Setiap kesalahan atau dosa yang kita lakukan pasti akan datang semula pada kita berupa kesusahan, kesempitan & pelbagai masalah MELAINKAN kita bertaubat.
.
Jika berbuat salah dan tak bertaubat, ibarat kita sedang menyusun paku, kaca, ranjau, onak dan duri di tempat yang bakal kita lalui nanti.
.
Kita sering buat dosa namun tak menyedarinya. Duduk seorang diri pun kita masih melakukan dosa melalui fikiran yang tidak baik, berburuk sangka, merungut dan mencemuh di dalam hati.
.
Menurut Ustaz Nasrullah, penulis buku Rahasia Magnet Rezeki, kita sebenarnya dimuliakan dan dimanjakan Allah dengan rezeki melimpah. Namun, dengan sengaja pula kita menahan rezeki itu dengan dosa-dosa kita.
.
Jom, sentiasa istighfar dan solat taubat sekurang-kurangnya sekali sehari dan mohon keampunan Allah atas dosa yang kita sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, termasuk dosa yang kita sendiri dah lupa.
.
Allah swt tahu, makhluk yang DIA ciptakan ini sering berbuat salah, sebab tu Allah buka pintu taubat seluas-luasnya untuk kita.
.
Ingat sahabat, taubat ibarat kita sedang membersihkan ranjau, onak duri di hadapan kita. Mudah-mudahan perjalanan kita kelak lancar dan di redhai Allah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment