Berkongsi Cerita: April 2017

Monday, April 24, 2017

Doa Mohon Limpahan Rezeki

#TipMagnetRezeki

Doa memohon limpahan rezeki

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُوْنُ لَنَا عِيْدًا لِأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِنْكَ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu bagi orang orang yang bersama kami dan yang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan engkau, beri rezekilah kami, dan Engkaulah pemberi rezeki yang paling utama.”_

(QS. Al-Maidah/5: 114)

Doa mohon limpahan rezeki


------
Baru di lancarkan!!
Ebook Magnet Rezeki


Info lanjut:

Klik..

baca lagi

Saturday, April 22, 2017

10 Jenis Rezeki

KENALI 10 JENIS REZEKI



1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

2. Rezeki Kerana Usaha.

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_
(Q.S.53:39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_
(Q.S.14:7)

4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

5. Rezeki Kerana Istighfar.

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_
(QS. 71 : 10-11)

6. Rezeki Kerana Menikah.

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”_
(QS. an-Nur : 32)

7. Rezeki Kerana Anak.

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_
(QS. al-Isra 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.

_"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_
(QS. Al Baqarah 245)

9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian.

_Rasulullah SAW bersabda : "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)_

10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

_Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)_

---
Lagi tip rezeki di sini > Magnet Rezeki
baca lagi

Wednesday, April 19, 2017

Fikiran Kita Ada Magnet, Gunakan Sebaiknya Dalam Menarik Rezeki Melimpah

Fikiran Kita Ada Magnet, Gunakan Sebaiknya Dalam Menarik Rezeki Melimpah

Ada cerita nak share ni. Ringkas je insyaAllah. Baru-baru ni saya terfikir nak lukis strategi bisnes ni yang berselirat dalam kepala. Hehe. Memang serabut, tak tahu nak mula dari mana.

Teringat tulisan Pn Nora Yusof dalam buku Formula Tarik Rezeki beliau. Tuliss.. Tuliss.. Nak buat apa pun kena tuliss, baru lah ringan bebanan otak kita ni. (Klik sini untuk dapatkan buku beliau)

Saya pun tulis lah. Mula-mula tu berselirat juga jadinya. Bersimpang siur anak panahnya. Cer tengok gambar. Maaf la terpaksa blur-kan. Tapi camtu la rupa dia.


Bila dah nampak atas kertas tu, baru susun balik dengan kemas. Yang dahulu didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Gitew..


Haa baru nampak flow dia, apa nak buat dulu, strategi apa nak guna. Bila dah siap tu tenung-tenung kertas tu dan tampal kat dinding.

+

Teringat pula kata-kata Ust Yusuf Mansur. Apa pun yang kita nak buat, plan kita, bawa ke Allah dulu. Sepatutnya sedari awal merancang nak buat apa tu, 'tanya' Allah dulu.

Dah siap plan step by step, 'bentang' ke Allah dulu. Mohon petunjukNya, mohon supaya dibimbing Allah dalam menjayakannya.

+

Ajaibnya nak cerita ni.. Tiba-tiba Allah aturkan, ada otai bisnes (saya memang subscribe emel mereka) yang kongsikan panduan percuma tentang apa yang saya nak buat tu. Ok dah baca panduan tu, makin yakin dan berkobar nak buat.

2-3 hari lepas tu, ternampak pulak FB ads lalu kat wall FB. Ada panduan yang exactly apa yang saya rancang dalam lakaran saya tu. Step by step dan checklist apa perlu dibuat untuk saya berjaya buat tu. Dan harganya sangat berpatutan. (Rasanya kategori murah bagi panduan camtu)

Subhanallah. Tak henti ucapkan rasa syukur. Rasa terharu pun ada. Doakan segalanya lancar ya.

Dari kisah ni, saya teringat satu part yang saya baca dalam salah satu ebook dari Rahasia Kunci Sukses (Pakej Ebook dari Indonesia).

+

Baca betul-betul ya. Penting ni.
Jika perlu, baca 2-3 kali ya. Saya sendiri pun kena baca banyak kali supaya faham. Hehe

Fikiran kita umpama magnet, kita akan menarik apa yang kita fikirkan datang ke arah kita. Sebenarnya apa saja yang kita nak, telah tersedia di alam ini.

Seluruh alam semesta Allah ciptakan untuk kita, manusia. Lengkap. Segala yang kita nak dah ada pada frekuensi tertentu, menunggu kita pancarkan frekuensi yang sama untuk menariknya ke arah kita.

Faham?

Mudahnya macam ni, kita perlu fikir apa yang kita nak, bayangkan hasil akhir sambil mohon bersungguh-sungguh pada Allah. Percepatkannya dengan tarik perhatian Allah dengan amalan2 yang Allah suka. Dhuha, tahajud, sedekah dll.

Jangan fikir apa yang kita tak mahu. Contohnya, kita banyak hutang. Dalam fikiran jangan asyik fikir hutang..hutang..hutang.. Namun fikirkan bayangkan dan rasakan kita punya wang berlimpah dan dengan senang hati, lenggang kangkung pegi bayar hutang tu. Hehe. Clear kan..

+

Sekian sahaja cerita tentang magnet fikiran. Pengajaran dari kisah ni.

1. Tulis apa yang kita rancang, dan bentangkan ke Allah.

2. Fokus pada hasil akhir yang kita mahu. Mohon ke Allah lagi.

3. Percepatkan prosesnya dengan amalan yang Allah suka.

Bak kata Ust Yusuf Mansur, "Allah dulu, Allah lagi, Allah terus.."

Moga bermanfaat ya..
baca lagi

Tuesday, April 18, 2017

Yakin - Kunci Makbulnya Doa

Fahami doamu.. Supaya Doa Mudah Makbul.

Doa adalah wasilah untuk meningkatkan keyakinan kita pada Allah. Sebab tu perlu faham doa yang kita minta. Bukan hanya sekadar 'baca doa'.

Kunci utama untuk doa dimakbulkan adalah Yakin. Yakin bahawa setiap doa pasti makbul. Bagaimana nak yakin jika kita tak faham apa yang diminta?

Bagaimana menanam keyakinan melalui doa?

Contoh. Doa dhuha, bila dihayati maknanya kita akan faham bahawa sesukar mana atau sejauh mana pun rezeki kita, pasti akan kita dapat dengan bantuan Allah yang Maha Berkuasa.

Doa makbul


Satu lagi contoh..

Doa memohon supaya hutang lunas;


Maksudnya: Ya Allah, cukupkan aku dengan rezki yang halal supaya aku terhindar dari yang haram. Perkayakanlah aku dengan nikmatMu supaya aku tidak meminta kepada selainMu.

Bukankah doa-doa ini sangat powerful 'skrip' nya, tambahan pula ianya diriwayatkan dari hadis-hadis Rasulullah. Bila kita faham, keyakinan kita doa tu bakal makbul makin bertambah.

Bila di ucap setiap hari, ia akan tertanam di minda bawah sedar seterusnya mengukuhkan keyakinan hanya Allah yang dapat makbulkan doa dan hajat kita, beri rezeki yang kita pinta.

+

Kesimpulannya. Doa apa pun, cuba fahami sebaiknya. Bayangkan kita minta sesuatu, mendayu-dayu suara, namun tak faham apa yang di minta. Rasa cemana? Macam pelik je. Hehe

+

Moga bermanfaat ya..

Oh ya..

Jika sahabat2 nak belajar lebih lanjut berkaitan minda separa sedar dalam menjemput rezeki saya cadangkan ebook 10 Rahsia Tarik Rezeki Melimpah tulisan Hajar Abdullah.




baca lagi

Monday, April 17, 2017

Tip Magnet Rezeki - Muliakan Ibumu..

#TipMagnetRezeki - Muliakan Ibumu

Hari ni sebak baca kisah tentang pengalaman menjaga ibu yang sakit dan bagaimana si ibu mendoakan anaknya berapa minggu sebelum meninggal dunia.

Kisah ini saya ambil dari Facebook, jemput baca ya.


+ + + 

Arwah mak saya meninggal dunia pada 2004 akibat kanser. Sejak disahkan menghidap kanser paru2 pd 2001,kesihatannya mula turun naik. Sepanjang tempoh itu,arwah menjalani rawatan kemoterapi selain kami berusaha secara alternatif. Dan alhamdulillah,walaupun doktor jangka hayat arwah cuma setahun tp arwah mak saya survived hingga 3 tahun.

Sepanjang arwah sakit,selain abah dan adik2 yg menjaganya,saya dan suami juga akan mengambil alih tugas itu sekiranya arwah buat kemoterapi di HKL atau HUKM. Penat menjaga org sakit ni tp suami saya akan marah kalo saya merungut. " Itu emak awak tau. Bukan kawan2 awak. Jangan sesekali mengeluh depan mak" katanya.

Suatu hari semasa di kampung,arwah mak saya terbuang air besar di atas katil manakala najisnya juga jatuh bersepah. Tahu apa suami saya lakukan? Dia mengelap najis itu tanpa rasa jijik dan menyuruh saya membersihkan arwah mak di bilik air. Sewaktu memandikannya,arwah mak berulang kali minta maaf tapi saya katakan," buat apa nak minta maaf. Mak bukan buat salah pun. Sekadar terbuang najis.benda kecil je".

Ketika itulah juga,saya lihat arwah mak saya menangis dan dia berdoa dengan kata2 yg tak mungkin kami lupakan sampai bila2.
" Ya Allah..ini adalah anak2 aku yg berbakti kepada aku sepanjang aku sakit. Ini adalah anak2 aku yg tidak pernah berkeluh kesah. Ini anak2 aku yg sanggup mengotorkan tangan untuk najisku. Saksikanlah...aku berikan keredhaan aku sebagai seorang ibu dan Kau limpahkanlah seluas2 rezeki dan kekayaan pada mereka hasil bakti mereka padaku". Saya dan suami terus terkedu.

Tiga minggu selepas itu arwah mak saya meninggal dunia dengan kata2 akhirnya yg disampaikan pd abah bahawa dia sudah mengampunkan semua dosa anak2, menghalalkan segala pengorbanan serta air susunya. Anak2 tidak berhutang satu dosa pun padanya.

Utk sahabat yg bertanya itu...inilah kisah bagaimana kehidupan saya bertukar. Bukan kerana saya kawin dengan anak orang kaya kerana suami saya bukan anak yg suka menumpang pd kesenangan ibu ayah. Tapi kami merasai segala nikmat rezeki itu berkat doa dan keredhaan seorang ibu.

Saya selalu nasihatkan pada sesiapa,jgn berkira langsung dengan ibu bapa. Bukan mahu membangga diri tapi sejak saya kahwin,saya langsung tidak ambil pusing berapa yg suami saya peruntukkan utk ibunya. Berilah berapa saja dan saya tak pernah buka mulut.

Pernah satu ketika,suami  beritahu dia mahu memberi semua duit hasil penjualan ayam pd ibunya sebagai hadiah. Mmg rasa sedikit terkilan tp suami saya beritahu,redhalah.Nnt akan ada rezeki lebih luas utk kami.

Sebenarnya,tk memperoleh pahala,tidak perlu kita mengangkat senjata di medan perang sebaliknya jika masih ada ibu bapa kandung atau mentua,berbaktilah pada mereka. Walaupun mereka cerewet atau seperti kebudak-budakkan yg mungkin boleh membuatkan kita rasa kecil atau panas hati,berlapang dada lah. Pengorbanan ibu bapa membesarkan kita  lebih besar berbanding rasa hasutan hati itu.

Saya dan suami percaya rezeki itu datang dari Allah tapi kami juga percaya doa dan keredhaan ibu bapa  jugalah  yg akan membuka lorong2 rezeki itu. Kerana doa ibu bapa tiada hijab dengan Allah. Gembirakan mereka dan in sha Allah mereka akan mendoakan yg terbaik utk kita.

Perkongsian: Ruhaiza Rusmin

#CopyPaste
baca lagi

Saturday, April 15, 2017

Belajar Jemput Rezeki Dari Cicak!

Hari ni saya nak bawa sahabat semua mengembara ke dunia cicak! Cerita cicak ni adalah inspirasi dari audio rahasia magnet rezeki Ust Nasrullah.

Sungguh, setiap ciptaan Allah itu ada pengajaran tersendiri. Mari lihat bagaimana uniknya cicak 'menjemput rezeki'.

Cicak, ditakdirkan bergerak merayap di dinding, tak boleh melompat. Makanannya pula si nyamuk yang berterbangan. Licik! Logiknya, kita manusia pun sukar nak tangkap nyamuk, bagaimana dengan cicak yang amat terbatas pergerakannya.

Belajar cara cicak jemput rezeki
Gambar sekadar hiasan :)

Bayangkan kalau kita jadi cicak mesti duk mengomel tanpa henti sambil hentak-hentak kaki.

"Apa ni Ya Allah, aku hanya boleh merayap, makananku siap boleh terbang, susahnya nak tangkap Ya Allah.."

Namun cicak bukan seperti manusia, ia tetap sabar menerima takdir, patuh pada sunnatullah. Allah pasti beri cara tersendiri untuk cicak jemput rezeki datang padanya.

Mari kita perhatikan..

Cicak hanya duduk diam, menunggu rezekinya datang menyerah diri. Bila ada nyamuk terbang mendekatinya..zaapp! Hanya sedikit usaha mengeluarkan lidahnya, nyamuk itu menjadi santapan enaknya.

Terbukti makanannya pasti datang. Hanya perlu sabar tunggu masa sesuai. Kemudian hanya sedikit usaha (dah dipersiapkan Allah, lidah yang tangkas dan melekit), ia dapat makanannya. Belum pernah keluar berita ada cicak mati kelaparan kan? Hehe

Skill inilah yang harus kita pelajari dari cicak. Renungi dalam diri dalam-dalam, apakah yang Allah sediakan buat kita dalam persiapan menjemput rezeki?

Kita kan ciptaan terbaikNya, pasti lebih hebat dari cicak tadi. Kita ada akal, bijak, minda dan fizikal yang hebat, boleh bekerja, bijak berniaga, mampu belajar ilmu-ilmu bisnes, marketing dan lain-lain lagi. Setiap manusia ada keunikan tersendiri. Subhanallah.

Jika ada yang berminat dalami ilmu menjemput rezeki menggunakan minda separa sedar, saya cadangkan anda dapatkan ebook 10 Rahsia Tarik Rezeki Melimpah.

+ + +

Ok.. Berbalik kepada kisah cicak tadi ...

Cicak tidak selalu di atas sahabat-sahabatku. Sesekali ketika ghairah mengeluarkan lidah menangkap nyamuk, ia terjatuh ke lantai! Kelepek! Pernah kan tengok cicak jatuh.. :)

Cuba bayangkan kita yang menjadi cicak itu, mesti rasa marah dan merungut lagi..

"Lihat Ya Allah, aku dah jatuh. Bagaimana mungkin aku berjaya menangkap nyamuk yang terbang sedangkan aku tak boleh terbang..ini tidak adil"

Ahh manusia, memang begitu sifatnya. Huhu

Namun cicak masih tetap sabar dan patuh. Lepas hilang kepeningan akibat jatuh tadi, ia naik lagi, merayap lebih tinggi, sabar lagi menjemput rezekinya. "Pasti kali ni dapat nyamuk lebih enak!" Katanya..

Ia diam menunggu nyamuk datang dan zappp! Kali ni dapat nyamuk gemuk dan tinggi kandungan lemaknya. Hehe.

+ + +

Macam tu la kehidupan ini, rezeki sudah tersedia untuk kita. Kita hanya perlu sabar, patuh dan usah merungut. Ya perlu usaha, namun kelengkapan usahanya pun dah di atur Allah.

Sesekali Allah jatuhkan kita terperosok ke bawah. Ini lah ujian Allah terhadap sejauh mana kepatuhan dan kesabaran kita. Allah nak uji, adakah kita tetap bertahan dan berTuhan ketika di bawah.

Allah suka jika apabila kita jatuh kita siap sedia bangkit kembali.

"Siap Ya Allah, aku sedia bangkit dan naik lebih tinggi!"

Saat itu Allah hadirkan kekuatan yang menjalar ke seluruh tubuh, kita mampu naik lebih tinggi dan berjaya mendapat hasil yang lebih baik dari sebelumnya. Ternyata kejatuhan kita adalah pemangkin kekuatan luar biasa yang tersimpan dalam diri.

Dapat sesuatu dari kisah cicak ni sahabat?
baca lagi

Monday, April 10, 2017

Sentiasa Mohon Bantuan Allah.. Pasti Mudah!

Kadang-kadang, bila ada masalah kita cenderung fikir masalah tu. Jadinya masalah lain datang bertimpa-timpa.

Sebab kita menarik apa yang kita fikirkan.

Allah jadikan setiap masalah supaya kita kembali padaNya dan minta bantuanNya. Sebelum masalah tu datang, solusinya dah ada dalam genggamanNya.



Jadi, sentiasalah mohon bantuan Allah, walau apa pun perkara. Dari sekecil hingga sebesar-sebesar isu. Bila mohon bantuan Allah dengan ikhlas, pasti keadaan kita bertambah baik walaupun ada masalah yang belum selesai.

+

Contohnya, ada masalah hutang yang banyak. Bila kita mohon bantuanNya, idak la tiba-tiba hutang lunas sekelip mata, namun Allah hantar bantuan berupa ketenangan hati.

Dengan izinNya, ketenangan hati kita akan membuka lebih banyak ruang dan jalan untuk selesaikan masalah kita.

Hati yang tenang adalah kunci utama untuk kita terima limpahan rezeki dari Allah swt.

Wallahua'lam

Didoakan sahabat semua sentiasa dalam bantuan dan pertolongan Allah dalam apa jua perkara. Aamin..

baca lagi

Apa Sumbangan Kita Pada Agama

Saya perasan, kalau pagi-pagi ada baca perkara-perkara tak best, maka sepanjang hari tu macam tak best. Hehe.

Jadinya sekarang ni, pagi-pagi lepas sarapan tu, sambil-sambil tulis "to do list" kononnye, saya dengar ceramah seorang ustaz di FB.

Di hujung-hujung ceramah beliau, ada menyeru umat islam turut menyumbang sesuatu kepada agama Allah. Tetiba rasa ada peningkatan aura semangat dalam diri. :)

Kata ustaz...

Janji Allah itu benar. Allah dah janji, sampai satu masa Islam akan berada di atas. Dengan sumbangan kita atau tanpa sumbangan kita, Islam tetap akan menang.

Persoalannya, ada atau tidak sumbangan kita dalam kemenangan Islam ketika tu?

Sekarang memang Islam ditindas. Jelas Allah masih buka peluang pada kita untuk menyumbang di jalanNya.

Pesan ustaz lagi..

Kita mungkin tak mampu nak menyumbang semua benda, namun jangan sampai satu benda pun kita tak boleh buat.

+

Fikirkan, apa sumbangan yang kita boleh buat dalam membantu agama Allah? Apa saja, dengan kelebihan yang kita ada.

Apa jua pekerjaan kita, niatkan untuk kebaikan agama. Jika ada duit lebih, sumbangkan ke jalan Allah. Jika pandai menulis, ajak orang lain dekat dengan Allah melalui tulisan.

Saya teringatkan Pn Nora Yusof yang gunakan bakat menulisan untuk hasilkan buku dan ebook 111 Formula Tarik Rezeki FTR untuk bantu agama Allah. Subhanallah, ramai yang mendapat manfaatnya. Terutamanya dalam urusan rezeki.


Kita?

Jom sama-sama fikir ya..
baca lagi

Saturday, April 8, 2017

Buat Resume Guna Software? Wow!

Ada ke adik-adik yang tengah pening nak buat resume? Bestnya kalau ada software resume yang boleh klik klik, masukkan info dan resume siapp!!

Memang ada pun. Cumanya ia bakal dilancarkan dalam 9 hari lagi >>di sini<<. Berita baiknya anda bakal jadi yang terawal milikinya, siap ada diskaun!

Yang bestnya lagi bukan setakat software resume online je. Siap pakej sekali Ebook Strategi Lengkap Pencarian Kerja Impian dan Ebook Personal Branding Di Media Sosial untuk pikat jobseeker.

Canggih komer wei.. Hehe

Software resume

Software resume

Software resume

Dunia pencarian kerja pun dah maju sekarang. Zaman akak dulu takde semua ni dik. Teringat jap dulu2, alangkah bahagianya jika dah wujud Software Resume nih.

Okeh panjang pulak ceritanya ya. Bagaimana nak dapatkan pakej ni. Macam akak bagitau tadi, jangan lepaskan peluang jadi yang terawal milikinya dan dapatkan diskaun sehingga 70%!

Klik sini - Software Resume dan claim diskaun 70% anda sekarang!!
baca lagi

Tarik Rezeki Melimpah Dengan Memahami Rahsia Energi

Harini nak share sesuatu yang menarik saya baca dari buku Rahasia Magnet Rezeki. Semua orang kena tahu hal ni. Agak rumit juga nak cerita, harap2 faham la apa saya tulis ni. Hehe


Salah satu rahsia dalam ilmu magnet adalah kita semua adalah satu dan terhubung (dalam dunia lain), namun kita tak sedar dan tak nampak bagaimana hubungan ni berlaku.

Contoh yang Ust Nasrullah kongsikan, satu ketika beliau ada masalah yang agak rumit hingga tak dapat tidur. Jam 3 pagi masih tak tidur.

Tiba-tiba ibunya telefon, "Nak, kamu kenapa, kok umi gak bisa tidur mikirin kamu, kamu ada masalah apa?". Padahal ibunya tinggal berpuluh kilometer dari beliau. Macam mana ibunya tahu?

Ada satu lagi cerita dikongsikan beliau. Salah seorang dari jemaah beliau, ketika di tanah suci. Tengah tunggu masuk waktu solat, terasa dahaga, lalu berfikir-fikir.. "Aduh enak banget ya orang ngambil air zam-zam". Dia nak bangun, risau tempatnya diambil orang.

Tiba-tiba pak arab disebelahnya bangun, ambilkan 2 gelas air zam-zam dan serahkan segelas kepadanya. Subhanallah, langsung tak kenal, berbeza bangsa, jika berkomunikasi secara mulut pun mungkin sukar nak faham.

Namun apa yang berlaku, di suatu dimensi lain kedua mereka sedang 'berkomunikasi'. Di alam realiti, tidak terlihat, namun mereka terhubung dengan sebuah wadah tak terbatas bernama 'energi'.

Dalam kes ibunya tadi, Ust Nasrullah menerangkan, energi masalah yang bergetar kuat dalam dirinya telah menimbulkan energi yang bergetar dalam diri ibunya.

+

Hebatnya 'teknologi' yang Allah sediakan buat kita. Seluruh alam ini termasuk energi tadi diciptakan buat kita, manusia. Gunakan energi ini sebaiknya untuk menarik rezeki (perkara baik) datang pada kita.

Sentiasa getarkan energi positif, maka lebih banyak perkara positif akan datang pada kita. Getarkan energi syukur, nescaya lebih banyak nikmat hadir pada kita.

Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu...
(QS Ibrahim : 7)

Wallahua'lam.

Moga perkongsian ni bermanfaat ya.. :)

---

Oh ya.. Sebelum terlupa, saya nak beritahu sahabat pembaca blog ni. Baru-baru ni ada dilancarkan ebook Magnet Rezeki.

Jika ada rezeki sahabat, boleh dapatkan ebook ni dengan harga pre-launch, sebelum harga dinaikkan. Dapatkan segera dengan klik >> Magnet Rezeki <<



Ebook ini merupakan salah satu projek wakaf sempena Ramadhan nanti. Jika sahabat ingin menambah ilmu tarik rezeki, disamping menyumbang silakan ya. Klik sini.
baca lagi

Friday, April 7, 2017

Diari MRA: Doa Sebagai Lifestyle

'Doa Sebagai Lifestyle'

Saya terinspirasi dengan ayat atas tu yang saya ambil dari sebuah buku. InsyaAllah masih dalam proses istiqamah ke arah itu.

Saya pernah cerita sebelum ni kisah anak Ust.Yusuf Mansur yang disuruh berdoa bila nak apa2, juga kisah Muhammad yang selalu berdoa bila inginkan sesuatu.

Nampaknya Muhammad lebih istiqamah dalam hal ni berbanding umi dia. Patut dijadikan sumber inspirasi juga ni. Hehe. Budak-budak kan cepat ingat dan amal apa yang dipelajari.

Kadang-kadang masa dia buat kerja sekolah, kejap-kejap stop dan mulut dia terkumat kamit. Ummi peghati ja dari jauh. Bila ditanya doa apa?

Dia jawab.. Muhammad doa bagi Muhammad dapat buat keja sekolah ni..

Tadi, lepas mandi dia belek2 luka di tangan dia, mulut kumat kamit lagi. Hembus2. Umi tanya, doa apa?

Dia jawab.. Muhammad doa, Ya Allah, bagi la tumbuh balik kulit Muhammad ni..

Huhu.. Memang agak lucu permintaan dia, tapi seharusnya macam tu lah. Sekecil-kecil hal pun kena minta pada Allah.

"Mintalah pada Allah walaupun garam"
- Habib Ali Zaenal Abidin

Kadang2 terkedu jugak, banyak pelajaran Allah beri melalui Muhammad. Kita ajar dia, kita tak amal tara mana pun, tapi dia sentiasa amal.

Bila nampak umi marah pun, dia angkat tangan kumat kamit doa supaya umi tak marah. Hmm.. Memang tak jadi marah la kan.. :D

Mudah-mudahan Muhammad terus dekat dengan Allah dan jadikan 'doa sebagai lifestyle' sampai bila-bila. Aamin..


baca lagi

Monday, April 3, 2017

Kisah Rezeki Kucing Jalanan

Cerita kucing jalanan.

Tadi saya ternampak status Cg Abd Ghani Haron yang aktif kumpul dana sedekah melalui FB beliau. Hati saya tersentuh bila baca beliau baru saja serahkan Rm500 kepada seorang aktivis kucing jalanan.

Subhanallah, ada sesuatu yang Allah nak tunjuk pada kita. Cara Allah aturkan rezeki kucing jalanan tu patut kita renungi.

Bayangkan, sahabat2 FB Cg Abd Ghani dari serata Malaysia hulurkan sumbangan, kemudian sebahagiannya diserahkan kepada aktivis untuk uruskan makanan (rezeki) kucing jalanan yang terbiar, tidak bertuan di sekitar pekan Padang Serai, Kedah!

Begitulah, Allah Yang Maha Pengasih & Penyayang menjamin rezeki makhlukNya, walaupun kucing jalanan yang mungkin kita pandang sebelah mata pun begitu dimuliakan dan teratur rezekinya.

Apatah lagi kita manusia, makhluk yang dimanja dan dimuliakan Allah, dilantik sebagai khalifahNya di muka bumi, diberi akal, bijak pandai. Kita tahu, Allah menjamin rezeki hambaNya termasuk kita, manusia.

Namun, selalu kita risau, resah gelisah tentang rezeki. Terkejar ke sana sini, sehingga kadangkala lalai. Solat dilewatkan, berdoa tak bersungguh, amalan sunat jarang sekali. Baca Quran, sedekah.. mm..

Kadangkala kita berusaha 'cari' rezeki hingga lupa nak 'cari' Allah Ar-Razzaq Yang Maha Memberi Rezeki. Astaghfirullah..

P/s: Tulisan ni nasihat untuk diri saya sendiri yang selalu jugak lalai, lupa, alpa, risau.. Huhu. Jika bermanfaat untuk sahabat2, alhamdulillah. Sama2 kita tanamkan keyakinan teguh pada Allah dalam diri kita ya..



-gambar sekadar hiasan-
baca lagi

Saturday, April 1, 2017

Yang penting MAHU ke tak, bukan MAMPU ke tak..

Yang Penting, Mahu!

Ada sorang sis ni, bila saya post tentang FTR, acapkali beliau datang komen dengan doa ingin memiliki FTR.

Ya Allah, izinkan aku milikinya..
Ya Allah, teringin nak miliki..

Gitula lebih kurang. Saya aminkan saja dan monolog dalam hati.. "Tak lama lagi sis ni mesti dapat beli FTR".

Kerana yang penting, mahu!
Mampu ke tak tu isu ke 114. Sebab kita memang tak mampu berbuat apa pun tanpa bantuan Allah.



Alhamdulillah sis ni dah beli pun FTR 2-3 hari lepas.

Bukan sis ni je, ramai lagi alami benda sama. Saya dah baca banyak komen orang yang sanggup buat apa saja untuk dapatkan FTR.

Ada yang sanggup menabung sikit-sikit.
Ada yang hanya ada cukup2 Rm170 dalam akaun.
Ada yang sanggup ikat perut!

Itu antara sedikit pengorbanan yang kita perlu lakukan. Namun hasil lepas tu, subhanallah. Manisss..

Tak caya tengok screenshot kat bawah. Nak tulis panjang sangat, nak lukis kang dengan saya2 sendiri jadi tak faham. Hehe. Tengok la bawah tu.




Ada sahabat-sahabat pembaca blog ni nak dapatkan FTR? Dengan pembelian FTR, anda akan dapat...

5 modul FTR (Ebook)
1 Buku FTR
Buku mini MMR
Tasbih digital
Support group di FB
Support group di Telegram (sangat membantu kita istiqamah dalam amalan)

Haa.. Ada jaminan wang dikembalikan tanpa banyak soal dalam 14 hari.

Whatsapp saya ya. 019-491 7769

Atau klik sini 111 Formula Tarik Rezeki

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard