Berkongsi Cerita: Magnet Rezeki : Fakta Tak Penting.. Yang Penting...

Wednesday, January 11, 2017

Magnet Rezeki : Fakta Tak Penting.. Yang Penting...


Assalamualaikum. Hari ni saya nak share hasil bacaan buku Rahasia Magnet Rezeki. Ada pelajaran penting iaitu;

FAKTA sudah tidak penting.
Yang penting, bagaimana RESPON kita terhadap fakta.

Contoh..

Kita lihat penjenayah ditangkap polis.

Bagaimana respon kita?

A. Hah padan muka, biar dia rasa susahnya hidup, buat lagi jahat banyak2.

B. Alhamdulillah. Allah beri peluang dia bertaubat.

.

Dalam ilmu magnet rezeki kita disuruh berfikiran positif, berkata positif walau apa pun yang berlaku. Dalam contoh di atas, faktanya dia memang penjenayah.

Namun disebabkan fikiran kita adalah magnet, apa yang kita fikir akan tertarik ke kita. Tersimpan di alam bawah sedar, menjadi doa buat diri kita.

Uniknya, alam bawah sedar kita tak mengenal yang kita sebut tu untuk diri sendiri atau orang lain, ia hanya fokus pada topiknya. Walaupun kata-kata kita itu memaksudkan si penjenayah, ia memprosesnya sebagai diri kita sendiri.
.
.
Dalam contoh diatas;

Jika pilih respon A, seolah-olah kita mendoakan.. Ya Allah, susahkan hidupku, jadikan aku jahat. (Nau'zubillah)

Jika pilih respon B, kita seolah berdoa. Ya Allah, jadikan aku orang yang sentiasa bertaubat.

.

Mulai saat ini, apa saja terjadi sebutkan "alhamdulillah" dan cari sisi positif dari kejadian tu kerana yang positif itu akan terpahat dalam diri kita.

Boleh boleh?

-----
Ingin jadi magnet rezeki?
Dapatkan 111 Formula Tarik Rezeki  << klik.
-----

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard