Berkongsi Cerita: Kesan Kekurangan Nutrien Dalam Badan

Sunday, September 14, 2014

Kesan Kekurangan Nutrien Dalam Badan

Assalamualaikum semua..Selamat berhujung minggu ya..

Semalam, saya terjumpa satu gambar dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai tanda-tanda kekurangan nutrien dalam badan. So hari ni saya nak tulis pasal tu la, sambil-sambil check jugak, mana lah tahu tanda-tanda tu ada pada diri kita dan orang-orang sekeliling kita kan.

VITAMIN A

Tanda-tanda kekurangan vitamin A adalah;
1. Rabun malam
2. Penyakit mata sehingga menyebabkan mata menjadi buta
3. Kulit menjadi kering dan kasar

Vitamin A adalah sejenis vitamin larut lemak yang hadir dalam dua bentuk iaitu
i) RETINOIDS - berasal dari sumber haiwan
ii) CAROTENOIDS (Pro-Vitamin A) - berasal dari sumber tumbuhan.

Sekiranya anda perlukan suplemen Vitamin A, Shaklee ada penyelesaiannya. Vitamin A Shaklee lebih dikenali dengan nama CAROTOMAX iaitu Vitamin A dari jenis Caretenoids (pro-Vitamin A).
Carotomax Shaklee

VITAMIN C

Tanda-tanda kekurangan Vitamin C adalah;
1. Penyakit skurvi - lemah, pucat, gusi lembut, gigi mudah goyang, pendarahan bawah sendi.
2. Keletihan dan tidak  bermaya
3. Sesak nafas
4. Kejang otot
5. Sakit sendi & otot
6. Tiada selera makan
7. Gusi berdarah

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda diatas, anda disarankan mengambil vitamin C secukupnya dalam diet harian. Ini kerana Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita.



Sekiranya anda sukar mendapatkan Vitamin C secukupnya dalam diet harian, anda boleh cuba Sustained Release Vitamin Cdari Shaklee. Ia bersifat sustained release dimana akan dilepaskan secara berkala mengikut keperluan badan. Satu tablet Vitamin C bersamaan dengan tujuh biji oren. Wow.. Kita pasti tidak mampu untuk makan tujuh biji oren sehari kan.. Dengan SR Vita C Shaklee anda mampu lakukannya!
Sustained Release Vitamin C
ZAT BESI

Tanda-tanda kekurangan zat besi adalah:
1. Anemia
2. Keletihan
3. Malas
4. Lemah
5. Pucat
6. Kelemahan mental dan kognitif
Saya dapat bayangkan betapa sukarnya nak melalui hari-hari dengan masalah diatas tu. Letih, lemah, lesu tidak bermaya, semua kerja pun  tak menjadi. Jangan biarkan berlarutan! Satu masa dulu saya juga pernah alami masalah ni, masa awal-awal bergelar ibu. Letih dengan kerja pejabat, bila dirumah letih lagi dengan kerja di rumah, anak pula sukar tidur malam. Hehe.. Masa tu la saya mula cari suplemen. Masa tu juga saya mula-mula kenal Shaklee. 

Suplemen Shaklee yang boleh membantu anda ialah VITALEA. Vitalea ni adalah multivitamin tertua didunia, kaya dengan zat besi dan mineral yang diperlukan tubuh. Anda hanya perlu ambil sebiji atau dua biji sehari mengikut keperluan. Vitalea ni mempunyai ciri-ciri multivitamin terbaik tau sebab ia mudah larut. Ia tak menunggu lama sehingga sampai ke perut untuk larut, jadi lebih banyak dan mudah penyerapan berlaku dalam sistem tubuh. Boleh baca tentang eksperimen yang dilakukan bagi menguji kadar larutan vitalea di sini Eksperimen Vitalea.
Vitalea Shaklee

KALSIUM

Tanda kekurangan kalsiun adalah, anda akan mengalami pengurangan jisim tulang atau dalam erti kata lain OSTEOPOROSIS. Keadaan osteoporosis ni macam dalam gambar kat bawah. Jisim tulang makin berkurang, tulang akan menjadi semakin lemah, ada juga yang menggunakan istilah tulang reput.


Saya pernah terbaca satu artikel, sekiranya seseorang tu mengalami osteoporosis tahap kritikal, BATUK & BERSIN pun boleh jadi penyebab tulang dia patah. Uish.. ngeri betul. Saya juga pernah dengar kisah seseorang yang mengidap reput tulang ni sedang menyapu sampah, tiba-tiba jatuh dan tulang kakinya patah.


Ternyata masalah kekurangan kalsium ni bukannya perkara yang boleh diambil mudah. Orang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari. Cuba check, cukup tak? saya ni lagi la, susu pun tak minum, nak harap cukupkan 1000mg kalsium dari makanan lain, memang tak cukup la. Tapi alhamdulillah, saya dah jumpa altenatif bagi orang yang tak suka minum susu. Anda boleh ambil OSTEMATRIX. 4 biji ostematrix sehari cukup untuk keperluan kalsium harian anda.
Ostematrix Shaklee
ZINK

Tanda-tanda sekiranya anda kekurangan zink adalah;
1. Kurang selera makan
2. Penurunan fungsi daya  tahan badan
3. Kerencatan pertumbuhan dan seks

Antara tanda lain adalah keguguran rambut dan sukar tidur. Sekiranya anda mengalami masalah diatas, anda pelu mengamalkan makanan yang kaya dengan zink setiap hari seperti tiram dan ketam, daging, ayam, kekacang seperti badam dan gajus serta bijirin. Atau lebih mudah sekiranya anda dapatkan Zinc Complex dari Shaklee. Hanya sebiji sehari, sebaiknya sebelum makan.
Saya cuba memberikan cadangan terbaik untuk rakan-rakan pembaca yang ada masalah diatas. Selebihnya terpulang kepada rakan-rakan untuk membuat keputusan. Segala penyembuhan tentunya dari Allah, kita sebagai hambanya hanya berusaha mencari yang terbaik.

Saya pilih Shaklee kerana ianya adalah vitamin dari bahan-bahan semulajadi, lengkap dengan ujian klinikal, ujian kualiti juga dijalankan setiap tahun. Ia juga mendapat kelulusan KKM dan paling penting sijil HALAL dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM.


Boleh hubungi saya sekiranya berminat untuk mendapatkan produk Shaklee.


Semoga rakan-rakan pembaca sentiasa sihat dan ceria..
Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard