Berkongsi Cerita: Rahsia Keajaiban Di Sebalik Ujian

Tuesday, January 17, 2017

Rahsia Keajaiban Di Sebalik Ujian

Harini saya dapat email bimbingan dari Rahasia Kunci Sukses. Setiap hari sememangnya saya tertunggu-tunggu email bimbingan 360 hari RKS ni.

Harini tentang Rahsia Keajaiban Ujian. RKS ni dari Indonesia, jadi artikelnya dalam bahasa Indonesia lah. Saya olah semula mengikut kefahaman dan bahasa saya ya.

Ok jom mula!

Allah uji tanda Allah sayang.
Semakin kuat diuji tanda Allah makin sayang.

Setiap ujian yang Allah beri bersesuaian dengan kemampuan kita. Jika Allah uji dengan ujian berat, itu tanda kita kuat.

.

Jika kita rasa ujian terlalu berat, tak mampu nak hadapi, kita rasa marah kecewa dan memberontak. Bukan kerana kita tak kuat, namun kita belum sedar yang kita sebenarnya kuat.

Makin memberontak, makin kuat Allah uji supaya kita akhirnya 'mati kutu'. Tak mampu berbuat apa2 lagi.

.

Saat itulah turning point dalam hidup kita. Kita kembali pada Allah, istiqamah dalam menuju ke Allah. Pasrah, redha, ikhlas dan terima segala yang Allah aturkan.

Dan ketika itu bantuan Allah datang, dah wusshh.. Semua masalah selesai. Satu persatu hikmah dari ujian yang kita lalui sebelum ni bakal kita nikmati. Subhanallah.

+

Firman Allah dalam Surah Fussilat (41) : Ayat 30-32
(Boleh menangis jika dihayati dalam2 )

... "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Subhanallah.

P/s: Siapa baca sampai habis say "alhamdulillah".

Segala puji bagi Allah. Moga beroleh manfaat.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard