Berkongsi Cerita: Best Friend Tahap Tertinggi

Thursday, November 5, 2015

Best Friend Tahap Tertinggi

|| Kalau cinta, Doakan ||

Saya nak kongsikan sebuah kisah pendek yang boleh bagi pelajaran buat kita. Kisah kecintaan sahabat Nabi bernama Abu Darda'. Kisah ini disebutkan oleh Imam Az-Zahabi dalam Kitabnya Siyar A'lam An-Nubala.

Abu Darda' merupakan sahabat Nabi yang dihantar ke Dimashq (Damsyik/Damascus- bandar utama di Syria sekarang)

Beliau disayangi ramai orang Dimashq kerana akhlak, dan ilmunya.

Kalau kita mungkin ada seorang dua kawan baik, Abu Darda' pula sebaliknya. Isteri beliau berkata:

"Abu Darda' mempunyai 360 kawan baik yang sangat dia cintai. Dia selalu mendoakan mereka DI DALAM SOLAT (mungkin dalam sujudnya)!

Isterinya pernah tanya:

"Kenapa kamu selalu mendoakan mereka?"

Jawab Abu Darda':

"Setiap kali seorang Muslim mendoakan saudaranya dengan satu kebaikan, maka dua malaikat akan segera membalas (dengan doa): 'Semoga kamu juga mendapat kebaikan yang sama'.

"Tidakkah bagus kalau aku sentiasa didoakan oleh para malaikat?"

Ternyata Abu Darda' mengamalkan apa yang pernah dipesan oleh Nabi tentang kelebihan doakan kebaikan kepada orang lain tanpa pengetahuan mereka.
-----

Subhanallah. Inilah level "best friend" yang tertinggi. Bukan sahaja ingat dihati, malah ingat dalam doa saat sujud menghadap Ilahi.

Adakah nilai persahabatan yang lebih tinggi daripada ini?

Sama-sama kita ambil iktibar.

wallahua'lam.
_____________

Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90
http://addienblog.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © Owner's Blog | All Rights Reserved | Design By Adam Faiz Back to Top|Dashboard