Berkongsi Cerita: Diary Of MRA: Berkhatan 14.12.2015 part 1

Wednesday, December 16, 2015

Diary Of MRA: Berkhatan 14.12.2015 part 1

Masa saya post gambar MRA yang dah selamat dikhatankan ramai yang terkejut. Bertalu-talu soalan datang dari FB, whatsapp dan call. Hehe. Ada yang tanya dia ok ka?, macam mana pujuk dia?, tak menangis ka?

Sebenarnya idea nak sunatkan dia datang terlalu pantas, dengan spontan. Mak sedara dia whatsapp tanya ada tak yang nak sunat dibawah program khatan perdana dibawah kelolaan YB Parlimen Baling. Dengan spontannya saya letak nama MRA dengan dua orang sepupunya.

Lepas dah bagi nama tu baru terpikir, betul ke ni. MRA baru 4 tahun. Haha. Lepas dipikirkan baik buruknya.. Tiada yang buruk, hanya yang baik-baik kelihatan. Dia pun ok, excited nak sunat. Entah tau ke tidak sunat tu apa. Haha.

Usaha saya, dalam tempoh 2-3 minggu tu saya keep saying yang positif-positif pasal sunat kat dia. Saya cakap, anak ummi hebat, berani, lepas sunat nanti jadi anak teruna, jadi budak besar, hero. Bersunat tu best, langsung tak sakit. Pastu boleh mandi air bomba.. (siap tunjuk gaya na hehe)

Tak cukup dengan tu, siap explain dan beri bayangan suasana bersunat nanti. Bersunat ramai-ramai ni faham-faham la kan, mesti ada yang memekik melolong punya. Saya bagitau, nanti Muhammad baring atas katil pastu doktor sapu2 ubat, pastu sunat, Muhamad duduk elok ja, tak nangis langsung. Dia iyakan saja. Sentiasa cakap ngan dia, walaupun ada orang menjerit, Muhammad diam ja, langsung tak nangis sebab anak ummi hero, hebat.

Camtu la saya cuba psiko dia supaya semua berjalan lancar. Tak sanggup rasanya kalau dia menangis-nangis time bersunat. Huhu.

Tak cukup dengan tu, saya solat hajat, baca yasin dan berdoa sungguh-sungguh supaya semuanya berjalan lancar, Muhammad berjaya disunatkan, tak menangis. Sebab saya yakin, hanya Allah swt yang dapat mempermudahkan segalanya.

Kenapa sunat awal?

Ada yang tanya soalan ni. Jawapannya mudah saja.

1. Sementara otak dia masih suci dari sebarang usikan dan ketakutan bersunat, baik la diawalkan.

2. Alang-alang dia ada geng nak bersunat iaitu 2 orang sepupunya.

3. Mudah. Kalau duk berbogel dalam rumah pun tak la pelik sangat. Haha.

4. Orang cakap, bersunat kecik2 mudah, masih lembut dan cepat sembuh.

Ni baru part 1. Nanti sambung lagi na. Hehe..



No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard