Assalamualaikum
Dah 3 minggu saya start potty training untuk MRA. Target saya untuk dia free diapers selepas genap 3 tahun pada 8/11/2014 nanti. Tudiaa.. siap ada target kan.
Hari first tu, mula2 terkucil jugak dia. Mungkin tak biasa kan. Pastu memang kena tanya je la dia setiap 10 minit camtu. Nak kencing ka? Dah tanya baru jawab "nak kencing". Kelam kabut la ke tandas. Pastu lama-lama dia dah pandai bagitau sendiri kalau nak kencing. Sekarang ni dah macam ambil kesempatan pulak dah. 5 minit sekali nak kencing, seolah-olah minta perhatian. Dia tau kan kalau sebut nak kencing ja ummi akan tinggal semua kerja, layan dia je la.. huhu.. Nasib baik ummi dia Work-At-Home-Mom. Ni sambil tulis entry ni ada la 2-3 kali dia bagitau nak kencing.. haish..
Tu baru bab buang air kecil kan. Bab air besar tak masuk lagi. Sampai sekarang sebenarnya tak lulus lagi ujian buang air besar kat tandas. Bila nak u'uh ja dia nangis, bila ummi bawak ke tandas, lagi kuat menangis dan meraung-raung.. " Dia takmau keluaq ummiiiii!!" Hahaha lucu pun ada bila dia bahasakan tah* tu 'dia'.. hehe. Macam-macam.. Sanggup dia bertahan sampai ummi pakaikan pampers tu. Selalunya memang akan pakaikan pampers time tidur tengahari dan malam. Time tu la dia ambil kesempatan buang air besar. haih...
Ummi pun dah takda idea macam mana nak buat. Harap-harap dia cepat dapat sesuaikan diri buang air besar di tandas lepas ni. Sekarang masih dalam proses memujuk la.. Lagi satu saya dapati dia takut nak duduk time membuang tu. Pakai pampers pun dia akan membuang secara berdiri. Acaner tu?? Bila di paksa duduk (dalam toilet) meraung-raung macam orang nak beranak. hahaha..
Siapa-siapa ada tips boleh la share ok..
Bye!
No comments:
Post a Comment