Berkongsi Cerita: March 2019

Tuesday, March 19, 2019

Hakikat Ujian Dan Bagaimana Berdamai Dengannya

Hari ni saya nak share tentang UJIAN.

Sahabat yang dah lama join channel Tip Magnet Rezeki mungkin pernah baca sharing saya ni..

Saya ada terbaca perkongsian ilmu di whatsapp tentang ujian.

Kenapa, bila kita diuji, kita rasa berdebar, serba tak kena, takut, cemas. Kenapa??


Diberi satu analogi..

Katakan kita sedang memandu dalam hujan lebat. Tiba-tiba, wiper pulak buat hal, rosak tak bergerak!

Kita jadi berdebar, susah hati, takut. Kenapa?

Kerana kita tak nampak jalan kat depan, takut berlanggar, takut terbabas. Padahal hakikatnya depan kita ada jalan yang terbentang luas.

Disebabkan penglihatan kita terbatas, tak nampak, kita jadi takut.




.
Sama juga dengan ujian.. Bila diuji, kita takut, risau, gelabah sebab kita tak nampak jalan penyelesaian kat depan tu.

Hakikatnya setiap ujian tu, pasti ada jalan penyelesaiannya. Dah tersedia di depan kita. Allah dah sediakan penyelesaiannya sebelum masalah tu datang pada kita lagi.


Kenapa kita tak nampakk?


(Aduh sentap betul dengan jawapannya ni.. Siapa tak ready jangan teruskan bacaan 😎)


Kita tak nampak jalan penyelesaiannya kerana ...



Kerana..

Lebatnya dosa-dosa kita.. 😭

Kita banyak dosa..


Ketika diuji, sebenarnya Allah sedang memanggil kita. Dengan penuh kasih sayang..


"Wahai hambaKu, kembali padaKu, 
bertaubat atas dosamu, 
akanKu penuhi segala keperluanMu.." 😭


Sebab tu, bila kita diuji, atau orang sekitar kita diuji. Subhanallah, sebenarnya Allah sayang, Allah nak suruh kita kembali kat DIA, Allah nak hapuskan dosa kita, supaya mudah Allah masukkan kita ke SyurgaNya kelak.

Dapat sesuatu?

Ucaplah ALHAMDULILLAH..

Nak baca perkongsian yang best-best melalui telegram?

Jom join channel >> TipMagnetRezeki


baca lagi

Bagaimana Nak Keluar Dari Keserabutan Masalah Hutang?


Semalam semasa sedang menyantuni ahli group whatsapp e-rezeki, ada yang bertanya berkenaan hutang. Bagaimana nak selesaikan hutang. Kira semua tips dan petua dah buat.


Di sini saya teringat pula, (tak ingat dah baca kat mana), ada seseorang mengadu, katanya semua dah buat, tips petua petui semua lah. Tapi hidup masih sukar dan sempit. Apa lagi yang kurang?


Lalu seorang yang berilmu tu menjawab, jika semua dah buat, mungkin yang kurangnya tu SABAR.

Deep juga ya jawapannya. Huhu




Ok berbalik pada soalan hutang tadi, saya pun mula mencari jawapan terbaik nak share dengan ahli group. Ye lah, saya bukannya ustazah ke pakar motivasi ke.. Kena la cari rujukan. Hehe

Jadi saya terjumpa semula nota ni, semasa saya terbaca satu artikel tentang hutang, saya pernah share dalam channel TipMagnetRezeki.

Silakan baca, moga ada manfaatnya ya..


+ + + + + + + +


Harini baca satu artikel tentang HUTANG.


1. Hutang banyakk. Apa nak buat?

Tenang2 saja, usah fikir sangat nanti stress. Bawa saja hutang ke sejadah. Solat taubat, solat hajat, doa supaya Allah bantu. Sedekah jangan lupa.



2. Ya semua tu dah dibuat.

Bagus. Teruskan saja. Cuma tambah lagi kualiti amalnya, tambah khusyuknya.



3. Dah buat semuanya, namun hutang makin banyak, malah pemiutang makin mengejar2. 😅

Subhanallah bagus. Itu tanda penyucian dosa2 lalu. Mungkin ada dosa yang belum kita mohon ampun pada Allah. Yang kita lupa, lalu Allah datangkan kifarah dalam bentuk belenggu hutang.

Terus saja mohon pada Allah, taubat dan yakin akan pertolonganNya. Kita sedang belajar berTuhan.



4. Bagaimana jika pengutip hutang mengejar?

Hadapi saja. Terangkan kita belum ada wang untuk bayar hutang. Bila ada duitnya, insyaAllah kita lunas hutangnya.

Tiada apa pun yang boleh menjejaskan kita tanpa izin Allah.

Pengutip hutang juga adalah 'alat' untuk Allah uji keimanan dan keyakinan kita. Juga menghapuskan dosa2 kita. Banyakkan taubat.




Ini ungkapan keramat yang pernah diucapkan oleh Ustaz Yusuf Mansur. Saya suka sangat ayat ni, semat dalam hati paling dalam ok. Bawalah segala masalah hutang kita tu, mengadu sunggu-sungguh dengan Allah.

Jika kita mohon Allah permudahkan, beribadah dan dekatkan diri padaNya, namun masih ada gusar - keyakinan kita padaNya masih lemah dan rapuh.

Allah Maha Kaya, hutang tu kecillll sangat dibandingkan dengan kekayaanNya yang memiliki seluruh alam ini.

Serius dalam perbaiki tauhid kita, taubat, serahkan urusan kita untuk diuruskan sepenuhnya mengikut kehendakNya.

InsyaAllah, dengan mudah Allah tunjukkan jalan untuk melunaskan hutang kita.


+ + + + + + + + +


Begitulah.. Mungkin artikel di bawah juga dapat membantu kawan-kawan :


3 Amalan Keluar Dari Kesempitan Dan Hutang

Doa Langsai Hutang

baca lagi

Tuesday, March 12, 2019

Ini Khasiat Pegaga Buat Otak Anak Yang Selalu Penat Dengan Aktiviti Harian Di Sekolah


Siapa yang ada anak yang dah sekolah mesti akan terdetik rasa kasihan bila tengok anak balik dari sekolah dan keletihan. Saya pun macam tu juga. ðŸ˜…

Lepas anak balik dari sekolah, sejukkan badan kejap, tak sempat rehat, terus kena mandi, solat zuhur, makan dan bersiap ke kelas KAFA pula. Belajar lagi sampai la jam 5.45 petang.

Balik dari kelas KAFA, terus solat asar dan bermain. Kalau tak dapat main petang boleh menangis dia. Huhu

Malam lepas maghrib nak mengaji Al Quran pula, siapkan kerja rumah dan susun buku untuk esok pula. Hujung minggu ada latihan taekwondo. Memang tak sempat rehat la dia.

Tapi dia ok ja, siap happy lagi. Kita yang mak mak ni la risau dia letih ke apa. Risau kalau dia tak dapat fokus dalam kelas. Ada juga sediakan suplemen untuk bantu dia.


Baru-baru ni saya ada terbaca post FB Dr Rizal Abu Bakar.


Dr ada share tentang jus pegaga untuk bantu POWER UP OTAK ANAK. Menarik perkongsian beliau.

Saya kongsikan kat bawah ni ya..


* * * * * *

Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.

Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.  

Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan? 

Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial? 

Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka. 


Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:

1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan. 

2. Masukkan ke dalam blender.  

3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.  

4. Blend.  

5. Campurkan dengan madu atau gula apong (di Sarawak sahaja) atau gula kabong. 

Hidangkan. MUDAH dan CEPAT. 

Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK. .Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti ..#DrOtak #OCOC 


- Dr Rizal Abu Bakar



Kredit Gambar : MediaMaklumat.Com


Menarik kan? Macam sedap nampak air tu. Bahannya pun murah dan mudah dicari. Nak tanam sendiri kat rumah pun lagi bagus. hehe. Bukan anak je, emak pun boleh la minum sekali. Kata nak sehatt.. ðŸ˜†


Antara khasiat lain daun pegaga :
  • Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.
  • Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.
  • Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.
  • Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.
  • Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.
  • Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.
  • Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.
  • Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.
  • Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.
  • Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.
  • Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.
  • Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.
  • Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.


Jom lah kita sama-sama tanam pegaga di rumah. Boleh buat jus pegaga setiap hari ! Hehe

Moga anak anak kita membesar sebagai anak yang sihat, cerhas dan cerdas, kuat fizikal dan mentalnya.

Baca juga >> 6 Teknik Didik Anak Yang Diamalkan Masyarakat Jepun





baca lagi

Yeayy Dapat Komisen Affiliate !!


Amboi tajuk tu, kemain lagi kan.. Hehe


Hari ni nak cerita sikit, saya pernah disoal, duk berniaga apa la ni?

Makanan ka.. Kek ka.. Baju ka..

Mungkin sebab jarang nampak saya buat iklan produk kat FB kot. Hehe


Jawapannya..

Bukan makanan

Bukan kek

Bukan baju


(Macam iklan produk kurus pulak kan bukan 100, bukan 80, bukan 70 .. haha)


* * * * * * * * * * * 


Ok serius serius.. Di kesempatan ini saya nak jawab terus persoalan tu, alang-alang takdak apa nak tulis ni.


Saya sekarang fokus dalam bisnes affiliate je, produk digital. Contohnya video panduan, ebook panduan dan lain-lain. Produk fizikal pun ada, buku ja. Itu pun saya dropship sahaja.




Saya tak jual produk fizikal ni, sebabnya leceh sikit nak pi pos barang, pejabat pos jauh dari rumah. Walaupun idak la cecah 2 marhalah jauhnya. Hehe. Tapi kekangan masa tu buat saya kurang gemar nak bungkus dan pos barang.


Lagipun memang minat jual produk digital ni. Lebih mudah dan pantas gitu. Hehe


* * * * * * * * *

Duk sebut affiliate.. affiliate dari tadi.. Apadia la affiliate nih.


Bisnes affiliate ni, kita jadi agen produk orang lain. Biasanya produk digital orang buat affiliate ni. Tapi sekarang ada je yang buat affiliate buku, seminar dan lain-lain.


Bila daftar sebagai agen affiliate, kita akan dapat link ke web jualan produk tu, link atas id kita sendiri. Kiranya kita promote link tu je la. Jika ada yang buat belian melalui link tu, kita akan dapat komisen.


Lepas tu kan, owner yang akan uruskan penghantaran produk pada customer. Kalau produk digital tu, memang customer akan dapat produk yang dibeli melalui emel la.


Support group juga akan diuruskan oleh owner produk. Kiranya kerja kita sebagai agen affiliate ni promote, promote dan promote lagi produk itu dan terima komisen apabila berjaya dapat jualan.


Yang menariknya kalau jadi agen affiliate produk digital, komisennya tinggi. Biasanya mencecah 40%-50%. Dan biasanya produk digital ni harga dia tak macam produk fizikal.


Kalau video panduan tu boleh cecah ratus-ratus. Kalau ebook ada yang rm80 - rm100 lebih. Ada yang cecah rm200. Contoh macam kat bawah ni..




Yang ni ebook panduan. Harganya mencecah rm200, dan saya akan dapat komisen rm100 untuk 1 unit yang terjual. Best ke best? Hehe


Komisen ni ada yang dibayar bulanan, minggun dan ada juga yang dibayar seminggu 2 kali.


Paling best, kebanyakkan program affiliate ni menawarkan pendaftaran PERCUMA. Kira bisnes tanpa modal la. Sesiapa yang tengah cari bisnes part time ka, full time ka, memang sesuai sangat.


Bila kita dapat jualan, kita akan diberitahu melalui emel macam kat bawah ni..





Dan sekarang ni dah banyak program affiliate yang korang boleh join sekarang ni.


Kalau korang suka sharing tentang rezeki, kerohanian boleh la jual ebook macam kat bawah ni..

Ebook Jom Bebas Hutang


Ebook Magnet Rezeki


Pakej Ebook Amalan Rohani



Kalau korang minat nak jual panduan-panduan berkaitan bisnes, boleh jual ebook panduan macam ni..

Ebook Panduan Bisnes Shopee


Ebook Panduan Ebay Mudah


Ok kat atas ni contoh je, Ada banyak lagi produk affiliate yang korang boleh cari nanti.


Kalau ada yang still pening-pening lalat tak tau nak start dari mana, korang boleh belajar affiliate dengan sifu Rahman Basri.


Beliau memang la expert dalam bisnes affiliate, dah bertahun-tahun dah buat bisnes ni. Untuk permulaan, daftarkan emel korang kat sini >> 5 Langkah Mulakan Bisnes Affiliate.


Nanti korang akan dapat emel dari sifu Rahman Basri. Sifu bukan kongsikan langkah je, siap ada sekali produk affiliate yang korang boleh daftar free jer. Dan siap tutorial lagi. Tinggal follow je, insyaAllah tak sesat. Hehe


Ramai lagi sifu affiliate kat luar sana sebenarnya, tapi saya rekomen sifu Rahman Basri sebab beliau dah ada sistem affiliate yang teratur yang dinamakan Sistem Jualan Pro 4.0, short cut pada bisnes affiliate anda nanti.


Kenapa short cut? Sebab sistem tu yang akan tolong follow up dan close jualan prospek korang. Sesuai sangat untuk orang yang malas nak complicated sangat, Jadinya takde masalah kalau korang nak buat affiliate ni secara sambilan je.




Korang baca dulu pelan-pelan apa yang sifu kongsikan sampai habis. Nampak je macam susah tapi sebenarnya step tu dah di simplified-kan.. Gituu..


Ok tu je la dulu perkongsian saya tentang affiliate ni. Nanti saya share lagi. Stay tune update saya kat FB ya. See you.. Moga berjaya gaiss..


Oh ya.. 
Saya ada ebook ni, nak beri PERCUMA jer.


Kalau nak ebook ni boleh join >> channel telegram Geng Bisnes Online. Follow stepnya ya. TQ


Assalamualaikum..




baca lagi

Saturday, March 9, 2019

Diari Muhammad Rayyan : Kisah Stokin Putih

Baru-baru ni Muhammad cakap kat ummi, dia kena denda sebab pakai kasut hitam dengan stokin putih. Sepatutnya kasut hitam, stokin mesti hitam. Haha

Ummi pun tanya la nak tau dengan lebih lanjut lagi..

Kena denda apa.. Sapa yang denda, cikgu ka? Cikgu mana..?

Banyak pulak soalan.. Mak mak biasalaa kan.


Tapi dengan bangganya dia memintas..

Dia kata..

"Kakak pengawas. Tapi takpa ummi... Muhammad dah bagi alasan dah kat kakak tu."

(Muka bangga dan puas hati)


Muhammad bagi alasan apa tu?


Muhammad cakap kat akak pengawas tu..

"Takdak duit nak beli..Lepas tu kakak tu pun tulis la dalam buku"

(Masa ni dengan pakej muka sedih sekali dia buat)


Ya Allah Muhammad..
Kenapa bagi alasan macam tu??

Mungkin dia belum tau. itu ayat pantang larang ummi dia.. "TAKDA DUIT"


Ayat takda duit tu dah jadi ayat paling pantang sejak belajar tentang Law Of Attraction (LOA). Dalam LOA ada menyatakan, apa yang kita sebut, kita fikir benda tu yang akan terjadi. Apa yang kita ucapkan umpama DOA.


Kalau kita selalu sebut takda duit, maka itu la yang akan terjadi. Gituu..


Jadi jangan sesekali sebut macam tu, banyakkan syukur, tak pernah lagi Allah abaikan kita. Duit tetap ada walau tak banyak, pasti cukup. Sebab Allah menjamin rezeki hambaNya. Betul?





Cerdik gak la dia, time kalut nak pi sekolah jugak dia habaq benda ni. Tak sempat nak berletiaq panjang lebar, jadinya berletiaq dalam blog ni lah.. hehe


Dalam masa singkat tu sempat la pesan kat dia jangan buat dah lagu tu. Mengaku je salah sendiri.

Bagitau ja.. "Stokin hilang.."


Kisahnya dah berpasang-pasang beli stokin dia, dalam seminggu ja dia boleh hilangkan 2 pasang stokin. Huhu


Katakan hari ni hilang sebelah, esoknya umi pesan suruh pi cari kot tercicir kat tempat dia buka kasut. Tengok-tengok balik sekolah tu, hat pakai hari tu pun hilang jugak, dua-dua belah!


Memang menguji kesabaran sungguh!

Syukurla masa tu umi baru lepas baca ebook dari Dr Taufiq Razif tu >> dia ada ajar cara mak-mak ni mengawal emosi bila berdepan dengan ragam anak. Tak la jadi singa jadian sangat ummi ni. Hehe


Dah hilang stokin hitam, dia pakai je la stokin putih yang lama tu dengan kasut hitam. Haha salah di sisi undang-undang sekolah okeyy.


Takpa la Muhammad ummi pun dah beli stokin hitam yang baru dah. Harap tak hilang lagi dah lepas ni, dan yang penting harap dia tak bagi alasan sadis macam tu lagi. Adoii.. Malu ummi, apa la cikgu cakap nanti, stokin anak pun takda duit nak beli. Huhu


Lepas dah kena beletiaq dengan umi dalam kereta, elok sampai sekolah dia tanya pulak...


"Berdosa dak Muhammad umi? Masuk api neraka dak? "

(Time ni ummi rasa nak tergelak la pulak, jauh peginya sampai ke neraka.. haha)

"Muhammad minta maaf umi, Muhammad tak cakap dah macam tu.."

Muka pun dah macam bersalah sangat dah tu.


Harap dia belajar sesuatu dari kehilangan stokin dia tu. Hehe..







baca lagi

Wednesday, March 6, 2019

Lakukan 4 Perkara Ini Untuk Ketenangan Hati, Rumahtangga Aman Bahagia Dan Hilang Rasa Was-was

Semalam saya ada dengar petikan video kuliah Syeikh Ali Jaber, tentang amalan untuk dapatkan ketenangan jiwa dan penyelesai segala masalah kehidupan.





Syeikh ceritakan, beliau sering dapat pertanyaan dari orang ramai yang ada masalah keluarga, masalah dengan anak, ibu bapa, pasangan, jiran dan lain-lain. 


Di rumah selalu saja ada masalah dan sering berantakan. Walaupun mereka dah berusaha kuat cegah diri dari masalah, masalah akan tetap akan datang.


Dalam diri sendiri juga kerap rasa tidak tenang, rasa was-was, seperti ada gangguan, ada makhluk halus dan sebagainya.


Oleh sebab itulah, Syeikh ajarkan 4 amalan ini, yang insyaAllah akan bermanfaat untuk semua, tak perlu panggil bomoh, dukun ke apa.


Boleh buat sendiri di rumah..


----------
AMALAN PERTAMA 
----------

Dalam bekas minuman, isikan air dan garam, seterusnya dibacakan ayat-ayat di bawah:

  • Al Fatihah 7x
  • 5 ayat pertama Al Baqarah - 1x
  • Ayatul Kursi 7x
  • 3 ayat terakhir surah Al Baqarah
  • Al Ikhlas 3x
  • Al Falaq 3x
  • An Nas 3x

Kemudian air tu dibuat minum. Kalau rasa masin (garam terlalu banyak), boleh tambah air.



----------
AMALAN KEDUA
----------


Guna bekas besar (baldi), diisi air dan ditambah garam. Bacakan juga ayat-ayat di atas seterusnya dibuat mandi.


Caranya, selepas baca ayat-ayat di atas tadi, tiupkan ke dalam air. Bukan ludah ya, pesan Syeikh.. :)


InsyaAllah, akan selesai masalah was-was dalam hati, perasaan, jiwa dan fikiran. Kata Syeikh Ali Jaber, 90% dari punca penyakit manusia adalah was-was.



----------
AMALAN KETIGA
----------


Isi air dalam baldi besar, tambah garam dan buat bersihkan rumah. Kalau nak bersihkan rumah, mop lantai ke apa, boleh guna air garam tu.


Kenapa air garam?


Garam itu, didalamnya ada energi positif. Jin dan syaitan pula adalah energi negatif. Jadi bila kita gunakan air garam untuk bersihkan rumah, jin dan syaitan tak dapat masuk ke rumah. Apatah lagi kita bacakan ayat kursi.



----------
AMALAN KEEMPAT
----------


Jika ada garam batu (mungkin garam kasar), kalau boleh bakarkan di atas arang dan dicampur dengan habbatussauda.


Jangan risau jika ia akan meletup-letup dan berbunyi kuat. Bunyi itu dan asap darinya akan membuatkan jin dan syaitan takut dan melarikan diri.


Pesan Syeikh, ini adalah ikhtiar. Namun hati kita wajib yakin kepada Allah Taala. Pesan Rasulullah, Allah menghalalkan kita berubat dengan pelbagai cara KECUALI berubat dengan cara SYIRIK.



P/s:

Syeikh tak sebut pula jenis garam yang digunakan, jadi saya berpendapat boleh gunakan garam biasa atau garam bukit.


Sekarang kan ada banyak dijual garam bukit untuk dibuat mandi tu. Saya palai se yang bawah ni untuk mandian. Best, wangi dan tak melekit.




Kalau korang nak try nanti whatsapp saya ya. Klik >> wasap saya.
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard