Terbaca satu kisah seorang tukang gunting rambut berbicara dengan pelanggannya yang kelihatan sedang mengantuk.
Tukang Gunting : Kamu percaya adanya Tuhan?
Pelanggan: Ya, sudah tentu percaya.
Tukang Gunting : Saya tak percaya adanya Tuhan. Kalau Tuhan tu ada, pasti tiada orang yang susah dalam dunia ni.
Pelanggan tersebut terdiam, tiada idea nak jawab lagi. Si tukang gunting tersenyum sinis, puas dengan hujahnya.
Selesai gunting rambut, pelanggan buat bayaran dan melangkah keluar dari kedai. Tiba-tiba beliau ternampak seorang gila di luar kedai, lalu "tingg...", Allah ilhamkan sesuatu.
Dia kembali ke Si Tukang Gunting dan berkata..
Pelanggan : Saya percaya, dalam dunia ni tiada tukang gunting!
Tukang Gunting : Mana mungkin begitu, kan saya baru lepas gunting rambutmu.
Pelanggan : Saya lihat di luar sana masih ada orang gila yang rambutnya langsung tidak terurus, pasti tiada tukang gunting di dunia ini.
Tukang Gunting : Masalahnya orang itu tak datang ke saya. Jika tidak, pasti saya dah rapikan rambutnya.
Pelanggan : Ya.. Nampaknya tuan dah dapat jawapan kepada persoalan tuan tadi. Tuhan itu ada, namun ramai yang hidupnya sukar dan sulit kerana tidak kembali ke Tuhan.
Jika mereka kembali ke Tuhan, pasti semua masalah mereka selesai!
Subhanallah. Dapat sesuatu dari kisah ni?
Kongsikan jika bermanfaat.
baca lagi