Berkongsi Cerita: Tarik Rezeki Melimpah Dengan Memahami Rahsia Energi

Saturday, April 8, 2017

Tarik Rezeki Melimpah Dengan Memahami Rahsia Energi

Harini nak share sesuatu yang menarik saya baca dari buku Rahasia Magnet Rezeki. Semua orang kena tahu hal ni. Agak rumit juga nak cerita, harap2 faham la apa saya tulis ni. Hehe


Salah satu rahsia dalam ilmu magnet adalah kita semua adalah satu dan terhubung (dalam dunia lain), namun kita tak sedar dan tak nampak bagaimana hubungan ni berlaku.

Contoh yang Ust Nasrullah kongsikan, satu ketika beliau ada masalah yang agak rumit hingga tak dapat tidur. Jam 3 pagi masih tak tidur.

Tiba-tiba ibunya telefon, "Nak, kamu kenapa, kok umi gak bisa tidur mikirin kamu, kamu ada masalah apa?". Padahal ibunya tinggal berpuluh kilometer dari beliau. Macam mana ibunya tahu?

Ada satu lagi cerita dikongsikan beliau. Salah seorang dari jemaah beliau, ketika di tanah suci. Tengah tunggu masuk waktu solat, terasa dahaga, lalu berfikir-fikir.. "Aduh enak banget ya orang ngambil air zam-zam". Dia nak bangun, risau tempatnya diambil orang.

Tiba-tiba pak arab disebelahnya bangun, ambilkan 2 gelas air zam-zam dan serahkan segelas kepadanya. Subhanallah, langsung tak kenal, berbeza bangsa, jika berkomunikasi secara mulut pun mungkin sukar nak faham.

Namun apa yang berlaku, di suatu dimensi lain kedua mereka sedang 'berkomunikasi'. Di alam realiti, tidak terlihat, namun mereka terhubung dengan sebuah wadah tak terbatas bernama 'energi'.

Dalam kes ibunya tadi, Ust Nasrullah menerangkan, energi masalah yang bergetar kuat dalam dirinya telah menimbulkan energi yang bergetar dalam diri ibunya.

+

Hebatnya 'teknologi' yang Allah sediakan buat kita. Seluruh alam ini termasuk energi tadi diciptakan buat kita, manusia. Gunakan energi ini sebaiknya untuk menarik rezeki (perkara baik) datang pada kita.

Sentiasa getarkan energi positif, maka lebih banyak perkara positif akan datang pada kita. Getarkan energi syukur, nescaya lebih banyak nikmat hadir pada kita.

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu...
(QS Ibrahim : 7)

Wallahua'lam.

Moga perkongsian ni bermanfaat ya.. :)

---

Oh ya.. Sebelum terlupa, saya nak beritahu sahabat pembaca blog ni. Baru-baru ni ada dilancarkan ebook Magnet Rezeki.

Jika ada rezeki sahabat, boleh dapatkan ebook ni dengan harga pre-launch, sebelum harga dinaikkan. Dapatkan segera dengan klik >> Magnet Rezeki <<



Ebook ini merupakan salah satu projek wakaf sempena Ramadhan nanti. Jika sahabat ingin menambah ilmu tarik rezeki, disamping menyumbang silakan ya. Klik sini.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard