5. Ubat-ubatan dan suplemen

Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan, jangan la tertinggal pulak kan. Terutamanya ubat-ubatan yang yang memang wajib diambil sehari-hari.

Begitu juga dengan suplemen-suplemen anda sekeluarga. Antara suplemen yang paling penting semasa dalam perjalanan yang jauh adalah Cinch Energy Tea Mix. Yang ni sesuai untuk pemandu dan co-pilotnya supaya lebih bertenaga dan tidak mengantuk. Lagi satu elok sediakan Nutriferon sebagai immune booster anda sekeluarga. Perjalanan jauh kadang-kadang anak pun mudah jatuh sakit akibat cuaca panas diluar. Bila bercuti pulak, dengan aktiviti anak-anak yang biasanya agak lasak kan. Nama pun bercuti, harusla main bersungguh-sungguh kan. hehe.. Jangan lupa Vitamin C jugak tau, sangat berkesan kalau anda tiba-tiba dilanda selesema dan sakit tekak.

Ini cinch energy tea mix. Dalam bentuk sachet yang mudah dibawa.
Dalam tu ada 28 sachet.

Sustained released vita C + Nutriferon untuk dewasa

Chewable Vita C + Nutriferon untuk anak
Jangan lupa termometer untuk memantau suhu badan mereka
6. Doa



Semua dah ready... masa untuk bertolak! Jangan lupa doa ye kawan-kawan. Semoga perjalanan kita sentiasa dilindungi Allah. Selamat sampai ke destinasi. InsyaAllah. Saya juga doakan semoga anda dan anak-anak bergembira dan semoga percutian anda kali ini membawa penuh makna buat anda dan anak-anak tercinta.

Selamat bercuti! Assalamualaikum...


baca lagi

6 Sebab Omega Guard Shaklee Berjaya Memikat Hati Saya

Assalamualaikum wbt..

Dua tiga hari ni tergila-gila buat poster pulak. Poster-poster ni tak lain tak bukan sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan sesuatu info dengan lebih berkesan. Disebabkan omega guard adalah kegemaran saya, saya mula dengan membuat poster-poster tentang omega guard lah. hehe

Saya nak cerita sikit kenapa omega guard shaklee ni menjadi kegemaran saya. Saya dah berkecimpung dengan suplemen berbentuk minyak ikan dah lama sebenarnya. Sejak di bangku sekolah rendah seingat saya. Selepas sarapan, sebelum ke sekolah mesti ambil sesudu scott emulsion. Yang warna oren tu boleh tahan lagi, tapi yang warna putih tu macam masih terasa kat tekak hingga kini.. haha (melampau tak). Dah nama pun minyak ikan kan. Mestila hanyir.

Punya la macam tak tahu jenama lain, dah ada anak pun nak bagi anak scott emulsion jugak. Untuk ketahanan badan dan otak cerdas kisahnya. Sempat la jugak si Muhammad merasa minyak ikan tu sebotol dua, saya diperkenalkan dengan shaklee. Rupa-rupanya shaklee pun ada suplemen minyak ikan ni atau lebih dikenali dengan nama omega guard.

Ok, jom saya cerita sebab apa saya jatuh cinta dengan omega guard shaklee ni:

1. Ia dalam bentuk softgel dan MUDAH DITELAN. Kan best tu, tak la terasa hanyir ikan tu kalau nak telan. Untuk Muhammad terpaksa la jugak picitkan dalam mulut dia, sebab dia belum bersedia nak kunyah softgel tu nampaknya. Tentang bau tu dia macam tak kisah ja. Sebab setiap kali bagi omega guard, dia siap cakap "syedaappp". Kira ok la tu kan.. hehe

2. Ia bagus untuk MEMBAKAR LEMAK berlebihan. Omega guard ni membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak. Elok sangat le tu dengan gaya pemakanan kita yang makin lemak  makin sedap ni.


3. Omega guard juga baik untuk JANTUNG. Risau jugak, walaupun tiada la tanda-tanda penyakit jantung, bagi saya lebih baik mencegah sebelum kena kan. Sebab saya selalu je terdengar kematian mengejut akibat serangan jantung ni.  Kajian juga menunjukkan orang yang mengamalkan suplemen omega 3 memang rendah la risiko nak kena penyakit jantung ni. Saya juga pernah dengar, kematian akibat serangan jantung di Negara Jepun adalah paling sikit bilangannya, sebab orang jepun kan banyak makanikan yang kaya dengan omega 3.

Omega kurangkan risiko penyakit jantung
4. Omega guard baik untuk OTAK. Seiring peningkatan usia ni, kadang-kadang kemampuan berfikir pun menurun. Ala-ala pelupa gitu. Kajian telah membuktikan omega 3 mampu memelihara kesihatan otak baik untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Ibu yang mengandung pun boleh ambil omega dan salurkan kepada bayi. Berita baiknya perpindahan DHA adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Ibu-ibu mengandung yang nak anak yang bakal dilahirkan cerdik dan bijak boleh la amalkan omega guard ni. Sebiji sehari pun dah mencukupi.

Omega Guard baik untuk otak

Omega Guard boleh diambil oleh ibu hamil


5. Faktor kelima adalah omega guard ni mampu mengawal TEKANAN DARAH kita. Saya ada seorang kawan yang tekanan darah tingginya kritikal. Dia pernah mengadu pada saya, setiap kali jumpa doktor, mesti kena tambah dos ubat. Setiap hari lepas makan ubat darah tinggi dia akan berasa 'lalok'.. Faham ke idak? Faham kan.. Sampai dia sendiri kasihan dengan badan yang terpaksa makan ubat dalam dos yang tinggi, lalu dia minta saya suggest vitamin yang sesuai. Saya sarankan omega dan alfalfa. Alhamdulillah dari bulan ke bulan, tekanan darah dah menurun dan sekarang dah normal. Malah telah disahkan hamil. Dia memang dalam usaha ingin hamil pun. Hah.. seronok kan..

6. Faktor keenam yang memikat hati saya adalah, rupa-rupanya omega guard shaklee adalah minyak ikan TERBAIK DI DUNIA. Ia dikatakan minyak ikan paling tulen dan dihasilkan melalui kedah penyulingan tiga peringkat. Ikan yang digunakan adalah ikan laut dalam yang sejuk dan paling rendah kandungan toksik. Minyak ikan omega guard tidak diekstrak dari bahagian hati ikan yang bertoksik. Omega Guard juga adalah suplemen bertaraf farmaseutikal.

Omega Guard - penyulingan 3 peringkat

Omega Guard - Ikan laut dalam & sejuk

Omega Guard tidak di ekstrak dari hati ikan
Ok cukup dah 6 sebab kenapa saya sukaaa sangat Omega Guard ni. Sebenarnya banyak lagi manfaat omega guard ni. Antaranya:

Untuk kesihatan sendi
Mengawal kadar kolesterol
Baik untuk peredaran darah
Meningkatkan sistem imun
Mencantikkan kulit
Dll..

Ok sekian sahaja coretan saya harini. Anda dah baca ni kan, kalau rasa nak cuba jangan malu jangan segan untuk hubungi saya ok! (FB & no HP saya di bahagian atas kanan blog ini)

Harga semestinya terbaik, konsultasi percuma untuk customer tersayang.

Bye.. Assalamualaikum..
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard