Berkongsi Cerita: May 2014

Monday, May 26, 2014

Keberkesanan suplemen berdasarkan kajian ilmiah

Assalamualaikum wbt

Harini saya nak share pasal kepentingan supplemen. Kebetulan terjumpa satu artikel dan gambarajah terbaik untuk kita klasifikasikan keberkesanan sesuatu supplemen. Gambarajah ni dihasilkan dari kajian2 ilmiah dan dikelaskan mengikut bukti2 dari kajian tersebut.

Mungkin ini akan membantu rakan2 untuk memilih sesuatu supplemen dengan lebih yakin. Yang lebih menarik kebanyakan supplemen yg shaklee tawarkan berada di kategori teratas seperti omega, calcium, garlic, vitamin b, asid folic (yg terdapat dalam b complex) dan lain2. Ini bermakna ianya telah menjalani banyak kajian ilmiah dan banyak hujah telah membuktikan keberkesanannya. Jadi lepas dah kenalpasti supplemen yang anda perlukan, boleh hubungi saya untuk penerangan seterusnya okeh.

Jom kita lihat gambarajah ni bersama sedikit penerangan berkaitan..

1. Pengelasan bahan-bahan aktif ini adalah berdasarkan “evidence” kajian ilmiah dari Pubmed dan Cochrane.org, dikemaskini sehingga tahun 2012. Mereka disusun dari status “Strong” (banyak hujah sokongan berdasarkan kajian ilmiah) sehinggalah ke status “None” (tak pernah ada hujah sokongan berdasarkan kajian ilmiah).

2. Saiz bulatan merujuk kepada “populariti” dalam carian Google, lebih besar saiz bulatan bererti lebih popular.

3. Bulatan berwarna jingga – masih tak banyak kajian yang dilakukan untuk menguji kesan positif pada kesihatan manusia, namun keputusan kajian yang diperolehi menunjukkan potensi yang baik (promising).

(klik pada rajah untuk tumbesaran.. Hehe)



Anda perlukan suplemen terbaik yg 'famous' dalam ujian2 ilmiah?
HALAL
SEMULAJADI
BERKELULUSAN KKM
SELAMAT
BERKESAN (dgn izinNya)

Hubungi saya utk info + free consultation

Fb: Syakirah Kapli
Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi
Sms/whatsapp 013 3353751
baca lagi

Saturday, May 24, 2014

Eksperimen: Vitalea Multivitamin Mudah Larut Air

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak share tentang vitalea, multivitamin tertua di dunia.
Ramai orang pilih vitalea sebab ia multivitamin yang dilengkapi mineral yang diperlukan badan. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang di ekstrak dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

UJIAN KLINIKAL membuktikan dengan pengambilan vitalea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Centre For Science di AS sebagai “The Best Multivitamin” di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Satu lagi ciri ISTIMEWA terdapat pada vitalea adalah ia vitamin yang pantas MELARUT DALAM AIR. Saya sendiri telah buat eksperimen ni di rumah. Letak vitalea dalam air dan ia melarut dengan pantas!

Masa buat sendiri tu saya takde la sediakan camera bagai, tapi ada rakan Shaklee yang dah buat eksperimen ni beserta rakaman video. Saya petik beberapa screenshot untuk tatapan pembaca sekalian ye..


Seawal minit pertama, vitale mula mengeluarkan gelembung2 udara. pada 1 minit 30 saat, sebahagian vitalea telah terurai.


Minit ke 1:49, hampir keseluruhan vitalea terurai, tapi masih menempakkan bentuk vitalea tu.


Minit kedua, keseluruhan vitalea telah terurai..



Minit ke tiga, vitalea mula larut dalam air


Minit ke empat, vitalea dah larut sepenuhnya..


Haa.. kan dah terbukti.. Vitalea sememangnya multivitamin yang mudah larut! Air yang digunakan dalam eksperimen ini adalah air mineral yang berada dalam suhu bilik.

Vitalea yang larut dengan pantas menunjukkan ianya juga larut dengan pantas dalam badan kita dan segala nutrien dapat diserap dengan cepat. Ia juga tidak membahayakan buah pinggang kita. InsyaAllah..

Anda boleh tonton video penuh eksperimen ini di sini.

Sekarang, saya sendiri dah jatuh hati dengan vitalea ni. Memang vitamin terbaik, badan rasa bertenaga je walaupun tak cukup tidur. Selain memberi tenaga segera dan berpanjangan, vitalea juga baik sebagai pelengkap nutrisi. Tak semua nutrisi kita akan dapat dari pemakanan harian. Tambahan pula memang jarang nak dapat betul2 ikut piramid makanan tu ha..

Siapa patut ambil Vitalea??

Semua orang! Dewasa lelaki mahupun wanita
Ibu hamil
Ibu menyusu
Ibu berpantang
Warga emas

Jika berminat nak dapatkan vitalea beserta konsultasi percuma boleh hubungi saya

Shaklee Independent Distributor
sms/whatsapp 013 3353751


LIKE & tinggalkan COMMENT jika artikel ini memberi input berguna :)

baca lagi

Malaysia menang kategori obesiti??

Banyak terjumpa keratan akhbar ttg obesiti..

- Kadar obesiti rakyat malaysia semakin serius
- Obesiti: Malaysia nombor satu
- Malaysia Negara Orang Gemuk
- Lebih Separuh Orang Malaysia Hidap Obesiti
- Obesiti: Malaysia Nombor Satu Asean

Banyakk lagi. Cer google kalo tak caya.. Ini fakta..

Nak biar badan dibelenggu obesiti dan berisiko mhidapi penyakit2 berbahaya atau nak berubah??

--
Saya amik omega + alfalfa + herblax utk kawal berat badan. Cuba buat aktiviti luar 3x seminggu.. (Aktiviti luar saya = berkebun) hehe..

Siapa nak suplemen2 kat atas boleh pm.
Sms/whatsapp 013 3353751

baca lagi

Friday, May 23, 2014

Tips & Tricks: Buat watermark guna Pics Art

Assalamualaikum wbt

Hari ni kita belajar cara buat watermark kat gambar. Watermark ni macam2 la fungsinya.. Antaranya untuk menjaga keaslian gambar dan penjenamaan diri. Macam saya lebih kepada penjenamaan FB Page saya "Jom Sihat & Cantik Semulajadi".

Camni ha..


Ok. Camna nak buat ni? Disebabkan saya menguruskan 90% bisnes secara online melalui HP, memang semua kerja pun saya akan buat guna HP ja termasuk watermark dan gambar-gambar yang saya gunakan untuk pengiklanan. Ok, saya terangkan step-by-step ok!

1. Pastikan anda dah install aplikasi “PicsArt”. (Boleh search kat playstore)

2. Open PicsArt, klik Colage  -  Bacground. Kemudian pilih backround yang anda nak gunakan. Kalau tak nak background, klik “choose background colour” dan just pilih background putih.

3. Ok, saya pilih background ni. Kalau ada pop out suruh pilih gambar, just klik “back”.


4. Buat satu box warna putih atas background tadi. Disebabkan saya tak jumpa cara nak buat box, saya gunakan “text” dan pilih “-“. Lepas tu drag untuk besarkan “-“ tadi. Kan dan jadi satu kotak besar. Kotak ni saya akan adjust pada opacity supaya background saya kelihatan samar2. Kalau tak samar2 tu nanti tenggelam pulak tulisan kat atas tu nanti.


 5. Saya set kan opacity tu ikut citarasa sendiri, sekali lagi klik “text” dan masukkan la apa2 yang anda nak tulis kat watermark tu. Saya tulis nama page dan no HP.

Part ni tricky sikit, kalau tiba2 tulisan anda terkebelakang, klik & alihkan kotak putih, klik tulisan alihkan keluar dari kotak, letak semula kotak pd tempatnya, drag semula tulisan ke atas kotak. ( eh, paham ke idak?..haha).. Tipsnya, mana2 elemen yg terkini kita klik akan duduk depan sekali..


6. Ok sekarang dah ada nama page & no HP.. Klik pada “tools” pilih crop berbintang tu. Haa..pastu pilih la bentuk2 watermark yang anda suka. Pilih..pilih..pilih… Pastu drag la bentuk tadi supaya ngam-ngam sui dengan tulisan kita tadi.


7. Anda boleh buat border ikut warna dan tebal kesukaan anda. Dah siap tu klik “right” kat atas tu. Tadaa…dah siap crop dah. Pastu jangan lupa save. By default akan keluar format “JPEG” sila tukar ke format “PNG”




TANG MANA DAN BAGAIMANA NAK GUNA WATERMARK NI?? (tetiba huruf besar)

Open PicsArt, klik “Photo”. Disebabkan saya nak buat iklan COQ & Omega Guard, saya pilih gambar depa la kan.. Pastu klik “add photo” dan cari balik watermark yang kita buat nun di atas tadi.

Haa..pastu adjust2 la, letak kat tempat sesuai dan boleh edjust juga opacity mengikut tahap kesamaran yang anda suka.



Ok dah siap. Senang kan, tak perlu la setiap kali nak iklan nak buat watermark, nak tulis pulak satu2 nama page, no HP bla2… Dan rasanya bila ada watermark sendiri ni, iklan kita nampak lebih gah, professional dan gojes. Haha.. yeke..

p/s: Boleh jugak nak masukkan apa2 pic kat watermark tu, letak muka sendiri ker..

P/s/s: Semoga membantu rakan2 semua! Kalau tak faham boleh tanya k..




baca lagi

Tuesday, May 20, 2014

Sakit Jantung Pembunuh Utama


Umum mengetahui penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan seperti tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan tidak sihat.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita.
Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar berkata, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung, tetapi hanya lambat berbanding lelaki.
"Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.
"Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin yang menjadi 'ibu' kepada penyakit kardiovaskular," katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.
Dianggarkan, pada 2030, seramai 23 juta penduduk mati akibat penyakit ini. Selain itu golongan kanak-kanak tidak terkecuali mendapat penyakit ini sejak masih dalam kandungan hingga lahir.
Menurutnya, antara punca seseorang mudah mendapat serangan jantung ialah merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan diet tidak sihat seperti mengamalkan pemakanan tidak seimbang.
"Serangan penyakit jantung antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk, manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.
"Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.
"Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu," katanya.
Info
Kaedah kawal kolesterol
  • HDL (kolesterol baik)
  • LDL (kolesterol jahat)
  • Bagi kesihatan jantung yang baik, tinggikan HDL dan rendahkan pengambilan LDL. Lebih banyak bersenam, lebih tinggi HDL seseorang
Kaedah kawal penyakit jantung
  • Ambil makanan berserat seperti gandum dan bijirin
  • Banyakan makan ikan atau minyak ikan
  • Amalkan kaedah masakan seperti kukus dan bukan goreng
  • Elak santan (santan adalah minyak paling teruk untuk kesihatan)
  • Elak kerap mengambil daging merah
  • Elak pengambilan telur secara kerap, terutama telur burung
  • Elak makanan segera
Tanda serangan
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Jantung berdebar
Punca
  • Usia - Risiko tinggi selepas menopaus.
  • Kolesterol berlebihan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Merokok.
  • Gaya hidup di bawah tekanan tinggi.
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung.
  • Kurang bersenam.
  • Kencing manis atau diabetes.
  • Sejarah keluarga.
Faktor
  1. Asap rokok
    • Mempercepatkan pembekuan darah.
    • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
    • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
    • Tekanan.
    • Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan.
  2. Kandungan lemak tinggi
    • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging.
  3. Kurang bersenam
    • Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung.
  4. Darah Tinggi
    • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung 'terpaksa' mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung.
  5. Kencing manis
    • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung.
Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari
  • Keturunan menghidap penyakit jantung.
  • Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan.
  • Merokok.
  • Gagal kawal tekanan darah.
  • Hidap penyakit kencing manis.
  • Tekanan.
  • Kurang bersenam.

Butir-butir

Terbitan: Metro Ahad
Tarikh: 1 Disember 2013
Seksyen: Sihat
Muka Surat: Ekspresi
Byline/ Penulis: Hidayatul Akmal Ahmad


Jika anda beminat mendapatkan suplemen untuk kesihatan jantung boleh hubungi saya.

Sms/whatsapp 013 3353751


baca lagi

Sunday, May 18, 2014

Kepentingan Zat Besi





Zat Besi adalah nutrisi yang paling penting diperlukan bagi aktiviti tubuh kita setiap hari, termasuk untuk melaksanakan fungsi asas badan seperti pertumbuhan dan perkembangan . Nutrisi ini juga digunakan untuk membantu memetabolismekan protein , menghasilkan hemoglobin , tenaga , enzim , membawa oksigen dari paru - paru ke seluruh tubuh , fungsi otot , dan membuang karbon dioksida . Mineral ini juga memerlukan kalsium dan tembaga dalam jumlah yang cukup untuk melaksanakan fungsi yang tepat , sedangkan asid askorbik ( vitamin C ) membantu tubuh untuk meningkatkan penyerapannya .



MAKANAN SUMBER ZAT BESI


Zat besi boleh diperoleh daripada makanan seperti ikan , daging , kacang - kacangan , lentil , kacang soya , bijirin , roti , bijirin , sayur-sayuran berdaun hijau , bayam , lobak , kubis , brokoli , dan buah - buahan kering . Sayur-sayuran berdaun hijau yang paling terkenal mengandung zat besi tinggi adalah bayam .


12 KHASIAT ZAT BESI UTK KESIHATAN DAN KECANTIKAN


1 . Pembentukan Hemoglobin :Membentuk hemoglobin adalah fungsi zat besi yang paling penting . Hemoglobin adalah unsur yang paling penting untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh , dan yang memberikan warna merah gelap pada darah . Dengan demikian , hemoglobin sering disebut juga dengan sel darah merah

2 . Pembawa oksigen :Seperti yang dijelaskan sebelum ini , mineral ini bertindak sebagai pembawa oksigen yang membantu untuk memindahkan oksigen dari satu sel badan yang lain . Ini juga merupakan fungsi yang paling penting dari zat besi , kerana oksigen diperlukan oleh masing - masing dan setiap bahagian tubuh untuk melakukan fungsi rutin sehari - hari .


3 . Fungsi otot :Pengambilan zat besi secara umum juga digunakan untuk kesihatan otot . Hal ini dijumpai didalam mioglobin ( protein otot ) , yang membawa oksigen dari hemoglobin dan mengeluarkan dari seluruh sel - sel otot , dan juga diperlukan untuk penguncupan otot.


4 . Fungsi otak :Sekitar 20 % oksigen dalam aliran darah kita digunakan oleh otak . Zat besi membantu untuk membekalkan oksigen untuk menghasilkan darah , yang sangat penting untuk kesihatan otak .


5 . Anemia :Anemia adalah contoh umum dari kekurangan mineral zat besi . Zat besi yang cukupakan membantu mencegah anemia selama hidup seseorang . Penyakit ini boleh menunjukkan gejala seperti keletihan , kelemahan tubuh , sakit kepala , dan terlalu peka terhadap suhu sejuk

  
6 . Penyakit kronik :Gagal buah pinggang dan anemia predialysis juga boleh diubati dengan pengambilan zat besi yang tepat

7. Senggugut :Zat besi yang cukup boleh mengurangkan gejala - gejala prahaid seperti pusing , perubahan suasana hati , hipertensi , dll . Kekurangan zat besi dapat meningkatkan suasana hati selama senggugut , seperti cepat marah dan emosional


8 . Kesihatan lelaki :Lelaki perlu mendapatkan zat besi dari sumber makanan saja , dan bukan dari makanan tambahan zat besi . Hal ini kerana tubuh Lelaki boleh menyerap zat besi lebih berkesan dari sumber semula jadi . Padahal , wanita sangat mudah kehilangan zat besi dari kehilangan darah yang dialami melalui haid 


9 . Rambut :Zat Besi adalah nutrisi yang berperanan penting dalam pengoksigenan akar rambut . Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rambut menjadi kusam , tipis , kering dan gugu

10 . Kehamilan :Bagi kehamilan , mineral ini sangat penting kerana diperlukan untuk pembentukan hemoglobin , serta pembawa oksigen dalam darah pada ibu hamil dan janinnya . Ibu hamil perlu mengambil makanan yang kaya zat besi untuk pertumbuhan janin yang baik , iaitu yang disyorkan adalah 27 miligram zat besi per hari . Tambahan zat besi juga boleh memberikan hasil yang baik jika dimakan bersama dengan makanan yang kaya akan vitamin C , seperti oren , limau , jus tomato

11 . Kesihatan Kulit dan kuku :Zat besi juga merupakan unsur yang berguna untuk memfungsikan antioksidan , dan juga membantu untuk mengaktifkan vitamin dalam kumpulan B kompleks . Hal ini juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan kulit . Kekurangan nutrisi ini juga boleh menyebabkan keletihan , wajah pucat , kulit kering dan hujung rambut pecah - pecah . Juga boleh menyebabkan kuku menjadi rapuh , sehingga sangat mudah mengalami kerosakan

12 . Menurunkan berat badan :Kerana zat besi membantu sel darah merah untuk membawa oksigen dalam tubuh agar berfungsi dengan baik , maka sangat sukar untuk mempunyai tenaga saat bersenam jika kekurangan unsur ini . Tentu saja akibatnya anda akan dengan mudah merasa lelah dan lelah sepanjang masa . Latihan yang menggunakan banyak tenaga boleh menyebabkan penurunan berat badan , tetapi anda juga perlu mendapat cukup zat besi agar tetap semangat .


SUMBER : MANFAAT ZAT BESI 


Tau tak shaklee ada vitamin yg membekalkan zat besi untuk anda? Ramai ibu-ibu hamil mengakui HB dapat ditingkatkan selepas mengamalkan vitalea shaklee. Malah para doktor juga ada yang menyarankan vitalea kepada ibu hamil yang mengalami masalah HB rendah.

Ada juga para pengamal vitalea memberi respon mengatakan, mereka tidak lagi mengalami masalah kurang tenaga setiap hari selepas mengamalkan vitalea shaklee.



Jika anda berminat nak dapatkan vitalea boleh hubungi saya melalui sms/whatsapp 0133353751. Anda akan dapat panduan pemakanan dan konsultasi percuma.

P/s: sebotol vitalea akan bertahan selama 4 bulan. Sangat JIMAT!
baca lagi

Saturday, May 10, 2014

Omega 3 dan faedahnya kepada kesihatan

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3. 

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  
  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Fuhhh...banyaknya faedah kesihatan Omega 3.
Oleh kerana itu...ambillah Omega 3 setiap hari & makanlah IKAN !!! setiap hari

Wallahualam

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS

Dipetik dari: www.doknorm.blogspot.com
---

Jika pembaca ingin dapatkan suplemen omega 3 terbaik dari shaklee boleh hubungi saya.

Fb: Syakirah Kapli
Sms/whatsapp 013 3353751
baca lagi

Friday, May 9, 2014

IBU HAMIL... HB RENDAH??

Apakah Punca Bacaan HB yg Rendah?

• Kurang zat besi/ folate/ vitamin B12
• Pendarahan
• Kanser
• Penyakit buah pinggang/ hati
• Hypothyroidism
• Thalassemia

Apakah Risiko Ibu Mengandung yg Mempunyai Bacaan HB yg Rendah?

>> Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula. Anemia secara umumnya akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk. Manakala bagi ibu mengandung, bacaan hb yg rendah boleh mengakibatkan risiko-risiko berikut:

Kesan kepada ibu

* Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
* Mengalami keguguran
* Mengalami kegagalan jantung
* Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
* Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
Kesan kepada Bayi:
* Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
* Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
* Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
* Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
* Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

Bolehkan Anemia Dikesan Lebih Awal? Apakah Simptom-simptom Anemia?

Jika anda mengalami keadaan-keadaan berikut; terutamanya ketika hamil, anda mungkin berhadapan dengan risiko Anemia:

π Sentiasa letih
π Pening kepala atau pitam
π Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
π Warna kulit bertukar menjadi pucat
π Penurunan berat badan
π Kadar denyutan jantung yang cepat
π Lemah daya ingatan

Apakah Langkah yg Perlu Diambil untuk Mengembalikan Bacaan HB yg Normal?

Bagi ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah, anda digalakkan untuk mengambil makanan-makanan berikut:

# kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
# madu (yg asli)
# hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman)
# kerang
# sayur bayam
# ikan bilis
# daging

Ibu mengandung yg mempunyai bacaan hb yg rendah juga AMAT DIGALAKKAN mengambil supplement yg mencukupi terutamanya ASID FOLIK, ZAT BESI (IRON) & MULTIVITAMIN bagi membantu menaikkan bacaan hb anda. Set Kehamilan Optimum Shaklee boleh membantu anda!

Nak info lanjut tentang SET KEHAMILAN SHAKLEE boleh hubungi saya:

FB: Syakirah Kapli
Page: Jom Sihat & Cantik Semulajadi

Sms/whatsapp 013 3353751

baca lagi

Saturday, May 3, 2014

Penyusuan Bayi Secara Eksklusif

Di Malaysia, peratusan ibu menyusu bayi secara eksklusif masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara Asia lain. Untuk pengetahuan, Malaysia adalah negara terendah bagi penyusuan bayi secara eksklusif dan merupakan negara tertinggi dalam penggunaan susu formula.

Penyusuan bayi secara eksklusif, satu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.

Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul dan kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Konsultan Laktasi Bertauliah IBCLC, Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata, penyusuan bayi secara eksklusif bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan tanpa sokongan makanan atau minuman lain termasuklah air masak.
Menurutnya, makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas. Lebih baik lagi, jika ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

“Paling penting, si ibu perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurangkurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,” katanya pada Sinar Harian.

Apa yang jelas, katanya, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah satu langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Persediaan awal

Namun begitu, setiap ibu harus ingat yang penyusuan tidak akan berjaya jika sekadar Konsumer melahirkan dengan kata-kata sahaja.

“Sekiranya ibu sudah berniat hendak menyusukan anak sepenuhnya maka, mereka perlu membuat persediaan ketika masih mengandung,” katanya.

Beliau berkata, persediaan awal ini sangat penting bagi menguatkan mental supaya si ibu dapat menghadapi cabaran penyusuan.

“Antara persediaan awal ialah menghadiri kelas penyusuan, membaca banyak buku dan melayari Internet mengenai kebaikan susu ibu serta mendapatkan pandangan pakar supaya ibu bersedia menyusu semasa kelahiran anak ketika dalam tempoh berpantang juga ketika ingin meneruskan penyusuan,” katanya.

Katanya, penyusuan adalah sesuatu yang semula jadi tetapi kemahiran itu masih perlu dipelajari seperti kaedah dan kedudukan bayi (latch on) yang betul semasa menyusukan.

“Menyusukan bayi sepatutnya tidak menyakitkan. Mulut bayi terbuka luas dan bibirnya merangkumi bahagian aerola (bukannya terlipat ke bahagian dalam).

“Puting ibu sepatutnya berada di bahagian lembut rahang atas mulut bayi dan bukannya bahagian keras bagi mengelakkan sakit atau merekah,” katanya.

Menurutnya, kaedah yang betul mampu mengelakkan pembengkakan payudara, mampu merangsang pengeluaran susu dan melancarkan pengaliran air susu seterusnya membuatkan bayi anda kenyang.

Tambahnya lagi, setiap ibu harus memahami anatomi dan fisiologi payudara. Hal ini kerana, ketika mengandung, tubuh si ibu sudah bersedia untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan “Ini bermaksud, susu ibu sudah ada sebaik sahaja bayi dan uri dikeluarkan. Tidak ada orang yang tiada susu atau belum ada susu. Tiada sedutan daripada bayi bermakna tiada stimulasi dan boleh mengakibatkan susu tidak keluar,” katanya.

Pam susu

Siti Nur Suraya yang juga Pengarah Urusan Lunatots berkata, setiap ibu harus menyediakan pam susu sebelum melahirkan. “Ramai ibu gusar untuk membeli pam susu yang bagus dan mahal kerana bimbang diri tiada susu seterusnya menyebabkan pembaziran.
Pam susu yang mahal akan berbaloi setanding dengan kualitinya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau turut mengingatkan supaya ibu bersedia dengan segala kemungkinan seperti bayi atau ibu yang terpaksa di tahan di wad.

“Proses kelahiran yang dirancang memberi lebih peluang kepada ibu untuk fokus terhadap keperluan bayi. Beritahu secara bertulis kepada pihak hospital supaya bayi anda tidak disusukan dengan susu formula kerana anda mahu menyusukannya sendiri.

“Si ibu masih boleh menyusukan bayi dengan susu ibu melalui cara mengepam susu. Susu boleh dipamkan seawal hari ketiga kelahiran,” katanya.

Selain itu, katanya, aksesori untuk kemudahan penyusuan juga harus disediakan seperti pad payudara yang boleh dibasuh, nursing bra and pillow, baju yang sesuai dan peti sejuk untuk menyimpan stok susu bayi.

Katanya, apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif. “Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Menyusukan anak selama dua tahun adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Sumber: Sinar Harian
baca lagi
 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard