Fahami doamu.. Supaya Doa Mudah Makbul.
Doa adalah wasilah untuk meningkatkan keyakinan kita pada Allah. Sebab tu perlu faham doa yang kita minta. Bukan hanya sekadar 'baca doa'.
Kunci utama untuk doa dimakbulkan adalah Yakin. Yakin bahawa setiap doa pasti makbul. Bagaimana nak yakin jika kita tak faham apa yang diminta?
Bagaimana menanam keyakinan melalui doa?
Contoh. Doa dhuha, bila dihayati maknanya kita akan faham bahawa sesukar mana atau sejauh mana pun rezeki kita, pasti akan kita dapat dengan bantuan Allah yang Maha Berkuasa.
Satu lagi contoh..
Doa memohon supaya hutang lunas;
Maksudnya: Ya Allah, cukupkan aku dengan rezki yang halal supaya aku terhindar dari yang haram. Perkayakanlah aku dengan nikmatMu supaya aku tidak meminta kepada selainMu.
Bukankah doa-doa ini sangat powerful 'skrip' nya, tambahan pula ianya diriwayatkan dari hadis-hadis Rasulullah. Bila kita faham, keyakinan kita doa tu bakal makbul makin bertambah.
Bila di ucap setiap hari, ia akan tertanam di minda bawah sedar seterusnya mengukuhkan keyakinan hanya Allah yang dapat makbulkan doa dan hajat kita, beri rezeki yang kita pinta.
+
Kesimpulannya. Doa apa pun, cuba fahami sebaiknya. Bayangkan kita minta sesuatu, mendayu-dayu suara, namun tak faham apa yang di minta. Rasa cemana? Macam pelik je. Hehe
+
Moga bermanfaat ya..
Oh ya..
Jika sahabat2 nak belajar lebih lanjut berkaitan minda separa sedar dalam menjemput rezeki saya cadangkan ebook 10 Rahsia Tarik Rezeki Melimpah tulisan Hajar Abdullah.
Tuesday, April 18, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment