Berkongsi Cerita: December 2015

Saturday, December 19, 2015

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin .
.
Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
.
.
.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.

Kredit: FB Rahsia Nenek


baca lagi

Thursday, December 17, 2015

Diary Of MRA: Berkhatan 14.12.2015 part 2

14.12.2015
Seawal pagi MRA dah bangun, mandi dan segak berbaju melayu dan berkopiah. Plan nak bertolak sesudah subuh tak menjadi. Hehe. Jam 7 lebih baru gerak.

Sampai di tempat berkhatan tu dah dekat jam 8. Bagai dijangka, memang ramai. Parking penuh. Mujur la ada satu tempat tu, agak strategik juga, boleh la parking time2 kecemasan camni. Hehe. Beratur panjang untuk mendaftar.

Muhammad excited.. Mamad nak sunat dulu.. Mamad nak sunat dulu. Ummi pun letak la nama dia dulu diikuti sepupu-sepupunya. Giliran 131, 132, 133.


Budak yang sentiasa bersemangat dan penuh keterujaan. Hehe. Dia agak menjadi perhatian ramai sebab kelihatannya dia la paling kecik dikalangan bebudak yang bersunat tu.


Lepas acara pembukaan termasuk ucapan YB semua, bebudak ni kena bersiap-siap nak mandi air bomba. Nibpart paling best kot. Rupanya ada hikmah juga sampai lambat. Orang yang sampai awal tak berpeluang mandi air bomba mungkin sebab nak kejar masa, doktor dah siap menunggu.



Masa mandi ni kelihatan abang-abang duk pegang Muhammad, takut jatuh ke apa kot. Hehe.


Atas ni gambar-gambar sebelum dan selepas mandi. Jelas dalam gambar diorang ni antara peserta paling kecik. 4, 5 dan 7 tahun. Ada juga akak yang tegur & tanya Muhammad berapa tahun. Terkejut dia bila bagitau Muhammad 4 tahun. Siap request nak amik gambar lagi. Hehe



Lepas mandi tukar baju dan pakai kain pelikat. Tunggu giliran ja nak dipanggil bersunat. Perut ummi bergelora lagi. Takut oo.. Depa pulak rileks ja. Boleh main-main lagi.

Sampai giliran dipanggil ke ruang menunggu, mula kedengaran jeritan2 yang dahsyat. Muhammad dah nampak lain macam dah. Huhu.. Dah sampai giliran tu, dia melangkah longlai masuk bilik bersunat tu. Macam pasrah ja. Tapi tak menangis pun walaupun bilik tu riuh rendah dengan tangisan dan jeritan.

Masa proses bersunat ummi terus cakap-cakap ngan Muhammad. Bagi semangat! Sambil angkat kain pelikat dia tutup muka dari dia tengok proses tu berlangsung.

Syukur, dia langsung tak menangis, ada setitik ja air mata kat hujung mata tu. Haha. You are my hero!! Proud of you son!

Alhamdulillah. Selesai satu bab.


baca lagi

Wednesday, December 16, 2015

Diary Of MRA: Berkhatan 14.12.2015 part 1

Masa saya post gambar MRA yang dah selamat dikhatankan ramai yang terkejut. Bertalu-talu soalan datang dari FB, whatsapp dan call. Hehe. Ada yang tanya dia ok ka?, macam mana pujuk dia?, tak menangis ka?

Sebenarnya idea nak sunatkan dia datang terlalu pantas, dengan spontan. Mak sedara dia whatsapp tanya ada tak yang nak sunat dibawah program khatan perdana dibawah kelolaan YB Parlimen Baling. Dengan spontannya saya letak nama MRA dengan dua orang sepupunya.

Lepas dah bagi nama tu baru terpikir, betul ke ni. MRA baru 4 tahun. Haha. Lepas dipikirkan baik buruknya.. Tiada yang buruk, hanya yang baik-baik kelihatan. Dia pun ok, excited nak sunat. Entah tau ke tidak sunat tu apa. Haha.

Usaha saya, dalam tempoh 2-3 minggu tu saya keep saying yang positif-positif pasal sunat kat dia. Saya cakap, anak ummi hebat, berani, lepas sunat nanti jadi anak teruna, jadi budak besar, hero. Bersunat tu best, langsung tak sakit. Pastu boleh mandi air bomba.. (siap tunjuk gaya na hehe)

Tak cukup dengan tu, siap explain dan beri bayangan suasana bersunat nanti. Bersunat ramai-ramai ni faham-faham la kan, mesti ada yang memekik melolong punya. Saya bagitau, nanti Muhammad baring atas katil pastu doktor sapu2 ubat, pastu sunat, Muhamad duduk elok ja, tak nangis langsung. Dia iyakan saja. Sentiasa cakap ngan dia, walaupun ada orang menjerit, Muhammad diam ja, langsung tak nangis sebab anak ummi hero, hebat.

Camtu la saya cuba psiko dia supaya semua berjalan lancar. Tak sanggup rasanya kalau dia menangis-nangis time bersunat. Huhu.

Tak cukup dengan tu, saya solat hajat, baca yasin dan berdoa sungguh-sungguh supaya semuanya berjalan lancar, Muhammad berjaya disunatkan, tak menangis. Sebab saya yakin, hanya Allah swt yang dapat mempermudahkan segalanya.

Kenapa sunat awal?

Ada yang tanya soalan ni. Jawapannya mudah saja.

1. Sementara otak dia masih suci dari sebarang usikan dan ketakutan bersunat, baik la diawalkan.

2. Alang-alang dia ada geng nak bersunat iaitu 2 orang sepupunya.

3. Mudah. Kalau duk berbogel dalam rumah pun tak la pelik sangat. Haha.

4. Orang cakap, bersunat kecik2 mudah, masih lembut dan cepat sembuh.

Ni baru part 1. Nanti sambung lagi na. Hehe..



baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard