Berkongsi Cerita: Tips Potty Training MRA

Tuesday, September 16, 2014

Tips Potty Training MRA

Assalamualaikum wbt..

Harini rasa nak cerita tentang potty training. Ingat tak saya penah share pasal Potty Training MRA? Alhamdulillah, saya rasakan projek potty training tu dah 70% berhasil. Muhammad Rayyan Aziz bakal genap 3 tahun pada bulan November ni. Saya harap dia akan bebas diapers sebelum menjengah umur 4 tahun. Buat masa sekarang ni, MRA akan pakai pampers semasa tidur atau keluar berjalan sahaja.

Sebenarnya tak susah pun nak train anak buang air kecil dalam bilik air. Asalkan anak dah pandai bercakap dan faham apa yang kita cakap, dah boleh mula ajar dia bagitahu kalau nak buang air kecil atau besar. Air kecil tu tak la bermasalah sangat, cuma bab buang air besar pastinya agak mencabar. Hehe.. Sebenarnya pada hari yang sama saya tulis entry Potty Training MRA tu buat pertama kalinya MRA berjaya membuang di bilik air. Sebelum tu memang susah, dia akan menjerit-jerit sebab tak nak masuk ke tandas. Merah-merah mukanya, sampai la akhirnya rasa nak membuang terbantut begitu sahaja. Selalunya dia akan ambil peluang membuang semasa pakai pampers la, sebelum tidur atau lepas bangun tidur. (Bila tidur kan ummi pakaikan pampers, ambil kesempatan la!). Kadang-kadang siap buat trick lagi.. " Ummi nak pakai pampers, nak tidoq.." Hakikat sebenarnya ialah dia nak poo-poo dalam pampers tu. Haih..

Budak ni sampai sekarang pun nak trick ummi kadang-kadang.
Nak ngelat dari membuang dalam tandas.
Okey.. Ummi dah boleh baca dah trick tu, memang tak bagi pun dia pakai walaupun dia merayu-rayu nak pakai pampers. (Hati kena kering ok..hehe) Akhirnyaaa.. dia terpaksa la akur, masuk tandas jugak, ummi pujuk la bagi semangat! Dah macam nak bersalin pun ada, Siap ummi genggam tangan Muhammad sambil bagi semangat.. " Ok..sikit lagi Muhammad.. sikit ja lagi, nak keluaq dah tuu! Haa dah nampak dah..nampak dah" Haa tak ke macam nak beranak gayanya? Hahhaha..

Alhamdulillah sekali dah berjaya tu, nampaknya keyakinan diri tu dah meningkat la. Tak la takut lagi nak ke tandas. Sebenarnya bukanla sakit pun nak poo-poo. Dia cuma takut, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa suka ajar yang bukan-bukan kat anak. Contohnya..

" Haaa pi la situ, ada hantuuu "
" Eii takutnya... satgi hantu keluaq kot tu..."

Hehehe.. kadang-kadang tak sengaja kan.. Jom kita sama-sama ubah ok. Saya pernah terbaca artikel, masyarakat kita ni lebih suka ajar anak takut hantu dari takut Allah.

Ok, saya  nak kongsikan beberapa tips dari pengalaman saya yang rakan-rakan boleh apply semasa nak buat potty training untuk anak nanti.



1. Jangan sekali-kali melabelkan bilik air sebagai tempat yang menakutkan. (seperti contoh diatas) Hehe

2. Mula dengan tidak memakaikan pampers, sambil pesan kalau nak kencing bagi tau ummi. Siap ajar, kalau nak kencing, cakap camni.. "Ummi, Muhammad nak kencing"..
Pastu tanya pulak.. " Kalau nak kencing cakap macam mana Muhammad?"
Bagitau sampai dia faham.

p/s: Seluar mesti bagi pakai tau. Jangan biarkan anak bertelanjang sebab ia akan mengikis perasaan malu anak tu.

3. Tutup atau kunci bilik yang kita gunakan sebagai tempat solat. Alihkan/lipat tikar atau karpet supaya senang dibersihkan sekiranya anak terkucil. (Mesti akan terkucil punya lah! hehe). Masa mula-mula ajar MRA free diapers ni, habiss.. saya terpaksa cuci cadar, katil, sejadah, telekung, tikar tempat solat. Sebab dia terkucil dari atas katil, sampai turun dari katil berjalan ke tempat solat. Tolong belajar dari kesilapan saya. Hihihi

4. Kalau anak terkucil, jangan marah-marah. Bersihkan tempat dia terkucil dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum. Hehe. Teruskan berpesan, " Muhammad, tak boleh kencing kat sini, nanti kalau rasa nak kencing bagitau ummi tau..."

5. Tanya dengan kerap. 10 minit sekali ke. " Muhammad nak kencing tak?" Kadang-kadang anak ni tak perasan pun dia akan terkencing dan seluar akan basah. Maklumlah biasa kan kencing je dalam pampers tu, kan sentiasa kering gitu.

6. Bila dia berjaya buang air kecil kat tandas, puji la sikit. " Bijaknya anak ummi ni, dah pandai dah kencing dalam tandas..". Baru la dia berbangga dan yakin diri. (Walaupun dia buang kat tandas tu sebab kita yang ingatkan)

7. Sampai satu tahap, dia akan tahu sendiri dan dia yang akan beritahu sendiri bila rasa nak ke tandas. Ha.. puji la lagi.. "Pandainya...dah besar dah.. boleh pegi sekolah dah ni" Selalunya bila cakap dah boleh gi sekolah, memang bangga habis la, sebab rasa dah besar kan. hehe..

8. Mulakan dengan buang air kecil, biasakan diri dia dengan tandas. Pastu tunjuk la "nanti buang air besar kat sini tau.." Ajar dia duduk macam mana. Mula-mula memang la dia takut. Hehe. Percayalah sekali / dua kali dia berjaya buang air besar dalam tandas, diiringi kata-kata perangsang mesti hilang takut tu.

9. Pastikan anak bebas sembelit. Kalau ada sembelit, bukan budak je,  mak budak pun takut kan. hehe. Pastikan anak ambil buah-buahan yang cukup, banyak minum air. Untuk MRA, saya berikan Meal Shakes yang kaya dengan serat, alhamdulillah tak pernah la kena sembelit akhir-akhir ni.



Tapi setiap budak tak sama kan. Ini apa yang saya apply masa potty training MRA. Apupun caranya, pokok pangkalnya adalah SABARRR.. Hehe..

Moga perkongsian saya mengenai potty training ni bermanfaat untuk ibu bapa diluar sana..

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard