Berkongsi Cerita: Allah SWT Uji Kita Di Titik Terlemah

Monday, May 22, 2017

Allah SWT Uji Kita Di Titik Terlemah

Allah uji kita di titik terlemah kita, supaya kita dapat baiki dan jadi insan lebih baik dari sebelumnya.

Bila Allah uji saya dengan rasa marah meluap, baru perasan, saya lemah dalam kawal marah! Ermm.. Contohhh.. Hehe

Cepat-cepat kembali ke Allah, mohon bantuan untuk hadapi sesuatu tu dengan lebih tenang gitew.

Sama jugak la diuji dengan rasa sempit, rezeki tersekat, hidup huru hara, Allah nak kita belajar, perbaiki diri. Mungkin ada salah yang kita tak sedar.

Apabila kita berjaya atasi, selesaikan perkara / ujian tu (dengan bimbinganNya), pasti hidup kita makin baik dan melayakkan kita mengecapi segala nikmatNya. Saat itu ketenangan jiwa datang, rezeki melimpah ruah tanpa dapat ditahan lagi. Subhanallah..
.
.
.
Selalunya, kita perlu sesuatu sebagai asbab yang menyedarkan kita akan kesilapan yang menyebabkan ujian terus datang pada kita tak henti-henti. Contoh, ada akak ni komen di FB saya, beliau menangis lepas dapat kenalpasti banyak kesilapan beliau melalui buku FTR.

Kata beliau..

betul.....bila baca buku ni....saya menangis.....Ya Allah....banyaknya kesilapan dlm hidup ini.  Alhamdulillah masih hidup....masih diberi peluang memperbaiki kesilapan....semoga Allah menerima taubat kita


Buku yang beliau maksudkan adalah 111 Formula Tarik Rezeki yang memuatkan formula-formula lengkap dan terperinci tentang rezeki. Kadangkala ada perkara yang kita anggap kecil dan remeh namun besar disisiNya. Secara tak sedar perkara itu menyebabkan rezeki kita seolah tersekat.

Komen akak Harni lagi..


Allahu, saya pulak yang tergenang air mata bila baca komen akak ni. Huhu. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan bantuanNya, kita selalu sedar untuk kembali padaNya dalam apa jua keadaan selepas ni.

Bak kata Ustaz Yusuf Mansur,
Allah Dulu, Allah Lagi, Allah Terus..

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard