Apa khabar semua? Harini nak citer pasal Muhammad Rayyan yang suka sangat main playdoh. Asalnya dia amik ummi punya 'multipurpose adhesive' ni. Gentel².. Pastu dia mintak lagi, nak plasticin katanya. Hehe. Kesian pulak.
Ok esok ummi beli. Terus setuju sebab tau, memang plasticin ni baik untuk kanak-kanak. Banyak manfaatnya. Cuma kalau plasticin tu ummi tak suka sangat baunya dan macam berminyak sangat. Akhirnya ummi decide untuk belikan play-doh kat muhammad.
Entah macam mana, balik dari beli play-doh tu baru terpikir yang sebenarnya boleh buat sendiri je. Terus google cara nak buat. Hehe. Percaya tak yang warna pink dalam gambar diatas adalah home made play-doh? Haa jangan tak percaya. (Sebenarnya ummi yang excited lebih!)
Ok saya share cara-cara nak buat home made play-doh kat sini.
Mudah kan.. Boleh la anda berkarya dengan anak kat rumah. Tunjukkan skil anda yang hebat tu.
Manfaat play-doh untuk anak
# Dapat mengasah skil motor anak. Dengan pergerakan jari jemari memudahkan anak belajar menulis dan membuat tugasan² lain.
# Mengasah kreativiti dan merangsang minda anak.
# Menggalakkan imaginasi.
# Meningkatkan keyakinan diri anak.
Puji la hasil kreativiti anak anda, insyaAllah keyakinan diri mereka akan meningkat.
Satu lagi, yang paling penting, ia boleh meningkatkan 'bonding' antara ibu bapa dan anak. Main la bersama dengan anak2. Ramai ibu bapa yang mampu beli macam-macam untuk anak tapi tiada masa nak luangkan main bersama anak.
Opps lupa, cara nak simpan play-doh tu, simpan dalam bekas bertutup ye. Kalau kedap udara lagi bagus. Untuk tahan lebih lama, boleh juga simpan dalam peti sejuk.
Sekian sahaja sharing saya.
Sebelum tu terimalah hasil2 kreatif ummi. Haha. Kan dah cakap ummi yg excited lebih kan. Muhammad minta buat lembu, sekali jadi macam oink oink pun ada. Kikiki
Pastu Muhammad mintak ummi buatkan ultraman. Tak sanggup saya nak snap picture sebab ultraman dah jadi ghupa toyol. Hehe. Itupun melangit Muhammad puji ummi. :))
Kesimpulannya, biarlah anak anda berkreativiti dengan bebas. Pantau je dan jangan lupa PUJI diorang k.. Mesti anak suka & anda akan kelihatan hebat dimata anak².
Bye!
No comments:
Post a Comment