Berkongsi Cerita: Fungsi Dan Kelebihan Meal Shakes

Monday, October 13, 2014

Fungsi Dan Kelebihan Meal Shakes

Semalam saya join kelas tentang produk Shaklee yang terlalu banyak fungi dan kelebihannya iaitu Meal Shakes. Setiap hari pun ada kelas sekarang ni.. Tapi kelas online je, melalui whatsapp. Alhamdulillah bila berbisnes secara berjemaah, boleh saling berkongsi ilmu dan sentiasa berbincang untuk kejayaan bersama.

Berbalik kepada Meal Shakes. Meal Shakes ni salah satu suplemen yang wajib ada kat rumah sebab anak saya memang suka sangat Meal Shakes. Alhamdulillah ia banyak memberi manfaat kepada kesihatan anak saya tu.

kelebihan meal shakes shaklee

Lagipun dia memang kurang gemar dengan vitamin berbentuk pil. Memang saya tengah latih dia untuk makan Chewable Vita C juga sekarang ni selain Meal Shakes. Ok jom kita tengok dulu apa fungsi dan kelebihan Meal Shakes ni sebenarnya.

Fungsi Meal Shakes

+ Meningkatkan Sistem Imun
+ Menaikkan Selera Makan
+ Mencantikkan Kulit
+ Memudarkan Parut
+ Mengatasi Sembelit
+ Nutrien Lengkap Kepada Ibu Hamil Yang Mengalami Alahan
+ Membantu Penyusuan Susu Ibu
+ Membantu Kurangkan Ekzema

Kelebihan Meal Shakes

+ Mempunyai Nutrisi Lengkap (24 jenis zat & mineral)
+ Kaya Dengan Protein
+ Antioksida - Ada Vitamin A,C,E Zink & Selenium
+ Membantu Tumbesaran - Ada asid folik, Biotin, Kalsium, Magnesium)
+ Detox - Ada serat mudah larut membantu proses detox
+ Ada Vitamin B dan Zat Besi Yang Baik Untuk Membina Sel Darah Merah

kelebihan meal shakes shaklee

Meal Shakes ni sesuai untuk semua, tak kira kanak-kanak, dewasa, orang tua, ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun disebabkan saya hanya beri Muhammad yang minum Meal Shakes ni saya nak cerita tentang manfaat Meal Shakes terhadap kanak-kanak la. Hehe.. Boleh kan..

Nutrien Lengkap
Seperti yang dinyatakan kat atas tadi, Meal Shakes lengkap dengan nutrien kan.. Memang sesuai untuk Muhammad yang susah benor nak makan, bukanla saya jadikan Meal Shakes sebagai makanan utama anak, tapi sekurang-kurangnya saya tahu dia mendapat nutrien yang cukup walaupun makan nasi tu macam main-main serta memilih. Sayur memang jarang nak makan. Huhu..

Meningkatkan Imunisasi
Muhammad demam adalah antara detik ngeri dalam hidup saya. Huhu... Dulu² semasa saya masih bekerja, memang susah hati kalau dia demam, walaupun demam sikit je kadang² tu, tapi dramanya...siap jerit-jerit sampai muntah kuning tu. Habis baju, seluar, cadar tilam kena tukar dua tiga kali dalam satu malam. Cuba bayangkan. Saya juga sangat letih bila terpaksa drive ke tempat kerja dan pernah sekali hampir kemalangan akibat terlalu mengantuk. Ngeri tak? Sebab tu saya berusaha cari suplemen untuk menguatkan imunisasi Muhammad.

Alhamdulillah, lepas saya beri Meal Shakes ni dia dah jarang demam. Kalau demam pun sehari dua sahaja dan masih boleh berlari aktif. Syukur sangat-sangat. Lagi puas hati sebab saya tak perlu beri ubat pun kat Muhammad.

Mengatasi Sembelit
Muhammad juga jarang kena sembelit, kalau ada pun sekali dua, itupun masa awal-awal dia kenal milo. Tapi tak sampai tahap kena beri ubat sembelit pun la.

meal shakes mengatasi sembelit

Inilah antara sebab utama saya beri Muhammad suplemen Meal Shakes setiap hari. Bukan susah pun.. Hanya bancuh sekali dalam minuman kegemaran dia. Pastikan air tu tak panas la, suam² ok. Bau pun sedap, rasa vanilla.. Ummi pun curi-curi jilat sikit masa nak bancuh kat Muhammad. Haha..

kelebihan meal shakes shaklee

Semoga apa yang saya kongsikan ni akan membantu ibu-ibu kat luar sana membuat pilihan bijak dakam memilih suplemen untuk anak-anak. Saya pun pilih Meal Shakes disebabkan keyakinan saya terhadap shaklee yang telah berinovasi dalam bidang makanan tambahan semulajadi ni dah 100 tahun. Shaklee juga ada menjalankan ujian-ujian klinikal terhadap produk-produknya. Shaklee komited salam menghasilkan makanan tambahan yang semulajadi, selamat dan berkesan. Yang penting sekali, ia HALAL..

Kalau ibu-ibu nak cuba atau nak penerangan lanjut berkenaan Meal Shakes ni boleh hubungi saya k..



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard