Berkongsi Cerita: Rawat luka melecur dengan Herbal Blend

Saturday, September 27, 2014

Rawat luka melecur dengan Herbal Blend

Muhammad ni anak yang aktif, ada saja aktiviti dia nak buat diluar rumah. Banyak benda dia nak explore. Nak dijadikan cerita hari ni dia main tepi motor yang ekzosnya masih panass. Dah panggil masuk rumah berkali-kali, tapi nak main jugak.

Tiba-tiba dengar Muhammad menjerit dengan kuatnyaa. Terkejut ummi dibuatnya. Berlari masuk kerumah sambil cakap " kena motor...kena motor..." Tengok-tengok kakinya Ya Allah...ummi pulak yang panik. Hehe.. Ye la sepanjang hidup ummi, tak pernah pulak kena ekzos motor. Dia yang baru nak masuk 3 tahun jagung boleh terkena ekzos. Huhuhu.. Melecur la jugak sebesar syiling 20 sen.

Petua orang tua-tua letak ubat gigi, ish macam tak sanggup pulak. Mesti pedih. Ummi teringat ada herbal blend dan pernah baca testimoni kesan melecur berkurang dengan herbal blend. Dengan berhati-hati ummi terus sapu herbal blend. Lepas sapu tu terus minta susu dan tidur, harap dia rasa selesa la sebab herbal blend kan sejuk² gitu rasanya..

Selain herbal blend, nanti nak mandikan dengan basic H pulak. Meal Shakes dan vitamin c boleh ambil macam biasa. Meal shakes kaya dengan protein, protein kan bagus untuk memperbaiki sel kulit, begitu juga dengan vitamin C yang baik untuk penyembuhan luka.

Harap-harap bekas melecur tu cepat hilang. Walaupun anak lelaki, mestila jaga jugak kan, kalau boleh nak minimize kan kesan-kesan parut ni. Hehehe..

1 comment:

  1. Info yang menarik. Sebaik-baiknya, bahagian kulit yang melepuh itu jangan diusik dan cuba dipecahkan kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih melarat. Namun sekiranya luka melecur itu tidak berair dan bernanah, kita bolehlah cuba menyapukan cecair daripada pokok lidah buaya untuk mengurangkan radang dan mempercepatkan proses penyembuhan. Pengambilan Vitamin A, C, E dan zink juga sangat digalakkan. Sekiranya bahagian yang melecur itu bernanah, sebaik-baiknya dapatkan pendapat daripada doktor kerana ia mungkin memerlukan bantuan antibiotik.

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard