Pernah dengar tak tentang kolam jiwa? Saya pertama kali dengar masa satu slot motivasi oleh Dr Azizan Osman (DAO) di TV3. Dengar je la sambil cuba buat, tapi biasalah manusia mudah lupa dan ambil mudah je.
Sampai la saya masuk berguru dengan Dr Azizan sendiri dalam IMKK Oktober 2014 yang lalu. Beliau menerangkan secara jelas, kenapa dan bagaimana nak membersihkan kolam jiwa kita ni. Kolam jiwa adalah elemen paling utama dalam menjemput rezeki.
Menurut DAO, kita dilahirkan bersih, suci... Tapi apabila meningkat dewasa kita sering melakukan perbuatan yang mungkin tidak disukai Allah. Ada dengar, baca, fikir dan cakap perkara yang Allah tak suka. Ini akan membuatkan kolam jiwa semakin lama semakin keruh dan akhirnya berkeladak.
Bila kolam berkeladak, connection kita dengan Allah pun samar² kegelapan. Apa yang dipinta mungkin tak sampai pada Allah. Perumpamaannya macam ni.. Kalau nak minta pinjam duit dengan orang, tapi tak baik sangat ngan orang tu, kenal-kenal gitu je.. Agak-agak orang tu nak beri tak duit yang kita nak tu. Mesti la susah sikit kan.. Sama la konsepnya hubungan kita dengan Allah.
Tugas kita sekarang
Sekarang, kita nak baiki taraf hidup kan. Walau apa pun, kita mesti minta bantuan Allah. Jangan sombong, jangan ingat kita mampu berjaya tanpa izinNya. Kita kena bersihkan kolam jiwa supaya sentiasa jernih, baru la connection dengan Allah lebih kuat. Line clear omputeh kata..
Nak lebih faham boleh rujuk gambar atas ni. Ke terus tak faham sebab lukisan buruk? Hehehe..
Bagaimana?
Amalan yang boleh membersihkan kolam jiwa adalah setiap amalan yang Allah suka. Antara yamg ditekankan adalah
bersedekah, solat-solat sunat, solat awal waktu, membaca Al-Quran, istighfar, selawat, buat baik kepada ibu bapa dan lain-lain. Amalan-amalan ni jika dilakukan dengan konsisten, kita akan dapat rasa kelainannya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, tapi dari segi kesihatan, ketenangan, minda yang lebih positif serta kejayaan-kejayaan lain.
Bagaimana nak konsisten buat semua ni?
Saya cadangkan anda buat checklist. Sebenarnya dah lama mentor-mentor saya dalam Shaklee suruh buat Master checklist untuk amalan² wajib dan sunat ni.
|
Ni master checklist saya bulan Jun. |
Setiap amalan tu nak konsisten ada yang suruh buat 21 hari, ada yang cakap 40 hari, tapi saya sarankan buat la hari² master checklist ni. Just tick kalau dah buat. Kalau tak buat tanda 'X'. Bila hujung bulan boleh la muhasabah diri. Ooo...patut la macam tak tenang, selalu culas tahajud, tak solat taubat. Contohnya camtu la. Hehe...
Malas nak buat checklist?
Ya, saya tahu anda manusia biasa, sama macam saya, kadang-kadang nak buat kotak-kotak tu ambil masa jugak.. Kadang-kadang 2-3 hari.. Ish3.. Kalau malas buat kotak-kotak tu boleh jugak guna excel.
Lepas join IMKK aritu saya jumpa 1 tool untuk memudahkan kerja saya ni. Iaitu checklist 30 hari pembersihan kolam jiwa.
Tanpa fikir panjang saya terus beli, sebab memang saya perlukannya! Sebuah buku tu untuk 30 hari, hanya rm3 sebuah. Saiznya kecil mudah letak dalam handbag. Tak la terlupa nak tick bila dah selesai sesuatu amalan tu. Dalam tu juga ada mind & money declaration yang sama dengan DAO ajar, ada declaration kesyukuran (dah ada skrip, baca dan hayati jer).. Ada juga khasiat mandi garam, panduan menjaga aura dan yang penting checklist amalan hidup luar biasa.
Excited dengat kebest-an buku checklist ni, saya dah ajak ramai² family shaklee saya beli jugak. Ramai yang beli 12 buah terus untuk setahun. Saya ada beli lebih, kalau ada yang nak boleh inform saya ok!
Whatsapp 019-4917769
Updated: Saya dah kehabisan buku ni. Tapi kalau ada yang perlukannya, just whatsapp saya, nanti saya berikan contact no yang anda boleh hubungi.
Nak tahu tak penerangan lebih terperinci tentang kolam jiwa dan kaitannya dalam kita menjemput rezeki? Saya sangat terkesan ketika membaca satu pakej ebook ni. Beliau juga merupakan anak didik Dr. Azizan Osman.
Membaca ebook tu seolah-olah mengulangkaji apa yang telah dipelajari sebelum ni dengan tambahan ilmu yang cukup untuk merasakan tamparan-tamparan ke muka sendiri. Huhu..
Ya.. Kadang-kadang kita tak sedar pun akan kesilapan-kesilapan kita yang menjadi punca beratnya rezeki nak datang pada kita.
Kalau anda nak cuba baca dan rasai tamparan-tamparan tu bersama saya boleh picit link ni;
Formula Rezeki Melimpah Ruah
New Doa Bebas Hutang
Moga bermanfaat ya..
Assalamualaikum..