Assalamualaikum wbt..
Sehari dua ni saya banyak terbaca info yang menjadi viral di
Fb mengenai bahaya soya. Antara yang digembar gemburkan adalah SOYA PENYEBAB
KANSER! Tapi tidak dinyatakan pula sumber maklumat tersebut. Ini membuatkan
saya tertanya2 dan risau, sebab saya pun tiap hari minum soya atau lebih tepat
lagi Energizing Soy Protein (ESP). Walaupun sangat yakin ESP dihasilkan dari
soya yang berkualiti, menggunakan Non-GMO SOY serta UJIAN2 KLINIKAL yang
SHAKLEE jalankan, saya masih perlu mencari kebenaran itu. Bukan sahaja untuk
diri saya, tetapi pelanggan2 saya yang sangat ‘tergila-gilakan’ ESP. Hehe..
Demi mencari sebuah kebenaran, saya mula tanya encik google
la kot2 ada ‘testimoni’ penghidap kanser setelah mengambil ESP. Memandangkan
ESP telah berada di pasaran dunia melebih 50 tahun dan di Malaysia sendiri
lebih 20 tahun! Alhamdulillah setakat ni TIADA pesakit kanser yang tampil
menyatakan beliau mendapat kanser akibat pengambilan ESP.
Kemudian saya terjumpa satu artikel dari blog Dr. Zubaidi
bertajuk “Benarkan Soya Menyebabkan Kanser Payudara?”. Ok, saya petik terus kandungan
artikel tersebut.
--------
Banyak pertanyaan tentang kesahihan khabar angin, sama ada
kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk
makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempe? Jawapannya TIDAK.
Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan
berasaskan soya mempunyai phytoestrogens iaitu bahan biokimia
semulajadi yang menyerupai hormone estrogen. Oleh kerana hormone estrogen boleh
menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.
Walaupun dalam ujikaji di makmal phytoestrogens boleh
merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam ujian klinikal,
ramai saintis gagal membuktikandakwaan ini. Malah ada ujian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan
kebarangkalian mendapat kanser payudara.
Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah
mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang
sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila
diulang semula oleh saintis lain, ia tidak memberikan keputusan yang sama, maka
kajian itu sangat diragui.
Satu laporan dalam The
Journal of The American Medical Association pada tahun 2009, para saintis
mengkaji semula data yang diperolehi dari seramai 5,042 orang wanita China yang
dikaji dalam kajian Shanghai Breast
Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk
mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini
dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih
belum disahkan lagi.
Artikel penuh boleh di baca disini..
-----
Setelah membaca artikel tersebut, lega rasanya. Tuduhan
mengatakan soya penyebab kanser mempunyai asas yang sangat lemah dan GAGAL
DIBUKTIKAN oleh ujian2 klinikal. Tapi saya sedih sebab info2 yang kurang
berasas macam ni begitu mudah tersebar bebas dan ramai yang mempercayainya
tanpa membuat pembacaan lanjut.
Alangkah ruginya bila ramai orang percayakan info tersebut
sedangkan soya mempunyai banyak khasiat malah ia boleh merendahkan risiko terkena
kanser! Allah ciptakan sesuatu pasti bersebab, pasti ada manfaatnya, cuma kena
la amik dalam kadar yang betul. Sebab tu pentingnya mendapat info2 tentang cara
pemakanan, pantang larang dsb apabila mengambil apa2 jenis suplemen pun.
Alhamdulillah kini saya boleh ambil ESP dengan senang hati,
sebab ESP banyak memberi manfaat kepada saya sendiri (Boleh baca khasiat ESP disini). Saya sendiri rasa lebih bertenaga,
kenyang lebih lama, jarang jatuh sakit, demam & selesema sejak mengamalkan
ESP dan supplemen2 SHAKLEE yang lain. Alhamdulillah.
Anda ingin dapatkan ESP dan produk-produk Shaklee yang lain?
Boleh hubungi saya:
Facebook : Syakirah Kapli
FB Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
SMS/WhatsApp: 013-3353751
FREE CONSULTATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul
FREE CONSULTATION
Tips & Cara Pemakanan Suplemen Yang Betul
No comments:
Post a Comment