4 hari 3 malam tu... Padat sangat waktunya. Masa rehat hanya untuk makan dan solat jer, tapi sangat bagus pengisiannya. ELMU yang DR Azizan Osman sampaikan takkan dapat kat mana².
Ok, mungkin saya akan ceritakan lebih lanjut pasal IMKK dalam entry lain. Harini just nak fokus tentang apa kesan IMKK terhadap saya je. Boleh boleh?
Antara kesan-kesan yang paling ketara adalah:
1. Saya mula berhati-hati dengan apa yang saya baca, fikir, cakap dan buat. Kenapa? Sebab semua tu adalah doa! Kalau selalu fikir kita lemah, maka lemah la anda. Satu hadis qudsi ada menyebut Allah bertindak mengikut sangkaan hamba-hambaNYA.
Fikir, baca, cakap dan buat perkara negatif hanya akan menarik lebih banyak perkara negatif dalam diri anda. Dah tentulah kejayaan dan kebahagian anda turut terkesan. Perubahan yang saya lakukan, kalau terfikir, tercakap, terbaca dan terbuat benda² negatif cepat² sedar diri dan istighfar. InsyaAllah akan slowly improve dalam bab ini.
2. Mula yakin menetapkan matlamat.
Selalu sangat dah mentor-mentor shaklee ajar suruh tulis matlamat ni.. Tulisss...tulisss... Tapi saya tulis tak pernah cukup! Sebab macam tak jelas, nak tulis apa, layak ke nak macam².. Haha.. Lepas ke IMKK, saya lebih yakin sebab penentunya bukanlah saya...tapi Allah yg Maha Mendengar. Set kan matlamat dan minta, minta dan minta sampai dapat. Tapi mesti la seiring dengan usaha.
3. Mula sedar pentingnya matlamat
Sebelum ni main-main je kan. Tapi sekarang saya dah sedar konsep matlamat ni. Bila kita tulis dan baca hari².. Kita sedanh programkan minda separuh sedar ke arah matlamat tersebut. Secara tak langsung badan kita akan bekerja ke arah itu secara kita tak sedar. Mudah kan?
Lagi satu...Allah beri rezeki berdasarkan kapasiti keperluan kita. Dr Azizan suruh tulis 101 matlamat.. Adakah semua untuk kita.. Kalau untuk diri sendiri, tak sampai 20 dah stuck! Mtlmat kita tu semestinya memberi manfaat juga pada org lain. Keluarga dan masyarakat.. Bila besar keperluan kita, insyaAllah rezeki akan besar juga.
Ini disebut berulangkali oleh Dr Azizan. Sebelum ni tak pernah pun disarankan mandi air garam. Rupa²nya mandi air garam ni penting untuk membina aura positif dan menyingkirkan aura negatif.. Baik juga untuk elakkan gangguan makhluk halus.
5. Mula berusaha solat isyrak..
Ni lagi satu tak pernah pun terfikir nak solat isyrak. Tapi lepas pi IMKK ni saya mula dapat rasakan betapa pentingnya solat isyrak ni. Pertama, memgelakkan saya lena lepas subuh.. (Ishhk).. Kedua menggalakkan saya solat dhuha awal so that lepas tu saya tak terkejar² nak masak dan buat kerja lain pastu baru berdhuha. Bayangkan sebelum ni saya solat dhuha dah dekat² tengahari..terkejar² je.
6. Solat dhuha 8 rakaat.
Salah satu amalan orang kaya dan berjaya yg Allah suka adalah banyak bersujud. Since sekarang saya tidak lagi tergesa-gesa ketika berdhuha, saya mampu buat 8 rakaat. Alhamdulillah.
P/s: harap kawan² tidak melabelkan saya sebagai riak pula ya. Alangkah malunya kalau saya yang bekerja dari rumah ni tak sempat buay suma ni. Huhu. Jauh lagi perjalanan saya, belum cukup 40 hari amalan ni, tapi saya mohon doa kawan² supaya saya dapat istiqamah.
Sebab tu saya suka share...selain nak mengekalkan momentum aura IMKK, saya harap post saya ni dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan.
Gambar ihsan fb Dr Azizan Osman
Nanti saya share lagi ya!
Wah bagusnya awak dapat join IMKK! Tentu rasa lebih bersemangat kannn.
ReplyDeleteAlhamdulillah Nurul, pernah join sekali je setakat ni. Teringin nak pegi lagi untuk recaj. Hehe
DeleteDoa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki