Amboi tajuk tu, kemain lagi kan.. Hehe
Hari ni nak cerita sikit, saya pernah disoal, duk berniaga apa la ni?
Makanan ka.. Kek ka.. Baju ka..
Mungkin sebab jarang nampak saya buat iklan produk kat FB kot. Hehe
Jawapannya..
Bukan makanan
Bukan kek
Bukan baju
(Macam iklan produk kurus pulak kan bukan 100, bukan 80, bukan 70 .. haha)
* * * * * * * * * * *
Ok serius serius.. Di kesempatan ini saya nak jawab terus persoalan tu, alang-alang takdak apa nak tulis ni.
Saya sekarang fokus dalam bisnes affiliate je, produk digital. Contohnya video panduan, ebook panduan dan lain-lain. Produk fizikal pun ada, buku ja. Itu pun saya dropship sahaja.
Saya tak jual produk fizikal ni, sebabnya leceh sikit nak pi pos barang, pejabat pos jauh dari rumah. Walaupun idak la cecah 2 marhalah jauhnya. Hehe. Tapi kekangan masa tu buat saya kurang gemar nak bungkus dan pos barang.
Lagipun memang minat jual produk digital ni. Lebih mudah dan pantas gitu. Hehe
* * * * * * * * *
Duk sebut affiliate.. affiliate dari tadi.. Apadia la affiliate nih.
Bisnes affiliate ni, kita jadi agen produk orang lain. Biasanya produk digital orang buat affiliate ni. Tapi sekarang ada je yang buat affiliate buku, seminar dan lain-lain.
Bila daftar sebagai agen affiliate, kita akan dapat link ke web jualan produk tu, link atas id kita sendiri. Kiranya kita promote link tu je la. Jika ada yang buat belian melalui link tu, kita akan dapat komisen.
Lepas tu kan, owner yang akan uruskan penghantaran produk pada customer. Kalau produk digital tu, memang customer akan dapat produk yang dibeli melalui emel la.
Support group juga akan diuruskan oleh owner produk. Kiranya kerja kita sebagai agen affiliate ni promote, promote dan promote lagi produk itu dan terima komisen apabila berjaya dapat jualan.
Yang menariknya kalau jadi agen affiliate produk digital, komisennya tinggi. Biasanya mencecah 40%-50%. Dan biasanya produk digital ni harga dia tak macam produk fizikal.
Kalau video panduan tu boleh cecah ratus-ratus. Kalau ebook ada yang rm80 - rm100 lebih. Ada yang cecah rm200. Contoh macam kat bawah ni..
Yang ni ebook panduan. Harganya mencecah rm200, dan saya akan dapat komisen rm100 untuk 1 unit yang terjual. Best ke best? Hehe
Komisen ni ada yang dibayar bulanan, minggun dan ada juga yang dibayar seminggu 2 kali.
Paling best, kebanyakkan program affiliate ni menawarkan pendaftaran PERCUMA. Kira bisnes tanpa modal la. Sesiapa yang tengah cari bisnes part time ka, full time ka, memang sesuai sangat.
Bila kita dapat jualan, kita akan diberitahu melalui emel macam kat bawah ni..
Dan sekarang ni dah banyak program affiliate yang korang boleh join sekarang ni.
Kalau korang suka sharing tentang rezeki, kerohanian boleh la jual ebook macam kat bawah ni..
Ebook Jom Bebas Hutang |
Ebook Magnet Rezeki |
Pakej Ebook Amalan Rohani |
Kalau korang minat nak jual panduan-panduan berkaitan bisnes, boleh jual ebook panduan macam ni..
Ebook Panduan Bisnes Shopee |
Ebook Panduan Ebay Mudah |
Ok kat atas ni contoh je, Ada banyak lagi produk affiliate yang korang boleh cari nanti.
Kalau ada yang still pening-pening lalat tak tau nak start dari mana, korang boleh belajar affiliate dengan sifu Rahman Basri.
Beliau memang la expert dalam bisnes affiliate, dah bertahun-tahun dah buat bisnes ni. Untuk permulaan, daftarkan emel korang kat sini >> 5 Langkah Mulakan Bisnes Affiliate.
Nanti korang akan dapat emel dari sifu Rahman Basri. Sifu bukan kongsikan langkah je, siap ada sekali produk affiliate yang korang boleh daftar free jer. Dan siap tutorial lagi. Tinggal follow je, insyaAllah tak sesat. Hehe
Ramai lagi sifu affiliate kat luar sana sebenarnya, tapi saya rekomen sifu Rahman Basri sebab beliau dah ada sistem affiliate yang teratur yang dinamakan Sistem Jualan Pro 4.0, short cut pada bisnes affiliate anda nanti.
Kenapa short cut? Sebab sistem tu yang akan tolong follow up dan close jualan prospek korang. Sesuai sangat untuk orang yang malas nak complicated sangat, Jadinya takde masalah kalau korang nak buat affiliate ni secara sambilan je.
Korang baca dulu pelan-pelan apa yang sifu kongsikan sampai habis. Nampak je macam susah tapi sebenarnya step tu dah di simplified-kan.. Gituu..
Ok tu je la dulu perkongsian saya tentang affiliate ni. Nanti saya share lagi. Stay tune update saya kat FB ya. See you.. Moga berjaya gaiss..
Oh ya..
Saya ada ebook ni, nak beri PERCUMA jer.
Kalau nak ebook ni boleh join >> channel telegram Geng Bisnes Online. Follow stepnya ya. TQ
Assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment