Berkongsi Cerita: Inspirasi Rezeki - Day #6 : Bantuan Allah

Thursday, February 2, 2017

Inspirasi Rezeki - Day #6 : Bantuan Allah

Fikiran kita ada getaran.

Getaran positif kita hantar, yang positif akan datang. Getaran negatif kita hantar, yang negatif akan datang.

Sebab tu usah banyak mengeluh, sebaliknya banyakkan syukur.

+

Baru2 ni sembang dengan mama, teringin nak mengerjakan umrah. Esoknya Allah hantar sorang penjual pakistan datang rumah, jual frame gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Dah siap gantung dalam bilik ha..

Subhanallah. Saya cakap dengan mama, ini baru gambar Allah hantar, insyaAllah nanti Allah jemput la.

Doakan ya..

+ + +  Sambungan + + +

Sebenarnya sebaik saja lelaki pakistan tu beredar, saya belek frame gambar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi tu saya teringat sesuatu.

Teringat cerita Ustaz Nasrullah dalam buku Rahasia Magnet Rezeki. Suatu ketika, Ust Nasrullah teringin nak ke Gaza, suatu tempat yang mustahil untuk dia sampai.

Walaupun kelihatan mustahil, beliau berdoa dan yakin Allah bakal kabulkan. Suatu hari, semasa bawa rombongan umrah di Madinah, beliau kehilangan iphone.

Dipendekkan cerita, ada seseorang yang terjumpa iphone tu. Disebabkan beliau dah nak bertolak ke Mekah, maka mereka berjanji nak jumpa di Masjidil Haram.

Dalam perjumpaan tu, mereka pun berkenalan.
Ajaibnya, orang yang jumpa iphone tu berasal dari Gaza! Terus beliau peluk dan sempat berdoa, Ya Allah, aku teringin ke Gaza, sekarang Kau dah hantar bau2 Gaza.

Dipendekkan cerita lagi, tak lama lepas tu beliau diperkenalkan dengan seseorang yang boleh bantu beliau ke Gaza.

Ust Nasrullah benar-benar sampai ke Gaza dalam satu misi bantuan. Subhanallah..

.

Pengajaran kisah ni, dengan bantuan dan izin Allah, yang kita nampak mustahil tu mudah sangat!

Tugas kita - punya keinginan, berdoa dan yakin dengan bantuanNya.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard