Berkongsi Cerita: Happy Birthday MRA!!

Saturday, November 8, 2014

Happy Birthday MRA!!

Alhamdulillah hari ni genaplah umur pengarang jantung saya Muhammad Rayyan Aziz yang ke tiga tahun. Sekejap sangat masa berlalu.

Teringat 3 tahun lepas, siangnya seronok betul makan lemang ketupat semua. Kebetulan raya haji time tu. Makan puas² la, pastu tersedar ada sedikit bleeding. Ramai cakap.. "Tak lama dah tuu" Huhu... Gementar juga la masa tu.

Malamnya makin banyak bleeding. Esok pagi, pegi hospital dah buka 1 cm, terus decide nak stay kat wad sebab jarak rumah ke hospital agak jauh. Anak first pulak tu, takde pengalaman. Hehe..

Malamnya sakit sekejap-sekejap.. Tapi takut nak bagitahu nurse sampai la tak tertahan lagi, baru berjalan pegi kat nurse! Tengok2 dah buka 6 cm, semua kelam kabut. Hahaha..

Alhamdulillah MRA selamat dilahirkan jam 5.08 am si Hospital Kulim. Syukur pada Allah atas nikmat melahirkan seorang baby comel dan sihat. Cuma esoknya dikesan ada jaundis. Umminya pulak agak kekurangan ilmu dan persediaan, so ada masalah dalam menjayakan penyusuan susu ibu time tu. Huhu.. Agak kecewa bila hari ke-3 baru susu betul² keluar.

Comel tak MRA..?
Itu saja serba sedikit kisah kelahiran MRA yang hinggap difikiran. Hehe.. Hari ini.... MRA dah tiga tahun.. Bijak berkata-kata, cergas, cerdas, sihat, comel, kadang² nakal sampai ummi dia jadi harimau jadian.. Haha.. Nauzubillah..

Beliau budak paling kalut bila ummi packing barang customer

Sempena MRA dah tiga tahun ni ummi berazam untuk menjadi ummi yang lebih sabar. Betul.. Kadang² Allah uji.. (Baca entry saya semalam)... Begitulah contohnya.. Huhu..

Kadang² bila saya termarah, Muhammad akan cakap..
"Apa ummi ni, cakap la elok-elok..."

Huhu... Cepat² istighfar.. Semoga saya diberi kekuatan untuk jadi ummi yang lebih baik.


Dari segi kesihatan pulak, alhamdulillah Muhammad ni kira kategori yang jarang jatuh sakit. Walau bagaimanapun saya agak risau juga, sebab dia kurang makan nasi, lebih suka minum susu. Huhu. Pening juga fikir makanan yang macam mana yang dia suka.

Kadang-kadang bukan main berselera, kadang-kadang langsung taknak makan. Kalau nasi yang kelihatan menarik seperti nasi goreng (selalunya nasi kedai), nasi ayam dia makan agak banyak jugak. Nasi putih berlauk jarang la nak habiskan.

Risau kalau-kalau dia tak mendapat nutrien yang sepatutnya. Sebab tu saya konsisten bagi makanan tambahan pada Muhammad setiap hari, terutamanya Meal Shakes yang bertindak sebagai multivitamin. Dalam masa yang sama saya masih berusaha mencari makanan yang digemari Muhammad.

Untuk ketahanan badan Muhammad saya berikan vitamin C dan Omega Guard. Sebiji je sehari. Omega Guard juga baik untuk kesihatan minda Muhammad. Setakat ni memang nampak dia cepat belajar dan cepat ingat apa yang kita ajar. Dan dia juga banyak belajar dari rancangan kartun kegemaran Upin & Ipin. Ada perkataan yang kita tak pernah ajar, pandai pulak dia sebut dan gunakan pada masa yang sesuai.

workstation ummi pun kadang-kadang jadi tempat dia lepak
tengok upin ipin..
Akhir kata.. (Dah macam ucapan pulak).. Saya mendoakan agar Muhammad Rayyan Aziz menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, cintakan Rasululullah SAW, hormati kedua ibu bapa dan menjadi pemimpin yang hebat..

Tolong aminkan doa saya ya kawan²...

1 comment:

  1. insyaallah MRA jd anak yg baik..happy belated birthday dear,,

    ReplyDelete

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard