Berkongsi Cerita: Redha.. Dengar Macam Senang. Hakikatnya Bukan Mudah

Saturday, January 30, 2016

Redha.. Dengar Macam Senang. Hakikatnya Bukan Mudah

Saya petik tulisan Insyirah Azhar dalam channel telegram beliau.. telegram.me/happinesshypnotism

Apa itu Redha?

Analogi mudah.

*Saya tahu ia analogi kurang senonoh tetapi ini paling mudah nak faham 😅🙈

Apabila kita buang air besar, tak de pun kita nak cerita kat orang. Memang tak la kan?

Kita buang > tutup cerita di tandas sahaja. Tak de pun nak ungkit-ungkit lagi. Sejak itu kita tidak lagi teringat-ingat tentangnya. Ia habis di situ.

Itulah maksud redha. Selagi kita ada ungkit, atau #throwback perkara yang kita sedang redhakan itu bermakna kita belum totally redha.

Biasa kan kalau kita dah buang air besar > lega. Lepas tu kita akan rasa lebih sihat at least apabila sehari sekali membuang. Betul tak?

Kalau sembelit biasanya rasa tak best, sebu perut (adakalanya).

Sama juga macam redha. Apabila kita benar-benar redha, kita akan rasa aman damai tenang dalam hati ini. Kita akan rasa ringan jauh lebih baik daripada sebelumnya.

"It takes a big heart to forgive." - Dilwale
.
.
Kredit: telegram.me/happinesshypnotism

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard