Berkongsi Cerita: October 2014

Thursday, October 23, 2014

Tips Genius Dengan Al-Quran

Subhanallah... Saya dapat satu artikel menarik di group whatsapp. Memang dah banyak kali dengar anak-anak yang sekolah tahfiz bila ambil SPM lebih hebat resultnya dari anak yang sekolah biasa.

Saya dah jumpa jawapannya... Lepas baca ni lagi semangat nak hantar MRA ke tahfiz dan lahirkan pemimpin genius & hebat!

Jemput baca..

----

~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....

Manusia zaman sekarang, kemudahan merujuk sesuatu itu sangat hebat, misalnya google, sekali klik, keluar macam-macam maklumat. Tapi manusia bukannya semakin pandai, sebaliknya semakin bodoh.

Ini kerana, manusia yang muslim khususnya pada zaman ini, mereka meninggalkan pembacaan Al-Quran...

Di fb mereka mungkin Islamik, dengan jubah, serban, kopiah, purdah...

Berdebat sana-sini, berhujah sana-sini, bagi pendapat sana-sini....

Status tiap hari mesti Islamik-islamik....

Tapi sejujurnya, berapa juzuk Al-Quran kau baca setiap hari? Itu antara kau dan Allah, kau boleh tipu manusia, tapi kau tak boleh tipu Allah dan diri kau sendiri....

Jangan kita gembira dengan kemunafikan kita, kerana itulah tandanya kita seorang munafik yang sebenar.

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note: Saya harap Wahhabi tidak MEMBIDAAHKAN amalan ibadah membaca Al-Quran sambil melihat mushaf...

Maklumlah, kan tiada dalil Nabi pernah baca Al-Quran guna mushaf.

Bahkan zaman Nabi dulu, mushaf Al-Quran seperti yang ada pada kita hari ni pun belum wujud.

Bahkan lagi kalaulah ada sekalipun di zaman Nabi, Nabi tetap tak kan baca guna mushaf sebab Nabi kan ummiy (tak boleh membaca/menulis).

Note 2: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Ini silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 3: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.

Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.

Jadi bijaklah "berbisnes" dengan Allah.
baca lagi

Wednesday, October 22, 2014

Magiknya Sedekah Subuh Yang Kita Patut Tahu

As salam semua.... Saya tertarik dengan satu kisah yang saya dapat dari whatsapp tentang megiknya sedekah subuh.

Jadi, saya rasa terpanggil untuk share dengan semua pembaca. Semoga kita dapat amalkan dengan istiqamah.

FADILAT SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Credit to : kak Sharifah Fazilah....
baca lagi

Tuesday, October 21, 2014

I want to touch a dog : apa motif sebenarnya?

Sehari dua ni kecoh betul pasal isu program I Want to Touch A Dog. Lagi panas bila gambar-gambar yang ditayangkan menunjukkan betapa bangganya saudara-saudara kita melayu muslim sentuh, peluk dan belai haiwan yang terang-terangan haram disentuh demgam sengaja dalam islam.

Saya tak berniat nak share gambar mereka disini. Cukuplah yang dah menjadi viral di media-media sosial. Saya cuma tertarik nak share satu ungkapan seorang ustaz ni. Ada benarnya kata-kata beliau. Ini mungkin satu perancangan jahat pihak-pihak tertentu menyentuh isu sensitif ini bagi memesongkan umat islam dan menanam rasa benci pada ustaz dan alim ulama'.


Kepada yang belum jelas dengan isu ini, dibawah ni saya salinkan penjelasan yang telah dibincangkan di radio IKIM.

----------

I want to touch a dog. Sebuah program yang dilaksanakan oleh mereka yang jahil agama. Jahil ilmu fiqh mazhab Syafie. Jahil ilmu 'uruf. Jahil ilmu fitnah khilafatul 'uruf. Jahil ilmu fiqh Aulawiyat. Dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya.

Program yang mampu mencipta fitnah (kekacauan dan kekeliruan) di kalangan orang awam yang kurang ilmu fiqh. Contoh fitnahnya, akan wujud mereka yang ingin sesuka hati menyentuh dan membelai anjing tanpa sebab, akan wujud mereka yang berniat untuk membela anjing sebagai haiwan dalam rumah untuk bermanja (asalkan boleh sertu lepas pegang, kononnya), dan bermacam fitnah lagi.

Kita menghormati pendapat mazhab lain yang menyatakan tubuh anjing bukan najis jika tiada didapati najis mughallazah (air liur dan tahi) pada tubuhnya. Namun kita juga harus menghormati pegangan 'uruf masyarakat setempat di mana Malaysia berpegang pada pendapat mazhab Syafie. Bila anda ada di rumah orang, anda tak boleh buat rumah dia macam rumah sendiri, tak gitu? Walaupun tuan rumah tu hormati perilaku dan perbuatan anda, namun tak bermakna dia redha anda melakukannya di dalam rumahnya.

Di sini saya menjelaskan kembali hukum mengenai anjing. Program bodoh itu telah melanggar dua point yang saya berikan di bawah, iaitu point pertama dan kedua:

Hukum menyentuh anjing

1. Memang wujud khilaf di kalangan ulama mazhab-mazhab dalam bab tubuh anjing itu najis mughallazah atau tidak. Secara ringkasnya, dalam mazhab syafie menyatakan seluruh tubuh anjing adalah najis mughallazah (Imam nawawi, Mughni Al-Muhtaj, Khatib Syarbini), selain mazhab syafie (yakni mazhab hanbali, maliki, hanafi) menyatakan hanya air liurnya sahaja najis. Ini berdasarkan hadis:

“Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.”
[Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ahmad]

Jadi, hukum menyentuh anjing memang ada khilaf. Yang pasti, haram SENGAJA menyentuh sesuatu yang akan menyebabkan perpindahan najis ke
atas tubuh kita. Jadi, menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu atau tubuh kita basah/lembap/berair, maka haramlah menurut mazhab syafie kerana najis boleh berpindah.

Kenapa seluruh tubuhnya dianggap najis berat menurut mazhab syafie? Kerana pastinya anjing membersihkan dirinya dengan menjilat. Maka kemungkinan besar air liurnya ada di tubuhnya.

**Dalam program tersebut, adakah peserta dan trainer yakin sepenuh jiwa anjing tersebut tidak menjilat tubuhnya? Dan adakah semua mereka yakin benar anjing atau tangan mereka dalam keadaan kering? Jika tak yakin, bodoh namanya. Jika pegang pada "alaaa.. lepas pegang boleh sertu (samak ikut sesetengah pemahaman orang)", ikut hukum fiqh, sengaja meletakkan diri dalam keadaan menyusahkan juga dibenci agama.

Hukum membela anjing

2. Namun tiada khilaf dan telah ijmak (sepakat) antara semua ulama-ulama muktabar muttaqaddimin dan mutaakhirin bahawa, tidak dibenarkan seorang Islam untuk membela anjing menjadi haiwan belaan, sebagaimana kita bela kucing, yang kita peluk, cium, belai dan sebagainya, KECUALI membela atas 5 sebab yang dibenarkan, iaitu:

i. Untuk menjaga harta
ii. untuk menjaga tanaman
iii. untuk menjaga ternakan
iv. sebagai anjing untuk memburu
v. menjaga keselamatan keluarga

"Nabi SAW bersabda: Barang siapa memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirath."
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya."
[Riwayat Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940]

Juga daripada Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga haiwan ternak."
[riwayat Muslim no. 1571]

"Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan (harta/keluarga/diri/ternakan/ternakan), maka pahalanya akan berkurang seba
nyak satu qirath bagi setiap hari"
[Hadis Muttafaq 'Alaih]

Daripada Aisyah r.a beliau berkata: “Telah berjanji Jibril dengan Rasulullah akan datang dalam suatu waktu, pada ketika janji itu telah tiba waktunya, Jibril tidak datang. Di tangan Nabi ada sebatang tongkat, maka baginda buang tongkat itu sambil berkata: “Tuhan dan RasulNya tidak akan menyalahi janji”. Kemudian Nabi melihat ke sebelahnya, maka baginda melihat ada anak anjing di bawah tempat tidurnya. Maka baginda bertanya: “Bila masuknya anjing ini?” Siti Aisyah menjawab: “Saya tidak tahu”. Lalu disuruh usir keluar anjing itu. Setelah anjing itu keluar datanglah Jibril dan Nabi terus bertanya: “Engkau berjanji denganku akan datang dan aku menunggu tetapi engkau tidak datang”. Jawab Jibril: “anjing yang berada di rumahmu yg menghalangi aku, kerana Kami (Malaikat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar"
[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Syaratnya:
1) HARAM bela anjing di dalam rumah
2) WAJIB beri makan minumnya
3) HARAM mendera atau mencederakannya
4) HANYA atas 5 sebab di atas sahaja

**Peserta-peserta program tu dah peluk, sentuh, belai anjing. Adakah ia dibenarkan? Tidak sama sekali.

3. Walaubagaimanapun, anjing tetap bukanlah haiwan yang wajar dicaci, dihina, dibelasah, dibunuh sewenangnya, dipukul, diseksa atau apa sahaja salah laku. Anjing tetap haiwan yang wajar diberi kasih sayang dan belas ihsan, kerana ia tetap makhluk Allah. Telah ada hadis panjang mengisahkan tentang seorang yang banyak dosa, yang memberi anjing minum, dimasukkan ke syurga kerana pahalanya memberi minum kepada anjing itu. Namun dalam hadis tu takde pun kata si pemberi minum tu peluk cium belai anjing tu. Cukup sekadar memberi keperluan kepada anjing kita dah dapat pahala.

Rujukan:
Halal wa Haram fi al-Islam (Prof Dr Yusof al-Qaradhawi)
Mughni Al-Muhtaj (Imam Nawawi)
Haza Halal wa Haza Haram (Abdul Qadir Ahmad 'Ata)

isu di radio ikim pg tadi (20/10/2014)
baca lagi

Monday, October 20, 2014

Piala Malaysia 2014 : Harap Kedah Berjaya Ke Final!

Siapa ada tengok siaran langsung Piala Malaysia semalam? Walaupun saya jarang tengok TV, siaran langsung semalam sememangnya wajib ditonton. Hehe. Sebab negeri kelahiran saya, Kedah Darul Aman telah layak ke separuh akhir piala malaysia dan semalam kedah berentap dengan pasukan Pahang Darul Makmur.

Sambil tengok tu kepala dah berdenyut-denyut (sebelum tu kena hujan) sampai terpaksa pi dapur sat untuk telan ostematrix dan b complex. Ditambah kehangatan merebut Piala Malaysia pulak kan...memang mendebarkan dan bertambah kesakitan itu. Hihi

Apa pun, memang terbaik lah prestasi Kedah semalam. Memang selayaknya Kedah menang dengan jaringan besar. Keputusan semalam 3-1 harap  Kedah mampu pertahankan kemenangan masa perlawanan di Stadium Darul Makmur nanti.


Saya suka sangat tengok semangat para penyokong Kedah di stadium Darul Aman. Meremang bulu roma kalau dengar lagu keramat bola sepak Kedah. Camni ha liriknya..

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharung negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau Kuning lambang kemegahan
Jelapang Padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah negeriku
Negeri Kedah negeriku

OLE-OLE-OLE-OLE

KEDAH JUARA!
KEDAHLAH JUARA!!

OLE-OLE-OLE-OLE


Lagu ni kalau dihayati sepenuhnya memang menaikkan semangat! Teringat masa orientasi di Kolaj Matrikulasi Melaka, bila dibahagikan ikut negeri dan disuruh menyanyikan lagu negeri, kami nyanyi lagu ni la selain lagu rasmi negeri kedah tu. Hehe. Meriah betul masa tu.

Bertemu lagi di stadium darul makmur jumaat ni.

PULUN KEDAH PULUN!!!
baca lagi

Sunday, October 19, 2014

Idea Ajar Anak Bersedekah Yang Paling Mudah

Assalamualaikum..
Harini nak cerita tentang sedekah. Sejak berkecimpung dengan family busnes shaklee ni, saya banyak diingatkan tentang sedekah. Betapa pentingnya sedekah tu sebenarnya, tapi saya baru sedar masa umur dah mencecah 20an ni.. Hehe. Saya pun terpikir nak ajar Muhammad kenal erti sedekah lebih awal.

Pembantu peribadi ummi..

Sebelum ni memang dah terfikir nak ajar Muhammad bersedekah tapi tak terbuat-buat pun lagi. Dia belum pun cukup tiga tahun, tapi masa kecil ni la saya rasa dia patut dilatih kan. Niat tu asyik tergendala ja sampai la saya dapat peluang tu secara tak sengaja..

Bulan lepas, singgah solat di masjid. Dia bagitau pampers dah penuh lepas saya solat tu. Padahal dia nak main air lepas tengok saya amik wudu' sebelum tu. Layankan aja la, bukak pampers dan bawak ke bilik air. Masa tu perasan ada syiling dalam poket seluarnya.


Lepas pakaikan seluar kat dia, saya keluarkan syiling tu.. Ada dalam lima puluh sen je pun. Saya bawak Muhammad ke tabung masjid dan mintak dia yang masukkan duit tu. Alhamdulillah rasa lega sebab niat saya sebelum ni dah tertunai. Biar la dia faham je tak pun. Hehe

Lepas tu dah tak fikir apa pun, tak expect pun dia boleh ingat dan amalkan apa yang saya ajar buat pertama kalinya tu. Tapi semalam, setelah hampir sebulan.. Saya sekali lagi singgah di masjid untuk solat. Masjid lain, bukan masjid yang sama dengan haritu. Sebelum turun kereta, excited bukan main.. "Ummi....nak duit umi, nak buh dalam tabung"

Ummi ni terkesima kejap. Wah.. Dia ingat lagi rupanya. Alhamdulillah boleh la jadi reminder ummi yang alpa ni. (Selalu masuk masjid dengan tangan kosong...huhu)

Semoga Muhammad terus ingat untuk memberi sumbangan ke tabung masjid sampai bila-bila.

Amin...

baca lagi

Saturday, October 18, 2014

Perbezaan Omega Guard Berbanding Minyak Ikan Lain

Apa perbezaan omega guard shaklee dengan minyak ikan yang lain? Banyak juga perbandingan yang dibuat ke atas produk-produk minyak ikan pelbagai jenama ni.

Saya pernah cerita sebelum ni (dari kecik pun) saya amik minyak ikan scott emulsion. Sampai ada anak pun bagi anak minyak ikan yang sama. Tapi bila kenal omeg guard dan kaji perbezaannya dengan yang lain, saya terus buat keputusan untuk ambil omega guard sebagai salah satu suplemen harian.

Jom kita tengok apa perbezaannya..

keistimewaan omega guard

1- Kaedah penyulingan teknologi terkini

Dengan kaedah penyulingan proprietari 3 molekul ni, minyak ikan yg terhasil adalah yang tulen dan pekat. Patut la dikatakan omega guard adalah minyak ikan paling tulen di dunia.

2- Menyingkirkan bahan berbahaya..

Dalam ikan ni mmg ada bahan berbahaya seperti plumbum, arsenik, merkuri dan lain². Tp dengan kaedah penyulingan 3 molekul ni boleh singkirkan bahan2 berbahaya tu.

Kebanyakan brand lain guna penyulingan tekanan tinggi yg mana akan memusnahkan nutrien dan tak mampu singkirkan bahan bahaya pun.

Kalau ada pun brand yang guna penyulingan molekul, diorang buat setakat 1 atau 2 kali penyulingan je. Sebab penyulingan 3 molekul ni mahal..

3- Tidak ekstrak dari hati ikan
Sebab hati ikan kan lagi banyak kandungan toksik.
Ikan² yg shaklee guna pun adalah ikan yg mempunyai kandungan merkuri terendah.

4- Shaklee guna ikan air laut sejuk
Kajian menunjukkan ikan air laut sejuk mempunyai asid lemak tidak tepu yg tinggi berbanding ikan lain. Shaklee pilih hanya yg terbaik jer.

5- Omega Guard ni lengkap dengan 7 jenis asid lemak yg diperlukan badan kita.
Badan kita tak dapat hasilkan sendiri asid2 lemak, so memang kita kena amik dari pemakanan / suplemen.

SIAPA PATUT AMBIL OMEGA GUARD

Kalau tanya saya, siapa perlu ambil, saya jawab semua orang perlu ambil omega guard ni. Sebab terrrlalu banyak kebaikannya.



Kalau nak cuba omega guard atau anda perlukan info-info lanjut boleh hubungi saya ok.

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp: 013-3353751
baca lagi

Friday, October 17, 2014

Sarapan Tinggi Protein Menjadikan Anda Langsing

Sarapan apa pagi ni? Saya semestinya memilih sarapan tinggi protein untuk kesihatan tubuh badan, kenyang lebih lama dan bertenaga. Saya pernah baca, sarapan tinggi protein akan menjadikan anda langsing. Wah..menarik ni.

sarapan tinggi untuk berat badan ideal
Sarapan tinggi protein akan menjadikan anda langsing

Selain berasa kenyang lebih lama, protein akan menguatkan otot, meningkatkan kadar metabolisma seterusnya membantu dalam pembakaran lemak badan. Tidak syak lagi, sarapan tinggi protein akan menjadikan anda langsing!

sentiasa mengambil protein

Bagi yang bekerja, tentu ada masalah kan nak pilih sarapan sihat dan pastikan sarapan tu tinggi kandungan protein. Balik-balik nasi lemak, roti canai teh tarik. Lebih parah lagi kalau terus tak sempat sarapan. Lepas tu time lunch mula la nafsu makan membuak-buak. 

Bila tak sarapan, kita akan jadi terlalu lapar dan cenderung untuk makan lebih dari sepatutnya semasa lunch. Tabiat ini memang la menjana kenaikan berat badan yang melampau. Hihi

Lagipun bahaya tau, tak sarapan. Ia adalah antara penyebab kerosakan otak! Di tangga teratas lagi tu ha..


Anda sibuk? Tak sempat sarapan?
Saya ada cadangan untuk pastikan anda dapat sarapan tinggi protein seterusnya manjadikan anda langsing menawan. Cewah!

Ok serius ni.. Saya cadangkan anda ambil protein hebat ESP setiap hari. Senang jer, masukkan 1-3 sudu ESP dalam minuman kesukaan anda, shake dan sedia untuk diminum. Bukan je anda mendapat sarapan tinggi protein dan mengenyangkan, anda bakal menjadi langsing, bertenaga dan mendapat kulit yang cantik!

Saya pun amalkan ESP setiap hari. Selalu shake dengM air vico / ovaltine. (Baru order tamar cocoa yang dikatakan rasa ssbijik macam milo). Kalau rajin saya buat la resepi ESP yg mantap seperti resepi susu kambing + kurma +ESP  macam harini. (Mantap la sangat kan. Haha)


Sebenarnya ada banyak lagi resepi ESP yang anda boleh cuba. Boleh campur apa saja air kesukaan anda kecuali air bercafein dan air panas. Nak resepi paling simple? Campur air suam je.. Pure gitu... (Kalau malas sangat saya buat resepi ni la..hehe)

Nak cuba tak?

Boleh hubungi saya melalui FB : Syakirah Kapli

Atau whatsapp : 013-3353751

baca lagi

Thursday, October 16, 2014

Tips Menegangkan Kulit Muka Secara Semulajadi

Saya tertarik dengan salah satu status Dr Zubaidi tentang cara menegangkan kulit muka secara semulajadi. Kedutan di kulit muka seolah-olah satu igauan ngeri pada wanita kan. Ini terbukti dengan lambakan produk kecantikan yang dipasarkan secara online mahupun offline.

Ada yang mencantikkan kulit dalam tiga hari, lima hari. Ada produk yang ada kelulusan, ada juga yang beracun. Tapi tetap ramai yang menggunakannya bila terpegun dengan testimoni-testimoni yang ditunjukkan.

Produk kecantikan yang dirampas kerana tiada kelulusan
dan mengandungi bahan berbahaya

Sebab tu la penting kita cari produk kecantikan yang tidak membahayakan ni, kena bijak buat pilihan. Kalau tak nanti ada la yang kulit mengelupas, jerawat makin teruk atau lebih memburukkan keadaan sekiranya ia membawa kepada masalah jangka panjang seperti kanser dan sebagainya.

Saya bersetuju dengan status FB Dr Zubaidi yang menyarankan kita mengambil suplemen/vitamin untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan tegang.


Kebanyakan vitamin yang disebutkan doktor memang ada dalam set kecantikan shaklee. Antara cadangan vitamin dari shaklee untuk kecantikan kulit adalah..

Vivix
Vitamin B, C dan E
Protein soya ESP
Collagen Powder

Anda juga boleh cuba zinc complex dan omega guard.

Vitamin dari Shaklee adalah dari bahan-bahan semulajadi, bertindak dalam badan pun secara semulajadi. Menjadikan badan kita sihat di dalam dan menyerlahkan kecantikan luaran.

Kalau nak info lanjut dan set cadangan mengikut bajet anda boleh hubungi saya k.

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp: 013-3353751

baca lagi

Wednesday, October 15, 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia

Saya dapat ni dari group whatsapp. Share disini, untuk rujukan kita semu. Semoga bermanfaat ye!

Jadual Waktu Sistem Badan
Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur.
Ketika ini terdapat lebih banyak
kandungan ozon di udara. Ini akan
memberi satu sumber tenaga yang
baru jika mengamal latihan
pernafasan, yoga serta bertakafur.
Mereka yang mempunyai asma
tidak patut tidur waktu ini dan boleh
merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun
tidur pada waktu ini tidak akan
menghadapi masalah sembelit.
Jika menbuang air besar dan mandi
dengan air sejuk diselesaikan
dalam waktu ini, masalah
kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan
waktu ini walaupun setitik air. Jika
makan pada waktu ini akan
mengakibatkan suhu badan
meningkat, menambahkan keletihan
dan mengurangkan tahap
pencernaan. Ini lebih terserlah
pada pengidap diabetes yang akan
merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang
diambil pada ketika ini. Tidak
sepatutnya melakukan kerja berat
atau tidur di masa ini. Jika tidak
lebih karbon dioksida akan
bercampur dengan oksigen. Ini
akan meningkat kemungkinan
terkena serangan jantung, lumpuh
atau kesakitan badan.
Kebiasaannya pihak hospital akan
lebih berjaga-jaga pada waktu ini
kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang
sakit jantung berbanding pada
waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada
waktu ini. Selepas itu duduk tutup
mata untuk rehat selama 5 minit.
Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk
mengambil minuman seperti jus
buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa
untuk bersantai dan rehat dari kerja
harian. Jika tidak akan
memudaratkan ginjal dan jangkitan
salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam
patut diambil pada waktu ini. Jika
tidak akan menimbulkan getaran
atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk
mengembalikan semula tenaga
organ-organ yang bekerja sejak
pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini
seseorang itu hendaklah baring dan
bersedia untuk tidur. Elakkan dari
membaca buku, menonton tv atau
bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih
berjaga akan menyebabkan badan
kekurangan tenaga untuk bekerja di
hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak
akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu.

P/s: Kalau anda perlukan suplemen Shaklee beserta jadual pemakanan lengkap dan konsultasi percuma boleh hubungi saya:

Fb: Syakirah Kapli
Whatsapp: 013-3353751
baca lagi

Tuesday, October 14, 2014

Tips Senaman Di Rumah Tanpa Perlu Bersusah Payah

Seminggu yang lepas saya pergi branch, kebetulan kat situ ada pemeriksaan kesihatan percuma. Lepas beli barang saya pun pegi la buat health check tu.

Dipendekkan cerita.. Hasilnya.. BMI saya masih normal (Alhamdulillah) walaupun rasa macam makan banyakkk ja. Haha.. Walaupun BMI normal, saya kekurangan otot, lemak je lebih. Bila kekurangan otot, metabolisma kurang dan badan akan cenderung mengumpul lemak, bukan bakar lemak.. Huhu

Pernah tengok perbandingan otot dan lemak? Macam ni haa.. Sebab tu kadang-kadang kita tengok badan sama je berat dengan kawan sebelah ni, tapi apesal la badanku lebih kembang dari beliau..? Hehe.. Banyak lemak la tu..

senaman bantu bina otot dan bakar lemak
Perbandingan Otot dan Lemak

Nutritionist pesan, saya kena amik lebih protein untuk meningkatkan otot dan tambah lecithin sebagai suplemen harian saya untuk bantu pembakaran lemak. (Memang dah amik ESP untuk sumber protein dan omega untuk bakar lemak, tapi tak konsisten...kuang3x..)

Keyword: KONSISTEN!

esp dan cinch shake membantu bina otot dan pembakaran lemak
Selain ESP, Cinch Shake juga adalah protein hebat yamg membantu anda
meningkatkan otot dalam badan

Lepas check up tu saya terus konsisten dengan ESP dan ambil lecithin sebelum makan. Sekarang dah seminggu la. Dan hasilnya...saya perasan perut dah kurang buncit ni. Tang lain tak nampak lagi la. Saya juga nekad untuk bersenam secara kecil-kecilan. Hehe.. Senaman pun penting ye adik-adik, untuk pembentukan otot anda..


BERSENAM MEMBANTU PEMBENTUKAN OTOT

Terus terang cakap.. Saya memang ada penyakit 'M' bila sebut bab bersenam ni. Tapi saya dah jumpa jalan penyelesaiannya! Harap cara ini juga boleh membantu anda semua. Anda boleh lakukannya dirumah sahaja, tanpa perlu keluar ke taman mahupun gymnasium.

1. SENAMAN CUCI PINGGAN

Macam pelik sikit bunyinya.. Tapi anda boleh cuba ye, angkat sebelah kaki sambil-sambil cuci pinggan kat sinki tu. Ia boleh membantu menguatkan otot kaki, mengukuhkan bahagian buku lali, lutut dan pinggul.

2. MENYAPU SAMPAH

Haa...jangan tak tahu, sambil-sambil menyapu pun boleh bersenam, tapi kena la menyapu dengan riang gembira, jangan moncongg je mulut tu. Hehe.. Gayakan dengan sedikit tarian yang anda suka, kalau boleh sambil diiringi muzik kegemaran. Wahh mesti bersih bersinar-sinar rumah anda lepas tu.

3. KETIKA BERUS GIGI

Tau tak sambil-sambil berus gigi anda boleh buat senaman squat. Camna senaman squat tu? Boleh tengok gambar dibawah ye. Tapi orang kat bawah ni tak la buat sambil gosok gigi. Hehe. Yang penting perhatikan kaki beliau.

squat bantu bina otot bahagian pinggang ke bawah
Cara Squat Yang betul
Buka kaki sikit, turunkan badan dan pastikan lutut selari dengan hujung kaki kita. Yang penting, punggung tu bagi lentik sikit. Hihi.. Kalau tak betul caranya boleh kena sakit lutut tau.

Buat la dalam bilangan yang sesikit untuk permulaan, dah biasa nanti boleh tingkatkan sedikit demi sedikit. Nampak macam senang tapi...try la kome buat dulu.. Hahaha

Apa faedahnya senaman squat ni?

>> melatih stamina
>> menguatkan lutut dan mencegah arthritis
>> menguatkan otot bahagian peha dan punggung (pejal gitu)

Baca yang last tu mesti semua nak try kan.. Buatla, nanti badan anda rasa fit! (Ramai cakap camni)

4. NAIK TURUN TANGGA

Untunglaa rumah sape ada tangga. Senaman naik turun tangga juga boleh membentuk pinggul yang cantik dan menguatkan otot kaki. 10-15 minit sehari sudah memadai.


5. SAMBIL TENGOK TELEVISYEN

Wah..senaman sambil tengok TV ni dah dikira kemalasan tahap tertinggi ni. Kalau tak buat jugak tak tahu ler.. (Psiko diri sendiri).. Hehehe.. Sambil-sambil golek tengok tv dengan anak pun boleh bersenam. Camni caranya.. Saya petik dati FB Kevin Zahri. Baik untuk menguatkan otot perut.


6. PLANK

Yang ni plank cara basic, nampak je senang, boleh menggigil tangan ye adik-adik. Mulakan dengan 10 saat, pastu boleh tambah sehingga seminit sekali buat. Senaman plank ni boleh menguatkan otot perut dan bahagian tengah badan.

Plank untuk wanita pun boleh buat macam ni


7. PUSH UP

Tentu ramai dah pernah buat push up ni kan. Baik untuk menguatkan otot tangan dan bahagian tengah badan. Buat la seberapa banyak yang boleh. Tapi macam biasa, mulakan dengan bilangan yang sedikit sesuai dengan kemampuan anda. Ni cara push up yang sesuai untuk wanita.



Sebenarnya banyak lagi senaman-senaman mudah yang anda boleh lakukan dirumah. Contohnya macam kat bawah ni, boleh pilih ikut kesesuaian anda..


Haa.. Dah nampak kan, senang je sebenarnya nak pastikan kita kekal sihat dan cergas. Tiada lagi lemak-lemak berlebihan yang terkumpul dalam badan. Bila kita bersenam, otot-otot akan bekerja, bila otot bekerja, lemak akan dibakar bagi menghasilkan tenaga.

Sebenarnya ada makanan tambahan yang boleh bantu percepatkan pembakaran lemak ni. Boleh baca sini..


Semoga entry saya kalini membantu anda semua ok..

Kalau ada soalan atau nak tahu suplemen yang boleh membantu anda meningkatkan otot dan mempercepatkan pembakaran lemak boleh hubungi saya.

Whatsapp: 013-3353751

baca lagi

Monday, October 13, 2014

Fungsi Dan Kelebihan Meal Shakes

Semalam saya join kelas tentang produk Shaklee yang terlalu banyak fungi dan kelebihannya iaitu Meal Shakes. Setiap hari pun ada kelas sekarang ni.. Tapi kelas online je, melalui whatsapp. Alhamdulillah bila berbisnes secara berjemaah, boleh saling berkongsi ilmu dan sentiasa berbincang untuk kejayaan bersama.

Berbalik kepada Meal Shakes. Meal Shakes ni salah satu suplemen yang wajib ada kat rumah sebab anak saya memang suka sangat Meal Shakes. Alhamdulillah ia banyak memberi manfaat kepada kesihatan anak saya tu.

kelebihan meal shakes shaklee

Lagipun dia memang kurang gemar dengan vitamin berbentuk pil. Memang saya tengah latih dia untuk makan Chewable Vita C juga sekarang ni selain Meal Shakes. Ok jom kita tengok dulu apa fungsi dan kelebihan Meal Shakes ni sebenarnya.

Fungsi Meal Shakes

+ Meningkatkan Sistem Imun
+ Menaikkan Selera Makan
+ Mencantikkan Kulit
+ Memudarkan Parut
+ Mengatasi Sembelit
+ Nutrien Lengkap Kepada Ibu Hamil Yang Mengalami Alahan
+ Membantu Penyusuan Susu Ibu
+ Membantu Kurangkan Ekzema

Kelebihan Meal Shakes

+ Mempunyai Nutrisi Lengkap (24 jenis zat & mineral)
+ Kaya Dengan Protein
+ Antioksida - Ada Vitamin A,C,E Zink & Selenium
+ Membantu Tumbesaran - Ada asid folik, Biotin, Kalsium, Magnesium)
+ Detox - Ada serat mudah larut membantu proses detox
+ Ada Vitamin B dan Zat Besi Yang Baik Untuk Membina Sel Darah Merah

kelebihan meal shakes shaklee

Meal Shakes ni sesuai untuk semua, tak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun disebabkan saya hanya beri Muhammad yang minum Meal Shakes ni saya nak cerita tentang manfaat Meal Shakes terhadap kanak-kanak la. Hehe.. Boleh kan..

Nutrien Lengkap
Seperti yang dinyatakan kat atas tadi, Meal Shakes lengkap dengan nutrien kan.. Memang sesuai untuk Muhammad yang susah benor nak makan, bukanla saya jadikan Meal Shakes sebagai makanan utama anak, tapi sekurang-kurangnya saya tahu dia mendapat nutrien yang cukup walaupun makan nasi tu macam main-main serta memilih. Sayur memang jarang nak makan. Huhu..

Meningkatkan Imunisasi
Muhammad demam adalah antara detik ngeri dalam hidup saya. Huhu... Dulu² semasa saya masih bekerja, memang susah hati kalau dia demam, walaupun demam sikit je kadang² tu, tapi dramanya...siap jerit-jerit sampai muntah kuning tu. Habis baju, seluar, cadar tilam kena tukar dua tiga kali dalam satu malam. Cuba bayangkan. Saya juga sangat letih bila terpaksa drive ke tempat kerja dan pernah sekali hampir kemalangan akibat terlalu mengantuk. Ngeri tak? Sebab tu saya berusaha cari suplemen untuk menguatkan imunisasi Muhammad.

Alhamdulillah, lepas saya beri Meal Shakes ni dia dah jarang demam. Kalau demam pun sehari dua sahaja dan masih boleh berlari aktif. Syukur sangat-sangat. Lagi puas hati sebab saya tak perlu beri ubat pun kat Muhammad.

Mengatasi Sembelit
Muhammad juga jarang kena sembelit, kalau ada pun sekali dua, itupun masa awal-awal dia kenal milo. Tapi tak sampai tahap kena beri ubat sembelit pun la.

meal shakes mengatasi sembelit

Inilah antara sebab utama saya beri Muhammad suplemen Meal Shakes setiap hari. Bukan susah pun.. Hanya bancuh sekali dalam minuman kegemaran dia. Pastikan air tu tak panas la, suam² ok. Bau pun sedap, rasa vanilla.. Ummi pun curi-curi jilat sikit masa nak bancuh kat Muhammad. Haha..

kelebihan meal shakes shaklee

Semoga apa yang saya kongsikan ni akan membantu ibu-ibu kat luar sana membuat pilihan bijak dakam memilih suplemen untuk anak-anak. Saya pun pilih Meal Shakes disebabkan keyakinan saya terhadap shaklee yang telah berinovasi dalam bidang makanan tambahan semulajadi ni dah 100 tahun. Shaklee juga ada menjalankan ujian-ujian klinikal terhadap produk-produknya. Shaklee komited salam menghasilkan makanan tambahan yang semulajadi, selamat dan berkesan. Yang penting sekali, ia HALAL..

Kalau ibu-ibu nak cuba atau nak penerangan lanjut berkenaan Meal Shakes ni boleh hubungi saya k..



baca lagi

Sunday, October 12, 2014

Ibu Menyusu Perlu Suplemen?

Zaman dah berubah, sekarang ramai ibu-ibu dah sedar betapa pentingnya menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif. Dalam menjayakan penyusuan susu ibu, alhamdulillah ada yang langsung tiada masalah susu merudum dan sebagainya. Tidak kurang juga ibu-ibu yang runsing bila anak tak nak direct breastfeed, susu merudum dan banyak lagi la.

Bila susu merudum tu, mula la ibu-ibu mencari-cari milk booster yang sesuai. Saya dulu pun macam tu. Hihi.. Dan itulah juga sebabnya saya kenal shaklee ni. Kalau tak berusaha menyusukan anak, mungkin saya tak tahu, entah apa benda la shaklee ni.. Hihi...

Berbalik kepada tajuk entry tadi, perlu ke ibu-ibu ambil suplemen? Bagi menjawab soalan ni saya bawakan satu post dari seorang doktor.


Doktor tersebut menyatakan "Air susu akan mengandungi semua khasiat yang anak perlukan dengan syarat ibu ada semua khasiat tersebut"

Nampak tak, ada syaratnya tau nak pastikan si anak mendapat khasiat sepenuhnya dari susu ibu. Saya pernah terbaca, walaupun si ibu ada cukup zat² tersebut, ia mesti di top up, kalau tak si ibu pula yang kekurangan zat nanti.

Sama juga kes ibu mengandung, pernah tak anda dengar kisah ibu yang kehilangan gigi setiap kali hamil. Selalunya terjadi sekiranya ibu tidak mendapatkan kalsium yang cukup. Kalsium yang ada dalam badan ibu akan diserap bayi dan si ibu yang akan menanggung akibatnya, kehilangan gigi, kebas-kebas dan lain-lain masalah lagi.

Jadi, ibu-ibu hamil dan menyusu perlu pastikan makanan harian mereka adalah lengkap dengan zat dan nutrien yang diperlukan. Mungkin boleh semak piramid makanan yang disediakan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rujukan.


Walau bagaimanapun, ibu-ibu berkerjaya selalunya agak sukar untuk memastikan mereka mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat ni. Masa untuk memasak agak terbatas, terpaksa makan diluar dan kadangkala makanan segera yang menjadi hidangan saban hari. Walaupun kita dah pilih makanan yang sihat diluar, bagaimana pula dengan cara masakan tersebut? Sebagai contoh sayur yang dimasak terlalu lama sehingga layu (selalu jumpa) sehingga menyebabkan tiada lagi zat yang tinggal.. Huhu.. Tu belum kira masakan yang diletakkan perasa makanan yang terlalu banyak yang membahayakan kita dan anak.

Saya tertarik dengan post Dr. Suriyakhatun yang menyatakan beliau risaukan toksin dalam air susu ibu. Ini kerana kajian mendapati susu ibu boleh mengandungi toksin dari makanan yang dimakan oleh ibu. Sejauh mana ibu-ibu boleh mengelak dari masalah toksin ini? Dengan itu, beliau menasihatkan ibu-ibu memastikan organ-organ detox berfungsi dengan baik.

Kesimpulan yang boleh dibuat, ibu-ibu mestilah menjaga kesihatan dari segenap segi bagi memastikan susu ibu yang diberi kepada anak adalah susu yang terbaik dan penuh khasiat. Selain itu, bila badan sihat, insyaAllah tiada la masalah susu merudum dan sebagainya. Salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengambil suplemen.

Dr. Hamid Arshat juga mencadangkan wanita mengambil suplemen semasa hamil, menyusu malah sepanjang hayat!

Suplemen pilihan saya? Semestinya suplemen Shaklee!

Yang penting HALAL
Ada kelulusan KKM
Di buat dari bahan SEMULAJADI
Ada UJIAN KUALITI setiap tahun
Setiap bahan diuji secara KLINIKAL

Baru la puas hati dan boleh diambil tanpa rasa was-was.
Bagi ibu-ibu menyusu, set suplemen yang saya sarankan adalah seperti dibawah. Semua suplemen tu boleh diambil sejak ibu-ibu hamil kecuali alfalfa. 


Kalau anda nak cuba suplemen yang saya cadangkan ni, boleh la hubungi saya k.

Facebook : Syakirah Kapli
Sms/whatsapp : 013-3353751
baca lagi

Saturday, October 11, 2014

Soya Menyebabkan Kemandulan Lelaki?

Biar betul?
Betul ke soya akan menyebabkan lelaki mandul? Kontroversi je tajuk entry kali ni. Hehe.. Sejajar dengan promosi ESP bulan ni harap-harap takde la orang buka isu ni dengan niat melumpuhkan semangat para SID semalaya. (Wah..melumpuhkan tu.. Haha). Sekarang kan setiap bulan, ada ja isu keluar demi memburukkan Shaklee. Tetapi, alhamdulillah semua persoalan tu telah terjawab pun.

Saya sendiri dah beberapa kali jumpa artikel ni soya yang menyebabkan kemandulan lelaki ni. Selain menyebabkan kemandulan lelaki, soya juga dikatakan penyebab kanser dan kebaikan soya yang dicanang itu adalah agenda yahudi.. (Perhh) Walau bagaimanapun tidaklah dinyatakan pula sumber rujukan yang kukuh.

Saya ada membuat sedikit kajian dan pembacaan berkenaan isu ini dan ada ditulis dalam blog ini. Boleh baca pada link di bawah.

Soya Penyebab Kanser Payudara?

Kajian Klinikal: Soya Mengurangkan Risiko Kanser

Dari dua artikel ni sebenarnya terjawabla sudah isu soya penyebab kanser tu adalah tidak benar belaka. Ianya hasil kajian yang lemah sama sekali.

Berbalik kepada isu soya menyebabkan kemandulan lelaki pulak, saya tertarik dengan satu post dari Dr. Zubaidi ni..


Nampak tak betapa logiknya teori itu. Kalau soya menyebabkan kemandulan lelaki, takde la orang jawa mampu mempunyai berbelas-belas zuriatnya..kan.. Hehe..

Dr. Zubaidi turut mengulas isu ini dalam blog beliau.. Boleh baca disini http://drzubaidi.com/blog/kesan-soya/

Isu "soya menyebabkan kemandulan lelaki" ni bermula dari satu kajian yang dijalankan keatas 99 orang lelaki dan 72% daripadanya mengalami masalah berat badan berlebihan.

Kajian ini telah mendapat kritikan dari penyelidik-penyelidik lain kerana peserta yang terlalu sedikit (99 orang sahaja), ramai perserta yang obes yang sudah tentu turut menyumbang kepada masalah kesuburan beserta beberapa lagi kelemahan dalam kajian. Boleh baca link diatas untuk info lanjut.

Jadi jejaka-jejaka tampan diluar sana tak perlu risau lagi dengan desas-desus ini ok.. Soya ternyata memberi manfaat kesihatan yang banyak termasuk untuk kesihatan prostate.


Info: Masyarakat Cina telah menggunakan soya sebagai makanan tambahan sejak 5000 tahun yang lalu.
Setiap kejadian tumbuh-tumbuhan yang dijadikan Allah semestinya ada manfaatnya tersendiri, termasuk soya. Ini dibuktikan lagi dari pengamal-pengamal soya yang mendapat kesihatan yang baik hari demi hari. Yang penting, kita perlu pilih soya yang berkualiti dan tidak diubah suai secara genetik atau Non-Gmo Soy.


Saya juga pengamal tegar soya tau. Dulu-dulu kalau keluar mesti pilih air soya untuk diminum, pernah juga beli kacang soya dan proses sendiri sampai jadi air, sanggup tu.. Haha.. Tapi sejak dah kenal shaklee, kenal ESP, memang tak minum soya lain dah. Hari-hari ESP sahaja. Hehe..

Kesan yang saya dapat lepas amalkan ESP..

Kulit makin sekata, tiada lagi kulit kering dan kusam.
Kenyang lebih lama.. Pagi² tak perlu amik nasi pun.
Rasa lebih bertenaga sepanjang hari. (Pilihan utama bersahur)
Berat badan terkawal.

Alhamdulillah dengan izinNya saya mendapat manfaat² dari ESP. Bulan ni promo buy 6 free 1 harus beli lebih buat stok!

Anda nak cuba? Boleh hubungi saya ya..




baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard