Berkongsi Cerita: Nak Cakap Dengan Allah Tak Perlu Call, Tak Perlu Whatsapp

Wednesday, October 28, 2015

Nak Cakap Dengan Allah Tak Perlu Call, Tak Perlu Whatsapp

Semalam terbaca sesuatu. Mula-mula takmau komen apa pun, just beristighfar sendiri dalam hati. Lepas tu makin terbayang-bayang pulak. Rasa tak puas hati kalau tak diluahkan. Cewah. Haha

Al-kisahnya macam ni, saya terbaca kat satu group ibu-ibu yang ingin hamil, satu post yang melahirkan rasa tak puas hatinya kat kawan dia. Saya namakan dia si A.

Si A rasa tersindir bila si B cakap pasal anak. Si A ni mungkin belum ada zuriat. Daripada pembacaan saya, tak la rasa macam si B nak sindir dia pun. Tapi disebabkan ini isu sensitif, masalah sejagat gitu, si A mungkin berasa terhina sehingga kata-kata tu menusuk ke jantung gitew.

Bila rasa tersindir tu dia cakap kat si B.
"Cuba ko call tanya Allah bila aku boleh mengandung.."

Saya tersentak. Aih.. Boleh pulak dia balas macam tu. Rasa ingin tahu membuak-buak, saya tengok pulak bahagian komen kot-kot ada yang tegur dia diatas perkataan yang agak kasar itu. (kasar bagi saya).. Rupa-rupanya komen-komen dibawah pun lebih kuah pulak dari sudu.

Si C menyokong..
"Lain kali tanya dia no whatsap malaikat, nak whatsapp malaikat suruh tanya Allah bila boleh mengandung."

Macam tu lah lebih kurang gaya bahasanya. Saya tersentak kali kedua dan beberapa kali lagi bila baca komen-komen, terus tekan 'back' pada HP saya, tak sanggup rasanya nak baca lagi. 

Ditulis secara umum. Ramai2 pakat komen, ntah apa lagi komennya saya baca setakat tu sahaja.
Saya tak tau orang lain rasa macam macam mana, tapi telinga saya berdesing bila baca komen macam tu.

Pendapat peribadi saya; (Kalau tak setuju boleh abaikan)

Kalau rasa tersindir, jangan balas dengan menyindir kembali. Tak dapat apa, silap2 dapat dosa, stress pulak lagi. Baik ngadu pada Allah, tak perlu call atau whatsapp, doa ja dalam hati pelan2 dan penuh syahdu..

 "Ya Allah..aku rasa tersindir dengan kata2 kawan aku ni.. Kau tabahkan hatiku,beri aku kesabaran sebelum aku cabaikan mulut dia Ya Allah (hehe), kurniakan aku zuriat Ya Allah.. yang soleh solehah, sihat, comel, cerdik, pintar...Beri juga taufik dan hidayah pada kawan aku sorang ni.."

Mana tau zass terus makbul ka.. Hehe. Nah, kembar tiga teruss.

Dari ilmu saya yang cetek lagi dangkal, kadang2 Allah hantar orang macam tu nak uji kita, sabar ke tak. Baru di uji sikit dah nak melenting, nak stress bagai, macam mana nak sabar dengan anak nanti. Dah ada anak lagi besar cabarannya tau..

Kalau saya jumpa Si A, saya nak paksa dia amik Set Kesuburan Shaklee. Hahaha. 
Sempat lagi promote kan..

Sabarlah duhai ibu.. Belum punya zuriat itu ujian.
InsyaAllah Allah beri bila tiba masanya, bila kita cukup bersedia untuk menjadi ibu yang terbaik.
Kalau tak dapat di dunia, InsyaAllah ganjaran lebih besar menanti di akhirat sana.
Yakin.. Yakin.. Yakin..

Nasihat Untuk Si B
Jangan la sebut benda-benda yang berisiko menyakitkan hati, kadang-kadang wanita yang belum punya zuriat ni sensitiff.. Tambah-tambah kalau tengah period. Tolong doakan kawan kita, bukan rugi pun.

Nasihat Buat Si C, D, E, F dan seterusnya;
Jangan memburukkan lagi keadaan, kalau mampu tegur la dengan cara baik, bukan tolong tambah kuah bagi sedap lagi. Tenangkan hati kawan yang gundah gulana tu, suruh dia sabar..sabar..

Sekian saja dari Da'i Syakirah *tetiba*

4 comments:

  1. eh eh sempat pulak nak selit set kesuburan shaklee tu.
    Itulah, Allah sebenarnya sedang menguji hamba-hambaNya itu.

    bab-bab anak ni sensitif sikit, tak terhad kepada mereka TTC, tapi turut juga kepada mereka yang sudah dikurniakan anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.
      Betul tu ramai lg yg dah ada anak, tp dalam usaha tambah anak. Bab anak ni mmg dah jadi masalah sejagat. Huhu

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih kerana sudi berkunjung kesini. :)

      Delete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard