Berkongsi Cerita: 9 Tip Untuk Anak Yang Kurus & Enggan Makan

Friday, September 4, 2015

9 Tip Untuk Anak Yang Kurus & Enggan Makan

Assalamualaikum & salam sehati sejiwa. (Semangat kemerdekaan masih terasa) hehe
Harini saya nak kongsikan tip-tip untuk anak yang enggan makan pulak. Sebelum ni dah share tentang panduan pemakanan anak obes kan.

Harus Diingat!
Tak semestinya anak bertubuh kecil tu kurus, sebab ada anak yang secara semulajadinya bertubuh kecil, walaupun dah mengambil makanan dengan zat dan nutrien yang cukup. Lagi satu, anak yang bertubuh besar tak semestinya mereka cukup zat makanan. Ingin ditegaskan bahawa, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya.
(Sebab tu penting ibu bapa ambil tahu tentang zat dan pemakanan sihat untuk anak)

Walau bagaimanapun, sekiranya berat anak anda tidak naik seperti yang sepatutnya dan  dia kelihatan tidak sihat, ibu bapa perlu melakukan sesuatu.


Punca Anak Enggan Makan

  • Bermasalah dengan gigi
  • Ibu bapa terlalu memaksa anak makan
  • Tidak berselera
  • Tiada kawan untuk makan bersama
  • Bosan dengan makanan
  • Terlalu banyak bermain


Tip Makanan Untuk Anak Yang Kurus & Enggan Makan

1. Rujuk Piramid Makanan
Pastikan hidangan anak dipelbagaikan, sesuai dengan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.



2. Makanan Tinggi Kalori
Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal. Beri anak makan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.

3. Snek Sihat
Bekalkan anak dengan snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwich dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Nasihatkan anak supaya tidak membeli makanan ringan di sekolah. Makanan ringan juga boleh merencatkan selera makan anak.

4. Rehat Sebelum Waktu Makan
Rehatkan anak dari sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

5. Elakkan Makanan Tinggi Gula
Elakkan memberi anak makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minman berkarbonat.

6. Tenang
Beri anak makan dalam keadaan tenang, bukan marahkannya setiap kali dia enggan makan.

7. Sediakan Sendiri
Digalakkan ibu sendiri menyediakan makanan untuk anak, bukan dibeli di restoren makanan segera atau gerai yang belum tentu berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Ini juga dapat meneratkan kasih sayang dan menaikkan mood makan anak.

8. Makan Bersama
Sesibuk manapun ibu bapa, pastikan ada masa untuk makan bersama anak agar anak anda lebih berselera.

9. Bersiar-siar
Sekali sekala bawak anak makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar anak lebih selesa.


BONUS: TIP TAMBAHAN

Sediakan makanan khas untuk anak yang kurang berat badan. Contohnya;


  • Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
  • Roti yang dihidangkan bersama mentega, keju & mentega kacang.
  • Biskut kraker yang dimakan bersama marjerin dan mentega kacang.
  • Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
  • Telur rebus dihidangkan bersama mayonis, keju dan mentega.
  • Kentang rebus dilenyek dan ditambah susu dan mentega.

MAKANAN TAMBAHAN

Bagi ibu bapa yang bercadang memberikan makanan tambahan untuk anak, saya cadangkan Meal Shakes. Ia makanan tambahan yang 100% semulajadi. Ramai ibu bapa yang dah cuba untuk anak masing-masing dan rata-rata memberi maklum balas positif, alhamdulillah.



Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai Meal Shakes boleh hubungi saya:

FB: www.facebook.com/syakirah.kapli
Whatsapp : 013-3353751


Atau, bagi memudahkan anda, 
anda boleh buat belian terus di SINI

Esok saya akan kongsikan mengenai cara menyediakan makanan sejuk beku untuk anak anda. Simple dan menyeronokkan! hehe.. Tunggu yaa..!


Anda mungkin berminat nak baca...



3 comments:

  1. Perkembangan anak harus selalu diperhatikan agar ia dapat tumbuh dengan baik danketika dewasa nanti tidak ada masalah. Jagan sampai anak-anakdi usia dinimengalami masalah dalam hal makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen. Tepat sekali pandangan tuan/puan.

      Delete
  2. yg nie bagus... kanak2 sekarang kalau bab makan makanan yang berkhasiat liat je, tp kalau bab makanan ringan laju je dorang...

    5 Tips Kecantikan Mata

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard