Berkongsi Cerita: 6 Sebab Omega Guard Shaklee Berjaya Memikat Hati Saya

Saturday, September 13, 2014

6 Sebab Omega Guard Shaklee Berjaya Memikat Hati Saya

Assalamualaikum wbt..

Dua tiga hari ni tergila-gila buat poster pulak. Poster-poster ni tak lain tak bukan sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan sesuatu info dengan lebih berkesan. Disebabkan omega guard adalah kegemaran saya, saya mula dengan membuat poster-poster tentang omega guard lah. hehe

Saya nak cerita sikit kenapa omega guard shaklee ni menjadi kegemaran saya. Saya dah berkecimpung dengan suplemen berbentuk minyak ikan dah lama sebenarnya. Sejak di bangku sekolah rendah seingat saya. Selepas sarapan, sebelum ke sekolah mesti ambil sesudu scott emulsion. Yang warna oren tu boleh tahan lagi, tapi yang warna putih tu macam masih terasa kat tekak hingga kini.. haha (melampau tak). Dah nama pun minyak ikan kan. Mestila hanyir.

Punya la macam tak tahu jenama lain, dah ada anak pun nak bagi anak scott emulsion jugak. Untuk ketahanan badan dan otak cerdas kisahnya. Sempat la jugak si Muhammad merasa minyak ikan tu sebotol dua, saya diperkenalkan dengan shaklee. Rupa-rupanya shaklee pun ada suplemen minyak ikan ni atau lebih dikenali dengan nama omega guard.

Ok, jom saya cerita sebab apa saya jatuh cinta dengan omega guard shaklee ni:

1. Ia dalam bentuk softgel dan MUDAH DITELAN. Kan best tu, tak la terasa hanyir ikan tu kalau nak telan. Untuk Muhammad terpaksa la jugak picitkan dalam mulut dia, sebab dia belum bersedia nak kunyah softgel tu nampaknya. Tentang bau tu dia macam tak kisah ja. Sebab setiap kali bagi omega guard, dia siap cakap "syedaappp". Kira ok la tu kan.. hehe

2. Ia bagus untuk MEMBAKAR LEMAK berlebihan. Omega guard ni membantu merangsang enzim yang berperanan dalam penyingkiran lemak. Elok sangat le tu dengan gaya pemakanan kita yang makin lemak  makin sedap ni.


3. Omega guard juga baik untuk JANTUNG. Risau jugak, walaupun tiada la tanda-tanda penyakit jantung, bagi saya lebih baik mencegah sebelum kena kan. Sebab saya selalu je terdengar kematian mengejut akibat serangan jantung ni.  Kajian juga menunjukkan orang yang mengamalkan suplemen omega 3 memang rendah la risiko nak kena penyakit jantung ni. Saya juga pernah dengar, kematian akibat serangan jantung di Negara Jepun adalah paling sikit bilangannya, sebab orang jepun kan banyak makanikan yang kaya dengan omega 3.

Omega kurangkan risiko penyakit jantung
4. Omega guard baik untuk OTAK. Seiring peningkatan usia ni, kadang-kadang kemampuan berfikir pun menurun. Ala-ala pelupa gitu. Kajian telah membuktikan omega 3 mampu memelihara kesihatan otak baik untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Ibu yang mengandung pun boleh ambil omega dan salurkan kepada bayi. Berita baiknya perpindahan DHA adalah paling laju berbanding asid lemak lain. Ibu-ibu mengandung yang nak anak yang bakal dilahirkan cerdik dan bijak boleh la amalkan omega guard ni. Sebiji sehari pun dah mencukupi.

Omega Guard baik untuk otak

Omega Guard boleh diambil oleh ibu hamil


5. Faktor kelima adalah omega guard ni mampu mengawal TEKANAN DARAH kita. Saya ada seorang kawan yang tekanan darah tingginya kritikal. Dia pernah mengadu pada saya, setiap kali jumpa doktor, mesti kena tambah dos ubat. Setiap hari lepas makan ubat darah tinggi dia akan berasa 'lalok'.. Faham ke idak? Faham kan.. Sampai dia sendiri kasihan dengan badan yang terpaksa makan ubat dalam dos yang tinggi, lalu dia minta saya suggest vitamin yang sesuai. Saya sarankan omega dan alfalfa. Alhamdulillah dari bulan ke bulan, tekanan darah dah menurun dan sekarang dah normal. Malah telah disahkan hamil. Dia memang dalam usaha ingin hamil pun. Hah.. seronok kan..

6. Faktor keenam yang memikat hati saya adalah, rupa-rupanya omega guard shaklee adalah minyak ikan TERBAIK DI DUNIA. Ia dikatakan minyak ikan paling tulen dan dihasilkan melalui kedah penyulingan tiga peringkat. Ikan yang digunakan adalah ikan laut dalam yang sejuk dan paling rendah kandungan toksik. Minyak ikan omega guard tidak diekstrak dari bahagian hati ikan yang bertoksik. Omega Guard juga adalah suplemen bertaraf farmaseutikal.

Omega Guard - penyulingan 3 peringkat

Omega Guard - Ikan laut dalam & sejuk

Omega Guard tidak di ekstrak dari hati ikan
Ok cukup dah 6 sebab kenapa saya sukaaa sangat Omega Guard ni. Sebenarnya banyak lagi manfaat omega guard ni. Antaranya:

Untuk kesihatan sendi
Mengawal kadar kolesterol
Baik untuk peredaran darah
Meningkatkan sistem imun
Mencantikkan kulit
Dll..

Ok sekian sahaja coretan saya harini. Anda dah baca ni kan, kalau rasa nak cuba jangan malu jangan segan untuk hubungi saya ok! (FB & no HP saya di bahagian atas kanan blog ini)

Harga semestinya terbaik, konsultasi percuma untuk customer tersayang.

Bye.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard