Jurnal Kesyukuran
Dulu mentor suruh buat jurnal kesyukuran. Saya buat, tapi tak konsisten. Sebab masa tu macam tak jelas kenapa perlu buat jurnal kesyukuran ni.
Setelah mendalami ilmu kuasa minda, saya baru faham kepentingan jurnal kesyukuran. Setiap yang berlaku ada energi tersendiri, termasuk apa yang kita fikir, tulis, baca.
Bila kita fikir, tulis & baca perkara yang baik, yang kita syukuri, energi positif kita akan bertambah. Bila kita positif;
➡Kita menarik lagi banyak perkara positif.
➡Tiada ruang untuk kita fikir yang tidak baik. (energi negatif)
Setiap keluhan atau bersangka buruk akan wujudkan energi negatif & meneutralkan balik energi positif kita.
Sebab tu kena tulis jurnal kesyukuran supaya energi positif sentiasa meneutralkan & melebihi energi negatif.
Tindakan:
Sediakan 1 buku untuk tulis kejayaan atau apa yang kita syukuri setiap hari. Bila rasa down, buka & baca semula buku tu.
.
.
InsyaAllah banyak lagi bakal dikongsi di channel telegram di bawah.
Jemput join ➡telegram.me/kuasaminda
Thursday, January 28, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment