Berkongsi Cerita: 2017

Friday, September 22, 2017

3 Langkah Hadapi Ujian Dengan Tenang

Saya tengah baca buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ust Yusuf Mansur.


Nak share sikit perkara penting yang dibaca semalam. Tentang bagaimana sepatutnya kita hadapi ujian Allah.

Kata ustaz, bila terima musibah / masalah, jangan terus nak salahkan orang lain atau persekitaran kita.

Contoh :

Duit kita dicuri orang. Apa nak buat?

1. Syukur dulu, takdir Allah pasti baik. Duit tu tetap hilang dari kita, walau bagaimana pun caranya.

Syukur sebab duit tu hilang kerana dicuri, bukan kerana kita / anak sakit lalu terpaksa keluarkan duit untuk biaya rawatan.

2. Muhasabah diri, mengapa Allah izinkan orang tu curi duit kita. Check dari mana kita dapat duit tu.

Jika dari sumber yang Allah tak redha, syukur Allah sedang bersihkan harta kita.

Jika sumbernya baik, maka itu adalah ujian dari Allah buat kita.

3. Sabar dan redha dengan ujianNya. Ingat, makin dalam redha kita terhadap sesuatu ujian, makin besar rezeki Allah beri nanti. Pertolongan Allah pasti datang bila kita redha.

Dapat sesuatu?

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR
baca lagi

Saturday, September 16, 2017

Jangan Buat Kerja Tuhan

Tazkirah kegemaran saya dari Ustaz Fathuri :

'Apabila kita cuba melakukan yang wajib, apabila setiap hari saya hanya melakukan yang wajib; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, kalau berniaga, ianya ibarat cuma PULANG MODAL, tidak ada untung.

Melakukan yang sunat2 itu lah UNTUNG.

Justeru, mereka yang faham hal ini, bahawa kita mempunyai kehidupan lain di negeri 'sana', akan membuat banyak 'untung', dengan melakukan yang sunat-sunat dengan banyak.

Justeru, solat dhuha itu maksimum kebanyakan ulama cakap 8 rakaat.

Nah.

Siapa yang sanggup dan berani melakukan 8 rakaat mulai hari ini?

Apabila Allah kata cukup, itu cukup, apa maksudnya?

Sebutir telur apabila dipecahkan, yang kelihatan hanyalah lendir kuning dan putih. Setuju?



Dan ini kita sangat yakin.

Kemudian, apabila telur tadi, dengan aturan tertentu, diletakkan, dieram oleh seekor ibu ayam, atau menggunakan teknologi tertentu, dari lendir kuning dan putih itu menjelma daging ayam, tulang ayam, darah ayam, bulu ayam, menjelma seekor anak ayam yang hidup bernyawa, bersuara.

Dari dulu, kini, hingga hari kiamat, tidak akan ada satu makhluk yang boleh melakukannya.

Yang boleh dilakukan hanya melakukan aturan, yakni letakkan telur tadi sepertimana mengikut aturan. Maka, lendir kuning dan putih telur tadi menjelma menjadi seekor anak ayam yang bernyawa.

Meletakkan telur sepertimana aturannya, itu namanya Sunnatullah. Siapa pun ia, solat atau tidak, kafir atau Islam, melakukan sunnatullah akan mendapat hasil.

Pahala hanya untuk orang beriman.

Hasil, semua akan dapat.

Justeru, orang beriman, fikirannya bijak 'sana'.

Apabila melakukan sesuatu, dia akan berfikir, apakah bijak di 'sini' sahaja, atau bijak di 'sana' juga?

Begitulah.

Kembali kepada telur ayam tadi. Apa maksudnya ini?

Itu namanya Kudratullah. Hanya Allah yang mampu melakukan.

Apabila Allah kata cukup, CUKUP!

Apa kaitan solat Dhuha dengan rezeki?

Kita tidak tahu.

Kita di sini, di atas sejadah, solat.
Kemudian Allah janji, CUKUP!

Macamana nak connect?
Itu kerja Allah.

Melalui apa, melalui siapa, bagaimana, bila, itu kerja Allah.

Kerja saya, solat sahaja.
Kerja saya, letakkan telur itu di situ sahaja.

Selebihnya, urusan Allah.

Sebab itu, orang beriman mudah saja hidupnya, kerana dia hanya perlu berfikir bagaimana untuk melakukan apa yang perlu dilakukan. Selebihnya, serahkan pada Allah.

Tetapi orang yang tidak beriman, akan mengerah segala tenaga dan urat saraf, berfikir siang malam, untuk menyelesaikan kerja Allah!

Kerana itu, wajahnya tua, sebelum tua. '

-Ustaz Fathuri Salehuddin, Bicara Addin
baca lagi

Saturday, August 5, 2017

Tentang FTR

Boleh terangkan tentang FTR?


FB_IMG_1491734477179.jpg

Boleh..

FTR ni Formula Tarik Rezeki, dijual secara pakej. Dalam pakej tu ada ...

+ Buku FTR Premium
+ 5 Modul Ebook
+ Kelas Online Telegram + Channel FTR
+ Workbook / jurnal impian untuk kita konsisten amalkan formula tarik rezeki.

+ Free Gift bestt

Bonus tambahan dari saya - group ulangkaji FTR di whatsapp.


* * * * * * * * * *
Apa Yang Dipelajari Dalam FTR?

FTR ada 5 modul kesemuanya ...

1. Mengapa Rezeki Semakin Sempit, Semakin Bocor.
2. Teknik Menarik Rezeki Yang Berkesan.
3. Tips Rezeki Pantas, Bersih Kolam Jiwa
4. Bonus Rezeki
5. Pelengkap Rezeki

* * * * * * * * * *
Secara ringkasnya, InsyaAllah FTR boleh bantu kita..

- Faham konsep sebenar rezeki

- Kenal Yang Maha Memberi Rezeki, jadi mudah nak tarik rezeki datang pada kita.

- Tambah keyakinan pada Allah yang menguruskan kehidupan kita. Bila yakin tiada lagi rasa gusar dalam hidup walau apa pun bentuk ujian yang datang.

- Cara mudah selesaikan hutang

- Punca-punca rezeki sempit yang mungkin kita tak sedar.

* * * * * * * * * *

Ini antara review pembaca FTR ...






* * * * * * * * * *

Kelas Online tu macam mana?

Selain ilmu dalam buku, kita ada task dalam Kelas Online Telegram. Kena usahakan buat task tu setiap hari. Kira kelas tu bantu kita istiqamah dengan amalan jemput rezeki ni.

Idak la buku tu tersimpan je lepas baca.. Hihi. (Saya la ni selalu jadi camni.) 😄

Lagi satu, untuk kita sentiasa dalam energi yang positif bersama rakan-rakan lain yang punya misi yang sama iaitu hidup tenang bahagia menjemput rezeki melimpah ruah dan berkah dengan redha Allah.

InsyaAllah takde rasa down, give up dll. 😊

Ilmu dalam ebook dan bimbingan di Kelas Tuisyen FTR di telegram banyak membantu dalam membuat turning point ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Lihat apa kata sis ni..


* * * * * * * * * *

Ok.. Dah tak sabar nak miliki FTR.
Berapa harganya?

Pn Nora Yusof (Penulis FTR) tengah bagi diskaun sekarang ni. Harga Asal RM520.90

Selepas diskaun RM239.00 / RM244 SS sahaja sekarang. Tu yg ramai sangat duk grab. 

7 in 1 tu.



Rugi tak grab sekarang sebab harga promosi ini akan tamat bila-bila masa saja😊  

Harga FTR dah banyak kali naik sebenarnya. Hee


.
Paling best.. 
Anda beruntung sebab pembelian FTR ada Jaminan Wang Dikembalikan tanpa banyak soal dalam 2 minggu! Jika anda rasakan tidak berbaloi.

* * * * * * * * * *

Ok.. Macam mana order ni Syakirah?


Macam ni.. Saya boleh bantu tuan / puan buat tempahan di website.

Caranya ...

1. Transfer Rm239 / RM244 ke mana-mana akaun bawah ni..

MAYBANK
FTR SMART SOLUTION SDN BHD
562263527314

CIMB
FTR SMART SOLUTION SDN BHD
8603037913

BANK ISLAM
FTR SMART SOLUTION SDN BHD
12300010003806

RHB BANK
MUHAMMAD SYAIRAZI BIN JAAFAR SIDIK
16803200007809

Masukkan emel : mudahpelanggan@gmail.com



2. Whatsapp saya di >> www.wasap.my/60194917769/DahBayarFTR (klik)

Sertakan bersama resit dan details lengkap

🍀 NAMA :
🍀 EMEL:
🍀 ALAMAT :
🍀 NO-FON :
🍀 NAMA PEMILIK AKAUN :

Sila sertakan nama pemegang akaun bank sekiranya pembayaran / transfer tidak dilakukan atas akaun sendiri.

3. Saya uruskan tempahan anda segera dan anda akan terima emel pengesahan. Ebook dan link kelas pun saya berikan segera.

4. Buku akan diterima dalam masa 3 hari bekerja. Anda akan terima tracking number melalui sms. :)

IMG_20170830_104603

Mudah je kan.. ;)

ATAU

Jika nak uruskan tempahan anda sendiri, boleh terus buat tempahan melalui link di bawah.

>> Tempah Sekarang !! <<

* scroll sampai jumpa butang "Tempah Sekarang"*

Dan ikut arahan yang diberikan. Jika ada masalah boleh hubungi saya melalui whatsapp 019-491 7769.


- -
By : Syakirah Kapli (Skuad Elit FTR)


baca lagi

Keajaiban Istighfar

Assalamualaikum. Hari ni best sangat, saya nak share tentang keajaiban ISTIGHFAR. Kisah ni saya dapat dari salah seorang sahabat Skuad Elit FTR.

Jemput baca ya.. ;)

Cik Ain, saya sedih sangat hari ni. terharu sangat... Betapa kerdilnya saya. Di saat orang lain bisnes mencanak-canak naik, saya punya merudum. Sampai saya berhutang dengan pekerja sendiri. Dan pekerja nak saman saya.

Ni lepas balik dari kampung minggu lepas, unifi pulak kena potong. Jenuh la ni dok guna prepaid internet pakai henpon. Susah la buat kerja.

Saya nak beli buku FTR tu pun tak boleh lagi. Jadi dengan tebal muka saya minta 1 tips dari buku tu melalui cik Ain. Cik Ain kata istighfar 1000x sehari.

Saya mulakan malam tadi. Itupun tak cukup 1000. Lepastu saya gembirakan perut suami saya dengan masak nasi goreng feveret dia tengah malam, pukul 2 pagi kot, tiba-tiba dia lapar. Saya tak habis lagi istighfar lepas buat solat taubat, tahajud, dan hajat.

Tapi saya utamakan suami la. Dan saya nampak dia heppi sangat nak sambung tido.

Ni lepas zohor saya istighfar 1000x sampai habis. Sambil istighfar saya dengar henpon saya  dok masuk mesej wasap.

Lepastu saya tengok rupanya 6 mesej berlainan duk tanya servis saya...

Allah, sayangnya Dia pada saya... Cik Ain, doakan semoga semua prospek saya terbuka hati nak close sale dengan saya ye. Boleh saya beli buku FTR tu dan saya nak langsaikan hutang pekerja saya.

Kredit : Ain Nazirah #SkuadElitFTR

+ + + +

Subhanallah.. Ajaib kan istighfar. Kita sebenarnya bergelumang dengan dosa, sama ada kita sedar atau tidak. Jika tidak dengan anggota tubuh, mungkin dengan lintasan hati.

Banyak merungut. Kurang bersyukur.
Terrr-mengutuk orang lain dalam hati.
Ada buruk sangka dengan orang lain.
Membazir..

Semuanya dosa. Sama-sama kita istighfar, mohon Allah bersihkan kita dari dosa. Salah satu penghalang rezeki sampai pada kita adalah dosa..




baca lagi

Monday, July 31, 2017

"Suami dah tak marah-marah macam dulu.."

Awal bulan haritu, saya ada share tentang "Sakit Hati Penyekat Rezeki" yang saya baca dari buku Formula Tarik Rezeki.

Dari sharing tu, saya terima beberapa respon dari sahabat yang membacanya.

Salah satu yang menjentik emosi saya, sorang sis ni, pembaca FTR juga, whatsapp saya.. Katanya suaminya selalu buat beliau rasa sakit hati.

Suaminya panas baran, sis ni rasa seolah beliau jadi tempat suaminya lepas kemarahan. Walau tak sampai tahap pukul, namun emosinya terseksa.

Beliau juga tak mampu nak teruskan baca FTR dan menangis terukk. Emosinya kelihatan terganggu, sampai tahap nak minta cerai.

Dengan pengetahuan yang amat terbatas, saya cuba tenangkan sis ni sambil mohon Allah bantu saya, aturkan ayat yang boleh bantu ringankan bebannya.

Saya pesan supaya beliau selalu sedekahkan Al-Fatihah buat suami, fokus hubungannya dengan Allah, perbaiki diri dan cuba buat task FTR tu. InsyaAllah nanti Allah baiki orang sekeliling, termasuk suaminya.

3 hari lepas, sis ni whatsapp saya. Lihat gambar. Yang atas tu masa mula-mula beliau whatsapp saya dan bahagin bawah tu 3 hari lepas.


Alhamdulillah syukur.. lega rasanya baca whatsapp ringkas beliau. Sama-sama doakan ya, moga beliau, suami dan seisi keluarga terus bahagia di dunia dan akhirat. Aamin..

Rezeki bukan sekadar duit. Kebahagian dan ketenangan dalam keluarga juga rezeki paling besar dan bermakna dalam hidup.

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR

P/s: Sahabat boleh order FTR dengan klik - Order FTR - ATAU whatsapp 019-4917769.
baca lagi

Sunday, July 30, 2017

Kisah Keajaiban Solat Dhuha 12 Rakaat

Assalamualaikum sahabat. Hari ni nak share pengalaman seorang pembaca Formula Tarik Rezeki (FTR) ni. Baru-baru ni dia bagitau nak buat solat dhuha 12 rakaat. Biasanya buat 2 jer.

Berselang 2 hari sis ni whatsapp saya lagi. Jom ikuti cerita beliau...

+ + + + +

Saya baru 2 kali buat dhuha 12 rakaat...

Tapi hari ni rezeki makanan melimpah ruah kirah...baru rini nak start diet..😂😂...nampaknya terkubur lagi...

Bersyukur sangat2...

Baru terlintas kat hati nak makan ketupat tapi xdela macam kempunan sangat...tiba tiba petang tadi mak mertua datang hantar ketupat...bukan tu aje Allah kirimkan sekali pisang dan serawa durian...memang tak masak apa apa dah petang tadi...

Malam ni janji dengan asben nak pergi pasar malam cari lauk basah..sekali asben balik keje kat pukul 9 pm dah...

Dia tak yakin nak pergi takut dah tak ada...saya kata tak apa kita pergi dulu...ada tak ada lain crite.

Sampai kat p.malam semua orang dok mengemas tapi peliknya yang jual lauk basah still lagi dok meniaga macam tak nak balik...😅😅

Masa sampai kat tempat jual ayam, ada 3 ekor ag ayam yang ada..tiba tiba tauke ayam tu suruh amik semua & nak bagi harga RM 25...

Saya dengan asben main mata plak...😆😆...yela macam tak caya...btol ke...

Saiz ayam sedang sedang je...kalau sekor tu mungkin dalam RM13 or RM14...

So kami dengan besar hati iyekan aje...tiba tiba plak tauke sotong yang sebelah gerai ayam tu nak bagi 4 pinggan sotong dengan harga RM 10...tapi kami tak amik sebab saiz sotong...saya memang kurang rajin kalau nak cuci sotong yang saiz kecik...😅😅..asben memang cukup faham...😂😂..so kami tolak...

Beli ikan sekilo tapi nampak banyak dari biasa..sampai tanya diri mata aku ker yang rabun...☺☺...

Semua gerai gerai yang saya niat nak singgah tu seolah olah menunggu kedatangan saya.. Lepas tu layanan diaorang 5 bintang...mesra dan senyum jaa...sejuk je hati...

Buat pertama kali datang p.malam ni saya rasa seolah olah kehadiran saya di tunggu dan diraikan ..

Akak yang jual ikan bilis sebelum ni tak senyum pun boleh senyum mesra dengan saya malam ni...

Sebenarnya masa nak datang p.malam ni saya risau pasal duit.. takut tak cukup sebab asben ada RM 60 ja...tak dan nak cucuk duit...

Tapi alhamdulillah dengan hnya RM 60 kami boleh beli ayam 3 ekor, ikan sekilo, ikan bilis, sayur sayur, air, pasembor....

Kalau tak biasa cecah RM 100 untuk lauk lauk ni....

Biasanya kalau kami datang kat koi 9 pm bahagian lauk lauk basah memang dah kemas dah..ni koi 9 lebih dok meniaga lagi...pelik bebenor...

Lepas tu tak pernah pulak dapat harga murah dengan kuantiti barang macam ni...walaupun datang lambat...walaupun diaorang nak habiskan barang dagangan..

Alhamdulillah....harini rezeki memang melimpah ruah...tak putus putus...

Dhuha 12 rakaat memang power &  "menakutkan"....in shaa Allah saya akan terus istiqamah buat dhuha 12 rakat secara konsisten....amin...

Kirah sebenarnya banyak sangat Allah mudahkan dan bagi kat saya sejak saya amalkan apa yang ada dalam FTR.. "Amalan Jutawan" alhamdulillah saya dah boleh buat secara konsisten...ketagih kalau tak buat..hihi...macam tak lengkap...

Dapatkan FTR di >> sini <<

Anak yang sulong tiba tiba semua benda nak buat sendiri..bila tolong dia nangis cakap nak buat sendiri..kalau tak dia paling manje dan nak saya yang buatkan semua

Paling ketara anak terlampau behave sejak konsisten sedekahkan Al-Fatihah...buat perangai pun camtu camtu ja...saya pun dah tak marah marah kat anak macam dulu...anak buat apa apa pun saya still boleh cakap elok dan cool down...

Kalau suruh anak buat apa apa mesti anak anak cakap "baik mama" " ok mama"...terus buat...anak yang umur 2 tahun pun masyaallah dah macam umur 6 tahun...behavenya sampai saya hanya boleh nangis dan bersyukur, berterima kasih kat Allah...

Sebab Allah mudahkan segala kerja dunia saya...

+ + + + +

Subhanallah.. Saya share screenshot kat bawah ni.



Saya juga ada share kisah ni di facebook. Subhanallah ada di kalangan sahabat yang termotivasi dan turut lakukan solat dhuha 12 rakaat sebagai usaha mendekatkan diri dengan Allah.

Ini antara respon yang saya terima...



Subhanallah. Allah Maha Baik terhadap hambaNya. Siapa yang ikhlas berusaha mendekatkan diri padaNya, Allah pasti tidak mengecewakannya.

Moga kisah-kisah ini memberi motivasi untuk kita istiqamah lakukan solat dhuha. Bukan kerana inginkan keajaiban rezeki semata, namun paling utama sebagai rasa syukur atas nikmatNya yang tidak terhitung.

Barang siapa yang bersyukur, Allah pasti tambah nikmat!

Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR
019-491 7769 (Whatsapp only)


Nak Dapatkan Nota & Tip Rezeki PERCUMA?
Isikan Nama & Emel Di Bawah!

Name:
Email:
baca lagi

Sunday, July 23, 2017

Anak Pembawa Rezeki - Hargai Mereka

Semalam dalam group elit FTR ada cerita tentang parenting.

Bertepatan pula semalam ada sikit masa untuk diluangkan dengan Muhammad. Bawa gi playground, masuk kedai buku dan biar dia pilih buku yang dia suka. Balik rumah, masak dan siap suap dia makan. Amboi.. :)

Masa makan tu kan, dia cakap..

Ummi, Muhammad seronok sangat dapat mak macam ummi.

Dia sambung lagi..

Terima kasih Ya Allah.. Sebab bagi Muhammad ummi yang baik macam ummi ni..

I is terharuu.. Rasa nak menitik ayaq mata masuk dalam nasi. Hehe..

Sebenarnya .. Saya bukan ummi yang baik pun. Kadang-kadang jadi 'incredible hulk' juga. Terutamanya bila ada masalah / emosi tak stabil. Haha.. Cuma sekarang alhamdulillah makin terkawal.

Sebab tu saya terharu dan sebak bila dapat feedback macam kat bawah ni.


Moga ibu bapa sekalian lebih tenang dalam menguruskan anak masing-masing walau apa jua masalah menimpa. Sebagaimana kita suka bila dihargai, begitu juga anak-anak kita. :)


+ + + + + + + +
Jika ada sahabat yang ingin memiliki pakej FTR boleh whatsapp saya.
019-491 7769
(Syakirah)
Atau.. Klik >> Formula Tarik Rezeki <<
+ + + + + + + +


baca lagi

Thursday, July 20, 2017

Kisah Sedekah Rm5 - Diganti Rm1750!

Assalamualaikum sahabat pembaca blog #TipMagnetRezeki. Hari ni saya nak share satu cerita.

Masih terasa sebak di hati mengenangkan betapa Allah begitu sayang pada hambaNya. Kisah ni dikongsikan oleh salah seorang sahabat pembaca Formula Tarik Rezeki (FTR) dalam group ulangkaji kami.

Begini ceritanya ...

Saya paste terus dari whatsapp beliau & edit ejaan semula supaya mudah dibaca ya. ;)

Screenshot asal pada gambar.

---

Saya nak Share sikit...

Semalam start baca ebook, saya ajak skali suami baca, sebab sejak akhir-akhir ni kami ada sedikit masalah rumahtangga dan duit. Dalam poket saya hanya ada RM5 sahaja.

Pagi tadi pulak pengasuh bagitau susu dan pampers anak dah habis. Saya hanya senyum dan bgtau pngasuh InsyaAllah petang nanti saya beli.

Nak dijadikan cerita masa balik saya singgah bank sebab kawan minta tolong bank in duit dia..

Selalu saya la manusia paling malas nak ke bank.. Sampai depan bank ada pulak Orang minta sedekah.. Saya bagi je yang rm5 yang ada pada saya tu untuk dia..

Saya hanya cakap dalam hati tak pe ada rezeki yang lain. Duit ni rezeki buat pakcik tu.

Sejak dari pagi saya memang niatkan apa yg saya buat hari ni kerana Allah.

Lepas gi bank masuk je dalam kereta ada kawan call bgtau dia nak beli radio mva untuk cikgu-cikgunya dlm 50 unit, dan dia dah transfer rm4900 dalam akaun saya.

Macam nak menangis pun ada. Saya keluar balik ke bank dan transfer duit pada supplier saya untuk 50 unit mva tu.

Alhamdulillah tanpa disangka-sangka dengan hanya rm5 yang saya berikan pada pakcik depan bank tu Allah pulangkan pada saya RM1750 (supplier bg komisen 1 radio RM35).

Maaf semua saya cuma nak berkongsi cerita tak de niat pape. Baru 2 hari baca ebook FTR ni.. Memang betul kata orang bila kita niat kerana Allah, Allah akan bantu kita..




------

Subhanallah.. Benar janji Allah. Sedekah pasti dibalas. Yang penting jaga niat dan yakin saja padaNya.

Siapa terinspirasi dengan cerita sis ni?
Ucapkan "Subhanallah" & kongsikan dengan rakan.

- Syakirah Kapli
Skuad Elit Formula Tarik Rezeki (FTR)

P/s: Oh ya.. Beliau juga baru terima 1 lagi berita gembira. Lihat gambar.



+ + + + + + + +
Jika ada sahabat yang ingin memiliki pakej FTR boleh whatsapp saya.

019-491 7769
(Syakirah)

Atau..


+ + + + + + + +

Dapatkan Nota & Tip Rezeki Percuma!
Isikan nama & emel anda ..

Name:
Email:
baca lagi

Tuesday, July 18, 2017

Simpan Sakit Hati - Rezeki Tersekat

Pagi tadi, saya terima satu pm di facebook dari seorang pembaca. Rupa-rupanya dia nak share pengalaman lepas amalkan salah satu formula dalam Formula Tarik Rezeki - FTR.

Saya dah minta izin untuk share kisah beliau, mudah-mudahan ramai lagi bakal dapat kesan positif yang beliau alami.

+ + + + + + +

Saya nak share pengalaman lepas baca ebook FTR ni. Saya masih lagi baca Modul 5. 2 hari lepas saya baca bab "Formula Pelengkap 1: Sakit Hati Itu Penyekat Rezeki". 

Lepas je baca bab tu, saya teringat yang saya masih lagi ada simpan rasa sakit hati dengan bisnes partner saya. Saya simpan rasa tak puas hati ni lepas bisnes kami jatuh setahun yang lepas dan mengakibatkan banyak hutang2 bisnes yang perlu dilangsaikan.

Saya cuba tak nak salahkan dia 100% sebab apa yang dah jadi ni pun ada salah saya jugak. Tapi biasalah, bila fikiran dah kusut dengan masalah, ditambah pulak orang minta bayar hutang, setan lagi mudah nak menghasut.

Saya memang marah tapi saya takda kekuatan nak bagitau dia. Apa yang saya baca dalam tu, bila kita sakit hati dengan orang yang menyakiti kita, kedua-duanya akan tersekat rezeki.

Dalam setahun ni memang kami ada mula nak buat bisnes lain tapi ada je yang tak kena. Semua serba tak menjadi. Sebaik je lepas saya habis baca bab tu, terus saya hantar email ke dia untuk luahkan apa yang terbuku dalam hati saya selama ni.

Saya masih lagi takde kekuatan untuk bercakap berdepan dengan dia. Saya harap dia dapat terima apa yang saya dah tulis dalam emel tu.

Saya minta maaf dengan dia dan saya maafkan juga kesalahan dia. Dia ada balas dan dia mengaku kesilapan yang dah jadi dengan bisnes kami.

Alhamdulillah, saya rasa lebih lega. Rasa beban dalam kepala tu dah hilang serta merta. Terima kasih Ya Allah, asbab dipertemukan dengan buku FTR ni hati saya semakin tenang.


+ + + + + + +

Alhamdulillah syukur. Gembira sangat bila dapat feedback macam ni. Ketenangan hati adalah rezeki paling mahal dalam hidup, dan hati yang tenang itu bakal menarik rezeki melimpah ruah.


Ramai antara kita tak perasan yang kita ada membawa bebanan yang bersarang dalan hati. Dan bebanan itulah menjadi punca kesempitan rezeki dan kehidupan kita.


Dengan izinNya ramai yang dapat jawapan punca kesempitan hidup mereka dari FTR.

Jika ada sahabat yang rasa hidupnya tak tenang, macam ada perkara yang tak kena atau kehidupan terasa tak lancar, boleh cuba dapatkan FTR.



Boleh dapatkan secara online di sini..
111 Formula Tarik Rezeki

Atau whatsapp saya di 019-491 7769 (Syakirah)

baca lagi

Sakit Hati Punca Rezeki Sempit

SAKIT HATI, PUNCA REZEKI SEMPIT

Silakan share. :)

Antara perkara yang menyentap perasaan masa mula-mula baca buku Formula Tarik Rezeki (FTR) adalah bila baca bab sakit hati. Rupa-rupanya sakit hati tu menyekat rezeki.



Lebih mengejutkan lagi...

Bukan saja menyakitkan hati orang lain itu berdosa, rasa sakit hati pada orang yang menyakitkan hati juga berdosa.

Dan.. Kedua-duanya penyebab REZEKI SEMPIT.

Masa awal2 tu rasa, biar betul... (nampak sangat masa tu banyak sakit hati kat orang kan. Kikiki) Hakikatnya, betul lah. Sebab Allah suruh kita sabar walau apa pun yang berlaku dan saling bermafaan.

Habis tu, bila orang sakitkan hati kita, cemana nak bagi tak sakit, kalo dah memang rasa sakit benor hati ini. Hehe

Rasa sakit hati tu kan ujian. Bila Allah uji, bukan kuasa kita nak hilangkan ujian tu, Allah saja boleh hilangkan rasa tu.

Pertama, mohon ampun dengan Allah sebab kita tak mampu sabar, mengaku pada Allah kita memang rasa marah sangat-sangat.

Kedua mohon kekuatan dari Allah supaya kita jadi sabar, tenang dan memaafkan orang yang sakiti kita. Mohon petunjukNya.

Mohon juga keampunan dan taufik hidayah bagi pihak orang yang sakitkan hati kita.

Seburuk apa pun sesuatu perkara, bila kita rujuk ke Allah, pasti tenang. Walaupun masalah belum selesai, ketenangan hati tu rahmat paling besar dah.

Hati yang tenang juga magnet rezeki paling ampuh!

Sebenarnya banyak lagi hal menyentap jantung dan hati dalam FTR tu. Kalo uols dah sedia nak kasi cuci itu hati, nak ketenangan sebenar, boleh dapatkan FTR segera k..

Kalo belum sedia, its ok.. Allah pasti aturkan yang terbaik untuk semua. FTR hanya salah satu 'alat bantuan' yang terbukti mengubah persepsi ramai orang.

- Syakirah Kapli
Skuad Elit FTR.

P/s: Saya ada create 1 group eksklusif untuk saya kongsikan Nota Jemput Rezeki. Kalo ada yang nak join sila klik - Nota Jemput Rezeki.

Free jer.. ;)
baca lagi

Wednesday, July 5, 2017

"Rezeki duit tak putus + dapat bayar sewa 2 bulan terus!"

Kali ni saya nak kongsikan kisah pembaca FTR yang pada awalnya asyik bertangguh nk dapatkan pakej FORMULA TARIK REZEKI (FTR). Akhirnya nekad.

Kemudian, satu per satu keajaiban Allah datang selepas beliau amalkan ilmu dalam FTR.

Ikuti ceritanya seperti yang diceritakan kepada penulis FTR sendiri, Pn Nora Yusof.

+ + + + + +

Assalamualaikum Cikgu Nora..

Saya nak share ngan cikgu perubahan pada saya n masalah kewangan yang saya hadapi sejak amalkan FTR cikgu. Allah.. 😭

Alhamdulillah cikgu. Walaupun pada mulanya ada banyak halangan nak dapatkan buku ni. Asyik bertangguh je sebab kekangan kewangan. Tapi hujung bulan Mei yang lepas hati saya ni berkeras jugak beli walaupun terpaksa gunakan dulu duit sewa rumah. 😂

Hari2 dok baca testimoni Cik Lia n Kak Nad kat FB memang ada yang terkena batang hidung saya sendiri. By hook or by crook saya mesti jugak dapatkan buku ni. Saya nak berubah!

Alhamdulillah. Bulan Jun ni dah dapat selesaikan sewa rumah 2 bulan terus. Bukan je dpt balik modal beli FTR. Malah dapat ganti balik bayar duit rumah yang tertunggak tu. Allah.. Syukur sgt2 rezeki duit tak putus2 sejak amalkan FTR. Allah bagi rezeki yang tak disangka-sangka untuk kami.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Puan Nora atas segala ilmu yg cikgu curahkan dalam FTR. 😭

Cikgu doakan ya semoga saya istiqamah dalam kebaikan mengamalkan FTR. Syukur Ya Allah.. Terima kasih banyak2 cikgu atas ilmunya walaupun baca2 sentap tapi kerana sentap itulah semakin nekad nak berubah. 😘

Memang betul kata testimoni cikgu. Ilmu dalam FTR ni sangat mahal berbanding harganya. Tak ternilai dgn harganya. Mudahnya menarik rezeki dgn FTR.

Terima kasih Ya Allah temukan Amira dgn FTR. Hati lebih tenang dengan amalkan FTR. Bukan je mudah menarik rezeki, malah rasa semakin dekat dengan Allah SWT. 😊

InshaAllah saya nak berkongsi manfaat FTR dengan lebih ramai orang lagi untuk kejayaan di dunia dan akhirat. InshaaAllah. Ameen..

Cikgu doakan yang baik2 untuk saya ya cikgu. 😊


Subhanallah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk sis ni ya.

+ + + + +

Jika ada yang ingin dapatkan pakej FTR 


boleh order sini.

Atau whatssapp
019-491 7769 (Syakirah)

+ + + + + +

baca lagi

Thursday, June 29, 2017

Panduan Jana Komisen 5 Angka Dengan Bisnes Affiliate

Assalamualaikum semua.. 
Masih dalam mood raya ke macam mana? Hehe

Hari ni rasa rajin banyak, so saya nak buat review sikit tentang produk affiliate yang baru saya beli ni >> Kejayaan Affiliate.

Produk ini mengajar bagaimana nak jana pendapatan online dengan hanya
promosi produk orang lain dibayar komisen sebanyak 50% jika jualan berjaya terhasil.

Sejujurnya, produk affiliate ini berlambak di internet ada juga yang percuma. Tetapi saya beli panduan ini disebabkan saya nak tahu teknik promosi beliau bagaimana beliau strategi beliau menjana RM36,380.


Ini apa yang saya pelajari dari panduan beliau..

Beliau kongsi strategi OLD STYLE LEGEND yang terbukti berkesan.

Beliau kongsikan apa yang perlu dilakukan sebelum nak promosi.

Beliau kongsikan cara update status menjual cara santai tetapi berkesan.

Banyak lagi,

Yang bestnya jadi pembeli produk ini dapat update percuma.

Baru-baru ni beliau ada hasilkan teknik promosi produk affiliate menggunakan pengiklanan berbayar fbads. Step by step tu dia ajar menerusi video.

Ia percuma untuk semua pembeli. Bagi saya pelaburan saya dapatkan produk ini terlebih berbaloi.

Sementara harganya masih dalam kategori murah gilers, dapatkan panduan anda sekarang di sini >> Kejayaan Affiliate.


INI MOTIVASI YANG SAYA INGAT DARI BELIAU

“Bila Buat Sesuatu Buat Sampai Dapat Hasil”

Psst.. Saya pun sedang berjinak-jinak secara serius dalam bisnes Affiliate ni. Saya sangat sarankan bisnes affiliate untuk sesiapa yang nak buat bisnes yang mudah, tanpa modal, tanpa produk sendiri.



Syukur alhamdulillah. Bulan ni dapat top 10 affiliater untuk produk Formula Tarik Rezeki (FTR).


Produk FTR ni, jika anda beli, automatik layak jadi agen secara percuma tau. Pastu boleh la guna segala skill dari Kejayaan Affiliate untuk mula serius mempromosi. 

(Update: Pendaftaran percuma untuk affiliate FTR dah ditutup pada 15 Julai 2017. Hubungi saya untuk info pendaftaran berbayar)

Oh ya.. Jika anda dapatkan FTR melalui saya, insyaAllah saya cuba guide ya macam mana nak buat. Saya pun masih belajar lagi, takpe kita belajar sama2 nanti.

Jangan lupa whatsapp saya ya.
019-491 7769
(Syakirah)


baca lagi

Sunday, June 11, 2017

"Saya nak sangat-sangat berubah kerana Allah"

Catatan 10.6.2017

Semalam saya tak boleh tidur.

Kisahnya, ada sorang sis ni pm saya di facebook.

"Salam. Saya nak beli FTR.."

Saya pun tanya, nak sekarang ke, saya nak beri detail bayaran la. Sebab sebelum ni dah ber pm2 ngan dia, masa tu dia belum decide nak beli lagi.

Dia cakap ya, saya pun beri lah nombor akaun dan tunggu dia bank in. Kalo boleh nak setel terus sebelum tido. Masa tu dah dekat pukul 12 malam.

Dia mesej lagi.. Katanya..

--
Rasa berdebar2 sgt nk beli buku ni...
Tak pernah berdebar2 mcm ni...ketar lutut2
Nk taip pun terketar2
Blom beli dh ngis...rasa sebak sgt2
--

Sampaikan anak dia pelik & tanya, kenapa menangis. Huhu.

Akhirnya.. Dia tak dapat nak transfer duit tu melalui m2u, sebab dah jam 12 malam.

Allahu.. Aura debaran dia tu sampai kat saya. Tapi saya pura2 tenang je. Steady.. kata omputeh. :D

Saya minta dia tenang. Zikir banyak-banyak. Esok la transfer duit tu, jangan sampai tak boleh tidur pulak malam ni.

Tapi kan.. Rupa-rupanya, saya yang tak boleh tidur fikir pasal dia. Haha..

Saya terharu, gembira bercampur baur. Dia cakap, dia betul2 nak berubah jadi baik kerana Allah. Sebak pun ada time ni, saya pun banyak lagi yang perlu diperbetulkan.

Sebenarnya kat luar sana ramai lagi macam ni, hati memendam rindu nak berada dalam dakapan kasih sayang Allah. Nak kembali pada Allah.

Namun kita terlalu sibuk, mana nak cari duit, nak makan, nak bayar hutang, stress pulak harga barang naik. Stress kat tempat kerja lagi.

Bantu kami Ya Allah..

Saya kongsikan screenshot perbualan dengan sis ni.



Selepas beberapa hari saya masih terfikir-fikir pasal sis ni. Pasti ada sesuatu yang besarr Allah nak beri kat dia.

Subhanallah.


-----
Nak dapatkan FTR (Formula Tarik Rezeki)
Klik sini - Order FTR -

Atau whatsapp 019-491 7769 (Syakirah)
-----
baca lagi

Sunday, June 4, 2017

Hargai Ilmu - Tarik Rezeki Melimpah

Bismillah
.
Kisah dapat rm6000++ selepas beli buku FTR tak sampai sebulan. 😊😊

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Puan Nora Yusof, penulis buku FTR - Formula Tarik Rezeki.
.
.
Ada seorang pembaca. Dia diserabutkan hutang. Hidup tak pernah tenang. Di luar orang nampak memang dia berduit. Sebab postnya beratus orang like. Post-postnya ramai follower. Tapi tak sangka hidupnya dipenuhi hutang. Yelah kisah di fesbuk mana ada nak cerita kesesakan kepayahan. Cerita yang indah-indah je.
.
.
Pada suatu hari. Beliau mesej saya. Nak buku ftr. Okey saya cakap. Baiklah. Waktu dia nak buku ni, dia tak cakap lagi masalah dia pada saya. Saya pun tak pernah terfikir kenapa dia nak buku ni sebab kalau tengok dari segi follower, pemakaian dan sebagainya boleh kaya dia tak perlukan buku ni pun sebab ilmu dia yang dia share pun dah cukup sebenarnya.
.
.
Saya malas nak fikir, jadi pos jelah. Ikut suka dialah, dia beli dia nak buat apa dengan buku tu pun. Satu je ayat saya, kalau beli buku sebab nak selesaikan masalah hidup. Anda akan dapat yang tu lah.


Kalau beli buku sebab nak kondem ilmu apa ada dalam tu, anda takkan dapat apa yang dicari. Ilmu walau satu ayat dalam buku tu, kita pernah baca atau tak, kita dah biasa dengar atau tak tunjukkan rasa 'hormat' pada ilmu tu dengan setinggi-tinggi iman.

Macam kita rasa kita dapat hadiah gitu. Anggap ilmu tu kita nak hadam lagi dengan penuh rasa cermat dan teliti tanpa mengira siapa yang tulisnya.
.
.
Itu je pesan saya.
.
Selang beberapa hari, dia tamat baca. Dia dapat sesuatu. Dan perlahan-lahan dibongkarkan kisah hidupnya satu persatu pada saya. Saya pun tak jangka rupanya dia dalam kesempitan. Kalau anda tengok pun memang takkan jangka langsung.
.
.
Okey kemudian, saya cakap takpalah. Sekarang cuba ikut saranan ftr terutamanya tulisan saya yang bahagian pelengkap rezeki dan bab hutang. Fahami betul-betul.
.
.
Dalam masa 4 hari, dia dapat balik duit dia rm1000++ lebih tanpa modal dengan jualan satu produk. Dia rasa seronok. Kemudian, dia baca lagi ftr, dia luahkan rasa seronok dengan ketenangan hati yang dia dapat. Tak macam sebelum ni. Dia terus jual produk sampai 28 hari lamanya. Dalam masa 28 hari tu. Macam-macam perkara ajaib jadi kat dia, hutang dia yang bertahun tak selesai, selesai dalam masa sebulan.
.
.
Saya tanya, apa dia buat? Jawapan dia?
.
.
Hargai ilmu. Seperti anda hargai berharganya duit dan emas.
.
.
Itu je jawapan dia.


.
.
Dia dah faham. Saya Alhamdullillah. Tanda orang sombong dengan ilmu.
.
'Alah yang ni aku dah tau dah.'
'Yang ni aku dah baca dah'
'Ini je yang nak dicakap'
.
.
Ada je perkara atau seumpama ayat diatas ni terdetik dalam hati. Maka nahaslah kita. Itu pesannya.
.
.
Dan dengan gembiranya dia beritahu sales dia melebihi rm6000++ dan dia sekarang sibuk nak pilih pakej nak pergi bercuti reward diri.
.
.
Saya. : erk... Alhamdullillah.
.
.
Tahniah dan syukur pada Allah. 😊😊

-----

Subhanallah. Ini bukanlah perkara pelik yang berlaku pada pembaca FTR. Malah ramai lagi yang dah lalui pengalaman ajaib macam ni. Antaranya..

Klik untuk view lebih besar


Klik untuk view lebih besar

Nak juga rasa macam ni? Dapatkan naskah anda sekarang 
di sini >> Formula Tarik Rezeki <<

ATAU..

Whatsapp saya, Syakirah di sini - 
019-491 7769

InsyaAllah saya bantu anda dapatkan FTR ya


baca lagi

Friday, June 2, 2017

Doa Mohon Rezeki (Dari Al-Quran)

Assalamualaikum semua.

Hari ni nak share 2 Doa Mohon Rezeki yang kita boleh amalkan ya. Doa-doa ni dipetik dari Al-Quran.

1. Doa yang dibaca oleh Nabi Isa A.S ketika memohon rezeki pada Allah SWT.

Saya dapat doa mohon rezeki ni semasa dengar audio Rahasia Magnet Rezeki dari Ust Nasrullah.

Ustaz sarankan kepada sesiapa yang ada masalah atau isu tentang rezeki, cuba amalkan doa Nabi Isa ketika memohon rezeki dari Allah (Surah Al-Maidah:114).




Baca dan hayati maknanya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pemberi Rezeki.

Kata Ustaz, walaupun Nabi Isa A.S tahu rezekinya dijamin Allah, namun masih berdoa pada Allah memohon rezeki.

Sesungguhnya berdoa adalah adab seorang hamba terhadap Tuhannya. Subhanallah.


- - - - -


2. Doa mohon rezeki yang kedua saya nak share hari ni adalah dari Surah Az-Zaariyat ayat 58.

Dalam satu kuliahnya, Ust Dr Khalid Basalamah menceritakan kisah seorang lelaki bertemu seorang yang a'lim dan minta doa supaya di mudahkan rezeki.

Syeikh yang a'lim itu hanya teringat suatu doa yang di petik dari ayat 58 Surah Az-Zaariyat.

Tidak lama kemudian, lelaki tadi datang lagi dan mengucapkan terima kasih. Hidupnya berubah menjadi lebih baik dengan rezeki melimpah ruah datang padaNya setelah dia amalkan doa itu dengan penuh yakin pada Allah.



Doa yang boleh dibaca:

"Ya Razzaqu ZulQuwwatil Matin.. Urzuqni"

Ya Allah, yang Memberi Rezeki, Yang mempunyai kekuasaan, lagi Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.. Berilah aku rezeki.

Pendek saja doanya. Duduk saja-saja pun boleh amalkan ya.

Yang penting Yakin, Yakin dan YAKIN lagi.

Mudah-mudahan dengan berkat doa dari Al-Quran diiringi KEYAKINAN TOTAL pada Yang Memberi Rezeki, rezeki kita melimpah ruah dan tidak putus-putus. Aamin..

Jangan lupa amalkan ya sahabat.

Oh ya.. Jika ada sahabat yang rasa ada masalah rezeki, hutang kian menggunung, hidup rasa sempit, saya berrani rekemen 1 pakej buku dan kelas online ni.




Boleh baca tentang buku tu di >> sini << ya.



baca lagi

Friday, May 26, 2017

Kisah Si Tukang Gunting Rambut

Terbaca satu kisah seorang tukang gunting rambut berbicara dengan pelanggannya yang kelihatan sedang mengantuk.


Tukang Gunting : Kamu percaya adanya Tuhan?

Pelanggan: Ya, sudah tentu percaya.

Tukang Gunting : Saya tak percaya adanya Tuhan. Kalau Tuhan tu ada, pasti tiada orang yang susah dalam dunia ni.

Pelanggan tersebut terdiam, tiada idea nak jawab lagi. Si tukang gunting tersenyum sinis, puas dengan hujahnya.

Selesai gunting rambut, pelanggan buat bayaran dan melangkah keluar dari kedai. Tiba-tiba beliau ternampak seorang gila di luar kedai, lalu "tingg...", Allah ilhamkan sesuatu.

Dia kembali ke Si Tukang Gunting dan berkata..

Pelanggan : Saya percaya, dalam dunia ni tiada tukang gunting!

Tukang Gunting : Mana mungkin begitu, kan saya baru lepas gunting rambutmu.

Pelanggan : Saya lihat di luar sana masih ada orang gila yang rambutnya langsung tidak terurus, pasti tiada tukang gunting di dunia ini.

Tukang Gunting : Masalahnya orang itu tak datang ke saya. Jika tidak, pasti saya dah rapikan rambutnya.

Pelanggan : Ya.. Nampaknya tuan dah dapat jawapan kepada persoalan tuan tadi. Tuhan itu ada, namun ramai yang hidupnya sukar dan sulit kerana tidak kembali ke Tuhan.

Jika mereka kembali ke Tuhan, pasti semua masalah mereka selesai!

Subhanallah. Dapat sesuatu dari kisah ni?

Kongsikan jika bermanfaat.
baca lagi

Wednesday, May 24, 2017

Amalkan Tips Ini Ketika Berbelanja

#TipMagnetRezeki - Ketika Berbelanja.

Dengan berbelanja pun boleh tarik rezeki tau, asalkan niat yang baik.

Inspirasi dari video live Prof Muhaya.
Katanya..

Ketika berbelanja, jangan ada mindset..
"Ala..habis la duit.. Berkurang dah duit"

Namun..

Ketika berbelanja tu, fikirkan..
"Alhamdulillah, aku sedang menjana ekonomi orang lain"

Setiap kebaikan pasti dibalas kebaikan, janji Allah Taala.

+

Guru pernah berpesan,

1. Setiap kali kita belanja, tanam dalam minda, setiap kali keluarkan duit, makin banyak duit yang bakal masuk.

2. Setiap kali berbelanja, amalkan ayat ke 54 surah Sod. Inna haaza larizquna maa lahu minnafaad.. (Fahami maknanya)


P/s: Apapun jangan la sampai membazir pulak kan. Islam menuntut kita bersederhana dalam segala hal. Gitew..

--
Sahabat semua dijemput join group Nota Jemput Rezeki di FB. Group khas untuk saya kumpulkan nota, tips, doa dan ebook tentang rezeki.

Buat masa ni group Nota Jemput Rezeki masih public. Join segera di >> sini <<

Silakan share jika bermanfaat :)
baca lagi

Monday, May 22, 2017

Allah SWT Uji Kita Di Titik Terlemah

Allah uji kita di titik terlemah kita, supaya kita dapat baiki dan jadi insan lebih baik dari sebelumnya.

Bila Allah uji saya dengan rasa marah meluap, baru perasan, saya lemah dalam kawal marah! Ermm.. Contohhh.. Hehe

Cepat-cepat kembali ke Allah, mohon bantuan untuk hadapi sesuatu tu dengan lebih tenang gitew.

Sama jugak la diuji dengan rasa sempit, rezeki tersekat, hidup huru hara, Allah nak kita belajar, perbaiki diri. Mungkin ada salah yang kita tak sedar.

Apabila kita berjaya atasi, selesaikan perkara / ujian tu (dengan bimbinganNya), pasti hidup kita makin baik dan melayakkan kita mengecapi segala nikmatNya. Saat itu ketenangan jiwa datang, rezeki melimpah ruah tanpa dapat ditahan lagi. Subhanallah..
.
.
.
Selalunya, kita perlu sesuatu sebagai asbab yang menyedarkan kita akan kesilapan yang menyebabkan ujian terus datang pada kita tak henti-henti. Contoh, ada akak ni komen di FB saya, beliau menangis lepas dapat kenalpasti banyak kesilapan beliau melalui buku FTR.

Kata beliau..

betul.....bila baca buku ni....saya menangis.....Ya Allah....banyaknya kesilapan dlm hidup ini.  Alhamdulillah masih hidup....masih diberi peluang memperbaiki kesilapan....semoga Allah menerima taubat kita


Buku yang beliau maksudkan adalah 111 Formula Tarik Rezeki yang memuatkan formula-formula lengkap dan terperinci tentang rezeki. Kadangkala ada perkara yang kita anggap kecil dan remeh namun besar disisiNya. Secara tak sedar perkara itu menyebabkan rezeki kita seolah tersekat.

Komen akak Harni lagi..


Allahu, saya pulak yang tergenang air mata bila baca komen akak ni. Huhu. Alhamdulillah, mudah-mudahan dengan bantuanNya, kita selalu sedar untuk kembali padaNya dalam apa jua keadaan selepas ni.

Bak kata Ustaz Yusuf Mansur,
Allah Dulu, Allah Lagi, Allah Terus..

baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard