Berkongsi Cerita: Paracetamol memudaratkan tubuh?

Sunday, September 7, 2014

Paracetamol memudaratkan tubuh?

Assalamualaikum wbt

Paracetamol
Saya terbaca satu artikel dalam majalah Harmoni bertajuk Paracetamol Memudaratkan Tubuh? Majalah ni la yang ada cerita pasal PM Shareeza atau lebih mesra di panggil kak Cery. Moyang Shaklee saya yang sangat disegani. Nak tau kisah beliau, baca la majalah Harmoni keluaran 1-15 Sept 2014 ye. Sebab hari ni saya nak cerita pasal artikel paracetamol ni.

Saya agak tertarik dengan artikel ni sebab dulu saya salah seorang peminat paracetamol berjenama panadol. Hehe.. Pantang la demam ke sakit kepala, mesti nak ambil panadol. Kan tengok iklan TV macam hebat ja. Makan 2 biji boleh baik demam.

Paracetamol ni dikenali sebagai analgesik (penahan sakit) dan antipyretics (pengurang demam). Selalunya diambil disebabkan sakit-sakit ringan yang saya alami kat atas tu la, demam, sakit kepala, sakit pinggang, senggugut dan sebagainya. Ada jugak yang ambil untuk hilangkan sakit-sakit sendi.

Sebenarnya, para penyelidik perubatan sependapat paracetamol tidaklah begitu berkesan seperti anggapan kebanyakan pihak. Beberapa kajian mendapati paracetamol boleh mengakibatkan asma, kurang daya tumpuan, hiperaktif atau dikenali sebagai attention deficit hyperactivity disoder (ADHD). Bukti penemuan ini telah mencetuskan amaran dari pemerhati kesihatan Britain & AS kepada doktor supaya tidak terlalu kerap memberikan paracetamol kepada pesakit.

FAKTA KAJIAN

1. Penyelidik di University Sydney menjalankan kajian terhadap 1650 pesakit merumuskan pakar perubatan perlu menimbangkan semula paracetamol sebagai ubat awalan kepada rawatan sakit belakang.

2. Kajian awal University Of Washington melaporkan paracetamol boleh mendatangkan penyakit berupa kanser darah jika diambil berterusan dalam jangka masa yang panjang.

3. Jurnal JAMA Pediatrics dalam laporannya mengeluarkan amaran bahawa bayi yang lahir dari ibu yang mengambil ubat tahan sakit semasa mengandung berisiko mengalami ADHD dan beberapa masalah lain.

4. Laporan The Medical Journal of Australia pula menyebut individu yang mengambil paracetamol dengan perut kosong, minum minuman beralkohol dan sedang mengambil ubatan tertentu yang lain adalah cenderung menerima kesan toksik dari paracetamol. Pesakit buah pinggang, jantung dan paru-paru juga tidak terkecuali berisiko menerima kesan toksik paracetamol.

Jangan Terlalu Kerap

Kebanyakan ahli farmasi dan doktor merumuskan paracetamol selamat jika diambil dengan dos yang betul dalam jangka masa tertentu. Tetapi disebabkan paracetamol mudah didapati di kedai runcit / stesen minyak dengan harga rendah, kebanyakan dari kita suka sangat ambil paracetamol jik aterasa badan tidak selesa.

Kesimpulan

- Mari kita cuba elakkan paracetamol tu kalau masih boleh bertahan.
- Jangan pandai-pandai tambah dos sendiri sekiranya sakit berlarutan. Lagipun paracetamol hanya sebagai penahan sakit.
- Cuba cari altenatif lain sebagai pengganti. Boleh cuba rawatan tradisional. Contohnya kalau demam boleh mandi air asam jawa, daun bunga raya dan sebagainya.

Altenatif Cara Saya

Sekarang dah jarang sakit kepala sebenarnya. Selesema tu kadang-kadang ada juga tanda-tandanya seperti rasa perit kat tekak. Apa yang saya buat, saya patahkan vitamin C dan telan. Kadang-kadang ambil dua biji. Lepas tu saya ambil sepaket Nutriferon. Biasanya memang tanda-tanda selesema tu akan hilang dalam sehari.

Seingat saya last demam tahun lepas 9 September 2013. Saya ingat sebab jatuh pada hari lahir saya dan masa tu memang demam tahap menggigil. Sejak hari tu saya sentiasa alert dengan badan sendiri, rasa seram sejuk lain macam terus ambil nutriferon. Alhamdulillah dengan izinNya memang serasi la dengan saya.

Ini la saya guna sebagai altenatif Vitamin C + Nutriferon
Kalau anak yang demam pulak, macam mana nak buat. Saya juga ada cara altenatif supaya anak tak perlu makan paracetamol. Boleh baca disini.. Anak kerap demam?

Harap artikel ini membantu rakan-rakan yang lain yer..

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard