Berkongsi Cerita: 5 Makanan Untuk Badan Langsing

Saturday, September 12, 2015

5 Makanan Untuk Badan Langsing

Harini saya duk belek-belek majalah lama. Ada satu artikel mengenai makanan yang boleh diambil untuk badan langsing. Rupa-rupanya, kalau nak kurus tak semestinya mengelakkan karbohidrat. Sebab ada makanan karbohidrat mengandungi pati resisten yang boleh membuat badan lebih langsing. Saya kongsikan ya.

1. Pisang
Tau tak buah pisang paling kaya dengan pati resisten dan mampu membakar lebih banyak kalori.
Ia amat kaya dengan serat dan menekan selera makan.
Ia juga mengandungi asid amino triptofan yang akan ditukarkan menjadi serotonin yang berfungsi menenangkan otak dan memperbaiki mood anda.


2. Kekacang
Kekacang kaya serat dan dapat dijadikan snek sihat pada waktu sela makan. Contohnya diantara waktu sarapan & makan tengahari.
Didapati orang yang mengamalkan makan kacang mengalami 23% kurang kenaikan berat badan.

Kajian di Kanada mendapati orang yang makan kacang secara teratur, berat badannya cenderung untuk menurun dan mempunyai saiz pinggang lebih kecil.

3. Kentang
Kentang mengandungi serat dan pati resisten, dan merupakan sumber semulajadi inhibitor proteinase iaitu bahan kimia semulajadi yang meningkatkan hormon kenyang sekaligus mengurangkan nafsu makan.
Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk mengelak dari mengambil kentang goreng.


4. Beras merah 
Beras merah akan lambat dicerna oleh badan berbanding beras putih. Ini membuatkan anda berasa kenyang lebih lama.
Kajian mendapati kadar gula dalam darah 24% lebih rendah pada tubuh orang yang mengamalkan beras merah.


5. Barli
Di Malaysia, barli biasanya diambil dalam bentuk air barli, namun barli lebih banyak dimakan oleh orang Eropah.
Ia merupakan sejenis gandunm yang kaya dengan pati resisten dan tinggi serat.
Ia mambantu mengurangkan nafsu makan dan memudahkan sistem pencernaan.


Amacam? Dah plan nak beli apa simpan kat dapur dalam misi melangsingkan badan? Harap artikel ini membantu anda semua ya. Terima kasih kerana sudi membaca.


Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard