Berkongsi Cerita: Ubat demam

Wednesday, September 10, 2014

Ubat demam

Assalamualaikum semua!

Ingat tak dalam entry lepas saya bagitau last saya demam adalah pada 9 September 2013? Kira yang tu demam tahap menggigil sampai hilang kawalan semasa memandu. Memang jarang la demam macam tu, dan seingat saya dah tak demam dah selepas tu. Yang boleh saya ingat sangat tu sebab jatuh pada hari ulang tahun kelahiran saya.

Semalam, 9 September 2014, sekali lagi saya rasa tak sedap badan. Sakit tekak dan badan rasa seram sejuk. Lain macam ja. Satu lagi kat bahagian bahu sakit semacam. Orang tua-tua cakap akibat jatuh bantal. Entah la. Mula-mula ingat sakit tekak tu sebab tercekik tulang hari sebelumnya, tapi kalau sampai dua hari dah sakit ni takkan akibat tulang yang kecik tu kan. Mungkin juga sakit tekak ni akibat perubahan cuaca dari panasss ke sejuk pulak sekarang ni. Tu yang badan pun seram sejuk ja.

Haha.. Macam-macam pulak jadi di hari lahir kan. 'Hadiah' Allah nak bagi supaya kita lebih bersyukur atas nikmatNya. DIA dah bagi macam-macam nikmat selama 365 hari. Takkan la sakit sehari dua dah nak merungut kan.

Kalau tahun lepas saya gunakan panadol untuk redakan demam tu. Kali ni tak perlu lagi. Saya memilih untuk mengurangkan rasa demam ni dengan vitamin yang semulajadi dan lebih selamat. Vitamin C dan Nutriferon juga jadi pilihan.

Tapi kan, Nutriferon saya tinggal satu sachet jer. Nasib baik memang saya simpan stok nutriferon lebih. Rupa-rupanya nutriferon dah kehabisan stok di HQ dan branch. Bagi saya nutrifern ni salah satu suplemen yang wajib ada di rumah. Ia juga sesuai untuk kanak-kanak tapi dalam dos yang sedikit la. Selalu kalau Muhammad demam saya beri satu sachet sehari, tapi satu sachet tu dibahagi empat la. Masukkan dalam minuman senang jer.

Ok, internet sangat slow, tak dapat nak upload gambar. Nanti la ye..

;)

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard